Memaparkan catatan dengan label Judika. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Judika. Papar semua catatan

Khamis, 11 Februari 2016

Konsert 5 Divo - Nisa sangat teruja !



Assalamualaikum...


Wah wah wah bukan main teruja ye dengan acara yang bakal berlangsung hujung minggu ini. Mana lah Nisa tak terujanya, kalau 5 penyanyi yang terkenal bakal digandingkan dalam satu konsert di Stadium Malawati Shah Alam pada 13 Februari ini ??? Rasa nak sesak nafas dah niii !  Hahaha... Konsert 5 Divo ! Tak sabarnyaaa !!





ALAMAK !
Nak pilih siapa niii...???
Taufik Batisah ke ? Judika ke ? Afgan ke ? Hafiz ke ? atau.. Hazama ke ?




Haaa pening kan ? Nisa pun pening.. Tapi dalam lima orang penyanyi yang menggetar jiwa ni, ahaha... Yang menjadi pilihan kalbu ialah.. Hmm nanti lah Nisa share ! Ahakkkss !!! Yang pasti kelima-lima penyanyi di atas merupakan penyanyi yang sangat berbakat, dan sudah semestinya mempunyai peminat yang cukup ramai !




Nak bawa siapa ke Konsert 5 Divo ?

Hmmmm segan pulak nak bercerita ! Hahahaa... Well.. Nisa ada ajak seseorang untuk sama-sama menonton konsert ini dan menghayati lantunan vokal setiap artis yang bakal membuat persembahan. Cewahh !! Siapa orangnya biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu.. kot-kot dia tak jadi ikut pergi konsert ni malu lah Nisa kann... HA HA HA !

Yang pasti, Nisa ajak beliau sebab beliau merupakan seorang yang menggemari muzik. Bila ada lagu baru atau lagu-lagu yang best, beliau pasti berkongsi dengan Nisa. Salah seorang penyanyi yang akan buat persembahan di Konsert 5 Divo ni merupakan artis kegemaran beliau (entah-entah kelima-limanya beliau gemar! haha..). Jadi.... Nisa nak menikmati muzik dari lima penyanyi popular ini bersama beliau. Wah wahh kemain kau ye Nisa ! HAHA.






ENRICH by Malaysia Airlines

Untuk pengetahuan semua, Malaysia Airlines merupakan antara penaja untuk Konsert 5 Divo ini. Jadiii,,, istimewa untuk ahli Enrich, anda berpeluang menikmati potongan 20% apabila membeli tiket ke Konsert 5 Divo ! Wahh syok lahh ! Boleh lah beli tiket untuk nikmati muzik bersama yang tersayang, auuww !

Selain diskaun untuk pembelian tiket konsert ni, keahlian Enrich membolehkan anda untuk menebus mata ganjaran Miles (Enrich dan Elite) untuk ke hampir 1000 destinasi di 150 buah negara ! Wah wah ini makin syok niii ! Untuk lebih pencerahan boleh klik DI SINI.




No Distance Too Far

Betul sangat tu ! Bila hati saling menyayang dan mengingati, perbezaan jarak tidak dirasakan ! Tidak kiralah di antara pasangan kekasih, keluarga, sahabat.. dengan Malaysia Airlines ajaklah mereka yang dekat di hati anda untuk teroka pelbagai lokasi di Malaysia ni ! Jauh ? Malas drive ? Nak mudah ? Naik je Malaysia Arlines ! Kompem #DekatJe okay ! Malaysia ini sendiri kaya dengan aspek-aspek seperti kulinari, sejarah, hiburan dan lain-lain. Tunggu nak pergi aje ! Untuk maklumat lanjut boleh laju-laju KLIK KAT SINI okay !






Bagi mereka yang nak beli tiket Konsert 5 Divo ni sempat lagii, klik laju-laju di website TICKETPRO ini . Haaaa tak sabar nak tengok persembahan dorang, sebab nya pasti kelima-lima mereka menjanjikan kelainan.. Tambah pula diiringi dengan orkestra yang diketuai oleh pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.





Siapa lagi yang pergi ? Jumpa anda di sana !
Psssttt... Nisa nak sangat jumpa Afgan dan Judika ! Hahaha... Kbai.







XOXO,
Putewi Hensem

Read More»

Rabu, 10 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 8 – Lima lagu cinta kegemaran Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

 

[PERHATIAN : Entry ini sepatutnya publish pada 8hb sept 2014]

 

 

cinta 1

Ahaaa amboi amboi antara tajuk yang aku nanti-nantikan Muahahaa… Kalau bab cintan cintun kemain kan merenyam tak hengat ! HAHA !! Aduhh aku dah outdate untuk Cabaran 30 Hari ni !! Kena kejar lagi lagi lagiii. Maklumlah, update bila sempat je kan. Huhuu.. Takpelahh. Marilah kita layannn lima lagu cinta yang aku sering layan dan juga feeling tak sudah..

 

 

WESTLIFE – UNBREAKABLE

 

 

 

WESTLIFE – TONIGHT

 

 

 

ARI LASSO FT BUNGA CITRA LESTARI – AKU DAN DIRIMU

 

 

 

JUDIKA – BUKAN DIA TAPI AKU

 

 

 

ANUAR ZAIN – I’M THE LUCKY ONE

 

 

 

 

Kalau ikutkan berlambak-lambak lagi lagu cinta lagu jiwang yang aku suka layan.. Ada lagu baru, ada lagu lama. Ada jugak lagu-lagu dari band macam Spoon, Spin, Scoin dan band-band seumpama dengannya haha ! Jangan ingat aku duk layan rock hayun-hayun kepala aku tak layan lagu jiwang. Aku ni sekali dah feeling dengan lagu cinta tu, boleh berlakon acah-acah klip video tau ! HAHA teruk punya perangai.

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Copyright © Nisa Kay