Memaparkan catatan dengan label Editing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Editing. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2013

Fashion photoshoot for FSYN with Creativeheart Photography

 

Assalamualaikum…

 

Wah wahh dah lama bebenor tak buat entry berkenaan dengan aktiviti photoshoot gua.. Sekarang ni memang dah tak sangat modelling ni.. Penat nye kemain kena tukar baju.. take time lagi haa.. So kesudahannya, jadi model untuk online shop sendiri je lah.. Tu pun tak larat nak modelkan semua baju, siap ajak kawan jadi model paksa rela haha !!

 

blog2

 

Gambo kasi kabur ehh.. Saja aku letak watermark blog FSYNbyNK sebab nanti semua berkaitan baju ni korang boleh lah rujuk kepada blog tersebut ya..

 

 

Yezzaaa people ! These dresses are the latest products of FSYNbyNK . Sebelum ni FSYN hanya jual dress ni di vendor slot FSYN yang terletak dalam butik Sincerely By Us sahaja.. Tapi banyak juga request untuk online order bagi mereka yang duduk jauh.. So kami di FSYN ingin menunaikan hasrat mereka yang turut ingin bergaya dengan plain dress yang best seller ni !

 

teaser 2

Ewah ewahhh kemain gua modelling kan? Hahaha lama dah tak shoot, gua kekok teramat haaa.. Kalau uolss nak tau hakak korang neh memang dah lama tak berposing sana berposing sini. Memang kayuu lahaii.. Oleh itu, hakak telah menggunakan khidmat photography dari sahabat lama hakak iaitu Creativeheart Photography.

 

syam

Haa inilah dia Syam Sidek a.k.a. Encik Creativeheart kitee.. So bila shoot dengan beliau takdelah gua kekok ya ampun nak posing kannzzz… Sebab member member je.. By the way ni gambar lama beliau. Gambar beliau terkini terpaksa disorokkan, kerana khuatir kehenseman beliau sekarang memanah hati gegadis yang membaca blog ini. Ehemm beliau sudah pun berpunya. Wakakaka..

 

 

teaser 1

Ehemmm ni lah dia member gua yang turut gua jemput untuk jadi model sebahagian dress ni.. Nama dress ni aku amik sempena nama bunga. Bunga kan cantik, berseri.. Walau warna plain, xde corak macam printed ke hapa, tetap menawan. Gituh.. Jemput ke blog kawan gua ni Her Diary by Myra Amira.

 

 

PASTEL PURPLE

My fav pic gamaknya.. Sebab muka nampak berisi ler kononnye.. Hahaha konon je la ye. Nampak comel.. Tudung tu sebenarnya terjatuh dari bahu, tapi dalam gambar cantik pulakk. HAHAHAA.. Thanks to Creativeheart Photography sebab editing THORbaekkkk. Kasi licin, jelita kalah RoziTHOR Che Wan haha! Perasan pulak daku.

 

 

Untuk mekap, studio dan tajaan tudung untuk photoshoot ni, aku update lain kali lah ye.. Hahaha.. Thanks semua yang baca.. Follow jugak blog FSYNbyNK untuk update terbaru mengenai dress / blouse / beg dan sebagainya ya…

 

 

 

Special  thanks  to

 

DRESS :
FSYNbyNK

PHOTOGRAPHER :
Creativeheart Photography

MAKEUP :
Yna Sakinah

WHITE STUDIO :
De'Qoya Boutique & Studio (Shah Alam)

HIJAB SPONSORED BY :
Sincerely By Us 

 

 

 

 

 

Syukur photoshoot berjalan lancar dan fun ! Sebab white studio yang FSYN sewa terletak di Shah Alam, so dekat dengan rumah. Owner butik dan studio ni ialah makeup artis tu sendiri. So mekap, shoot dan bertukar baju di tempat yang sama. SANGATTT MUDAH !! Harga sewa studio pulak.. Haaa jangan lupa nantikan next entry !

 

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 6 Julai 2012

Aku Dia dan DSLR [PART 21] – Photoshoot di Taman Tasik Perdana

 

Assalamualaikum…

 

Woahhh segmen Aku Dia dan DSLR kembali lagi!! Lama gila kot tak photoshoot dan bermodel-modelling. Ahahaa.. last entry pasal segmen ni ialah Aku Dia dan DSLR [PART 20] yang aku update hampirrr dua bulan lalu! Pergghhh lama siottt!! Sekarang ni aku dah tak pakai DSLR so aku dah tak shoot sendiri…

 

Jadi kali ni memandangkan aku dijemput oleh rakan photographer untuk shoot, maka aku kongsikan dalam segmen Aku Dia dan DSLR kali ni. Ini merupakan kali pertama aku shoot dengan photographer ni. Sebelum ni kami kenal dan berhubung melalui Facebook saje.

 

PHOTOGRAPHER : Incik Fustop (Fustopixel)

ASSISTANT PHOTOGRAPHER : Kyerull L Fresco

MUA : Azura Mahmood

WARDROBE : Get Gorgeous Boutique

LOKASI : Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

 

 

So… apa tungg lagi, meh lah cuci mata dengan gambar-gambar dari photographer dan juga assistant beliau. Ohh ye, assistant photog tu kawan sesama blogger, so dah pernah ada sesi ber-photoshoot dengan beliau. Bezanya sebelum ni beliau kureng amik gambar aku. Kekekee..

 

303558_10151863371865650_233844165_n

Shawl polka dot by Get Gorgeous Boutique and make up by Azura Mahmood. Aksesori pon Kak Zura yang bawakkan. Aku tak banyak aksesori tudung. Kalau gelang or long necklace banyak la kot. Tudung aku dah iron malangnya bila masuk dalam beg dia keronyok dah sikit. Kekekee…

 

 

548816_10151860124665650_15902125_n

Berfikir.. ni gambar masa awal-awal tu.. Erkkk sedikit kekok nak pose sebab baru pertama kali jumpa dengan Incik Fustop, terus photoshoot. Ahahaa…

 

 

319868_10151855092610650_1559582366_n

Okay bila rimas dengan tudung tadi aku bantai tukar style tudung. Nasib aku pakai inner neck, so tak segan sangat la nak bertukar style tudung disaksikan photog dan assistant beliau. Kekekekee…

 

 

251964_10151869913155650_545119031_n

My fav pic! Semua gambar pon cantik.. semua pon feveret.. tapi yang ni bertambah-tambah feveret! Maybe sebab editing dia ade elemen pink-pink kan…

 

 

532525_10151866363395650_741455221_n

Shawl polka dot, Sakura Pelangi Long Blouse (Blue), and jersey long skirt (mustard) all from butik Get Gorgeous. Memang gorgeous baju-baju kat butik ni. Nak pilih pon rambang mata uolls!!

 

Okay uolls, yang berikut pula adalah gambar hasil tangkapan ikan.. ehh!! Bukan!! Hasil tangkapan dari kamera dan editing oleh assistant photogrpaher encik Kyerull L Fresco, merangkap rakan sesama blogger jugak.. Cuma beliau semakin aktif dalam bidang fotografi, dah kurang blogging.

 

224862_3806489557572_2117439243_n

Ececehhh ada macam perempuan melayu terakhir tak? Awww tak boleh blah puji diri sendiri. Ahaks!!

 

 

600886_3806675242214_702312417_n

Close up muka sikit. Aku rasa muka aku macam nak nangis. Haha bukan apa, tengah menahan cahaya matahariiii…

 

 

282359_3806931368617_1303058365_n (1)

 

Baiklah… sekian sudah Aku Dia dan DSLR PART 21 ini ye.. kalau ada rezeki aku buat lagi segmen yang tak semenggah ni kann. Ahahahaa.. Ade je gambor kat Hutan Lipur aku duk berposing atas batu. Hahaha itu pon nak buat entry ka?? Hahaha…

 

Baiklah.. aku berterima kasih sangat-sangat kat semua individu yang telah terlibat dalam short session photoshoot ni.. Terima kasih kepada abang-abang photographer yang kacak iaitu Incik Fustop dan Kyerull L Fresco. Kepada kak Azura Mahmood terima kasih sangat-sangat jugak sudi datang mekap saya walaupun saya satu-satunya model pada hari itu. Dan tak lupa kepada Get Gorgeous Boutique di atas baju-baju yang cantik dan warna ceria!

 

Boleh hubungi pihak-pihak di bawah kalau-kalau korang memerlukan khidmat photographer, mekap atau nak beli baju-baju yang cantik sangat okay! Dan kepada online shop yang nak upah saya jadi model produk anda boleh hubungi saya di alamat emel sukamenaip@yahoo.com ye. Until then, bubbye!

 

PHOTOGRAPHER : Incik Fustop (Fustopixel)

ASSISTANT PHOTOGRAPHER : Kyerull L Fresco

MUA : Azura Mahmood

WARDROBE : Get Gorgeous Boutique

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 18 Mei 2012

Aku Dia dan DSLR [PART 20]

 

Assalamualaikum…

 

Lama sangat dah rasanya aku tak update pasal segmen Aku Dia dan DSLR ni. Bukan taknak buat dah.. tapi DSLR aku dah rosak.. So nak suruh kawan ambil gambar tak boleh lah selalu ye dak.. Ditambah dengan kesibukan sehari-hari.. So memang takde masa langsung nak buat photoshoot sendirian berhad ni…

 

EDITED 1

Baiklah… Aku Dia dan DSLR kali ni di shoot selepas aku balik dari event produk Pure Beauty. Haa produk apa tu? Nantikan entry aku ya.. Asyik terlupa aje nak update! ish ish ishh…

 

 

EDITED 2

My new favorite pink scallop blazer. Beli kat Times Square je. Tolong jangan tanya kedai mana aku beli. Bukan kedekut nak share, tapi aku sendiri pon tak ingat kedai mana satu yang aku beli blazer ni…

 

Aku ni kalau dah berjalan ke TS tu aku tak pandang-pandang dah kedai yang aku masuk. Semua aku terjah tak ketentuan hala. Bila ada yang berkenan di mata, terus rembat. Balik rumah baru check balik apa yang dibeli. Sebab tu aku tak ingat langsung kedai mana aku beli barang-barang…

 

 

EDITED 3

My new pashmina pon beli kat Time Square aje. Walaupun dah jarang pakai pashmina tebal ni, tapi.. sebab color combination dia cantik, aku rembatkan aje… Ish ish ish..

 

 

IMG_8377

Muka kurang bermaya untuk posing posing. Mekap pun cikai cikai sebab dah lambat pergi event masa tu..

 

 

IMG_8379

Dengan kemalasan tahap gaban, kesihatan pon tak ketentuan hala, maka editing gambar pon jadi cincai cincau aje. Arggghh pedulikan!

 

 

IMG_8380

My new favorite maxi skirt in turquoise. Beli kat uptown Damansara sana. Mulanya tak plan nak beli, tapi dah terrrrnampak pulak warnanya yang cantek maka ku korbankan duit ku tanpa perasaan dan tanpa kompromi. Hukhuk…

 

Apa-apa pun, all pictures credit to photographer of the day iaitu PEN MERAH. DSLR siapa lagi aku nak suruh lenjan amik gambar aku yang hudoh ni kalau bukan DSLR dia.. Kahkahkahh!!! Dan sekali lagi, nantikan entry mengenai product kecantikan Pure Beauty!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 9 Januari 2012

Wajah baru blog Saya Suka Menaip tahun 2012

 

Assalamualaikum…

 

headernw

Korang ingat tak header blog yang ni??? Aku pernah guna tapi tak lama.. Heee mungkin gambar awek dalam header di atas seksi sangat, berlawanan dengan aku kot? Hahaa…

 

 

header_nisa

Kemudian aku guna header ini. Header yang banyak dapat pujian sebab efek 3D nya. Dan juga beberapa item dalam header ni banyak berkaitan dengan aku, seperti spec mata dan DSLR di atas.

 

Setelah hampir setahun guna header ini, aku decide nak tukar header. Bukan mengada bukan dah menyampah dengan header ni, tapi sebab aku inginkan wajah baru yang lebih kemas dan lembut untuk blog kesayangan aku.

 

Sepanjang bulan Disember aku duk survey designer blog, sebab sejujurnya aku agak cerewet bila nak memilih designer blog. Kang dapat yang tak memahami citarasa kan dah tak best?

 

 

nisakay

Akhirnya setelah aku berputus asa nak survey, abang aku iaitu MEUZ ANGELO offer untuk buat header blog aku. Errr sebenarnya aku yang paksa. HAHA!! Mula-mula header yang dia design macam skema ayam sangat. So aku paksa jugak nak header yang gegurl.

 

Dan taraaaa…. header yang tersergam ayu kat blog aku ni dia pasang petang tadi. Hehehe suke makkkk. Ayu, lembut, gegurl semua adalah! Tak lupa aku suruh dia tepek gambar aku walaupun tak berapa nak ayu.

 

Aku saja suruh dia tempek nama NISA KAY besor-besor sebab mulai tahun 2012 ni aku nak blog ni beridentitikan nama aku! So, “Saya Suka Menaip” tu biarlah menjadi caption, atau pun penerangan diri aku.

 

Aku ada suruh dia edit sikit-sikit blog aku ni. Dan Alhamdulillah blog aku dah kemas sikit berbanding sebelum ni. Jadi.. inilah imej tahun baru blog Nisa Kay ini… Terima kasih along aku MEUZ ANGELO sebab edit blog aku.

 

 

headernisakay1

**UPDATED** Tak sampai sehari pun header yang tadi menghiasi blog ni, baru tadi along aku tukar header aku kepada bentuk yang lebih jelita ahaksss!! Ditambah dengan corak kerawang sangat cantik!! Backgoround pun dah tukar sikit. Ohh hebat along aku si MEUZ ANGELO sebab aku tak payah bagitahu aku nak macam mana.. He already knows. HAHA!!

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 7 Oktober 2011

Diari Seorang Blogger Tegar : Black n White fever.

 

Assalamualaikum semua..

 

Huuu hari ni kemain entry-entry aku semua mood malas ye. Malas nak taip banyak. Dari pagi perut tak berapa nak senonoh, asyik memulas aje, so kurang dah mood nak berblogging sangat lah. Idea semua bertempiaran lari.

 

Hari ni mood nak membelek gambar webcam. Jumpa gambar lama yang di edit dengan teknik black n white. Cehhh konon! Hukhuk..

 

bnw1

 

Picture2668

 

Picture2567

Gambar last ni gambar paling aku rindu. Rindu budak demok!!!

 

Huuuu entah zaman bila punya gambar? Aku pun tak tengok sangat tarikh nya. Huuu hari ni memang malas sangat-sangat update blog! Mungkin lepas ni pun aku akan malas update blog juga?

 

Maklumlah final year project sudah dititipkan oleh pensyarah kesayangan, maka otak ligat berputar memikirkannya. Too many things need to be done in a short period of time.

 

 

sign NISA


Read More»

Sabtu, 1 Oktober 2011

Aku, Dia & DSLR [Part 17] – with Creativeheart Photography

 

Assalamualaikum semua…

 

Heee rasa macam dah lama tak update pasal segmen AKU, DIA & DSLR ni. Bukan apa, aku sekarang dah last sem.. busy lah, so memang tak ada masa nak photoshoot. Hehehee… Gambar yang bakal aku share ni pun gambar lama.

 

Photoshoot ni dijalankan pada Ramadhan yang lalu. Tarikhnya aku dah tak ingat la pulak. Kebetulan photographer Syam Creativeheart ada berdekatan Putrajaya, so kitorang decide nak buat photoshoot di sana. Hehee.. Lokasi photoshoot ialah Taman Botani Putrajaya.

 

 

294070_206715592717549_113163178739458_513995_520486_n

Gambar ni warm up duluu. Hekhekk.. tak tahu nak posing macam mana dah ni. Maklumlah, dah agak beberapa lama aku ak photoshoot dengan photographer profesional. So agak kaku di situ yeh! Herherherr..

 

 

228830_205242682864840_113163178739458_509327_1522968_n

Yeahhh aku suka hasil editing mata by Creativeheart ni! Memang menyerlah kat part mata. Herherherr… Lepas tu jerawat yang dok menonjol pon dia dah clean kan. Herrr thanks ye Syam!

 

 

205873_205701916152250_113163178739458_510880_668949_n

Bila nampak rumput disuruhnye aku meniarap??? Erkkk.. aku tak pernah lagi kot disuruh meniarap oleh mana-mana photographer. Kalau photoshoot sendiri boleh lah meniarap ke, tergolek-golek ke. Ahaks…

 

 

294212_205221532866955_113163178739458_509295_1474027_n

Oke memang sayew shuke sanad sanad gambar ini! Oke boleh lempang aku gara-gara bahasa melayu tidak baku! Grrr…

 

 

297654_206728492716259_113163178739458_514011_2881919_n

And the last one is… my favorite picture everrrr!!! Love this one very much! Hehehe maybe sebab nampak heels aku di situ? Ahahaaa….

 

 

Okaylah, itu je gambar aku share dengan korang, kalau korang nak tengok lagi, boleh klik di album ini. Hehehe thank you very much untk abang photographer!

 

Kalau korang berminat nak ambil Syam jadi photographer untuk modelling / wedding / family portraiture, korang boleh tengok hasil kerja Syam di sini : CREATIVEHEART PHOTOGRAPHY FANPAGE

 

Kalau korang nak belajar editing, boleh tengok tutorial kat BLOG KISAH CREATIVEHEART


Read More»

Khamis, 31 Mac 2011

Aku, Dia dan DSLR [Part 12] : Selasa yang Comel

Holaaaaaaaa!!!! Fuiyooo aku rasa dah berzaman kot aku tak buat entry Aku, Dia dan DSLR nihh!!! Bukan taknak buat dah… aku aje yang busy, takde masa nak gi shoot ke hape..

Huhuu.. aku pernah janji yang aku nak buat special version dengan vintage dress untuk segmen Aku, Dia dan DSLR ni kan… tapi sorry sangat-sangat sebab aku rasa aku tak sempat nak edit gambar-gambar tu.. So, aku postpone dulu yeh?

 

IMG_2912

Entry kali ni aku nak post sesi bergambar aku dengan Emma dan Bell yang gorgeous. This time it’s more to santai, rilek-rilek punye gambar….

 

IMG_2932

IMG_2936

IMG_2915

IMG_2942

Oke… done with the crazy part of the photoshoot! Haha.. korang dua ni memang sempoi kan Emma, Bell??? Aku ajak shoot on the spot pon boleyyyy… Suka suka! Dan hari ni sangat comel.. Haha sebab apa? Sebab aku dah cerita dalam entry ini yang aku pergi tengok shortfilm budak-budak junior.

Oke now, nahh amik kau tengoklah gambar aku duk camwhore…

IMG_2945

IMG_2944

IMG_2947

Alamakkk!!! Gambar last tu candid lorrr…. Huhuhuuu… Biasanya kalau aku buat entry Aku, Dia dan DSLR nih jarang aku ambil gambar dengan orang lain kan? Hehehee.. takpe takpe.. Aku saje je nak buat kelainan sikit kali ni.. Takpe kan?

Ohh ye masa ni memang aku tak mekap sangat pon. Cukup aku pakai compact powder, eyeliner, dan Vaseline as lipgloss. Muka aku sedikit tak bermaya kan? Errr tengah lapar tuh! Dan… oh ya, memang aku pakai shawl yang sama macam aku pakai dalam vlog kat Dataran Merdeka hari tu..

 

Hohohooo…. Oke lah… bertemu lagi dalam next entry of Aku, Dia dan DSLR!!! Bye!

sign NISA


Read More»

Sabtu, 26 Februari 2011

Empat Budak Hitam Serbu Uptown Bila Kelaparan

 

cats

Bila kebulur, macam ni lah gayanya… Char kuey tiow kegemaran di Uptown Shah Alam menjadi pilihan kalbu. Fuiyohh fuiyohh kalau boleh nak balun semua.. Huuu tapi angan-angan semata-mata.. Tangki perut aku yang cinonet ini sama sekali tidak membenarkan aku untuk menyumbat semua makanan di atas. HUHUUUU~

 

IMG_0929

Yeahhh dua budak hitam pertama. Yang bercermin mata tebal ala nenek kebayan yakni bernama Nisa. Fuhhh itulah manusia yang berperut kecik. Lantas perut keciknye itu menyebabkan beliau terpaksa memendam perasaan untuk makan banyak-banyak.

Budak hitam kedua berbaju putih. Beliau sangat suka jus tembikai. Kata beliau dengan jus buah-buahan kulit beliau mampu menjadi putih melepak bak Julia Ziegler, halus mulus seperti Lisa Surihani dan tampan seperti Fahrin Ahmad! Erkkk~

 

IMG_0975

Budak hitam nombor tiga, berbaju hitam juga. Buat buat pandang tempat lain bila lensa dihalakan tepat kepadanya. Konon-konon muke innocentm yakni taktik untuk mengelak daripada membayar bil makanan.

Budak hitam baju kotak kotak. Buat muka cool, padahal menahan untuk melepaskan sendawa yang berukuran 8.8 skala Richter. Yakni jika beliau melepaskan sendawa tersebut, berterbangan lah segala kerusi meja di kawasan sekitar.

 

IMG_1140Tiba-tiba… PUTRAJAYA?????? Kau biar betul? Woi budak budak hitam jangan buat keje gila oke.

 

IMG_1167Oke ini band baru. Nama band ni… THE JANTANS JEJANTAS.

 

 

Oke babai. Peace.


Read More»

Rabu, 23 Februari 2011

Kenapa aku suka baju hitam?

Wuuuu membaca tajuk ni, mungkin ada yang tidak setuju.. Ye lah, memandangkan cuaca di Malaysia ni tak berapa nak menentu sekarang, mungkin pilihan berbaju hitam adalah kurang tepat.

Kalau hari panas terik, mak aihhh rasa nak pergi berendam air terjun tahu!! Panas dia bukan macam dulu-dulu… Panas sekarang boleh buat kulit perit & cepat terbakar oke! Huuu global warming neh! Wahai orang Malaysia jom laa kita kerjasama untuk elakkan global warming. Ehhh pesanan ala-ala menteri pulak? =.=

Jom tengok kenapa aku suka pakai baju hitam?

 

IMG_8814 editedIMG_0096 editedDress from : BATIK VALLEY

 

Aku rasa tengok dua-dua gambar ni pun dah tahu kot? Ohh ye, memang baju nye sama! Hehehee apa yang aku nak tekan kan sekarang ni ialah, walaupun, baju tu sama, dan ya aku padankan dengan skinny yang sama.. Mungkin kasut berlainan… Hehehee…

Ouhh sambung balik ayat tadi! Apa yang aku nak tekan kan ialah, dress berwarna hitam tu boleh masuk dengan semua warna :) Yippeeee.. aku memang suka sebab ia membolehkan aku mengumpul shawl pelbagai warna dan corak. Weeee!!!

Sekarang ni pun dah macam-macam gaya tudung yang ada. Nak belajar??? Search aje kat youtube okeh! Heheheee… See? Kalau nak bergaya, tak semestinya kena banyak duit untuk beli banyak baju. Just be creative okeh sayang-sayang semua??? Ohh ye.. baju inner pon kita boleh try warna lain, takdelah asyik hitam aje kan ^_^

 

 

 

PEACE!


Read More»

Copyright © Nisa Kay