Rabu, 21 Ogos 2013

FILEM – Paku Pontianak bukan filem pontianak tipikal

 

Assalamualaikum…

 

paku

 

Dup.. dap.. dup.. dap… begitulah degupan jantung aku sepanjang malam tadi… semuanya dek kerana penangan menonton filem terbaru dari MiG iaitu filem seram Paku Pontianak. Filem ini dari trailer nye kemain seram lahaiiiii.. Sampaikan aku cepat-cepat skip iklan trailer ni kat Youtube atau alih TV kalau keluar kat TV haha !!

 

PAKU PONTIANAK? Cerita apa lagi kalau bukan pasal hantu yang mati beranak atau lebih glemer dikenali sebagai pontianak. Namun setelah berakhirnya majlis pratonton filem PAKU PONTIANAK ni, aku dapat simpulkan di sini (dari sudut pandangan peribadi aku) filem ini tidak seperti filem pontianak biasa yang berlambak di pasaran.

 

_MG_4516

Macam mana kalau korang ditakdirkan KAHWIN DENGAN PONTIANAK? Yer of cos laa korang tak tahu yang orang itu pontianak ke tak kan… So kalau TER-kahwin macam mana? Seriously korang kena tengok filem ni sebab hero filem ni iaitu Pekin Ibrahim yang memegang watak Adam telah jatuh cinta dan berkahwin dengn pontianak !

 

 

_MG_7782

Adam yang tidak sengaja “melanggar” Melati (lakonan Uqasha Senrose) telah memutuskan untuk berkahwin dengannya setelah Melati tinggal di rumah keluarganya selama beberapa bulan. Semenjak kemalangan tersebut Melati sedikit pun tidak mengenali siapa dirinya dan tidak mengingati jika dia mempunyai waris. Jadi, family Adam ni lah yang menjaga Melati.

 

Namun, perkahwinan Adam dan Melati mula terganggu apabila Adam dan adiknya sering mengalami perkara-perkara menyeramkan yang berkaitan dengan Melati. Tapi Adam percaya bahawa kejadian karut tersebut terjadi angkara Seri (lakonan Hidayah Samsudin) yang menggunakan ilmu hitam ke atas Melati.

 

 

_MG_5722

Kehadiran Pak Leh (lakonan Sidek Hussain) tidak disenangi Adam sebab Pak Leh ni sedaya upaya nak bagi hint kat Adam ni yang ada something wrong dengan bini dia. Jadi apa kesudahannya rumah tangga Adam dan Melati ni? Sebab Adam sayang sangat kat bininye tu…

 

 

_MG_5281

Kejadian seram bermula apa bila Melati kelihatan mulai “menjadi dirinya yang sebenar” haa gituhh. Kalau nak tahu apa yang sebenar tuh kenalah tengok PAKU PONTIANAK ye dak?? Elemen seram yang aku rasakan lain dari filem yang lain ialah penekanan dalam menerapkan elemen suspens. Faham ke idok? Maksud aku, kalau citer hantu je mesti berlambak-lambak hantu keluar skrin kan? Tapi yang ni tak..

 

 

_MG_4756

Di sebalik keseraman yang menyelubungi sepanjang jalan cerita, ada kisah yang tersirat dan tersurat. Haa gituuhhh. Ada kisah cinta, kasih sayang dan kekeluargaan. Daripada asyik terkejut tengok muka hantu baiklah kita hayati kisah cinta yang… haa kalau nak tahu silakan menonton filem PAKU PONTIANAK.

 

LAIN-LAIN :

  • Babak-babak seram sangat menjadi kerana lokasi penggambaran yang memang menaikkan mood seram.
  • Elemen suspens yang berjaya diterapkan. Sampai penonton-penonton menjerit-jerit.
  • Bukan citer tipikal pontianak terbang ke hulu ke hilir. Rambut menngerbang.
  • Tabik kat director yang kreatif. Maksud aku tak stick pada satu genre filem saja. Best!

 

 

1

 

Saksikan filem PAKU PONTIANAK, di pawagam bermula 22 OGOS 2013 ini. Lakonan -

Pekin Ibrahim
Uqasha Senrose
Ruminah Sidek
Along Eyzendy
Adiba Yunus
Hidayah Samsudin
Sidek Hussain




 

 

 

MORAL OF THE STORY :
Jangan bawak balik perempuan yang anda tengah-tengah malam okay. Hak hak hak.



XOXO


19 ulasan:

  1. siyes terjerit-jerit nengok cerita ni malam tadi.. hehhe
    http://sinarcintaku.blogspot.com/2013/08/pratonton-filem-paku-pontianak.html

    BalasPadam
  2. lama dah tunggu cite ni..tak sabo nak tengok:)

    BalasPadam
  3. ermm..payah tol nak yakinkan diri tengok filem-filem gini..huhu

    BalasPadam
  4. Huhuhu, sayang xdpt join prebiu sebab terpaku atas katil. Muhahhaha.

    BalasPadam
  5. Serius tak sabar nak tunggu ecok! ;)

    BalasPadam
  6. ok...kerana review nisa yg meyakinkan.. akak nak pi tgk..

    BalasPadam
  7. huuu tenkss for sharinggg..act memang suka yengok cte antu dekat wayang.nhehehe

    BalasPadam
  8. menarik je jalan cerita . Tak sabar nak pergi tonton.

    BalasPadam
  9. Hurmm cam menarik je! takpe weekend ni leh ajak hubby ngan anak2 gi tgk hihi ^^,

    BalasPadam
  10. Dah tgk cite ni, tapi tak paham. Melati tu sebenarnya orang ke hantu? Cite dia pun macam tergantung

    BalasPadam
  11. Dah tengok dah, boleh bagi 3/5 bintang je. cite dia babak seram memang menjadi, tapi citenya tergantung. Melati tu pontianak atau orang? pelik tol

    BalasPadam
  12. wife saua cakap takdelah seram mana cite ni

    BalasPadam
  13. Boleh tahan cerita ni. Babak seram mjadi..

    BalasPadam
  14. Tak paham la ending cite ni..melati tu pontianak atau orang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lahh tak paham jugaa..sp nak bs bantu jelaskan ending cite ne

      Padam
    2. Sm lah tak paham ending, sp bs bantu ending cite ni..

      Padam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay