Khamis, 25 Ogos 2016

Kenapa kita TAK BOLEH / SUSAH SANGAT nak move on ???




Assalamualaikum...


Wah wah tajuk kemain macam patah hati sesangat la pulak kan.. Haha takde lah. Takde kena mengena okay. Cumanya, Nisa dapat ilham nak update mengenai benda ni sebab Nisa terbaca blogpost seorang rakan yang bertajuk 7 Tips Untuk Move On ! Gituu.. kalau bab-bab percintaan ni kemain semua laju je kan ? Baik mengaku.. Sebagai buktinya, blogpost Tanda Tanda Terlalu Selesa Bergelar “Single” ! masih mengungguli carta Popular Post di blog Nisa.. Hahaha.


Tapi kalau kalian masih berminat nak baca blogpost lama yang berkaitan dengan topik relationship ni, maybe korang boleh baca blogpost - blogpost di bawah :


Jangan pulak korang tengah frust korang pi minum benda bukan-bukan !!
(Gambar adalah lakonan semata-mata)



SUSAH NAK MOVE ON ?

Hmm.. sebenarnya tahap kepantasan untuk move on bagi setiap individu adalah berlainan. Jangan pulak sebab kita jenis mudah nak move on, kita duk push pulak kawan kita move on cecepat. Yes, memang betul tak ada gunanya nak berduka lara lama sangat.. menyakitkan hati je. Tapi apa boleh buat kalau hati masih sayang.. kalau memang sukar untuk kawan kita yang tengah frust tu move on dengan segera.. Jadi, dah kenapa yang susah sangat nak move on ni ???!!





#1  MASIH BARU PUTUS HUBUNGAN
Hah ! Kalau masih baru putus memang lah susah nak move on. Ingat ya, dalam fasa sebulan atau dua bulan pertama, kawan korang yang baru putus tu sedang mengalami fasa bersedih. Jadi, jangan terlalu push dia untuk move on. Nasihatkan dia sekadarnya. Biarkan dia lepaskan dulu kesedihan tu, nak menangis guling-guling ke, ikut korang lah. Tapi kita sebagai kawan tengok-tengokkan lah sikit.. Jangan sampai kawan yang tengah frust tu buat benda yang bukan-bukan. Yang pentinggg, jangan bagi dia cari balik ex boipren dia.


#2  SERING BERSENDIRIAN
Bila kita bersendirian, kita tak communicate dengan orang sekeliling. Kita mendiamkan diri, and sit all by ourselves. Tapi bila kita bersendirian, kita mudah sangat terfikirkan atau terkenang kembali segala jenis memori bersama bekas pasangan. Masa tu mulalah kita duk layan saja emosi. Sebab apa? Sebab kita tak ada distraction. Fikiran kita asyik menuju kepada topik yang menyedihkan saja. Jadi, segeralah keluar luang masa dengan kawan ke apa. Kasi masa tu terisi sikit.


#3  BERKONGSI KUMPULAN RAKAN YANG SAMA
Haaa okay, ini maknanya anda dan bekas pasangan anda berkongsi rakan yang sama. Kawan dia jua kawan kita. Kawan kita pun dia baik jugak. Haa susah kenapa? Kita dah beria lah unfollow / unfriend bekas pasangan di semua laman sosial yang kita ada.. alih-alih ada kawan pulak yang upload gambar tengah lepak dengan si dia. Aduhh break down kejap perasaan kita ! Kan? Mulalah sedih.. rindu lah.. Hurmm.. Unfollow / block / unfriend pun tak guna kalau gambar dia kita duk nampak je kat laman sosial kan ?





#4  BERPISAH KERANA ISU YANG TIDAK JELAS
Hmmm ada antara pembaca blog Nisa yang mengalami situasi macam ni tak ? Kiranya hubungan tu terputus di tengah jalan macam tu je. Ada situasi di mana jarak yang memisahkan lama-lama pasangan pun senyap camtu je. Ala-ala gantung tak bertali pun ye jugak. Tak pun alih-alih kita kena ignore.. tahu-tahu je si dia sudah ada pengganti. Haaa frust nye memang tak terkawal rasanya. Sebab apa ? Sebab kita TAK TAHU what exactly had happened and kita tak pasti salah siapa.


#5  SUDAH MENGENALI AHLI KELUARGA PASANGAN
Ada juga couple yang sudah sampai ke tahap mengenali keluarga satu sama lain. Hubungan dengan keluarga si dia pun terjalin dengan baik dan rapat. Bila tiba-tiba jodoh tak sampai, semestinya rasa sangat terkilan bukan ? Sebab banyak hati yang perlu dijaga. Kalau berpisah secara baik sekali pun, mungkin ambil masa nak move on.. sebab rasa sedih dan tak sampai hati pulak bila tiba-tiba tidak lagi bertemu dengan keluarga bekas pasangan.


#6  BANYAK PERKARA YANG MENGINGATKAN ANDA PADA BEKAS KEKASIH
Hmm.. ini faktor yang sangat normal. Buat lah apa pun, dari sekecik-kecik perkara hingga ke benda-benda yang besar. Contohlah dulu korang suka lepak tepi tasik bersama, bila dah putus lalu je la kat mana-mana tasik mesti akan buat korang teringat kenangan dulu. Lebih-lebih lagi kalau korang pernah mengalami kepayahan / kesusahan bersama.. Aduhaii... Kalau pernah bercuti bersama pun parah jugak. Bila ada orang sebut mengenai tempat tersebut, atau korang ternampak gambar tempat tu di mana-mana.. mesti korang akan teringat punya !





#7  MEMPUNYAI MINAT YANG SAMA
Bila anda dan bekas pasangan banyak menyukai perkara yang sama, mesti korang selalu buat sama-sama. Contohnya anda dan ex anda suka layan konsert.. Korang mesti pergi sama-sama.. Ada yang jenis suka berkongsi mengenai muzik, hobi dan sebagainya. Bila your other half dah takde, mesti terkilan sangat sangat kan.. Tiba-tiba hilang dah orang yang berkongsi banyak perkara dengan kita..


#8  TEMPOH HUBUNGAN YANG LAMA
Haa kalau dah bersama bertahun-tahun, tapi ditakdirkan pulak TAK ADA JODOH.. Memang sukar lah kan nak move on, nak bukak hati kepada orang lain.. ini pun faktor yang biasa. Bila lama bersama, maknanya lebih banyak kenangan yang tercipta di antara anda dan ex anda. Lagi lah banyak perkara / lokasi / isu yang buat anda kerap teringat kepadanya.


#9  MENYANYANGI SEIKHLAS HATI
Okay.. ada orang yang bila dia mula sayangkan seseorang, perasaan tu biasa-biasa saja. Kemudian akan berubah kepada penerimaan. Di mana di tahap ini dia dah sedia menerima baik buruk pasangan dia. Bahkan kalau pasangan dia ada kisah silam yang kureng best pun, dia rasa "yeah I can live with it.. I accept him/her as who he/she is" gituh.. terus speaking hakak! Bila kita dah betul-betul sayangkan dia dan bagi hati kita kat dia, tiba-tiba jodoh tak panjang pulak ! Haa nak kata apa kalau dah tak ada jodoh kan? Memang menonggeng la sikit nak terima tu,





Tapi sebenarnya, banyak je faktor yang datang dari diri sendiri.. contohnya kita sendiri yang tak kuat nak terima kenyataan dan membuka hati untuk kehidupan yang baru. Sangat tidak sihat ye kalau asyik hidup dalam kenangan lalu.. Kita tak akan gembira. Kita takkan tahu apa kemungkinan di luar sana kalau kita tak mahu melangkah ke depan ye dak.


Isu jodoh ni sukarrr nak kita huraikan. Sebab semuanya kuasa Allah. Kalau DIA kata jodoh kita dengan orang yang kita nak, maka akan menjadilah hubungan itu walau pun banyak dugaan. Tapi kalau dah bukan milik kita, apa usaha pun tetap akan menemui jalan buntu.


Ada yang pernah kata kat Nisa, kalau nak move on cepat kena cari orang untuk rebound. As for me, that kind of way might work for some. Tapi secara peribadinya, Nisa tidak suka mengenai rebound. Sebab Nisa tau, bila kita ada someone else untuk proses rebound, ada hati yang akan terluka. Mungkinlah asalnya kita rasa nak berkawan je, tapi kalau orang tu tersuka kita.. kita pulak tak boleh nak suka dia balik, ha macam mana tu ?


Apa-apa pun kita dekatkan diri dengan DIA. Kalau nak apa-apa, mintak dengan DIA. DIA nak kita berdoa dan memohon padaNya je.. InshaAllah DIA takkan biar kita bersedih lama-lama. Buka pintu hati untuk perubahan dan mulakan hidup dengan nafas baru ! InshaAllah kita  bolehhh !!!





18 ulasan:

  1. huhu. mmg kena la post ni dgn busyra. tp iolss dah boleh move on sikit2. haha.. nice entry nisa!

    BalasPadam
  2. Dpt jer gf baru.. aku terus move on.. hehe.. dulu teringat jer dia.. yer.. kau lah asliza...

    BalasPadam
  3. menulis dari hati ye Nisa. Be strong Nisa ! =D

    BalasPadam
  4. @Zharif Azis hehe mana ada dari hati :P apa2 pun thanks !

    BalasPadam
  5. thanks for sharing sis. Dah setahun but tak boleh move on lagi

    BalasPadam
  6. Bagi saya , anggap je dah tak ada jodoh. Sebab tu masa bercinta jangan sayang sangat, nanti sakit sangat-sangat. kadang-kala kalau reason yang strong tu ok, kalau yang bodoh macam "takde feeling dah' lagi perit. Tapi selalu reason macam ni sebab si dia tu dah ada orang lain. Selalunya lah. So live life to the fullest, and never put your happiness depends on other. You. Make yourself happy.

    BalasPadam
  7. Kena sangat dengan situasi aku hahah member siap ikut frust hadap kawan dia yang tak reti nak move on ni. Tapi slow2 lupakan dia. Tapi bila sorang2 tu mulalah teringat semua ishh benci tau. Bila fikir balik ermmm bodoh sangat. Rasa nak pukul diri sendiri hahah

    BalasPadam
  8. Saya tak boleh move on dari muka nisa kt post "Pembersih mekap IMAAN SUCI WIPES menjadi pilihan !" chia chiaa haha :P kalau tu muka takde makeup mmg la natural beauty sangat ^_^ <3

    anyway ckp pasal move on ni.. time heals, give it time.. and who owns time, Allah of course.. so leave it to Allah :)

    BalasPadam
  9. Tentang hubungan yg lama,sy kurang setuju.sbb pd pengalaman saya,sy pernah bercinta hanya 5bulan 18 hari,lps tu,dia dump saya,dah setahun dah,tp susah nk move on.bila tgk gmbr dia,tiba2 sayu sgt.kawan2 dia,kawan saya jgk.

    BalasPadam
  10. This remind me of my brother..5 yrs couple..siap lepak dok rmh gurlfrend family..lps tu one day he left her without any reason..then when adik sy taw yg gf dia ade org lain..dia nak blk bdk tu..but that girl mcm nk x nak..lps tu bile bdk tu kate x nak..adik sy mula la lari dr rmh..huhu..sian parent ms tu..da setahun dah..skrg da ok sikit after berubat..i dont know what exactly ustaz tu ckp psl adik sy..now he only talk to my father but not my mom neither me..tp klu nak minx barang dia whatsapp sy or mom or my dad.hahaha alahai..nasib adik sorang..klu mcm tu semua..ranap poket..

    BalasPadam
  11. 6 tahun 7 bulan 8hari break 2011..
    Smpai skarang still xleh terima mana2 pengganti..
    Pernah cuba move on..2 3 org..bila sampai masa saya jd fedup n meluat kat org yg bru tu..pastu depa sakit hati trus break..ada sesapa leh bantu ?

    BalasPadam
  12. Berpisah kerana xde restu dari ibu,berpisah dgn rasa syg..pastu..mcm menggila skrg..baru seminggu..rasa letih, menangis, tido xlena..allahu..

    BalasPadam
  13. no 4 tu byk kali kena😭😭😭😭 why always me

    BalasPadam
  14. nama sme mcm bekas tunang aku da...lg 3 bln nk nikah die mintak putus...
    syahdu rse ooooo.....preparation sume da setel...
    tp apakan daya....Redha je la
    huhuhuhu

    BalasPadam
  15. 7 tahun,last 2018 ,since sekolah until college pun sama sama, dia bagi harapan setinggi gunung, bila i dah rasa yang dia ni serious dengan i, dia blah but maybe i start gemuk, and i tak tahu kenapa, untul now, i still tertanya tanya and i masih tunggu dia, end up i dapat tahu hari ni dia dah jumpa perempuan lain and sekarang tengah usaha buat business sama sama,maybe untuk duit kahwin? Hahah i just doakan diorang bahagia sehingga ke jannah, aminn

    And i hope u guys doakan i supaya dapat jodoh yang baik hehe

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay