Assalamualaikum...
Read More»
![]() |
| Turut menjadi model untuk papan iklan Galeri Hajra ialah instafamous Adel Asha. |
![]() |
| Rakan blogger yang turut menjadi model, Iena Mansor. Eh eh sama lah shawl ! Hiks. |
![]() |
| With makeup artist, Yna Sakinah. |
Assalamualaikum…
Ahahahaa… terlebih teruja nampaknya nak berkongsi pengalaman hebat bersama team yang saya kenali dan bekerjasama baru-baru ini.. Buat pertama kalinya, aku akhirnya menjalani sesi photography untuk dijadikan gadis muka depan majalah. Hehehe sebenarnya pernah ditawar jadi cover girl sebuah majalah tempatan baru-baru ni. Tapi sebab kekangan masa, maka aku tak sempat nak respon kepada tawaran tersebut. Tidak mengapa, Allah sudah tulis bukan rezeki aku :)
Tidak lama lepas tu, aku dipanggil untuk jadi cover girl sebuah majalah online yang aku rasa ramai jugak tahu… Sebabnya blogger terkenal dan hebat seperti Cik Epal… Shea Rasol.. Yuyu Zulaikha.. dan Irine Nadia pernah jadi cover girl majalah yang sama… Alhamdulillah langkah permulaan ke arah tahun 2015 yang lebih meriah inshaAllah !
Opppsss.. bagi sikit lah kan. Hahahaa… majalah ETERNITY oleh Media Glam ! Temanya kali ini sweet vintage. Memandangkan aku pun tak berapa pandai nak cari pakaian sendiri (maklumlah tak berapa pandai bergaya) , maka pihak majalah ETERNITY telah bermurah hati nak mencarikan untuk aku stylist yang sekaligus membawa koleksi pakaian untuk aku gayakan..
Pewwittt ! Ini adalah kakak-kakak cantik yang bertanggungjawab membawa koleksi pakaian sekaligus menjadi penata gaya aku. Wah pengalaman pertama kali ni ditata rias sebegitu rupa ! Akak-akak stylist pulak semuanya cun melecun ! Nak dijadikan cerita sebenarnya aku kenal jugalah dengan akak-akak ini.. sebab pernah berkunjung ke butik mereka dan dorang ni kawan boss aku !
Makeup artist yang meletop ! I super loveee mekap yang dilakukan ke atas muka aku. Kawan-kawan pun ramai yang cakap mekap ni sesuai dengan aku. Alhamdulillah… aku hanya tadah muka ja.. CikQu lah yang bertanggungjawab menata muka ini…
Mekapnya tampak simple tapi sungguh sweet ! Aku suka sangat ! Terima kasih CikQu !
“Okay kena topup blusher ni.. Kemain senyum nampak gigi sampai hatuh bertabur blusher kat pipi ! Tudung pun kena betul-betulkan nih!”
Hahahaa.. gurau-gurauan manja je ye…
Actually gambar ni akak stylist yang cun tu tolong snap kan. Masa ni aku tengah posing untuk kamera abang photographer hebat ! Hehehe.. Dan fungsi filter automatik di kamera menjadikan wajahku mulussss tak yah edit dengan lebih lanjut. Amboii ~
Amazing team ! Terima kasih pihak majalah online ETERNITY oleh Media Glam yang sudi menemuramah dan shoot gambar-gambar aku untuk edisi Jan-Feb 2015. Syukur ke hadrat Ilahi aku merasa jugak jadi cover girl untuk majalah ! Hehehee..
Nak gambar meletop, photog ceria ? Contact abang Azhar Ghazali
Nak mekap lawa sangat sangat ? Contact CikQu D’Touch (instagram @cikqu)
Nak bergaya sakan untuk photoshoot atau acara lain ? Contact stylist Azlia Idha
Jemput like page MEDIA GLAM
https://www.facebook.com/Mediaglam13
Jom baca majalah ETERNITY secara online
http://www.mediaglam.com/
XOXO,
Putewi Hensem.
Assalamualaikum…
Wah wahh dah lama bebenor tak buat entry berkenaan dengan aktiviti photoshoot gua.. Sekarang ni memang dah tak sangat modelling ni.. Penat nye kemain kena tukar baju.. take time lagi haa.. So kesudahannya, jadi model untuk online shop sendiri je lah.. Tu pun tak larat nak modelkan semua baju, siap ajak kawan jadi model paksa rela haha !!
Gambo kasi kabur ehh.. Saja aku letak watermark blog FSYNbyNK sebab nanti semua berkaitan baju ni korang boleh lah rujuk kepada blog tersebut ya..
Yezzaaa people ! These dresses are the latest products of FSYNbyNK . Sebelum ni FSYN hanya jual dress ni di vendor slot FSYN yang terletak dalam butik Sincerely By Us sahaja.. Tapi banyak juga request untuk online order bagi mereka yang duduk jauh.. So kami di FSYN ingin menunaikan hasrat mereka yang turut ingin bergaya dengan plain dress yang best seller ni !
Ewah ewahhh kemain gua modelling kan? Hahaha lama dah tak shoot, gua kekok teramat haaa.. Kalau uolss nak tau hakak korang neh memang dah lama tak berposing sana berposing sini. Memang kayuu lahaii.. Oleh itu, hakak telah menggunakan khidmat photography dari sahabat lama hakak iaitu Creativeheart Photography.
Haa inilah dia Syam Sidek a.k.a. Encik Creativeheart kitee.. So bila shoot dengan beliau takdelah gua kekok ya ampun nak posing kannzzz… Sebab member member je.. By the way ni gambar lama beliau. Gambar beliau terkini terpaksa disorokkan, kerana khuatir kehenseman beliau sekarang memanah hati gegadis yang membaca blog ini. Ehemm beliau sudah pun berpunya. Wakakaka..
Ehemmm ni lah dia member gua yang turut gua jemput untuk jadi model sebahagian dress ni.. Nama dress ni aku amik sempena nama bunga. Bunga kan cantik, berseri.. Walau warna plain, xde corak macam printed ke hapa, tetap menawan. Gituh.. Jemput ke blog kawan gua ni Her Diary by Myra Amira.
My fav pic gamaknya.. Sebab muka nampak berisi ler kononnye.. Hahaha konon je la ye. Nampak comel.. Tudung tu sebenarnya terjatuh dari bahu, tapi dalam gambar cantik pulakk. HAHAHAA.. Thanks to Creativeheart Photography sebab editing THORbaekkkk. Kasi licin, jelita kalah RoziTHOR Che Wan haha! Perasan pulak daku.
Untuk mekap, studio dan tajaan tudung untuk photoshoot ni, aku update lain kali lah ye.. Hahaha.. Thanks semua yang baca.. Follow jugak blog FSYNbyNK untuk update terbaru mengenai dress / blouse / beg dan sebagainya ya…
Special thanks to
DRESS :
FSYNbyNK
PHOTOGRAPHER :
Creativeheart Photography
MAKEUP :
Yna Sakinah
WHITE STUDIO :
De'Qoya Boutique & Studio (Shah Alam)
HIJAB SPONSORED BY :
Sincerely By Us
Syukur photoshoot berjalan lancar dan fun ! Sebab white studio yang FSYN sewa terletak di Shah Alam, so dekat dengan rumah. Owner butik dan studio ni ialah makeup artis tu sendiri. So mekap, shoot dan bertukar baju di tempat yang sama. SANGATTT MUDAH !! Harga sewa studio pulak.. Haaa jangan lupa nantikan next entry !
XOXO
Assalamualaikum…
Dah lama betul tak update entry pasal aktiviti yang melibatkan aku sebagai model ni.. Bukan apa aku memang dah teramat kurang menerima offer photoshoot. Bukan takde yang menawar, alhamdulillah tawaran tu masih ada dan tidak putus, namun kekangan masa aku sendiri yang tak izinkan aku untuk bergiat aktif dalam dunia modelling Gituhh.
So bila nak photoshoot pun ade jugak rasa neves-neves tuuu… ade jugak rasa ketaq lutut nak posing depan photographer. Nak-nak pulak kebanyak photographer ni abang-abang kan. So segan tu menguasai diri semula sebab lama dah tak photoshoot especially yang dalam white studio ni.
Alhamdulillah baru-baru ni diajak kawan untuk photoshoot produk. Produk apa malas lah nak cerita, saja nak fokus pada diri aku sahaja. Lantaklah orang nak kata aku obses dengan diri sendiri ke apa. Hahaha!
Nahhh gabak-gabak gua letak muka gua tanpa mekap okeh. Takde rahsia lagi. Takde edit. Gua copy from SD Card kamera, edit letak watermark je, terus save Takde nak edit apa pun. Ni lah kulit sebenar gua. Mungkin nampak cerah dek kerana lighting mingkin? Kulit gua coklat manis. Haha ade ke?
Huwarrgghhhh! Ni gambor dah siap mekap haa.. Power of cosmetics orang kata? Boleh transform kita jadi manusia yang tampak sempurna gitchuu.. “Tampak” je la ye.. sebab nobody’s perfect. Kata akak makeup artist ni dia try make up gara Barbie doll kat aku. Gitchuu. Gambar ni pun no edit melainkan letak watermark je.
A closer look mungkin. Aku bawak dua contact lens. Satu yang takde warna. Jernih je. Satu yang warna grey ni, boleh bagi effect mata bulat gitu. Nasib aku bawak kedua-duanya.. Sebab aku pun tak tahu mekap konsep apa kan.. So sesuailah kot dengan tema yang akak make up artist ni buat.
Ni bukan gambar photoshoot ye. Gambar ni memang aku mintak abang photographer ambikkan guna Baby Sony Pink aku. Ihikkss. Aku pun posing je la kengkonon ala photoshoot kannzz.. Masa ni aku dah sudah photoshoot individu. Sementara tunggu model lain, aku pon apa lagi amik peluang posing kat white backdrop kakakakaa..
PHOTO SPAM LALALALALAA ~
Persalinan pertama. Black peplum, black mermaid skirt dan chiffon plain shawl semua sponsor oleh penganjur photoshoot okay.
Second outfit for the photoshoot. Layer Fishtail Peplum by Meena Boutique House. Baju yang aku tempah awal tahun ni untuk majlis perkahwinan abang saudara aku.
Tudung sendirian berhad, green dress lak from latest collection of FSYN by NK. Koleksi dress ni BELUM dikeluarkan lagi oleh FSYN by NK. Stay tuned with FSYN dengan like facebook page FSYN atau follow akaun instagram fsyn_my okay.
Sementara menunggu, aku sempattt lagi suruh Myra Amira snap snap gambar gua posing di ruang persalinan. Bahahha.. duk main-main dekat lighting kat situ kann.. Hahaha feeling sangatt kann.
Main lighting lagi haaa.. Tapi lighting ni tak lah se-best lighting dalam studio kan. Sebab ia cuma stand lamp yang warna putih tuu.. Untuk orang mekap-mekap kan. Haa gituuu. Tapi sempat laa aku feeling-feeling dengan Myra Amira kannzz.. Thankss nokss amikkan gambar iolss ! Muahhh!
Ni gambar bersama akak MUA pada hari tersebut. Thank you so muchh akak ! Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan mekap untuk pelbagai acara, boleh contact akak Catt seperti tertera di bawah :
FACEBOOK : Catt Ashura MagicTouch
BLOG : http://cattashura.blogspot.com/
By the way gambar-gambar ni memang takdak edit kasi licin muka ka apa.. Semua fresh dari kamera, dan gua edit letak watermark aje. Boleh nampak macam ade anak-anak jerawat lagi kat muka. Dua tiga hari ni teruk gak laa jerawat tak tau pasai paaa.. Tapi dah pakai bedak sejuk Tanaka, plus kadang-kadang pakai anti-acne mask, alhamdulillah jerawat kering ! Tak gatal-gatal dan tak mekap dah. Boleh usha produk-produk tu KAT SINI.
By the way saja lah nak war-warkan… kalau ada yang nak panggil photoshoot atau jadi model, inshaAllah kalau waktu mengizinkan, aku masih lagi menerima tawaran seperti ini. Boleh emel aku untuk contact aku. Ni alamat emel aku sukamenaip@yahoo.com okay. Thank you so much semua yang membaca blog !
Okaylah thanks ! Bye love love !
Copyright © Nisa Kay