Memaparkan catatan dengan label Hantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hantu. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2013

FILEM – Paku Pontianak bukan filem pontianak tipikal

 

Assalamualaikum…

 

paku

 

Dup.. dap.. dup.. dap… begitulah degupan jantung aku sepanjang malam tadi… semuanya dek kerana penangan menonton filem terbaru dari MiG iaitu filem seram Paku Pontianak. Filem ini dari trailer nye kemain seram lahaiiiii.. Sampaikan aku cepat-cepat skip iklan trailer ni kat Youtube atau alih TV kalau keluar kat TV haha !!

 

PAKU PONTIANAK? Cerita apa lagi kalau bukan pasal hantu yang mati beranak atau lebih glemer dikenali sebagai pontianak. Namun setelah berakhirnya majlis pratonton filem PAKU PONTIANAK ni, aku dapat simpulkan di sini (dari sudut pandangan peribadi aku) filem ini tidak seperti filem pontianak biasa yang berlambak di pasaran.

 

_MG_4516

Macam mana kalau korang ditakdirkan KAHWIN DENGAN PONTIANAK? Yer of cos laa korang tak tahu yang orang itu pontianak ke tak kan… So kalau TER-kahwin macam mana? Seriously korang kena tengok filem ni sebab hero filem ni iaitu Pekin Ibrahim yang memegang watak Adam telah jatuh cinta dan berkahwin dengn pontianak !

 

 

_MG_7782

Adam yang tidak sengaja “melanggar” Melati (lakonan Uqasha Senrose) telah memutuskan untuk berkahwin dengannya setelah Melati tinggal di rumah keluarganya selama beberapa bulan. Semenjak kemalangan tersebut Melati sedikit pun tidak mengenali siapa dirinya dan tidak mengingati jika dia mempunyai waris. Jadi, family Adam ni lah yang menjaga Melati.

 

Namun, perkahwinan Adam dan Melati mula terganggu apabila Adam dan adiknya sering mengalami perkara-perkara menyeramkan yang berkaitan dengan Melati. Tapi Adam percaya bahawa kejadian karut tersebut terjadi angkara Seri (lakonan Hidayah Samsudin) yang menggunakan ilmu hitam ke atas Melati.

 

 

_MG_5722

Kehadiran Pak Leh (lakonan Sidek Hussain) tidak disenangi Adam sebab Pak Leh ni sedaya upaya nak bagi hint kat Adam ni yang ada something wrong dengan bini dia. Jadi apa kesudahannya rumah tangga Adam dan Melati ni? Sebab Adam sayang sangat kat bininye tu…

 

 

_MG_5281

Kejadian seram bermula apa bila Melati kelihatan mulai “menjadi dirinya yang sebenar” haa gituhh. Kalau nak tahu apa yang sebenar tuh kenalah tengok PAKU PONTIANAK ye dak?? Elemen seram yang aku rasakan lain dari filem yang lain ialah penekanan dalam menerapkan elemen suspens. Faham ke idok? Maksud aku, kalau citer hantu je mesti berlambak-lambak hantu keluar skrin kan? Tapi yang ni tak..

 

 

_MG_4756

Di sebalik keseraman yang menyelubungi sepanjang jalan cerita, ada kisah yang tersirat dan tersurat. Haa gituuhhh. Ada kisah cinta, kasih sayang dan kekeluargaan. Daripada asyik terkejut tengok muka hantu baiklah kita hayati kisah cinta yang… haa kalau nak tahu silakan menonton filem PAKU PONTIANAK.

 

LAIN-LAIN :

  • Babak-babak seram sangat menjadi kerana lokasi penggambaran yang memang menaikkan mood seram.
  • Elemen suspens yang berjaya diterapkan. Sampai penonton-penonton menjerit-jerit.
  • Bukan citer tipikal pontianak terbang ke hulu ke hilir. Rambut menngerbang.
  • Tabik kat director yang kreatif. Maksud aku tak stick pada satu genre filem saja. Best!

 

 

1

 

Saksikan filem PAKU PONTIANAK, di pawagam bermula 22 OGOS 2013 ini. Lakonan -

Pekin Ibrahim
Uqasha Senrose
Ruminah Sidek
Along Eyzendy
Adiba Yunus
Hidayah Samsudin
Sidek Hussain




 

 

 

MORAL OF THE STORY :
Jangan bawak balik perempuan yang anda tengah-tengah malam okay. Hak hak hak.



XOXO


Read More»

Jumaat, 6 Januari 2012

Tiket percuma ke majlis pra tonton filem Keramat untuk pembaca Saya Suka Menaip

 

Assalamualaikum…

 

Kali ni aku nak offer tengok wayang FREE kat pembaca blog aku. Ya bebeh PERCUMA. Ada kawan minta tolong aku carikan blogger yang nak ke majlis pra tonton filem KERAMAT oleh MIG (metrowealth pictures). Korang berpeluang untuk menonton filem ini bersama barisan pelakon dan pengarah filem KERAMAT.

 

keramat

10 Januari 2012

MBO SUBANG PARADE

8.00 malam

 

Aku ada 3 PASANG TIKET yang nak diberi secara PERCUMA. Tahniah kepada mereka di bawah kerana berjaya emel aku dengan pantas dan mendapat sepasang tiket seorang.

 

 

Haaa seram tak noks? Berdiri bulu roma dan bulu-bulu yang wujud di badan. Kekekeee… Tahniah kepada yang dah hantar emel kat aku dengan pantasnye. Jumpa korang di sana!

 

P/S : Nurul Arina kata dia ade 2 tiket percuma . Siapa nak , let her know, inacomot@yahoo.com

 

Sign PNG NisaKay

 

 

TWEET, LIKE or SHARE this entry!!


Read More»

Jumaat, 23 September 2011

REVIEW Filem Al-Hijab by Pierre Andre

 

Assalamualaikum semua…

 

Selasa lepas aku berpeluang menghadiri majlis pra tonton filem Al-Hijab karya terbaru Pierre Andre. Filem ni dikatakan filem paling seram 2011??? Haaaa kalau nak tahu baca entry ni sampai habis!

 

Sebelum tu aku nak ucap terima kasih sangat sangat kat Cik Helena for the free passes! Sayang Cik Helena ketat-ketat okayh!! Muahh! Hahaa.. Okay lets get straight to the point.

 

AL-HIJAB “Bersedialah bila hijabmu dibuka…”

 

filem-al-hijab

Wuarghhh pertama kali aku tengok poster filem Al-Hijab ni, sumpah aku kata aku tak berani nak tenung lama-lama pun! Kang melekat dalam otak, terbawak-bawak dalam mimpi sapa yang susah?? Wahaha!! Yeaaa di poster nya sahaja sudah ditampilkan elemen serammmmm!!!

 

SINOPSIS :

“Rafael, seorang pelakon extra merupakan seorang yang tidak mempercayai hantu atau makhluk halus kerana beliau tidak pernah nampak hantu. Namun, pada suatu hari beliau telah mendapat tawaran untuk berlakon filem seram. Untuk mendapatkan mood seram, Rafael melakukan homework dengan menonton cerita-cerita seram. Tapi, disebabkan beliau tidak mempercayai hantu, beliau jadi cepat bosan dengan filem-filem seram yang ditontonnya.

Kesungguhan beliau untuk mendapatkan mood seram demi filem yang bakal dibintanginya, Rafael mendapat idea untuk membuka hijab matanya. Beliau nekad untuk mencari orang yang boleh melaksanakan upacara membuka hijab matanya agar beliau boleh melihat hantu. Setelah bertemu dengan orang tertentu, hijab beliau dibuka dan……”

 

 

IMG_7286

Haaa apa dan….??? Dannn…..??? Kalau nak tahu korang kenalah tengok movie nih! Mana boleh cerita habis kat sini hahaa!! Pierre Andre merupakan penulis skrip, pengarah dan juga watak utama dalam filem ni. Digandingkan pulak dengan pendatang baru Nur Fathia yang sangat cun!

 

 

AH3

 

KOMEN AKU :

  • Aku bagi thumbs up kat Pierre Andre sebab filem ini memang seram betul-betul seram okayh!! Bukan seram-seram ayam!

 

  • Permulaan filem yang best sebab mood seram tu awal-awal lagi dah disuntik dalam filem, adegan di jalan terpencil pada tengah malam memang bikin aku berdebar tak sudah!

 

  • Jalan ceritanya yang straight to the point tapi tidak lah senang sangat untuk diteka oleh penonton. Maksud aku, mesej cerita ni jelas dan tidak berbelit-belit.

 

  • Plot yang mudah difahami dan penonton get the message clearly.

 

  • Terselit adegan yang mampu buat satu panggung ketawa. BEST WOHH!!

 

  • Ada adegan Rafael (Pierre Andre) lap kepala Qis (Fathia), semua orang sangka bila tuala tu dialih mesti keluar muka hantu, tapi……..  Haaa nak tahu tengok sendiri!

 

  • Aku bagi 8/10 bintang! Filem seram yang berjaya buat 3 orang lelaki yang duduk sebaris dengan aku menjerit sama! Hahaha…

 

  • Memang ada beberapa part yang harus dibaiki pada masa akan datang, namun bagi peminat filem seram macam aku, aku puas hati dengan Al-Hijab.

 

 

AH15

So.. apa lagi, 6 Oktober nanti ramai-ramailah terjah pawagam, tengok filem Al-Hijab ni tau! Aku rasa mesti menimbulkan fenomena lebih kurang macam filem-filem seram Pierre Andre sebelum ni. Bagi aku, filem ni bukanlah filem tangkap muat aje, sebab menurut Pierre sendiri, skripnya di proses beberapa tahun bagi memastikan hasil yang mantap.

 

 

 

NANTIKAN KEMUNCULAN FILEM AL-HIJAB DI PAWAGAM 6 OKTOBER INI!!

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay