Read More»
Rabu, 19 Julai 2017
Family
Read More»
Tweet
Isnin, 22 Jun 2015
[DAY 14] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!
Assalamualaikum...
Okayyy habis kisah Paris ! Marilah sambung upate The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni Haaaa banyak lagi nak kejar ni.. Lebih seminggu dah delay… Haa blogger jenis apalah aku ni suke hati je nak update blog ke tidakkkk !
14) Describe the last moment you felt really,
truly blissful
Tak perlu cakap panjang. MAK dan ABAH made my entire life truly blissful, every moment. The only people that will definitely be with me even I’m at my lowest point. I may not a good daughter to you two, but please know that Mak and Abah are the greatest gift from Allah that I could’ve asked for. And I love you both dunia akhirat.. Semoga Allah memberkati dua insan kesayangan aku ni… dan mempermudah segala urusan mereka, murahkan rezeki mereka dan kurniakan kesihatan yang baik..
XOXO,
Putewi Hensem.
Read More»
Tweet
Khamis, 4 September 2014
Cabaran 30 Hari | Hari 3 – Sesuatu yang menguatkan seorang Nisa Kay
Assalamualaikum..
Kalau sebut pasal sesuatu atau seseorang yang menguatkan kita, jawapan yang kita biasa terima ialah KELUARGA KITA kann…. Tak terkecuali juga aku.
Keluarga aku, terutamanya MAK dan ABAH aku adalah antara pendorong, pemberi semangat serta kekuatan untuk aku hidup selama 23 tahun ni. Sejak tamat diploma pada tahun 2012, aku ambil keputusan untuk membina hidup sendiri menggunakan wang simpanan yang bersisa dalam akaun bank.
Masa tu hidup aku terumbang-ambing juga. Segala perbelanjaan aku bergantung sepenuhnya kepada sumber pendapatan blogging. Simpanan aku juga datang dari situ. Jadi, bila rezeki blogging mula tidak memihak kepada aku, aku decide nak mulakan semula perniagaan online aku yang terbengkalai. Aku bertawakal pada Allah, serta doa dan sokongan serta kepercayaan mak dan abah, aku harung segala cabaran yang datang.
Aku sorang-sorang kat sini, takde keluarga lain yang tinggal berhampiran. Wang simpanan yang sangat terhad, dan macam-macam pulak kegunaannya. Allah je tahu perih jerih, dugaan yang diturunkan untuk aku.. dan MAK ABAH je faham betapa payahnya aku nak kuatkan diri stay kat sini, demi menaikkan nama bisnes aku, tahan lapar… Allah.. nak menangis rasanya bila ingat balik.
Pendek kata, family aku adalah sesuatu yang memberi kekuatan pada aku selama ni. Dengan family kita, we can true to them, true to ourself. My precious.
Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!
Read More»
Tweet
Ahad, 12 Mei 2013
Photobooth props – Temerloh mariiiiiii!!!!!!!
Assalamualaikum…
Semalam daku godek-godek album gambar wedding sepupu aku, niat di hati nak cari sekeping gambar dengan mak tersayang. Nak share lah jugak kan memandangkan hari ni Mother’s Day kennnzzz.. Tapi lain yang ku cari, lain lak yang ku jumpa…
Ternampak gambar-gambar photobooth props ni haaa… Terhasilnya props ni atas idea kakak sedara aku.. Dia yang mengajok semua sepupu-sepupu perempuan bekerjasama untuk mengadakan photobooth seterusnya membuat props semua ni..
Tapi aku ni busy kemain kan kat Shah Alam ni.. maka ku tak dapat pulang awal ke Temerloh. Ku kirim salam rindu dari Shah Alam je la ekkk.. Aku ingatkan tak jadi buat photobooth ni kennzz.. Sebab tak tahu nak setup photobooth kat mana.. plus aku pernah usha harga props untuk photobooth macam ni… mahal kemain kennzz…
Yang kiri adik sedara aku, yang kanan kakak sedara aku yang mengetuai misi setup photobooth dan buat props. HANDMADE. Curlasssss ko kakak! Bejaya juga misi uollss… Yang menariknye, seperti gambor di atas, korang boleh tengok props tu dihasilkan dalam loghat yang kami guna di Temerloh. Hahahahhaa…. Mana nak beli kannnzzz :P
Ni semua gambar adik aku dan kawan-kawan beliau yang seronok bebenor mengambil gambar di photobooth. Mula-mula macam takde orang nak bergambor. Malu mungkin. Ye lah tak biasa lagi kottt… Lepas kami sedara mara bergambor sakan kat photobooth ni baru ler mereka tak segan sili nak bergambor jugakk. Riuh rendah kejap depan umah haha.
Ni sedara-sedara aku… Haaa macam kembar tiga kan. Aku pon kompius sebenor nye.. Iskkk ni lah rasa nak lepuk diri sendiri sebab aku ni jenis susah nak cam sedara mara lebih-lebih lagi yang jarang jumpa dan duk jauh… Ye lahhh kami berjumpa pun time-time kenduri ataupun hari raya.
Yezzaaa.. ze bridesss.. Yang berbaju putih tu pengantin perempuan isteri kepada sepupu aku Angah Opie. Yang berbaju kelabu tu isteri abangnye, Along Asha. Haloooooo new family members! Good to have you guysss… Dua-dua sporting !
Hahahhaha aksi-aksi mak jemah harusss adeee uoollsss.. Kalau koi dah berpunye, so what kenzzz??? Dah kawin esok nak canang satu dunia, canang laaa.. Wkwkwkwkk….
Abang photographer dan si gadis tisu. Cuaca yang panas membuatkan kotak tisu tak lepas dari tangan. Kena hulur kat pengantin yang berpeluh-peluh haaa… Muka and mekap kena maintain uollsss…!! Kang gambar tak lawa!
Adik-adik sedara aku, merangkap AJK majlis kahwin ni. Hahahhaaa dalam pada buat keje tu nak jugok bergambor ahhahaha!! Haruslahhh kannnzzz….
Props misai ni props yang WAJIB ADA dalam koleksi photobooth props!
Ini lagi satu propa.. Disebabkan koi asyik megang props bertulis “Bride” ni habis koi kene ngusik ngan sedare mare sume.. Dok pakat nanye koi bile koi punye turn lak jadi “Bride” nyeee.. Lahaiiiiiii kemain cepumas nye soklannnnn!! Memang koi hanye tersengih macam kerang busuk lalu tersipu malu (kononnnn) bahahahha..
Takdak jodoh nak wat camne kannn.. Jodoh takleh paksa, takleh gak nak ditetapkan ikut suka hati. Allah dah bagi jodoh kite, maka tunggu aje la ye dokkk.. So ayuhlah kite memperbaiki diri agar jodoh yang datang tu baik peribadinya dan boleh bimbing kite ke jalanNYA… Cewahhh kemain aku ni macam ucapan dahh..
Apa-apa pun good job sepupu-sepupu yang menjayakan photobooth dan props semua niii.. Thumbs Up !
XOXO
Read More»
Tweet
Khamis, 27 Disember 2012
Majlis Pernikahan
Assalamualaikum..
Ambui ambui kemain tau tajuk entry majlis nikah gituu.. Well, nampaknya study week aku tidak diisi dengan perkara yang sepatutnya iaitu STUDY!!! Aargghh aku rasa macam student yang bangang gila yang duk habiskan masa buat benda lain, tapi study abaikan. Harap je angkut buku teks sana sini, tapi pencil box and kertas kajang tak bawak balik. HUH!
Well, permulaan study week aku agak huru hara sebab aku berkejar ke sana sini. Sepatutnya meeting tapi tak jadi. Sepatutnya buat itu, tak jadi… buat ini, tak jadi. HAIHHHHH! Why laa everything so hard hahhh~ Apa-apa pun berlangsung sudah majlis pernikahan… oppsss bukan majlis aku yang pastinya.
Ouuu well yes.. muka ku berpanas terik hangat setiap hari. Jelas hilang seri dan bertambah gelap. Lepas 4 tahun jangan tanya kenapa kalau muka ku tak ubah macam negro. Silap-silap kena cekup dengan polis sebab ingat aku pendatang. Ehh apa aku mengarut ni. Heeee dulang hantaran tu untuk aku pegang dan bergambar sahaja. Well, yes.
Ini baru betul gadis-gadis dulang. Semuanya sepupu sepapat aku, dua daripadanya adik aku. Yang pegang bekas merah tu, benda tu hadiah kepada kakak pengantin perempuan sebab langkah bendul. Haa gituuu. Mohon keempat-empat adik perempuan kahwin dulu supaya aku dapat banyak hadiah. EHHH??
Sebelum memulakan perjalanan menuju lokasi majlis pernikahan yakni rumah pengantin perempuan, marilah kita sama-sama memohon kepada Yang Maha Esa agar segalanya berjalan lancar dan diberkati olehNYA…
Sampai je berdekatan rumah pengantin perempuan, kami stop dulu tepi jalan menanti sedara mara yang masih belum sampai. Haaa ada pulak majlis penyerahan lego. Entah YB kawasan mana ni pun aku tak tau. Nampak tak along aku kemain disinari nur…
A pic with my dear lil bro. My only one lil bro. Beloved. Afiq.
CANDY BUFFET!!! Banyak gila coklat cadbury. Haaaa laju je tangan aku sauk cokelat! Sekali amik, aku amik segenggam. Tapi adik-adik aku lagi tak senonoh. Siap amik simpan dalam beg, banyak lak tuh!!!
“Marilah kita menyaksikan sama ada pengantin kita ni betol ke dok lelaki..” Ehh buat lawak lak tok kadi..
ALHAMDULILLAH… Dengan sekali lafaz, abang saudara aku, yakni sepupu aku telah selamat menikahi Kak Lin. Tahniahhh tahniahh.. semoga Allah merahmati hubungan kalian..
My biggg family!! Ni family belah abah je.. Ni pun masih ramai yang takde..
Persoalannye… turn aku bila?? OOPPSS Biarlah rahsiaaaa… Rasa-rasa muka hensem bak Fahrin Ahmad, ade rumah,a de kereta, mampu jaga anak orang silalah datang berjumpa mak abah saya. Oppss anda belum tentu melepasi halangan seterusnya.. EEhhhh!!!!!!!!!!!!!! Kbai..
xoxo
Read More»
Tweet
Isnin, 5 November 2012
Good luck adik !
Assalamualaikum…
Wah wahhh mesti adik-adik yang nak ambik SPM yang akan bermula esok dah berdebar-debar tak boleh tido malam nak pegi dewan exam. Hahaha rilek adik-adik semuaaa… hakak ni pernah mengalaminya sebelum ni. Hohoo…
By the way entry aku kali ni bukanlah nak menyenaraikan langkah-langkah persediaan sebelum SPM.. Dah takde masa kot korang nak huru-hara study bagai nak gila malam ni. Malam ni korang patut berehat dan tenangkan minda supaya apa yang korang dah study tu tak lari keluar dari otak okay?
Ohhh ya, adik aku, Tasya pun akan mengambil SPM tahun niiii.. Hohooo manakala adik aku sorang lagi dah pun habis PMR.. So good luck to you sis ! Jawab dengan sebaiknya okay. Ingat ye, abah selalu kata, result tak bagus tak apa, janji kita tahu, Allah tahu kita dah usaha setakat yang kita mampu. Tapi janganlah saje saje je bagi result tak bagus ye.. Usahalah biar bagus! Okayyy…!
Selamat menjalani peperiksaan SPM kepada semua adik-adik tingkatan 5 di luar sana ! Anda sudah berusaha kan? Maka berdoa dan bertawakal lah kepada ALLAH SWT kerana hanya Dia yang berkuasa meletakkan di tempat yang selayaknya anda. Meminta dan memohon hanya kepadaNYA. In sha Allah..
~Goodluck~
Read More»
Tweet
Ahad, 6 Mei 2012
Makeover by Nisa Kay
Assalamualaikum..
Selama aku pakai mekap dan belajar mekap secara sendirian berhad nih, jarang sangat-sangat aku menggunakan skill aku untuk makeover muka orang. Cehhh skill ? Skill apalah sangat aku ni. Tangan keras macam kayu ada hati kata diri sendiri ada skill? Puihh.
Hari ni mood kelaut sebab badan tak bape sedap. Then malas mekap diri sendiri untuk jadi model tudung kat online shop aku, so aku paksa rela adik aku untuk dimekapkan oleh tangan kayu aku ni dan menjadi model tudung. Nasib baik dia tak banyak songeh.
Sooooo ini muka adik aku sebelum mekap. Baru je lepas cuci mukanya. Ehh apesal aku ambik gambar dia macam gambar passport? Sinaran passport kegemilangan kah? Kuikuikui.. Ahh lantak! Ini muka dia sehari-hari. Ye budak kecik ni belum pernah mekap tebal lagi. So basically muka dia banyak parut jerawat dan dia xde double eyelid.
Jeng jeng jenggg… ini muka dia selepas aku mekapkan.. Puas jugak nak menepek naturactor kat muka beliau sebab nak tutup parut jerawat. Almaklumlah, macam aku jugak, dia pantang nampak jerawat mesti tangan tu gatal nak picit.
Ini pun aku beragak lagi nak letak mekap tebal-tebal kat muka dia. Muka dia dah dok berkerut-kerut dah masa aku letak naturactor. Eye shadow pun aku letak sikit-sikit je.. Eyeliner pun biasa aje. Blusher? Aku pakaikan blusher yang paling natural.
Maka kesimpulannya inilah wajah adik aku sebelum aku makeover dan selepas make over. Harap mukanya tak nampak macam pondan. LOL. Maaf ye dik tulis pasal kau kat sini. Baru ingat nak promote blog kau sekali kau private kan pulak. Hukhuk…
So make up simple ini aku guna :
Naturactor (kod 151)
Elianto Luminous Shadow (kod 01 pale yellow & 15 gothic black)
Elianto Fionatto Blush (kod 02 peacy pink)
MAC liquid eyeliner (tiruan punye. beli kat uptown LOL)
Miss Rose Lipstick (kod 04)
Elianto Lip Gloss (kod 04)
Ye aku tak pakaikan bedak sebab Naturactor sahaja dah okay. Nak pakai bedak pun okay, tapi tak payah tebal sangat, cukup sapu nipis bedak compact tu pakai berus blusher. Blusher aku guna yang paling natural dan tak pekat sebab aku tak suka pipi aku merah sangat macam lebam. Brow liner aku tak pakaikan sebab lupa bawak. LOL. Okay lah nak pergi buat keje. Kbai.
Read More»
Tweet
Khamis, 26 Januari 2012
Balik kampung.. ooo balik kampung..
Assalamualaikum semua pembaca :)
Amboi kemain intro riang gembira gitew. Baiklah entry ni aku taip dengan kelajuan cahaya. Cehh menipu sangat ok. Aku taip laju-laju sebab ada kerja nak disiapkan, but ye blog jugak yang aku dahulukan! Hahaa.. Hampeh betul aku. Kesian lah majikan aku di masa depan. Haha.. Kisah kali ni aku berkongsi pasal kampung halaman yang ku chentai!
Cuti raya cina dan cuti pertengahan semester buatkan rumah sewa aku kosong seminggu sebab semua balik cuti. Ehhh aku apa lagi angkat kakilah balik Pahang, takkan nak duk sorang-sorang?? Hahaaa… maka di Pahang pula aku dan keluarga balik rumah wan aku sebab nak melawat dia. Ye lah sejak arwah aki aku dah takde ni kesian wan duduk sorang. Alih-alih wan aku takdek kat rumah pergi KL dengan mak long!
Wan takde kat rumah.. So takpelah, kitorang lepak kat halaman rumah nan luas dan kaya dengan kehijauan je lah. Cewahh kemain tau! Tapi ni specialnya kampung yang jauh dari bandar. Nyaman dan tenang sangat! Yeahh suka suka :D
Dah adik aku ni kenapa sebegini? Kahkahkah.
Seriously I love the calm and green environment so much!!
Aksi lompat berirama tapi aku tak sempat lompat adik aku dah snap pic. Abah aku pulak tak menyabar nak melompat. Muahahaa…
Lepas tu melawat rumah saudara yang duduk tak jauh dari rumah wan. Borak punya borak datanglah seorang budak bawak baby ni kat kitorang yang tengah bersantai bawah pokok manggis. Mak aku cakap ni kira pangkat anak saudara jugaklah budak ni dengan aku. Awwww comels.
Abaikan muka tak mekap aku tuh. Aku tahu aku tahu aku tak lawa. Muahaha. Budak Husna ni kan pandai dia pandang kat kamera, sangat baik sebab dia duduk diam dan senang ketawa bila aku kacau-kacau dia. Wuargghh comel comel.
Heee budak kecik ni walau bertukar tangan dia tak nangis pon. Kejap aku dukung dia, kejap adik aku dukung dia. Dia baik je. Heee aku suka budak yang baik. Sebab aku macam akan panik kalau budak kecik nangis kalau aku pegang. Hahaa…. Penuh sifat keibuan tak aku? Kahkahkah..
Pendek kata petang yang damai tu kitorang habiskan masa dengan lepak bawah pokok manggis dan berborak-borak dengan saudara yang dah lama tak jumpa. Wan aku pulak rupanya pergi KL ikut mak long. Haishh patutlah rumah sealed! Hahaha…
Read More»
Tweet
Rabu, 11 Januari 2012
Jalan-jalan cari makan di Temerloh.
Assalamualaikum…
Aku tulis draft entry ni dah lama sangat dah. Sepatutnya lama dah aku nak share dengan korang pasal kisah aku dengan sepupu-sepupu aku jalan-jalan cari makan nih. Tapi baru sekarang ada masa nak share.
Mulanya sepupu aku, Faa, janji nak bawak kitorang dah lama dah.. Masa first time pergi, gerai yang terbabit masih belum bukak. Maka kitorang makan kat tempat lain dengan penuh rasa kecewa dan duka lara. Beberapa hari lepas tu Faa bawak aku, adik aku dan sepupu yang lain untuk join jalan-jalan cari makan.
Yang kecik tuh of course la adik aku, Dayah. Yang pakai pashmina tu sepupu aku. Kedua-duanya excited benor jalan-jalan cari makan sebab perut memasing dah berlagu Justin Bieber. Ehhh??!!
Ni la sepupu aku, Faa, merangkap driver rasmi aku dan sepupu yang lain setiap kali kami semua meronggeng bersama-sama. Muahahaaa… kakak jangan marah naaa…
Ni sepupu aku yang lagi satu. Errr aku ramai sepupu weh. Hahaa.. Dia baru dapat lesen tapi dah aktif drive ke sana sini. Haaa tu maknanya ramai la yang boleh jadi driver kalau nak keluar meronggeng yeahhh!! Maklumlah aku ni takde lesen lagi. Kahkahkah!!!
Walaupun gerai kampung aje tapi environment dia best. Berangin sebab dekat dengan sungai. Jalan kampung yang tak hingar bingar, makanan yang sedap dan yang paling penting… MURAH!!! Korang tengoklah sendiri. Paling mahal pun mi bandung yang berharga RM3.50 ! Perrgghh aku pun susah nak percaya!
Ini mi kari, sepupu aku Faa yang order. Best weh sebab ada ayam seketul tapi harga bawah RM3.00 !
Ini laksa. Pun harga bawah tiga hengget.
Yang ais nye tinggi kemain tu ais jagung. Sedap jugak! Kat sebelah dia air coke float.
Ini mi bandung yang aku order. Sedap! Rasanya tak masam sangat tak pedas sangat, just nice dan sesuai dengan selera aku. Harga murah tapi kuah penuh dengan udang, fish ball dan fish cake!
Muka skema aku ketika hendak menjamah mi bandung. Hooo tapi muka aku blur! Pandai punye kamera pergi fokus lak belakang pulak haihhh! Tapi takpe lihatlah dunia, aku senyum tunjuk gigi bak iklan Colgate!
Heeee inilah yang buat aku rindu nak balik Pahang! Aku tak malu nak cakap aku orang Temerloh, aku tak malu nak share cerita kat blog yang aku makan kat gerai kampung aje. Aku bangga apa! At least there’s something about Temerloh that can be shared here, and I’m proud :)
Heeee menulis entry ni buat hati aku meronta-ronta nak balik Temerloh! Nak peluk adik aku si demok, nak makan gulai tempoyak ikan patin yang mak masak, dan meronggeng dengan sepupu-sepupu aku yang sama ting tong dengan aku! Hahahaa Okaylah.. till then. Tata!!
TWEET or LIKE this entry!
Read More»
Tweet
Copyright © Nisa Kay
