Khamis, 13 Jun 2013

SEJARAH HARI JADIKU – Termasuk tandas lelaki dan kek dari Mr Handsome

 

Assalamualaikum..

 

Pertama-tama sekali aku memanjatkan syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana mengurniakan aku nikmat hidup hingga ke hari ini, mengizinkan aku mencapai apa yang aku mahu dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah ke dalam hidup aku. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH…

 

Hari ini, tanggal 13 Jun 2013 maka dengan rasminya aku berumur 22 tahu. Ehemmm kalau boleh korang buat-buat tak ingat je lah ye umur aku. Anggap je aku ni 15 tahun sebab aku ni masih berperangai kebudak-budakan dan tak berapa nak matang dalam banyak benda. Kekeke…

 

Pada hari yang bersejarah ini. Cehh konon je kan. Aku telah mengalami dua peristiwa yang TAK PERNAH aku alami sebelum ni. Betul tak pernah ni ! Seperti yang aku nyatakan di tajuk entry ini, haa maka korang boleh agak la kann..

 

DSC03942

Hari birthday pon bekerja uolss.. Berkejar ke sana sini mengambil stok untuk jualan di online shop aku. Ehemm nak promote kejap, siapa ada INSTAGRAM jom follow online shop @fsyn_my ye. Kui kui kui.. So hari ni aku gerak dengan bos aku, dari KL Sentral. Selesai urusan aku, aku decide nak lepak Starbucks The Gardens, Mid Valley City.

 

Sebelum tu aku haruslah mengosongkan tangki kan. Kang lepak kat Starbucks nak minum-minum lagi… Maka aku pon menonong la mencari toilet… Dah jumpa toilet, takde pandang kiri kanan aku laju je melangkah masuk. Sekali aku nampak “mangkuk berdiri” elok bersusun kat dinding pastu ade lengchai yang tengah basuh tangan kat singki pandang pelikkk kat aku.

 

DSC03940

Maka aku pon tersedar yang AKU DAH TERMASUK KE TANDAS LELAKI !!!!!!!!!!!!!!! Ya ampunnn mana nak sorok muka haihh !! Nasib baik takde ramai orang. Ade sorang je kat singki dan dia je nampak aku. Waduhh jatuh saham gua selaku besday girl hari ni ! Wuargghh !! Ni first time gua termasuk tandas lelaki tau ! Sudahnya aku berlari keluar sambil cakap “Sorry”.

 

 

DSC03944

Okay dah sudah lepas hajat tu, daku tuju lah ke Starbucks, dengan harapan dapat la sedas dua line wifi percuma sebab daku nak submit kojeee.. Tengah aku melayan perasaan yang kacau bilau dek internet yang semput-semput, aku didatangi lengchai staf Starbucks membawa dulang berisi kek, dan dia cakap “Happy Birthday Miss”

 

 

DSC03946

Dengan hidung yang sekembang yang mampu aku mengucapkan “Thank You” dan letak dulang tu atas meja. Aku ingatkan memang STARBUCKS ni tahu aku punye birthday, sekali kat tisu ade pulak pesanan dari seseorang yang menggelarkan dirinya HANDSOME. Oke bagi aku perasan gilo orang ni. Ehh kbai. HAHA.

 

 

DSC03949

Aku syak la kan.. bos aku yang beli kek ni, pastu suruh staf tu hantar kat aku. Sebab bos aku Tekong dengan Aman memang ade kat Gardens ni, sebab ade event. Aku je malas join sebab nak submit koje. Nasib la aku boleh makan kek ni. Buatnye belikan kek lobak? Aku buat hiasan je la..

 

Apa-apa pun terima kasih banyakk banyakk kepada insan yang telah menggelar dirinya HANDSOME ini kerana bagi aku kek. Aku tetap rasa ni mesti keje bos-bos aku ni, nak buat aku perasan la ni =.- Demyu kahkahkahhh… Kalau orang yang bagi ni bukan bos aku dan betul-betul handsome, kenapa tak tinggalkan nombor phone ye dak? Kihkihkih.

 

 

P/S : Serius macam tulisan bos aku. Nak kena dorang ni =.=”

 

XOXO


Read More»

Rabu, 5 Jun 2013

JUNE wishlist

 

Assalamualaikum…

 

Dah hampir seminggu kita menempuhi bulan pertengahan tahun iaitu bulan June… Bagi yang lahir dalam bulan Jun seperti aku, semestinya mengharapkan bulan ni penuh dengan perkara-perkara yang menggembirakan dan membahagiakan..

 

Tapi semestinya kita tak dapat nak elak kalau kita ditimpa dugaan dan ujian dariNYA… Cuma mengharapkan situasi akan jadi lebih baik dan setiap masalah tidak memburukkan keadaan.. Begitulah harapan aku.. mengharapkan perkara yang lebih baik dan semoga masalah-masalah dapat diselesaikan !

 

june nisakay

 

Selain daripada mengharapkan keajaiban akan berlaku pada hari jadi aku kurang 10 hari akan datang (berangan je laa haha) aku ada beberapa wishlist yang nak aku laksanakan dalam bulan ni InshaAllah..

 

1. LULUS UJIAN KOMPUTER

Haaa ujian ape ke benda pulak ni.. Hahaha aku sekarang dah mula masuk kelas di Metro Driving Academy sebab nak amik lesen. See? Dah tua-tua xdok lesen lagi.. sobs sobs. So aku harap aku dapat lulus computer test dengan sekali percubaan je, so aku dapat start belajar bawak kereta cepat-cepat okay?

 

 

2. MENYAMBUT HARI JADI DENGAN KAWAN-KAWAN

Takdelah nak buat celebration sangat ponnn… dapat keluar berjimba dengan kawan-kawan pun jadilah yee.. Tapi malangnya hari jadi aku jatuh pada weekday.. so nampaknya macam tipis jugak harapan aku nak berjimba dengan kawan-kawan. Huk huk..

 

 

3. NAK BACKPACKING DENGAN KAWAN KE PULAU

Haaa ini kerja gila. Sebenarnya aku nak pi backpack sorang-sorang ke mana-mana pulau kat Malaysia niii. Tapi macam seram lak nak pi sorang-sorang. Plus nanti sapa nak ambik gambar aku nanti? Muehehe…

 

 

4. HANDPHONE BARU !

Aku bukanlah nak tukar kepada phone baru, tapi aku tengah target nak beli another android phone supaya senang aku nak berurusan dengan customers online shop aku dengan nombor lagi satu. Plus atas sebab-sebab tertentu aku nak bertukar nombor telefon.

 

 

5. NAK MENANG PERTANDINGAN T.O.P GIRL by THE FACE SHOP !

Kalian sudah mengetahui nya kan? Ke ada yang tak tahu lagi? Aku terpilih sebagai TOP 24 untuk pencarian TOP Girl oleh The Face Shop. Lepas tu aku diumum menjadi finalis TOP 12 untuk pencarian tuuu… Dan aku ni satu-satunya perserta MELAYU dan GADIS BERTUDUNG yang menjadi finalis. So nanti undian dah dibuka, korang undi aku ye ! Aku nak menang ! HAAA….

 

DSC00896

Okayyy lahhh kalau nak ikutkan wishlish aku ade beratus ribu benda yang aku nak dapatkan atau nak capai.. Tapi kita manusia hanya mampu merancang, yang berkuasa untuk mengizinkan ia terlaksana ialah Yang Maha Esa, ALLAH SWT.

 

Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk semua pembaca blog aku, dan especially for those yang lahir dalam bulan Jun juga, HAPPY BIRTHDAY aku ucapkan yee ! Tak kisahlah sama ada birthday korang dah lepas atau tidak ! 

 

 

 

P/S : Best nya berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan adik, abah dan my childhood friend, Hazirah!

 

 

 

XOXO


Read More»

Nisa, be strong

 

Assalamualaikum…

 

Ada kawan yang berkunjung ke Bandaraya Bersejarah baru-baru ini bersama tunangnya, atas beberapa urusan di sana.. Dah berjalan ke sana, tak sah pula kalau tak menyinggah tempat-tempat menarik ye dak.. Aku tak tahu pun kawan ni akan ke sana, aku tahu pun sebab aku mesej beliau masa beliau dan on the way balik..

 

DSC03214

Sangat sangat mengharukan bila beliau tetap ingat untuk membawa pulang sesuatu untuk aku. Tidak aku harap jauh sekali untuk aku meminta beliau membelikan aku sesuatu… tapi dibelikannya juga atas ingatan seorang teman..

 

Mungkin tidak ada apa-apa dan kurang nilainya pada mata kalian. Tapi ingatan tulus seorang kawan dan makna terdalam hadiah ini membuatkan aku sangat sangat sangat menghargai pemberian beliau. Malah apa yang aku sangat hargai ialah pesanan beliau buat aku..

 

DSC03216

BE STRONG. Dua perkataan, ayat yang pendek ini besar maknanya buat aku.. Hmmmm bila kita rasa kita keseorangan menghadapi dugaan yang amat hebat, kadang-kadang kita tak perlukan orang untuk selesaikan masalah kita.. Apa yang kita perlukan ialah seseorang who will be on our side, be with us and say “EVERYTHING’S GONNA BE ALRIGHT” atau “BE STRONG” atau “TAK APA, KITA TAHU, ALLAH TAHU APA YANG BERLAKU.”

 

Sesungguhnya dugaan yang aku hadapi ini aku terima walaupun sakit dan pedihnye hati ni Allah sahajalah yang mengetahui.. tapi satu kelegaan besar when we know there is actually someone yang bersama kita dan memberikan sokongan moral serta nasihat. Kadang tak perlu penyelesai masalah, tapi perlu teman meluah rasa di kala sedih dan susah.

 

Kesal yang tak terhingga bila suatu masa dulu aku dengan bodohnya membiarkan persahabatan kita dimusnahkan dek kerana pihak-pihak yang terlampau mementingkan diri. Bodohnya aku membiarkan insan bergelar kawan baik diburuk-burukkan dan paling bodoh bila aku mempercayainya.

 

Sesungguhnya kita manusia biasa dan kita masing-masing ada salah. Di saat aku sangat membenci beliau, beliau tak putus asa menghubungiku bagi menjernihkan keadaan. ALLAH MAHA KUASA. Kita akhirnya bersua dan jujur antara satu sama lain. Lega bila aku tahu dan aku nampak jalan keluar dari bawah bayangan yang tidak wujud.

 

Walaupun kita mungkin tidak dapat berkawan dengan sangat baik seperti dulu, tapi kau sangat baik pada aku dan sanggup menolong aku. You are here, tell me to BE STRONG. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan insan yang teraniaya. Sesungguhnya juga dugaan ini terlalu berat untuk aku pikul sendiri dan tidak masuk di akal jika dicerita kepada orang.

 

 

Hanya Allah yang mampu menyelesaikan segalanya.. dan terima kasih Allah bring us back together. Dan terima kasih kawan atas ingatan dan sokongan !

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay