Memaparkan catatan dengan label 30 Days Photo Challenge. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 30 Days Photo Challenge. Papar semua catatan

Selasa, 15 Februari 2011

Day 30 - A picture of someone you miss

 

  • This is my little brother. Gambar ni di ambil masa aku di terminal bas Temerloh, habis cuti raya cina yang lepas.
  • Aku rindu nak pelok ciom beliau.. Tapi malangnya masa aku bercuti hari tu, beliau kena chicken pox! So tak boleh laa nak peluk cium :(
  • Takpe takpe.. nanti aku balik tahu lah nasib kau si demok! Hahaaa~

 

 

P/S : Like them. Very much!


Read More»

Ahad, 13 Februari 2011

Day 29 - A picture that can always make you smile




  • Kisah di sebalik gambar ni buat aku tersenyum. Kisah yang hanya kami yang terlibat yang tahu... 
  • Kisah eksklusif. Aku nak ketawa boleyh?
  • Hohohoooo....






P/S : Nak makan pizza.

Read More»

Day 28- A picture of something you're afraid of


Pic source : Google


  • The one and only that I'm afraid of. Allah SWT.
  • Aku tahu aku bukan manusia sempurna. Tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
  • Dan aku punya banyak perkara yang harus diperbaiki dalam diri ini.





P/S : Selamat tengahari.

Read More»

Sabtu, 12 Februari 2011

Day 27 - A picture of yourself and a family member




  • A picture of me and a family member ekk??? Malas nak letak gambar aku dengan along aku, Meuz Angelo. Dah selalu sangat kot... ahhahaa
  • Hehehee kali ni meh aku letak gambar dengan one of my cousin. Yeahhhh dia sangat comel okeh :D
  • Nama dia Solehah.. hehehe... dia anak makteh aku, dah sepupu belah keluarga ayah aku.
  • Yang best nya, Solehah ni ada kembar muka dengan sepupu dia family belah ayah dia. Muka memang serupa kot! Adehhh tak ada lak gambar nak tunjuk. hehee
  • oke dia tak ade blog.. tapi kakak dia ade la blog, jom terjah... Faa Rosli




P/S : Jeles la kulit dia putih. hek hek hek~

Read More»

Day 26 - A picture of something that means a lot to you




  • Selain daripada family tercinta, kawan-kawan berharga, barang-barang yang aku terima sebagai hadiah, benda di atas ni adalah antara benda yang sangat bermakna buat aku.
  • Yaaa... kad yang kita akan dapat untuk gantung kat leher bila pergi kem / ceramah / seminar dan lain lain...
  • Aku nak cakap pasal Kem Wartawan Muda yang aku join ni, jem ni diadakan di Kolej IKIP, Kuantan.. The best part is, kolej ni terletak betul-betul depan pantai!
  • Giler best environment dia.. dapat jumpa kawan-kawan baru, timba pengalaman.. dan paling penting ia adalah antara perkara yang memupuk semangat aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang komunikasi dan media....
  • Rindu suasana dulu...





P/S : Dear friends, where are you?

Read More»

Selasa, 8 Februari 2011

Day 25 - A picture of your favorite day





  • ONE of my favourite day.... Hari ini berlangsung lama dulu... Semasa aku semester satu.
  • Padanlah dalam gambar pun masih memakai tudung bawal. Muka innocent abes tak? Hohohooo
  • Innocent tak muke aku??? Nahhhhh sempena Persembahan Teater Purbawara Sultan Mahmud, aku telah diamanahkan untuk menjadi pengacara majlis.
  • Fuhhh!!! Dup dap dup dap jantung ni tak payah cakap la kan... Umur baru nak masuk 18 tahun masa tu kan. Muda remaja gitewww, masih baru, so takut takut tu sure ade lah kan.
  • Elok-elok muka aku masa tu jarang mekap bagai, sekali kena tempek dengan mekap macam kena lumur tepung gomak dah gamaknya!
  • Tengok tuuuuuuu mak aih blusher takleh merah lagi ke??? Berkilat lak tuhh.. sumpah masa tu aku yang photogediks ni pon leh lak malu malu bila disuruh bergambar!
  • Hahaaa tapi, memang hari itu adalah antara hari kegemaran aku!! Yeahhhh satu langkah besar untuk masa depan aku, cewahhh.. Yelah.. baru semester satu, dah dapat peluang besar macam ni...
  • I really really appreciate it! Alhamdulillah...... :)



P/S : Rindu nak join teater. Bye bye.

Read More»

Isnin, 7 Februari 2011

Day 24 - A picture of something you wish you could change

Umur : 17 tahun.



  • Jika diberi peluang, something that I wish I could change... myself.
  • I wish I can change myself, to be a better person, better in most of things..
  • Tapi bercakap macam ini nampak sangat aku tak bersyukur dengan diri aku kan?
  • Apa-apa pun aku sayang diri aku, walau banyak perkara pahit manis berlaku pada aku, aku yakin semua tu ketentuan Tuhan... dan mesti ada hikmah di sebaliknya.
  • Sebab itu, aku hanya mampu mengucapkan "I wish.."
  • Mesti ramai yang nak mengubah diri sendiri, tapi ingat segalanya tak boleh dapat dalam masa yang singkat!
  • Ayuhlah bermula dari sekarang, segalanya boleh dipelajarai sedikit demi sedikit...





P/S : I won't apologize for who I am.

Read More»

Day 23 - A picture of your favorite book

Sumber : Google


  • Ya! Novel Harry Potter merupakan buku kegemaran sepanjang zaman, setakat ni lah.
  • Hehehee... tebal macam mana pun aku akan baca secepat yang mungkin! Berusaha menghabiskan dalam masa dua tiga hari.
  • Setiap novel Harry Potter aku dah baca... dan aku sungguh beremosi bila baca..
  • Jangan lah ada sesiapa yang kacau bila aku tengah baca novel Harry Potter, sebab nanti aku akan marah sebab tak menghayati jalan cerita. Hahaaa...





P/S : Aku baca novel Harry Potter dekat perpustakaan sekolah aje.

Read More»

Ahad, 6 Februari 2011

Day 22 - A picture of something you wish you were better at

I wish I was better at. . .

IMG_6296EATING ! ! !

  • Aku harap aku mempunyai selera besar macam orang lain.
  • Aku harap aku boleh makan banyak banyak selagi muat perut. Why I wish for something like this???
  • Sebab aku kurus cekedinggggg… Perut pon kecik, makan sikit aje dah cepat kenyang.
  • Now berat aku 43kg only, and yes I’m underweight. Aku rasa nak naik berat badan, desperate nih! Aku rasa macam manusia tak normal lak. Hahahaa….
  • Doakan kesihatan aku yeh.. Sekarang aku selalu demam demam meyh…

 

 

 

Nak makan! Nak makan! Bye bye.


Read More»

Jumaat, 4 Februari 2011

Kembali setelah setahun!

  • Seriously masa first time aku pergi ke kedai tu, aku tak tengok pon nama kedai tu. Hahaaa…
  • Masa aku pergi tu pun kedai tu dah nak tutup.. hahah agaknya apa perasaan korang bila korang jadi the only customer kat situ??
  • Whaaa agak agak romantik tak?? Romantik tak? Ngeh ngeh ngehh…
  • Apa tah aku mengarut ni… haha.. kawan aku yang bawak aku makan kat situ… Gambar kedai pon aku lupa nak snap.
  • Dulu aku pernah pergi makan kat satu kedai makan kat Klang ni…

 

cats

  • Haaaa hari tu aku pergi dinner kat situ… Setelah setahun okeh! Hahaha… lepas setahun, kawan yang sama jugak bawak aku ke situ.
  • Dan sekali lagi, aku tak amik gambar kedai tuh memandangkan pada malam aku pergi tu hujan la pulak.
  • Orang pun ramai… nasib baik tak full.. hehe aku dah la lapar giler sebab seharian aku tak makan!
  • Hohooo aku order nasi putih + sup daging + the o ais aje… kalau perut dah kebulor memang aku mengidam nasi. Haha
  • Kawan aku tu pulak teringin nak try makanan western, makanya beliau order chicken chop. SEDAP weyhh!!

 

IMG_9791

  • Gambor di edit dengan malasnya, hanya guna Photoscape. Ahahaaa…
  • Ye lah, nak keluar makan aje pon, so aku just pakai jeans, tshirt, cardigan & crumple shawl. Muka? No make up. Hahahaa
  • Abaikan eyebag tak semenggah tu, dah macam ape je aku tengok.
  • Ouhh ye kat kedai makan ni ada tempat duduk biasa, dan ada tempat duduk bersila… Aku lebih suka duduk bersila.. Hehee

 

IMG_9825

IMG_9816

  • Lepas perut masing masing kekenyangan macam dugong bergolek di tepian pantai, kitorang decide nak jalan jalan aje..
  • Ye lah, hujan kan.. So nak lepak mana aje. Huhuuu entah sampai ke KL kot kitorang pusing pusing…
  • Sambil sambil borak tuh… aku tak ade keje pegi snap gambor lampu jalan.. hahaha saje meng-aplikasi-kan teknik slow shutter.
  • Huhuuu oke lah, saja nak cerita pasal pegi makan. Hahaaa ini lah jadinya bila takde idea nak update! Hehee…

 

 

Esok nak keluar Temerloh. Bye bye.


Read More»

Day 21 - A picture of something you wish you could forget

 

PNG layout (2)

  • Kenapa kosong? Sebab tak ada apa yang aku nak lupakan.
  • Sebab segala yang pernah berlaku, baik atau buruk, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT… dan aku percaya, aku yakin bahawa semua nya pasti ada hikmah buat aku.
  • Semoga perkara yang mendatang aku hadapi dengan tabah, InsyaAllah :)

 

 

Bye bye.


Read More»

Khamis, 3 Februari 2011

Day 20 - A picture of somewhere you'd love to travel

 

Pic source : Google

  • Oke jom kita bercakap mengenai tempat di dalam Malaysia dulu ye… kalau dah kerja nanti baru target luar negara. Hehee..
  • Negeri yang paling aku ingin pergi dalam Malaysia ialah Sabah negeri di bawah bayu!
  • Sabah kan terkenal dengan tempat peloncongan menarik, pantai dan pulau yang indah.
  • Aku suka rileks kat tepi pantai. Romantik sangat auwww~

 

Nak honeymoon kat pulau. Auwww. Bye bye.


Read More»

Day 19 - A picture and a letter (choose any photo and write short entry to explain why you've chosen it)

 

IMG_9580Of course la masa gambar ni di ambil aku bukanlah menangis betul betul.

Dear you,

It’s been a month eh? Ehh ke belum sebulan lagi? I don’t know sampai bila kita akan macam ni. Asal berjauhan aje mesti bergaduh kan. Am I too childish towards you?

Kadang kadang benda kecik pun jadi besar? Kalau you tengok I nangis macam ni masa tengah cakap kat phone hari tu macam mana? Dah lah you tak pernah tengok I nangis kan?

Oke itu je surat untuk you.

Bye..


Read More»

Selasa, 1 Februari 2011

Day 18 - A picture of your biggest insecurity

 

IMG_9858wtr

Apa ada dalam gambar?

Errrr handphone, Toblerone choc, note book, a bunch of keys, dictionary and yes, my books! Bersepah kan? Abaikan. . .

  • Biggest insecurity? Right now, I can say that my study is my biggest insecurity.
  • No time to play around anymore.. I think I should be more serious and lebih fokus untuk study.
  • Aku tahu subjek semakin lama semakin susah. Semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang perlu kita ingat, semakin banyak yang perlu kita study balik untuk final exam.
  • Aku dah tak boleh hanyut dengan perkara perkara yang tak penting. Need to struggle this semester. Aku dah janji pada diri dan parents untuk improve mana yang patut. InsyaAllah.
  • Sekarang, aku berazam untuk mendahulukan pelajaran daripada segala perkara. Walau apa pun yang berlaku, aku nak ingatkan diri aku yang aku datang sini untuk belajar.
  • Sama-samalah kita berdoa kepadaNYA agar semua dikurnia kejayaan dunia akhirat, amin. . .

 

Tapi facebook dengan blog macam susah nak tinggal je? Haiyooo. Bye bye.


Read More»

Day 17 - A picture of something that has made a huge impact on your life recently

 

IMG_9703

  • Kenapa aku letak gambar tiket wayang??? Cerita Khurafat pulak tu..
  • Filem ni bagi impak pada aku, iaitu aku kecut perut tengok cerita seram melayu! Hahahaa.. berdebar beb…
  • Dan aku letak gambar tiket ni, sebab pada hari aku tengok filem ni, sesuatu telah berlaku dan sekaligus merubah hidup aku.

 

 

Terima kasih. Bye bye.


Read More»

Isnin, 31 Januari 2011

Day 16 - A picture of someone who inspires you

 

imagesPic source : Google

  • Who inspires me? Jom bercakap mengenai aspek kerjaya.
  • Norazlina Redzuan merupakan orang yang memberi inspirasi kepada aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang Komunikasi dan Media.
  • Semasa di sekolah dulu,  aku memilih bidang ini kerana aku telah kenal pasti perkara yang aku ingin lakukan dalam hidup aku.
  • Melihat beliau di kaca tv, menjadi pengacara Majalah 3 membuatkan aku terpesona dan ingin menjadi sepert beliau..
  • Doakan semoga aku dapat mencapai cita-cita aku. Amin…

 

Satu hari nanti. Bye bye.


Read More»

Sabtu, 29 Januari 2011

Day 15 - A picture of something you want to do before you die

1179064_mekahSumber : Google

  • Perkara yang ingin saya lakukan sebelum menghembuskan nafas terakhir? Ianya perkara yang besar.
  • Sesungguhnya saya ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci, tentunya bersama-sama ibu bapa tercinta.
  • Ya, saya manusia tidak sempurna. Saya juga tidak terlepas melakukan kesilapan.
  • Jika saya dikurniakan umur yang panjang, saya ingin pergi ke Mekah dan pulang sebagai manusia yang baru :) InsyaAllah…

 

Challenge Day 14, done. CLICK HERE to get to know more about the challenge.

 

 

 

InsyaAllah. Bye bye.


Read More»

Jumaat, 28 Januari 2011

Day 14 - A picture of someone you could never imagine your life without

 

IMG_7643

MAK ABAH! Erkkk ade pulak muka along kat situ errgghhh~

Kalau tak ada mak abah, siapa nak sokong saya dalam cita-cita saya? Siapa yang nak menurut kemahuan saya dalam bidang ini? Siapa yang nak lihat saya berjaya?

Kalau tak ada mak abah, wujudkah aku kat muka bumi ni? Siapa nak bagi saya adik beradik makan? Siapa yang akan besarkan kami 8 orang?

Kalau tak ada mak abah, aku bukan siapa aku sekarang. Dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada….

 

Sayang mereka. Bye bye.


Read More»

Khamis, 27 Januari 2011

Day 13 - A picture of your favorite band or artist

 

redcarpetanugerahskrin201010Picture credit to : Beautifulnara

Siapa lagi kalau bukan beliau… Hik hik hik… Kisah aku : I love you FA!.

Challenge Day 12, done. CLICK HERE to get to know more about the challenge.

 

 

Fahrin Ahmad di hatiku. Bye bye.

 


Read More»

Rabu, 26 Januari 2011

Day 12 - A picture of your favorite memory

 

by CH

Antara kenangan terindah. “Family picture” of the day. Hahaaa… This was the second time I have a photo shoot session with real photographers. For story about the session, click here.

 

Challenge Day 12, done. CLICK HERE to get to know more about the challenge.

 

 

I love photo shoot. Bye bye.


Read More»

Copyright © Nisa Kay