Rabu, 16 Mei 2012

[EVENT] The Body Shop new concept store launch

 

Assalamualaikum..

 

Baru-baru ni aku mendapat invitation dari pihak The Body Shop Malaysia untuk menghadiri private event yang diadakan di One Utama. Event tersebut bersempena pelancaran semula outlet Body Shop yang telah diubahsuai dan diberi konsep baru dengan tagline “LOOK GOOD, FEEL GOOD, DO GOOD”.

 

IMG_8774

Aku pon hangkutlaa akak Pen Merah sekali sebab kitorang dah biasa share event ape semua kan. Mulanya ingat dah lambat, sebab kami sampai OU tepat-tepat pukul 4 petang, lepas tu mencari pulak kat mana outlet Body Shop sebab aku macam ingat-ingat lupa lokasinya.

 

IMG_8782

Lepas registration, tetamu majlis akan dipakaikan corsage yang special.

 

IMG_8776

Apa yang specialnya? Ya corsage nya dibuat dari bunga segar! Dan menurut gadis kat meja registration tadi bunga tu baru je sampai pagi hari tu. Masa aku pakai pun bunga tu masih lembap dan wangi!

 

IMG_8791

Berhadapan dengan outlet Body Shop tu, ada tempat special untuk para tetamu mencuba produk-produk baru. Kami diberi goodies bag yang hanya berisi press kit. Haa ada rahsia di sebalik goodies bag yang kosong tu ya..

 

IMG_8789

Rupanya, goodies bag sengaja dikosongkan. Nak tahu kenapa? Sebab para tetamu akan dijemput untuk mencuba produk terbaru yang bakal dilancarkan di masa akan datang, and then lepas cuba produk tu, boleh isi dalam beg dan bawak balik! Terbaik kan The Body Shop Malaysia !!

 

IMG_8939

Baiklah.. jom jom kita melangkah masuk ke booth tadi. Produk pertama yang bakal aku cuba ialah THE BODY SHOP BEAUTIFYING OIL. Beautifying oil ni didatangkan dalam 6 aroma, tetapi yang ada pada hari itu cuma 3 iaitu aroma Strawberry, Shea dan Orange.

 

IMG_8801

IMG_8807

Aku memilih untuk hand massage mengguna Beautifying Oil aroma Strawberry. Aku suka sangat bauan buah-buahan yang lembut dan sweet. Tangan kanan aku diurut menggunakan minyak ini dan seriously tak rasa berminyak atau melekit langsung! Minyak cepat menyerap dan mempunyai fungsi-fungsi yang baik untuk kulit. Nantikan individual blog post untuk produk ni ye!

 

 

IMG_8940

Seterusnya, kami diberi peluang untuk memilih BODY BUTTER yang terbaru untuk dibawa pulang. Ada 7 aroma semuanya, dan aku memilih untuk membawa pulang MORINGA BODY BUTTER. Harumannya sangat lembut dan teksturnya pun halus. Nantikan individual blog post untuk produk ni ye!

 

IMG_8836

Wajah gembira dapat bawa pulang THE BODY SHOP BEAUTIFYING OIL dan THE BODY SHOP NEW BODY BUTTER . Tak sabarnya nak cuba di rumah!

 

Kemudian, kami mencuba NATRULIFT REFRESHING EYE ROLL-ON pula. Mampu mengurangkan kedut di hujung mata dengan penggunaan berterusan, dan juga menyegarkan mata. Tak lupa juga it will reduce EYEBAG!!! Hohoo..

IMG_8879

Pekerja The Body Shop sedang menunjukkan cara-cara penggunaan eye roll-on yang betul untuk hasil yang optimum. Dan yeayyy dapat bawa pulang satu unit NATRULIFT REFRESHING EYE ROLL-ON :D

 

 

IMG_8964

Ini pulak LIMITED EDITION MAKE-UP RANGE : CRUELTY FREE MAKE-UP by LILY COLE. Lily Cole merupakan wajah terbaru The Body Shop. Wajah yang sangat klasik dan comel! Kenapa set mekap ni dinamakan “CRUELTY FREE” ?? Ini kerana produk ini adalah vegeterian dan sama sekali tidak menggunakan unsur-unsur haiwan!

 

cats

Seriously kalau aku tahu ada makeover kat sini aku rela datang event dengan muka sememeh takde mekap! Muahahaa!! Tapi nasiblah aku tak pakai eyeshadow, maskara dan blusher. So make-up artist Body Shop just tambahkan mekap mata, blusher dan juga tambah lip gloss kat aku.

 

IMG_8975

Aku dan blogger Miss Sunshine. Yeayy kami dapat bawak balik beberapa produk dari set mekap limited edition by Lily Cole. Extremely happy!! Okay now jom jalan-jalan dalam THE BODY SHOP PULSE STORE pulak..

 

page

The new Body Shop Pulse Boutique : A Heartbeat In The Community. Ruang dalam Pulse Store ini sudah diubahsuai, menggunakan warna yang lebih terang, dan pada pandangan mata aku, ia lebih nampak imej yang bersih dan luas.

 

page2

Rak yang digunakan juga sudah berubah, menampakkan susun atur product yang lebih kemas. Mementingkan keselesaan dan juga alam sekitar, ada juga material yang digunakan merupan material yang mesra alam sekitar.

 

 

IMG_9004

Dari kiri :  Miss Sunshine, Nisa Kay dan Pen Merah . Thank you so much The Body Shop Malaysia for having us. We had a great time with the product testing and make up demo activities. The food and atmosphere of the event was good too. Do invite us for future events too! Hehee..

 

 

Jadi jangan lupa terjah The Body Shop Pulse Boutique di One Utama Shopping Centre / Setia City Mall Shah Alam / Paradigm Mall Kelana Jaya atau pun di AEON Station 18 Ipoh. Dapatkan produk terbaru dan juga rasakan kelainan konsep terbaru Body Shop! (Nantikan individual blog post for THE BODY SHOP BEAUTIFYING OIL, NATRULIFT REFRESHING EYE ROLL-ON and LIMITED EDITION MAKE-UP RANGE : CRUELTY FREE MAKE-UP by LILY COLE okay!

 

 

 

Sign PNG NisaKay


12 ulasan:

  1. kita nak pergi event macam ni jugak. tp xd orang ajak (T_______T)

    BalasPadam
  2. banyaknye dapat free gift . syioknye die :D

    BalasPadam
  3. Wah bestnyer... Body Shop tu.. Nisa nak satu.. hehehe ;)

    BalasPadam
  4. bestnyer,,,.. neway, cantek dress..;)

    BalasPadam
  5. kene tag : http://ainafarahindomo.blogspot.com/2012/05/segmen-blogwalking-sampai-lebam.html

    BalasPadam
  6. wah...bestnye...nak barang body shop free jugak...hehehe

    BalasPadam
  7. dapat gak invitation tapi takleh nak g sebab time keje..huhu

    BalasPadam
  8. bestnya dpat produk dr body shop jeles2.jom lawat blog bella pulak.just a simple blog http://qasehnabilah.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. i noticed ur tudung semuanya bawal two tones..kat mana u beli ye? :)

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay