Jumaat, 4 Mac 2011

Di Shah Alam jugak bertemu…

Huiiii ada jugak bahagianya ye duduk Shah Alam ni yeh.. Hehehee…. antara perkara yang best ialah… lepas terpisah dengan kawan-kawan zaman sekolah dulu, kat sini jugak tempat bertemu.. Ececehhh….

Lepas SPM dulu, ramai yang masuk matrikulasi. Aku? Tak apply pon. Tak minat. Huhuu… So sekarang, diorang dah pun sambung degree dan kebanyakan mereka masuk universiti sekitar Selangor jugak… Kira dekat jugak. Hohoo… So, masa untuk berhuru-hara bebeh!

 

IMG_1417

Chewahh ohoii cek mek molek! Konon pemalu laa abe Nizar kite nih. Ahaks… beliau merupakan budak kelas aku masa kat SMK Temerloh Jaya, lepas masuk matrik beliau sambung pelajaran ke UiTM Shah Alam.

 

IMG_1422

Yea si manis ni nama dia Farah. One of my bestie kat sekolah menengah dulu. Kitorang selalu lepak sama-sama kat port gossip kitorang. Hahaha!!!

 

IMG_1489

Yang ini namanya Nadhirah.. hehe pon study kat UiTM Shah Alam… Yeahh bebeh lepas ni memang aku akan selalu berhuru-hara dengan kau yeh! Hohoo suke nye aku bebeh!!

 

IMG_1955

Wuhuuuu ini pertemuan yang paling mengharukan! Setelah hampir lapan tahun tak jumpa okeh… kat Shah Alam jugak tempat kitorang menyambung silaturahim. Alhamdulillah… akhirnya dapat jugak aku jumpa Ayu Azraine Salleh. She was my bestie masa sekolah rendah, then she moved to Johor when we were in Standard 5.

Oh my when she left I didn’t go out by myself anymore. Ye lah selalu nya keluar main basikal dengan dia aje, makan ABC.. pergi kelas komputer… huhu lepas dia pindah aku banyak duduk rumah aje. Rindu you tauuuu Ayu! Hehehee Ni baru aje jumpa beliau malam tadi. Tak pepasal dah berhuru-hara kat Uptown Shah Alam. Oh dear you memang kaki shopping! Hehehee…

 

Ada lagi kawan-kawan lama yang study kat Shah Alam tapi dah tak contact dah… Entah kenapa asal aku call aje tak pernah berangkat? Huuu biarlah.. Semua orang ada life masing-masing ye tak…

Hehe oke lah.. harap-harap lepas ni dapat lepak lagi dengan kawan-kawan sekolah. You guys rock my world bebeh!

 

sign NISA


Read More»

Khamis, 3 Mac 2011

Gigih betol aku melukis hari ni! Yeahh!!

Yeaaa sebagaimana tajuk di atas, sebegitulah apa yang bakal aku tulis dalam entry kali ini. Cheittt bila baca balik ayat pertama kurasakan bebal sunggoh aku dalam tatabahasa. Okeh! Marilah menuju ke jalan yang benar, berbalik semula kepada matlamat aku nak tulis entry kali ini…

 

IMG_1946Klik gambor untuk tumbesaran lebih padu.

 

Yea bebeh! THANK YOU!! Demi nak ucapkan terima kasih aku pada kalian semua, aku yang penat sampai nak terlelap petang tadi sanggup tahan mata ni untuk lukis benda

alah ni. Demi nak cakap terima kasih kat you guys semua, aku yang tengah demam + pening kepala ni pon dok gigih la mewarna bak zaman tadika dulu kala….

ALHAMDULILLAH…. di sebalik dugaan yang Allah turunkan, ada juga DIA selitkan nikmat dan anugerah buat aku. Allah Maha Adil. Tidak akan DIA menguji hambanya melebihi kemampuan. Bersyukur sangat-sangat bila aku tengok sokongan padu yang tidak putus-putus.

Followers, readers, visitors, commentators, silent readers, anonymous haters, dan sesiapa sahaja yang datang, yang singgah, yang singgah yang jenguk atau yang apa-apa aje lah yang berkaitan dengan blog ni… Apa jua lah yang anda lakukan… aku sangat hargai dan bersyukur sebab ada jugak yang sudi pandang blog kudus ku ini…

Dan thanks a lot to these people yang ada mention nama aku or nama blog aku dalam entry dorang. JOM TERJAH :

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 2 Mac 2011

AKU TENGAH…. usahakan assignment!

 

IMG_1922

Gambar ni aku snap, aku transfer ke laptop dan tadaaaa… di post ke dalam blog kudus ku ini.

Yaaa.. usahakan assignment. No matter what happen, by hook or by crook esok mesti mau siap maaaa… Ada sikit je lagi nak siapkan.. tapi yang sikit tu, ialah part yang susah!!! Hadoiii lunyai makkkk…

Kertas dah bersepah-sepah. Untuk tidak bazir idea yang tercerna salam minda, aku pilih untuk tulis segalanya atas kertas. I found that this method make me focus more compare to type it straight in the Word. So bila nak type nanti, kalau ada apa apa nak ditambah, boleh terus tambah or edit mana yang patut.. Huhuu..

Oke nak sambung balik, outta.. Bubbye..

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay