Memaparkan catatan dengan label Hizami Rahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hizami Rahim. Papar semua catatan

Sabtu, 11 April 2015

AABC HANGOUT 2015 – Escape Room, Berjaya Times Square KL

 

 

Assalamualaikum..

 

Wahh rasa kemalasan melanda-landa diri ini.. banyak entry review produk dan event yang aku tak sempat nak update ! Selain mengurus bisnes dan terlibat dengan hal-hal yang tak dapat dielakkan, masa yang singkat di rumah juga membuatkan aku kurang masa nak update blog. Maaf ya semua yang masih sudi mengikuti perkembangan penulisan ku ini !

 

Kali ini aku nak share mengenai event yang paling best yang aku hadiri di tahun 2015 setakat ini lah. Hehehee… event tersebut dipanggil AABC HANGOUT 2015 yang berlangsung beberapa minggu lalu di Escape Room, Berjaya Times Square KL. Haaa AABC tu gapo dia ? AABC tu Air Asia Blogger Community. Alhamdulillah terima kasih AABC kerana sudi menerima aku menyertai komuniti havoc dorang !

 

DSC00088

Uhukkk uhukkk !!! Lama sungguh Budak Lelaki Sebelah Pintu tak singgah belog kita eh ? Zaman dolu-dolu aku rajin mention beliau dalam belog kudus ku ini. Keh keh keh. Untuk event kali ini, aku gerak sekali dengan Hizami. Sebenarnya kami berdua merupakan ahli baru untuk AABC ni haa. Dan ini event pertama kami dengan AABC !

 

 

DSC00073

Event AABC kali ini bertemakan #UnlockTheFunAABC ! Haa kami berkumpul di Escape Room. Apa benda ESCAPE ROOM ni ? Haa biasa kita main permainan yang gunakan tenaga atau yang mencabar adrenalin kan ? Kali ni, peserta AABC yang hadir bakal dicabar dari aspek ketelitian dan berfikir luar kotak untuk melepaskan diri dari bilik berkunci !

 

 

DSC00093

Antara rakan-rakan blogger yang turut menyertai event AABC Hangout 2015 ni. Memang meriah sangat sangat !! Sebab ramaiii blogger yang hadir, dah macam reunion blogger dah haa ! Tak kurang juga sempat berkenalan dengan blogger-blogger lain. Haaa menguatkan ukhuwah komuniti blogger gituu..

 

 

DSC00100

Blogger yang hadir dibahagikan kepada kumpulan serama tiga dan empat orang. Ada lebih 10 kumpulan yang terbentuk ! Haa bayangkan berapa puluh orang blogger yang hadir tu yeee… ! Dari luar KL dan Selangor pun ada yang datang !! Dan di atas ni merupakan kumpulan aku.

 

 

DSC00111

Ehemmm… kekasih gelapku Mr Ray.. Gituuu…

 

 

IMG_9825

Okay untuk game Escape Room ni, mereka ada beberapa bilik dengan berlainan tema. Ini bermakna, lain temanya maka lain lah cara korang menghadapi cabaran macam mana nak lepaskan diri dari bilik berkunci. Macam kumpulan aku, kami dapat cabaran yang berkaitan dengan negara Malaysia. Jadi ada kami dipecahkan kepada empat bilik yang berbeza, tetapi bersambung dan kami kena selesaikan misteri dalam kotak. Bila semua dapat selesaikan, maka dapatlah keluar ! Tapi malangnya kami tak dapat keluarrr sebelum tempoh masa tamat…

 

 

IMG_9838

Selain daripada main Escape Room, pihak AABC telah menyediakan beberapa permainan selingan yang memang mengundang keriuhan para bloggers dan gelak tawa sampai keras perut ahaha ! Yang aku tengah tutup mata ni haa game kena cari kunci atas lantai. Tapi mata ditutup ! Haa acanor tu !

 

 

DSC00124

Daripada game ESCAPE ROOM dan juga permainan selingan, setiap kumpulan mengumpul mata. Tetapi memandangkan ada 3 kumpulan dengan keputusan seri, jadi mereka kena selesaikan teka teki untuk merebut hadiah utama. So siapa yang terer dapat selesaikan tekan teki niii ???

 

 

DSC00149

Yeahhh tahniah Tatie (tengah) dan kumpulan telah memenangi acara keseluruhan dan melayakkan diri memenangi beberapa hadiah termasuk tiket penerbangan dari AIR ASIA !! Wowww seronok lah bercuti lepas niii !

 

 

DSC00160

Haaa ramai kan bloggers yang datangg !! Ini pun tak semua ni masuk frame ni ! Seronok tau berjumpa semula rakan-rakan blogger yang dah lama tak bersua muka. Ada juga bertemu dengan blogger yang selama ni hanya kenal menerusi alam maya.. Ada juga berkenalan dengan kawan baru. Alhamdulillah.. Memang satu hari yang sangat menyeronokkan !

 

 

DSC00182

Ya ampunn betapa pantas masa berlalu sampai tak sedar dah berapa tahun tak bersua muka dengan blogger sador Ben Ashaari.. !! Beliau ni antara blogger yang aku kenal masa aku mula-mula nak aktif blogging. Haa gituu. Kalau pergi event ke blogger hangout ke, ade je abang Ben ni. Gambar kami berjaya di-photobombed oleh rakan blogger. Ahakss !

 

 

DSC00171

Ini dia geng PROJEK TRAVEL yang turut memeriahkan acara AABC HANGOUT 2015 ini. Semangat mereka semua pakai baju sama ! Haa aku pun dah ada satu tshirt dorang ni, boleh lah melaram sedondon dengan dorang lepas ni yaa !

 

 

DSC00185

Baiklah.. sebelum melabuhkan tirai untuk entry acara AABC HANGOUT 2015 ni.. aku dan Budak Lelaki Sebelah Pintu (memandai je aku wakilkan Hizami haha) nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada salah seorang ahli PR Team untuk AABC ni iaitu Ashman yang sempoi ! Terima kasih di atas jemputan ! Seronok sungguh beraktiviti macam ni. Next time ajak kami jalan jalan naik kapal terbang pula ya ? Ehhh !!!

 

Apa-apa pun.. acara AABC ini memang best !! Tahniah diucapkan kepada team AABC kerana berjaya menganjurkan acara yang meriah dan seronok kali ni (cakap macam dah banyak kali join je kan HAHA). Harap dapat join lagi selepas niii ! Terima kasih AIR ASIA, AABC dan Escape Room Berjaya Times Square KL !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !


Read More»

Rabu, 12 September 2012

Tak habis-habis lagi…

 

Assalamualaikum..

 

fake lagi gila

https://www.facebook.com/profile.php?id=100004071650771&ref=ts

 

Aku rasa dah pernah sangat aku mention pasal facebook fake ni semua. Dah penat nak melayan, maka aku biarkan seketika.. Tapi ada pihak yang hilang akal agaknya, sampaikan nak buat fake profile aku, dan buat pula engaged dengan profile yang fake jugak! Kesian blogger HIZAMI RAHIM kerana namanya turut kena tempias.

 

Bila baru-baru ni ada lagi orang yang bertanya facebook di atas fake atau tidak, maka tahulah aku bahawa faker ini belum berhenti dari membuat kerja-kerja yang langsung takde faedah ni. Kau dapat duit kah buat benda macam ni? Heh.

 

Kalau fake profile yang biasa-biasa tu maybe aku boleh buat tak tahu je lah kot. Bila ada orang tanye tu facebook betul ke tak, baru aku jawab facebook tersebut fake atau tidak. Tapi kalau dah sampai nak mengaku diri dia tu sebagai aku, ada pulak yang tak betul macam ni, buat in a relationship lah, engaged bagai, ini sudah lebeyyy bhai! Sudah mencalar nama baik gua dan rakan blogger !

 

Maka bagi yang BAIK HATI dan memahami keadaan aku, aku mohon korang report this fake profile ya.  Sesungguhnya kalau dah orang buat fake profile untuk tujuan tak baik macam ni, barulah aku update blog dan maklumkan kepada semua supaya takde yang tertipu. Sekian.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 12 Januari 2012

Faker in a relationship dengan faker

 

Assalamualaikum..

 

Thanks to Kak Ika, kawan aku yang discover facebook faker ni. Pada aku, aku dah lali, tapi apa yang faker kali ini buat tak mungkin aku boleh terima. Ini sudah melampau kot. Boleh menjejaskan maruah aku dan mungkin boleh mengguris hati orang yang aku sayang. Jadi aku mohon report this fake profile ramai-ramai ye.

 

takdemukaaa

FAKE PROFILE : https://www.facebook.com/profile.php?id=100003347650566&sk=wall

 

Dah lah guna gambar aku dan nama aku, siap post link video Maybelline aku. Apa budak ni nak? Lepas tu letak in a relationship dengan fake profile blogger HIZAMI RAHIM. This faker melampau lah buat macam ni. Macam aku cakap tadi, perbuatan dia ni boleh jejaskan maruah dan imej aku. Boyfriend aku akan terguris kot kalau tengok ni. Lepas tu jejaskan nama baik Hizami Rahim jugak.

 

 

fake hizami

FAKE PROFILE HIZAMI : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002973710224&sk=info

 

Adakah kedua-dua faker ini berpakat? Atau sebenarnya dia orang yang sama? Untuk pengetahuan semua, aku dan Hizami adalah rakan blogger sahaja, kami dah lama kenal. Aku buat entry ni supaya perbuatan faker ni tak terus-menerus mencemar nama baik dan mengundang salah faham terhadap kami.

 

Kepada Hizami, maaf ye tak pasal-pasal entry ni melibatkan nama anda pulak. Saya pon terkejut bila tengok faker ni in a relationship dengan facebook fake yang menggunakan nama dan gambar awak.

 

Kepada semua yang membaca, diharap agar tolong report kedua-kedua profile palsu di atas kerana perbuatan individu yang berkaitan dikhuatiri mencemar nama baik kami berdua. TERIMA KASIH.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay