Isnin, 13 Mei 2013

FILEM – Bisikan Syaitan

 

Assalamualaikum…

 

Bisikan Syaitan Final Poster

Sorry la uollss I update entry pasal movie seram pulekkk malam-malam yang sepi macam ni kannzz.. Daripada tak update langsung baiklah daku update sekarang.. Sementara movie ni masih bertayangan di panggung-panggung wayang..

 

Iolls bukan apa.. bila banyak benor halnye, mule lah lupa nak update itu ini kat belog. Bila duk update pasal barang-barang best asyik kena kutukkkkk zasss. Hahaha kesian. Apa-apa pun iolss sedang menjalani kehidupan nan bahagia gitu alhamdulillah…

 

DSC00946

Filem ini dilakokan oleh Fizz Fairuz, Wan Sharmila, Nabila Huda dan pendatang baru layar perak iaitu Azam Pitt. Tapi Nabila Huda takdok on that dayyy. Melepass iollss nak bergambar dengan beliau. Uhukk uhukk…

 

FILEM BISIKAN SYAITAN :

Mengisahkan mengenai golongan manusia yang tidak sanggup menghadapi kesusahan hidup, lalu berpaling dari Allah dan tunduk kepada syaitan demi mencapai kesenangan dan kemewahan. Selama beberapa tahun Kamil (Fizz Fairuz), Soraya (lakonan Nabila Huda) serta keluarga Kamil hidup senang sehinggalah…

 

IMG_1344

Pada suatu hari Soraya diberkas polis atas tuduhan membunuh. Sejak dari hari itu keluarga Kamil diganggu oleh roh yang tidak tenang dan keadaan mula berantakan. Satu misteri pembunuhan dirungkai. Adakah Soraya sahaja bersalah dalam hal ini, apa yang akan terjadi pada Kamil apabila Soraya sudah tidak bersamanya?

 

 

IMG_6397

Bila dah sayang ni memang betul-betul boleh buat manusia lupa diri. Kerana sayang, diturutkan juga kemahuannya walaupun terpaksa membelakangkan agama! Itulah yang cuba ditonjolkan dalam filem ni. Kesusahan yang tidak sanggup dihadapi jugak merupakan satu punca kenapa jalan hitam yang dipilih.

 

 

IMG_0275

Gandingan Wan Sharmila melakonkan watak Kamilia, adik kepada Kamil dan Azam Pitt melakonkan watak Zul, seorang detektif yang cuba membongkar misteri pembunuhan. Lakonan Azam sebagai pendatang baru nyata tidak begitu mengecewakan kerana beliau ada pengalaman berlakon teater.

 

 

DSC01006P/S : Kenapa aku rasa Fizz Fairuz ni sengih macam iras-iras aku je? Jodoh mungkin? (Okay perasan nak mammmm betol aku ni kbai)

 

Kalau nak tengok satu sisi lain dalam lakonan Fizz Fairuz, jom lah ramai-ramai tengok filem Bisikan Syaitan ni. Kadang-kadang kita tak perlukan hantu bergentayangan sana sini untuk membangkitkan keseraman satu filem tu. Jalan cerita dan plot yang cuba ditonjolkan pun harus diberi perhatian. Tak gitu?

 

 

lala2

Wan Sharmila menyahut cabaran melakokan sebahagian aksi menggoda Kamil (lakonan Fizz Fairuz).

 

 

DSC01002

With Azam Pitt. Alorrr kite lagi suke Azam Pitt ni pakai spek mata macam dalam filem. Hehehe good job and keep it up !

 

 

DSC00961

Adik Farrah Nadia yang melakonkan watak Jasmine, anak kepada Kamil dan Soraya. Haa dalam filem ni Kamil dan Soraya tu bekas suami isteri.. tetapi… haaa kalau nak tau tetapi apa, korang tengok lah sendiri filem ni yekkk !

 

 

DSC00970

Okay koranggg.. filem Bisikan Syaitan ni dah seminggu lebih tayang kat pawagam.. Semalam aku pegi dating tengok wayang, aku tengok filem ni masih lagi ditayangkan.. maka jangan lupa ramai-ramai menyeramkan diri tonton filem ni okayyy~

 

 

XOXO


Read More»

SAFI Pembersih Muka Mencerah & Melembap dengan Sari Susu Manggis


Assalamualaikum..



Dah lama rasanya tak berkongsi kisah atau tips kecantikan dengan pembaca semua.. Aku pun rindu nak buat research dan berkongsi hasil kajian atau bacaan aku dengan korang.. Aku yakin ramai antara korang yang gemar membeli produk untuk mencerahkan kulit wajah. Tapi bagi aku sendiri, bila guna produk yang mencerah, kulit akan menjadi kering.



So aku terpaksa pulak guna produk lain untuk tujuan melembap pula. Sangat menyusahkan dan memakan kos bila nak kena pakai banyak-banyak produk pada muka. Maka kali ni aku nak kembali menulis mengenai produk kecantikan dengan memperkenalkan kalian kepada SAFI Pembersih Muka Mencerah & Melembap dengan Sari Susu Manggis.



DSC01723

SAFI – satu jenama penjagaan kulit yang sememangnya tidak asing lagi di negara kita tampil dengan satu lagi produk baru yang mempertaruhkan khasiat sari susu manggis untuk dinikmati semua. Antara yang menarik minat aku untuk terus mencuba produk ni ialah dwi-fungsinya iaitu mencerah dan melembap pada masa yang sama!




DSC01720

SAFI Pembersih Muka Mencerah & Melembap dengan Sari Susu Manggis datang dengan dua packaging iaitu 50g dengan harga pasaran RM5.50 dan 100g dengan harga cuma RM9.90.  Antara khasiat sari susu manggis di dalam produk ni ialah :
  • Membersihkan kulit wajah dengan lembut
  • Membantu mengekalkan kelembapan
  • Mencerahkan kulit
  • Kulit menjadi lebih halus, lembap serta cerah berseri



Selama ni kalau balik kampung aku hanya tahu makan buah manggis, tak pernah lagi buat research mengenai khasiat manggis. Bila buat sikit research dan membaca sikit, aku nak kongsikan di sini manggis ni ada banyak sangat khasiatnya, contohnya macam ni :
  • Lebih daripada 40X anti-oksidan yang dikenali sebagai Xanthone terkandung di dalamnya
  • Anti-oksidan  membantu menentang radikal bebas dengan lebih berkesan agar kulit wajah kekal remaja
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa mengeringkan kulit wajah biarpun digunakan beberapa kali sehari




DSC01630

Ahaaa…. pencuci muka ni JUST EXACTLY THE ONE I’M LOOKING FOR ! Dengan dua fungsi dalam satu produk, semestinya aku dapat jimat banyakkkk ! Tak perlu pakai produk yang bermacam-macam kat muka ni. Muka dah lah ade satu je, kalau rosak mana nak ganti ye dak?




Setelah mencubanya, all I can say is… I LOVE IT TOO MUCH ! Tekstur produk yang sangat lembut dan tak berminyak pun. Bila nak cuci muka, tak perlu guna banyak, sangat jimat okay ! Dengan tangan yang basah, just buihkan pencuci muka dan urut muka. Sangat lembut dan tidak mendatangkan iritasi semasa dan selepas menggunakannya.. Plus ada aroma bau buah yang lembut, wangi dan begitu semula jadi.





DSC01633

Dah cuci muka tu, just tekap-tekapkan tuala bersih kat muka, tak perlu nak gosok muka kuat-kuat dengan tuala, nanti rosak kulit muka pulak.. Walaupun lepas muka di lap pun, kulit aku tak rasa kering dan tegang macam kebanyakan pencuci muka buat. Seperti yang dinyatakan tadi, antara khasiat sari susu manggis ialah untuk mengekalkan kelembapan kan? So what happened to me is, sebelum tido aku akan cuci muka. Bila bangun pagi, kulit terasa lembap tapi tidak berminyak !





cats

This is my bare face picture ! No edit no filter. Just me and a camera. Tambah watermark, then terus upload kat sini. Kebanyakan gadis-gadis berlumba-lumba nak beli barang mekap untuk tutup cela di wajah. Tapi sedarlah bahawa wajah yang cantik bermula dari perkara yang asas, iaitu – wajah yang bersih. So amatlah penting korang memilih pencuci muka dengan fungsi yang korang inginkan !




Khasiat sari susu manggis juga boleh digunakan keatas semua jenis kulit. Siapa kata dengan harga yang murah, kita tak boleh dapatkan produk yang berkualiti untuk kulit wajah kita? SAFI adalah satu jenama yang cukup dikenali di Malaysia ni, dan produk mereka juga diperbuat dari bahan-bahan yang BERKUALITI TINGGI dan yang paling penting sekali diperakui HALAL okay.





So.. kalau nak lebih lanjut mengenai produk terbaru dari SAFI dan pelbagai info lagi, jangan segan silu ke laman-laman berikut :









XOXO

Read More»

Ahad, 12 Mei 2013

Photobooth props – Temerloh mariiiiiii!!!!!!!

 

Assalamualaikum…

 

Semalam daku godek-godek album gambar wedding sepupu aku, niat di hati nak cari sekeping gambar dengan mak tersayang. Nak share lah jugak kan memandangkan hari ni Mother’s Day kennnzzz.. Tapi lain yang ku cari, lain lak yang ku jumpa…

 

DSC04028

Ternampak gambar-gambar photobooth props ni haaa… Terhasilnya props ni atas idea kakak sedara aku.. Dia yang mengajok semua sepupu-sepupu perempuan bekerjasama untuk mengadakan photobooth seterusnya membuat props semua ni..

 

Tapi aku ni busy kemain kan kat Shah Alam ni.. maka ku tak dapat pulang awal ke Temerloh. Ku kirim salam rindu dari Shah Alam je la ekkk.. Aku ingatkan tak jadi buat photobooth ni kennzz.. Sebab tak tahu nak setup photobooth kat mana.. plus aku pernah usha harga props untuk photobooth macam ni… mahal kemain kennzz…

 

DSC03957

Yang kiri adik sedara aku, yang kanan kakak sedara aku yang mengetuai misi setup photobooth dan buat props. HANDMADE. Curlasssss ko kakak! Bejaya juga misi uollss… Yang menariknye, seperti gambor di atas, korang boleh tengok props tu dihasilkan dalam loghat yang kami guna di Temerloh. Hahahahhaa…. Mana nak beli kannnzzz :P

 

 

DSC03723

DSC03898

DSC03914

Ni semua gambar adik aku dan kawan-kawan beliau yang seronok bebenor mengambil gambar di photobooth. Mula-mula macam takde orang nak bergambor. Malu mungkin. Ye lah tak biasa lagi kottt… Lepas kami sedara mara bergambor sakan kat photobooth ni baru ler mereka tak segan sili nak bergambor jugakk. Riuh rendah kejap depan umah haha.

 

 

DSC03728

Ni sedara-sedara aku… Haaa macam kembar tiga kan. Aku pon kompius sebenor nye.. Iskkk ni lah rasa nak lepuk diri sendiri sebab aku ni jenis susah nak cam sedara mara lebih-lebih lagi yang jarang jumpa dan duk jauh… Ye lahhh kami berjumpa pun time-time kenduri ataupun hari raya.

 

 

DSC03991

Yezzaaa.. ze bridesss.. Yang berbaju putih tu pengantin perempuan isteri kepada sepupu aku Angah Opie. Yang berbaju kelabu tu isteri abangnye, Along Asha. Haloooooo new family members! Good to have you guysss… Dua-dua sporting !

 

 

cats

Hahahhaha aksi-aksi mak jemah harusss adeee uoollsss.. Kalau koi dah berpunye, so what kenzzz??? Dah kawin esok nak canang satu dunia, canang laaa.. Wkwkwkwkk….

 

 

DSC03862

Abang photographer dan si gadis tisu. Cuaca yang panas membuatkan kotak tisu tak lepas dari tangan. Kena hulur kat pengantin yang berpeluh-peluh haaa… Muka and mekap kena maintain uollsss…!! Kang gambar tak lawa!

 

 

DSC04006

Adik-adik sedara aku, merangkap AJK majlis kahwin ni. Hahahhaaa dalam pada buat keje tu nak jugok bergambor ahhahaha!! Haruslahhh kannnzzz….

 

 

DSC04129

Props misai ni props yang WAJIB ADA dalam koleksi photobooth props!

 

 

DSC04130

Ini lagi satu propa.. Disebabkan koi asyik megang props bertulis “Bride” ni habis koi kene ngusik ngan sedare mare sume.. Dok pakat nanye koi bile koi punye turn lak jadi “Bride” nyeee.. Lahaiiiiiii kemain cepumas nye soklannnnn!! Memang koi hanye tersengih macam kerang busuk lalu tersipu malu (kononnnn) bahahahha..

 

Takdak jodoh nak wat camne kannn.. Jodoh takleh paksa, takleh gak nak ditetapkan ikut suka hati. Allah dah bagi jodoh kite, maka tunggu aje la ye dokkk.. So ayuhlah kite memperbaiki diri agar jodoh yang datang tu baik peribadinya dan boleh bimbing kite ke jalanNYA… Cewahhh kemain aku ni macam ucapan dahh..

 

 

Apa-apa pun good job sepupu-sepupu yang menjayakan photobooth dan props semua niii.. Thumbs Up !

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay