Memaparkan catatan dengan label Klip Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Klip Video. Papar semua catatan

Rabu, 24 Ogos 2016

Model video laman web ROOPAWAN.COM




Assalamualaikum...


Haaa dah berbulan lamanya perkara ni berlalu, baru lah Nisa nak update ye ! Haha... dulu selalu juga update pasal aktiviti macam ni.. Kiranya mengenai job Nisa dan jugak penampilan Nisa di mana-mana media lah. Haaa awal-awal ni Nisa nak kata, Nisa bukan nak menunjuk tau.. Tapi lebih kepada nak promo pulak klien yang satu nii...



Okay lah.. cerita dia macam ni.. ROOPAWAN ni merupakan sebuah laman web yang menjadi hub kepada jenama-jenama lokal di negara kita.. dan yang penting sekali, fokus ROOPAWAN ialah jenama yang dibangunkan dan dijalankan oleh orang-orang Melayu / jenama Muslim. Haaa kalau laman web biasa kan bercampur-campur.. Yang ini pulak laman web memang milik orang Muslim, mengenengahkan pulak jenama-jenama orang Muslim. Gituu.



With makeup artist, Yna Sakinah.


Nisa tak sangka pulak, founder laman web ROOPAWAN ni sudi melamar Nisa jadi model klip video yang akan ditayangkan di laman facebook rasmi mereka dan of course lah akan dipaparkan juga di laman web ROOPAWAN ! Haaa kembang kempis idong akak kau ni bila menerima tawaran tersebut. Syukur kepada Yang Maha Pemurah kerana membuka pintu rezekiMu untukku.






Okay ini antara poster yang terhasil berikutan hari shooting tersebut. Baju yang Nisa pakai tu eksklusif dari jenama Dokoh. Memang meriah sangat dan sangat bold !! Terasa seperti datin-datin pulak bila memakainya.. Gitohhh boleh lawan Dato Vida tak wakakaka... Tapi serius baju ni sangat sangat menyerlah ! Rasa nak jadi mannequin jap kat mall pakai baju ni hew hew hew...






Ini lah dia abang-abang yang bertungkus-lumus mendapatkan angle terbaik dan bersabar sangat sangat melayan kerenah Nisa ! Haha maklumlah Nisa ni kayu je uolsss ! Nasib la dorang tabah je merakam video dan aksi Nisa hahaha thank you ye !! Haa nak tengok tak hasilnya macam mana ? Jom tonton video di bawah :





Terima kasih sangat sangat kepada pihak ROOPAWAN kerana sudi ambil Nisa jadi model klip video ni. Haa merasalah feeling macam artis kejap duk lip-syn lagu Muahahahaa... Korang jangan lupa pergi ke laman ROOPAWAN tau.. But they are pretty new, and inshaAllah produk dan pilihan akan semakin banyak dari masa ke semasa !





Laman web :
http://roopawan.com/

Facebook Page :
https://www.facebook.com/Roopawan-968248896556301/?surface=rese








Read More»

Ahad, 22 Mac 2015

Bila lelaki kacak menyanyi dalam kereta – ENAMORATE by DVICIO



Assalamualaikum…




Sekarang dah merata-rata di laman fesbuk orang share video sekumpulan jejaka ni. Mulanya aku ternampak ada orang share, lepas aku tengok video tersebut, AKU PUN LAJU-LAJU TEKAN BUTANG SHARE !!! Maklumlah kita perempuan, memang tetibe celik bijik mata bila tengok manusia ciptaan Tuhan yang helok sikit kan. Baik mengaku !! Korang perempuan share video ni sebab jejaka-jejaka dalam kereta ni hensem kan ??!! HAHAH !!!



Bila aku klik butang PLAY, mata aku kekal menatap penyanyi utama kumpulan jejaka kacak ni, sambil telinga menangkap vokal serak-serak seksi basah sang pemandu kereta. Jujurnya, aku ni jenis layan semua jenis lagu.. apa bahasa sekalipun. Dan dengan bantuan wajah kacak penyanyi dan pemain gitar kumpulan ni, aku dengan rasmi telah memasukkan lagu ni dalam playlist aku ! HAHA !!






Haaaa kacak sungguh kan ? Baik korang mengaku, masa dengar lagu ni mesti mata korang dah target mana yang sedap di anak mata korang kan ? Ke korang yang gegerl ni tak bagi perhatian pun pada lagu dorang ?? HAHA !!! Video ni jadi viral kat FACEBOOK, lebih 100 ribu share dan berjuta-juta views ! Haa gituuu.. Femes dah band ni. Terus orang suka gila dengan lagu ni. Auwww... Kat bawah ni pulak video klip rasmi lagu ENAMORATE ni..









Haaa jujurnya aku memang suka suara dia masa dia nyanyi dalam kereta. Lagi best, sebab lagi serak-serak gituu. Perghhh. Tapi memang tak dinafikan memang best kan ? Haha ke memang hensem kan ? HAHA !! Mohon gambar lepas ni tak buat korang muntah atau menangis air mata darah.





Opssss !!!!! CIOM PIPI ! Okay meh la kita ber-husnuzon ye kawan-kawan. Mungkin budaya dorang ni biasa ciom pipi segala. Atau depa memang adik beradik. Atau depa best fren forevaaaa gitchuu. Dah, lap air mata tu. Jangan pikir bukan-bukan ehh. Sedapkan hati  Hahaaa....!!!!!!!!!!!











XOXO,
Putewi Hensem.

Read More»

Copyright © Nisa Kay