Memaparkan catatan dengan label Kelab Blogger Ben Ashaari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelab Blogger Ben Ashaari. Papar semua catatan

Rabu, 10 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 9 – Lima lelaki yang menarik perhatian Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

 

[PERHATIAN : Entry ni sepatutnya publish pada 9 Sept 2014]

 

 

Ambuii al-kisahnya aku kenalah senaraikan 5 lelaki yang menarik perhatian aku. Aku tak pastilah aku yang silap ke macam mana.. tapi kalau aku nak letak senarai lima orang lelaki yang aku tertarik, memang mati lah aku nanti semua tahu siapa aku minat dalam diam. LIMA ORANG pulak tu. Haha.. So, pada hemat aku, lebih baik dan sopan andainya aku senaraikan LIMA KARAKTER atau ciri-ciri lelaki yang buat aku tertarik pada beliau. Okay, cun ??

 

aaaaa

 

1) BERPAKAIAN KEMAS / SEGAK

Haaa ini kelemahan pertama. HAHA ! Mudah sangat aku tertarik kepada lelaki yang berpakaian smart-smart macam nak masuk pejabat besar. Lebih tepat lagi, kalau pakai baju kemeja fit, pakai tali leher. Amboiii smart-smart ni nak pergi mana habang? Nak menuju ke hati saya ke? Ehh !!!

 

 

2) BERPEWATAKAN SHY SHY CAT

Sebenarnya aku lebih senang tertarik dengan lelaki yang berpewatakan pemalu. Tapi dalam pemalu dia tu, bila dah biasa dengan kita, dia akan sporting dan open up sikit la kita.. Takde lah terus tak pemalu langsung kan. Sebab aku rasa orang pemalu sikit sikit ni.. comel? BAHAHA !!!

 

 

 

jensen Serius gambar ni takde kena mengena ! Haha just one of my fav actor – Jensen Ackles.
Hero siri Supernatural
.

 

 

 

3) KELAKAU NAU

Hahaha… dalam pada pemalu tu, aku lebih senang berkawan dan tertarik dengan orang yang ade sense of humor. I mean natural one okay. Bukan yang buat-buat lawak lepas tu tak lawak, lepas tu hambar je bila takde orang gelak atau punch line tak sampai. Bahahaa.. Orang kelakar ni lebih senang nak get along dan cepat rasa selesa.

 

 

4) SUARA SEDAP

Aku perasan aku tertarik kepada lelaki yang bersuara sedap ni sejak zaman universiti. Tak kisahlah suara sedap karaoke je ke.. or memang sedap sampai tahap boleh jadi penyanyi antarabangsa ke. Mungkin dengan berkawan dengan orang bersuara sedap ni, makin mudah lah aku cari geng nak terjah karaoke nanti. Ehh !!!

 

 

5) MEMPUNYAI MINAT YANG SAMA

Tipulah kalau kita tak mudah tertarik dengan orang yang mempunyai minat sama dengan kita kan.. At least dalam banyak-banyak hobi dan minat kita, eh ada pulak tersama jugak satu atau dua. Orang yang ada minat yang sama ni senang buat modal berborak. Gituu..

 

 

 

Haa pendek kata memang tu je lah kot aku nak taip. Nak taip lebih-lebih malu woiii.. Macam nak announce kat semua : “Wahai para lelaki dengan ciri-ciri di atas, meh la berkenalan.” Haha serius rasa nak tampar muka sendiri, boleh ??? Ecececehhh.. Actually ada satu dua ciri WAJIB pada lelaki yang kompem kompem buat aku tertarik. Bahahaa.. Tapi biarlah rahsia (cehh konon ! Besfren aku tahu kot apa dia ciri-ciri ittew hahaaa).

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Cabaran 30 Hari | Hari 8 – Lima lagu cinta kegemaran Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

 

[PERHATIAN : Entry ini sepatutnya publish pada 8hb sept 2014]

 

 

cinta 1

Ahaaa amboi amboi antara tajuk yang aku nanti-nantikan Muahahaa… Kalau bab cintan cintun kemain kan merenyam tak hengat ! HAHA !! Aduhh aku dah outdate untuk Cabaran 30 Hari ni !! Kena kejar lagi lagi lagiii. Maklumlah, update bila sempat je kan. Huhuu.. Takpelahh. Marilah kita layannn lima lagu cinta yang aku sering layan dan juga feeling tak sudah..

 

 

WESTLIFE – UNBREAKABLE

 

 

 

WESTLIFE – TONIGHT

 

 

 

ARI LASSO FT BUNGA CITRA LESTARI – AKU DAN DIRIMU

 

 

 

JUDIKA – BUKAN DIA TAPI AKU

 

 

 

ANUAR ZAIN – I’M THE LUCKY ONE

 

 

 

 

Kalau ikutkan berlambak-lambak lagi lagu cinta lagu jiwang yang aku suka layan.. Ada lagu baru, ada lagu lama. Ada jugak lagu-lagu dari band macam Spoon, Spin, Scoin dan band-band seumpama dengannya haha ! Jangan ingat aku duk layan rock hayun-hayun kepala aku tak layan lagu jiwang. Aku ni sekali dah feeling dengan lagu cinta tu, boleh berlakon acah-acah klip video tau ! HAHA teruk punya perangai.

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Selasa, 9 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 7 – Sejauh mana pendidikan itu penting bagi Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

 

[PERHATIAN : Entry ni sepatutnya publish pada 7hb Sept 2014]

 

 

Maafkan akuuuu kerna lambat update blog gituhh. Some things need to be settled first and well terpaksa la abaikan blog kejap. Maklumlah terasa dewasa sudah diriku ini, bila hidup sendiri, kena buat banyak benda sendiri, kena urus banyak benda. Wuwuwuu… jadi hari ini mari kita borak sikit padal benda yang agak berat.

 

 

pendidikan

Sejauh mana pendidikan tu penting bagi aku? Bagi aku pendidikan tu umpama PELABURAN JANGKA MASA PANJANG. Mana ada orang belajar hari ni, esok lusa terus berjaya kaya raya ye dak ? Pendidikan dalam konteks yang aku sedang bahaskan (cececehhh) ni bukanlah tertumpu kepada pendidikan di tadika, sekolah, universiti sahaja.. Tapi lebih meluas kepada pembelajaran secara tak langsung (sebagai contoh nasihat yang diterima), ceramah, seminar, kursus dan lain-lain. Bergantung kepada bidang mana yang kita ceburi lah kan.

 

 

Semua orang nak berjaya, income besar, hidup senang lenang goyang kaki goyang perut (ehh??). Tapi mana nak datang KEJAYAAN tu kalau kita tak bekerja ye dak ? Apa pun kerja yang kita lakukan biarlah yang mendatangkan REZEKI YANG HALAL kan kann.. Tapi macam mana nak laksanakan kerja tu kalau kita takde pengetahuan mengenai kerja ittew kan ? Haa nak kan pengetahuan kita kenalah sanggup BELAJAR. Bukan belajar kat sekolah je, tapi belajar dari orang sekeliling, pembacaan, usaha sendiri mencari maklumat dan lain-lain. Satu cabang pendidikan jugak lah tu kan ???

 

 

Haa pokok kata bidang pendidikan ni bukan je yang kita belajar di sekolah or universiti. Ini pendapat personal aku la ya. Apa yang kita perhati di sekeliling kita pun BELAJAR juga kan. Yang penting nak dengan taknak je kan. Contoh orang yang nak bukak bisnes, tapi dia bukan dari bidang bisnes. Haa maka belajarlah beliau dari orang yang berpengalaman, pembacaan atau menghadirkan diri ke seminar-seminar perniagaan untuk MENIMBA ILMU. Bila dah ade pengetahuan, baru dia boleh laksanakan impian dia kan.

 

 

Pendek kata, bagi aku secara peribadinya, PENDIDIKAN ni merupakan asas kepada apa yang kita nak buat. Ingat, bukan bidang pendidikan di tahap sekolah atau universiti sahaja tau. Setiap hari kita akan belajar benda baru. Gituu.

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca. Muahhh !!!


Read More»

Isnin, 8 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 6 – Apa yang Nisa Kay makan hari ini

 

Assalamualaikum…

 

[Entry ini sepatutnya publish pada 6 September 2014]

 

Alkisahnya aku pada hari Sabtu lepas aku agak busy jugak lah. Bangun pagi-pagi then bersiap laju-laju sebab ada photoshoot. Andd aku tak breakfast langsung sebab I’m not a morning person so memang kerap sangat lah skip sarapan tu. Lepas photoshoot lebih kurang sejam dua tu, aku pergi minum-minum kat CHEMISTRY CAFE.

 

aaa

Makan lah aku BEEF POT PIE. Haa sejenis pastri dengan inti daging di dalam nya. Aku suka gila woi. Dah lah peminat makanan ade daging nih.. Hahaa… Yang kuning tu PASSION FRUIT SMOOTHIES. Bagi peminat masam-masam manis boleh la try yee… Lepas makan dekat CHEMISTRY CAFE ni, aku berangkat pulak ke Sunway Pyramid, semata-mata nak beli blouse untuk digunakan semasa photoshoot lain esoknye.

 

 

 

photo

Dekat Sunway Pyramid, aku shopping tak ketentuan hala sikit.. Then aku buang masa buang tenaga duk jalan sana, jalan sini.. Bila dah lapar, aku dinner dekat kedai feveret aku.. PEPPER LUNCH EXPRESS. Haaa bukan untuk lunch je, dinner pon boleh je.

 

Dalam gambar kat atas ni, nama dia Salmon Fried Rice. Dia bagi pinggan besi yang panas giler, then kita kena gaul sendiri la lauk-lauk di dalam nya. Sebenarnya ni first time aku rasa Salmon Fried Rice ni. Selalu nye order beef fried  rice. Tapi hari tu teringin nak rasa pulak menu yang lain. Ye lah, kalau dah setiap kali datang duk order benda yang sama tak syiok jugak kan.

 

 

 

Okay sekian aku melaporkan tentang apa yang aku makan pada Sabtu lepas. HAHA. Cabaran 30 hari aku dah agak outdated ni.. Nak kena kejar balik laa.. barulah boleh sambung kisah trip ke Korea kann !

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Jumaat, 5 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 5 – Tiga perkara yang Nisa Kay ingin katakan kepada bekas kekasih

 

 

Assalamualaikum..

 

 

HAHA ! Ini satu lagi topik yang buat aku gelak guling-guling tepi highway ni. Adoihhh 3 perkara yang ingin diucapkan kepada BEKAS KEKASIH ? Aduhhh last boyfriend aku pun aku anggap macam tak pernag wujud je.. nak ucapkan apa lagi ye dak ? Maklumlah benda yang lepas tu dah lepas lah.. REALLY, I dont have things to say to him I guess ???

 

 

DSC07831

 

#1 KEPADA AWAK…

Saya sebenarnya (sejujur-jujurnya) memang takde pesanan khas pun untuk awak pun... Ini betul-betul. Saya jadi blank bila dapat task ni untuk hari kelima ni. HAHA !! Okay jap fikir nak cakap apa…

 

 

#2 KEPADA AWAK…

Saya dah move on. Lama dah. Saya bahagia dengan hidup saya sekarang, saya bersyukur sangat-sangat. Cukup ada family saya dan kucing-kucing saya LOL. Saya harap awak jumpa jodoh yang baik dan “sesuai dengan taraf” awak macam papa awak nak tuuu. Hihiii. Jangan lupa jemput ke majlis awak nanti ye !

 

 

#3 KEPADA AWAK…

Okay. Itu je kot. Now saya dah tak tahu balik dahh nak tulis apa ni LOL. Saya cuma harap awak bahagia dengan hidup awak. Tu je lah kottt ? HAHA ! Bahagialah dengan siapa pun jodoh awak lepas ni ye !

 

 

 

Okay dah itu je nak cakap kat bekas kekasih. LOL. Lawaknye rasa. Serius pat belas juta kali jugak lah aku duk taip then padam, taip then padam entry ni. Rasa macam tak kena je nak update ? Aku rasa si dia yang aku maksudkan ni kompem baca. Dah keje dia stalk insta aku 24 jam. Ehh. HAHA !! Aku dah lama tak ber-kekasih ni. So nak tulis entry macam ni sangat lah pelik dan awkwardd bagi aku ! Bye.

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh!!!


Read More»

Khamis, 4 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 3 – Sesuatu yang menguatkan seorang Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

Kalau sebut pasal sesuatu atau seseorang yang menguatkan kita, jawapan yang kita biasa terima ialah KELUARGA KITA kann…. Tak terkecuali juga aku.

 

GOPR0084

 

Keluarga aku, terutamanya MAK dan ABAH aku adalah antara pendorong, pemberi semangat serta kekuatan untuk aku hidup selama 23 tahun ni. Sejak tamat diploma pada tahun 2012, aku ambil keputusan untuk membina hidup sendiri menggunakan wang simpanan yang bersisa dalam akaun bank.

 

Masa tu hidup aku terumbang-ambing juga. Segala perbelanjaan aku bergantung sepenuhnya kepada sumber pendapatan blogging. Simpanan aku juga datang dari situ. Jadi, bila rezeki blogging mula tidak memihak kepada aku, aku decide nak mulakan semula perniagaan online aku yang terbengkalai. Aku bertawakal pada Allah, serta doa dan sokongan serta kepercayaan mak dan abah, aku harung segala cabaran yang datang.

 

Aku sorang-sorang kat sini, takde keluarga lain yang tinggal berhampiran. Wang simpanan yang sangat terhad, dan macam-macam pulak kegunaannya. Allah je tahu perih jerih, dugaan yang diturunkan untuk aku.. dan MAK ABAH je faham betapa payahnya aku nak kuatkan diri stay kat sini, demi menaikkan nama bisnes aku, tahan lapar… Allah.. nak menangis rasanya bila ingat balik.

 

 

 

 

Pendek kata, family aku adalah sesuatu yang memberi kekuatan pada aku selama ni. Dengan family kita, we can true to them, true to ourself. My precious.

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!


Read More»

Copyright © Nisa Kay