Assalamualaikum…
MasyaAllah betapa lamanya aku rasa aku tak update pasal gambar photoshoot aku. Ada je satu koleksi gambar photoshoot sendirian berhad, tapi itu aku simpan buat pekasam ye… Kali ni aku nak update entry mengenai street photography. Bagi aku street photography dihiasi dengan elemen spontan dan gelagat ketika kita di jalanan.
TARIKH : 6 Februari 2012
LOKASI : Hadapan Sg Wang Plaza & Pavillion KL
TALENTS : Nisa Kay & Akmal Hilmi
Yang berikut adalah sedikit gambar hasil tangkapan photographer Fad Ali Gambargrapher. Ini kali kedua aku photoshoot dengan beliau selepas nerdy girl photoshoot di Putrajaya suatu masa dulu..
PHOTOS BY : Fad Ali Gambargrapher
Gambar ni gambar candid!
PHOTOS BY : Fad Ali Gambargrapher, EDITING BY : Nisa Kay
Tiga gambar di bawah pula hasil tangan seorang rakan blogger aku yang kini mula berjinak-jinak dengan dunia photography. Harap semua memberikan sokongan kerana beliau masih belajar selok-belok bidang ini.
PHOTOS BY : GeGambar Kayif
Dalam gambar : Nisa Kay dan Fad Ali Gambargrapher
My outfit on that day. Chiffon top I bought from a pre-loved sale, yellow mustard button down skirt by Batik Valley and pashmina. Hmmm… aku melihatnya sebagai tidak sarat. Cuma bermain dengan elemen color block. Aku gabungkan warna biru kuning. Pelik? Pedulik pulak haku???
Fuhhh memang rindu nak photoshoot! Sebenarnya ingat nak lepak-lepak aje. Alih-alih terrrr-photoshoot pulak! Kat tepi jalan pun jadilah ye! Hohooo… Lagipun aku dah lama tak shoot kan.. So dah ada dua photographer, ape guna tak ambil gambar ye tak?? Hahaa….
Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan blogger yang lepak sama di Bukit Bintang iaitu Akmal Hilmi yang sama-sama jadi talent sebab memang kebetulan giler pakai baju kaler biru! Dan juga Cik Sab mata air si Kayif ehhh!! Turut terima kasih kepada Kirin Selama Perak dan juga Koqin Karemo yang turun Wangsa Walk karaoke dengan kitorang!
Read More»