Memaparkan catatan dengan label Blog Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Tutorial. Papar semua catatan

Khamis, 14 Februari 2013

[TUTORIAL] Ping entry di BLOGR.MY !

 

Assalamualaikum…

 

Sebagai seorang blogger, kalau korang betul-betul nak up kan blog korang adalah dengan cara menarik trafik ke blog korang. Bila ramai baca blog, trafik masyuk, advertiser pun berkenan.. maka dapatlah anda merasa apa yang dikatakan “buat duit dengan blog” ye. Tapi kalau trafik sendu-sendu macam mana nak promote barang ye dak?

 

Salah satu cara untuk tarik trafik ke blog kita ialah dengan ping entry ke twitter, fanpage facebook atau pun facebook personal. Kalau nak ping satu-satu macam leceh lak kan? So macam mana kalau kita ping sekali aje, terus autopost ke ketiga-tiga platform tersebut?

 

http://blogr.my/

 

Blogr.my merupakan salah satu platform ping entry yang aku guna sekarang. Aku link kan facebook personal aku, fanpage blog aku dan juga twitter aku. Sekali aku ping, dia terus autopost ke ketiga-tiga platform ni. So dah jimat masa aku tak payah nak ping banyak kali.

 

BLOGR 1

#1 Korang pergi kat web Blogr.my. Pastikan dalam masa yang sama korang tengah online facebook tau! Pastu klik kat Log Masuk.

 

 

BLOGR 2

#2 Lepas tu, korang boleh pilih nak Log masuk dengan Facebook atau twitter. Aku pilih Log masuk dengan Facebook aje..

 

 

BLOGR 3

#3 Okay lepas tu klik la apa yang patut. Klik Go to App.

 

 

BLOGR 4

#4 Lepas tu korang tick page mana yang korang nak managekan sekali ke apa. Aku untick bahagian ni, sebab aku nak link kan 1 fanpage sahaja, dan aku buat manual linking.

 

 

BLOGR 5

#5 Okay lepas tu masukkan nama pengguna. And then klik Daftar.

 

 

BLOGR 6

#6 Bila dah sah log masuk tu, korang klik pada butang merah PING! tu yee…

 

 

BLOGR 7

#7 Bila kuar kotak ni, masukkan permalink entry blog anda. Maknanya link entry itu sahaja ye.. bukan link blog anda! Lepas tu klik Teruskan.

 

 

BLOGR 8

#8 Pilih icon yang anda nak ia muncul pada ping entry anda.

 

 

BLOGR 9

#9 Kemudian pilih kategori yang bersesuaian dengan entry yang korang nak ping tu..

 

 

BLOGR 10

#10 Sebelum ping entry tu, korang nampak tak ruangan TAMBAHAN kat bawah tu, klik aje kat situ untuk link kan Twitter anda dan juga Facebook page. Lepas link kan kedua-duanya, korang mungkin perlu ulang langkah ping entry.

 

 

BLOGR 11

#11 Okay sesudah link kan facebook, fanpage dan twitter korang, dah boleh ping entry korang dahhh… Mudah aje.

 

 

So setiap kali korang ping entry, dia akan autopost link tersebut ke page dan twitter yang korang dah gabungkan tadi. Kalau korang ada lebih satu fanpage pun boleh link kan ke page-page yang lain kot? Hoho.

 

So bloggers, apa lagi, jom daftar dengan Blogr.my dan ping entry korang hari ni! Bekerja keraslah untuk naikkan blog korang! Tu pun kalau korang jenis berminat nak promote nama blog dan tak segan nak bagi orang ramai baca hasil penulisan korang. Ihik..

 

XOXO


Read More»

Rabu, 1 Jun 2011

Macam mana nak link kan gambar ke entry?

 

Assalamualaikum semua..

Amboi banyak nya entry aku. Semua nye pasal giveaway besar-besaran yang aku lancarkan. Hehehee.. oh ye, ada yang tanya macam mana nak link kan banner giveaway tu ke entry giveaway ? Meh aku tunjuk sikit.

(BAGI PENGGUNA BLOGSPOT SAHAJA)

 

1. Save kan gambar banner, dan upload dalam entry.

1

 

2. Klik pada gambar tu, satu tool bar akan muncul di bawah gambar. Klik “Edit Link”

2

 

3. Lepas tu, tukar kan link dalam kotak tu (yang macam aku highlightkan) kepada link entry giveaway ni iaitu :

http://nisamenaip.blogspot.com/2011/05/mid-year-giveaway-by-nisa-menaip.html

3

 

 

Oke, sangat mudah kan? Mungkin ni ramai dah tahu, tapi aku ni concern pasal blogger baru aje… Ada lagi yang tak tahu function simple macam ni, so why not aku share kan. So korang yang bertanya tu, dah tahu ni silalah join giveaway kahkahkah!

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 18 Mei 2011

Follow widget buat hal? Alternatif lain untuk follow blog.

Assalamualaikum semua…

Hari ni aku nampak ada lagi masalah kat blog. Widget follower tak berfungsi! Kotak follower tu kosong aje, so orang tak boleh lah nak follow blog kite. Adakah aku sorang aje yang kena macam ni? Atau ramai lagi?

Pada yang nak follow blog orang, tapi widget dia ada problem? Jom aku kongsi sikit alternatif lain macam mana nak follow blog orang tanpa guna FOLLOWER WIDGET TUH!

 

LANGKAH 1 : Kalau dashboard korang merupakan interface / template blogger yang baru, klik pada icon gambar spanar kat penjuru sebelah kanan, sebelah tulisan Blogs I’m Following. (seperti yang ditunjukkan dalam gambar)

tuto 1

 

LANGKAH 2 : Lepas klik icon tu, dia akan keluar senarai blog yang anda follow, sepert yang ditunjukkan di bawah. Lepas tu, scroll page sampai bawah sekali.

tuto 2

 

LANGKAH 3 : Kat bawah sekali tu ada butang ADD. Klik butang tu.

tuto 3

 

LANGKAH 4 : Bila klik butang ADD tadi, dia akan keluar kotak macam dalam gambar di bawah. Masukkan URL blog yang korang nak follow dalam kotak putih tu yeh.

tuto 4

 

LANGKAH 5 : Lepas tu, dia akan keluar Step 2 macam di bawah nih. Kalau nak follow macam biasa, klik pada Follow Publicly.

Kalau anda pilih follow anonymously tu, maknanya anda stalker!!! Kahkahkah! Oke gurau aje lah! Kalau anonymously tu maknanya anda follow blog orang tu, tapi nama atau ID anda tak keluar dalam senarai beliau. So beliau tak tahu lah anda sedang stalk follow blog dia. Kahkahkah.

tuto 5

 

 

OKE, macam tu je lah nak follow orang bila widget follower tengah buat hal. Ouh ye, bagi blogger yang interface/template nye masih yang lama, kotak ADD ada di bawah bloglist di dashboard anda ye… Lepas klik ADD tu, anda terus proceed ke LANGKAH 4 & LANGKAH 5.

Capture

 

Baiklah semua, thanks for reading.. Aku just share benda kecik-kecik macam ni je.. Ye lah, mana lah tahu masih ada yang tak tahu function butang ADD tu ke. Maklumlaa sekarang kan makin ramai yang baru buat blog.

So aku share mana yang patut je la ye. Sekarang ni widget follower tengah problem. So, harap apa yang aku share di atas ni menjadi lah ye. KALAU TAK JADI? Jangan salahkan akuuuu. Kahkahkah!

Bubbye!

 

 

 

sign NISA


Read More»

Sabtu, 30 April 2011

Blogger in Draft berwajah baru?

Assalamualaikum semua…..

Pagi-pagi saya dah terjaga gara-gara perut mula buat hal. Nak kata rasa nak membuang, jauh sekali.. cuma senak perut biasa. Tapi buat aku tak selesa untuk terus menikmati tidur dengan comforter best aku tu.

Bila dah bangun tu, aku pun mandi-mandi dan terus online. Apa lagi, check blog la kan… Sekali aku log in blogspot aku, alamakkkkkk!!! Aku rasa macam aku masuk ke web page yang sangat asing!!!

 

wajah baru 1GAMBAR 1 : Klik untuk tumbesaran padu.

 

Haaa tu dia!!! Bagi sesiapa yang dah bertukar ke Blogger in Draft (blogger.com versi terbaru), aku rasa mesti homepage blogger dia bertukar macam ni. Ke aku aje? Adoi makkk…

Tapi bagi aku ia bukanlah satu masalah pun. Kita dah sedia maklum dengan perkembangan teknologi zaman sekarang. Hampir setiap hari mesti ada aje penemuan baru, atau penambahbaikan dalam teknologi. Teknologi adalah sesuatu yang merebak/membesar/tumbuh dengan pantas.

 

wajah baru 2GAMBAR 2 : Klik untuk tumbesaran padu.

 

Bagi yang telah set kan Comment Moderation (setting yang kalau orang komen kena approve dulu), korang boleh check komen yang baru masuk kat tempat aku letak anak panah tu. Kat kotak di sidebar kiri ni jugak ada overview blog, so boleh tengok bilangan terkini pageviews blog anda.

Kalau kamu nak bertukar ke homepage blogger yang paling latest, sila cari ayat macan dalam kotak merah tu. Just klik aje. Dengan blogger versi Blogger in Draft ni, kita boleh post dan edit entry dengan lebih mudah. Macam gambar di bawah ni.

 

wajah baru 4GAMBAR 3 : Klik untuk tumbesaran padu.

 

Haaaa kan lebih senang mata memandang tu, dengan ruang yang minimal warnanya, dan lebih luas. Aku rasa, nak menulis entry pun puas hati. Tak macam blogger.com yang lama, ruang nak update entry nye terlalu sempit dan tak best mata memandang, sebab tu sekarang aku guna Windows Live Writer aje kalau nak update blog.

 

wajah baru 3GAMBAR 4 : Klik untuk tumbesaran padu.

 

Rujuk semula GAMBAR 2, kalau anda klik pada Dashboard tu, dia akan keluar page macam dalam gambar 4 di atas. Tab yang pertama memaparkan overview blog kita. Kira macam statistik blog kita la… berapa komen, berapa visits.. menda-menda camtu laaa kiranye. Haaa.. kalau nak tahu yang lain, sila explore sendiri. Kahkahkah!!! Aku ponnnn belum habis menelaah lagi benda nih.

SUSAH KE NAK GUNA???? Alah bisa tegal biasa laaa…. Adatlah kita belajar benda baru kan…. There’s always a first time for everything. Kalau tak mula belajar, kita takkan tahu lah kan??? Hehehe oke selamat meng-explore!!!

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 12 Januari 2011

TUTORIAL : Letak code untuk banner di sidebar

Assalamualaikum semua… selamat hari hari semua :D Wahhhh gembiranya Nisa pagi pagi ni. Maklumlah kita bangun pagi kena ceria, kena senyum lebar, barulah awet muda ye tak???

Ouh oke marilah kita kembali ke pangkal jalan. Hari ni Nisa nak buat tutorial macam mana nak letak code banner kat sidebar. Kalau korang tak faham apa yang Nisa cakap ni, meh Nisa tunjuk.

 

Capture

Haaaa kat sidebar tu, code dia akan jadi macam kat atas ni. Code tu akan diletakkan dalam kotak scroll macam di atas. Selalunya blogger buat macam ni untuk letak code banner exchange.

 

LANGKAH 1 :

Kena cari code untuk banner dulu. HTML code banner ni akan direct kan banner yang di klik ke blog kita. Langkah 1 ni Nisa ajar camne nak generate code untuk gambar.

<a href="LINK-URL"><img src="PIC-URL" alt="" width="50" height="75"></a>

Oke mula mula ganti LINK URL dengan URL blog kita. Kalau letak URL blog orang lain, nanti masa klik banner sampai ke blog orang lain pulak. Hehehee~ PIC URL tu pulak ganti dengan URL gambar banner kita.

Macam mana nak dapat kan URL gambar?? Gambar tu mesti di upload dalam komputer. Maknanya upload lah dulu dalam photobucket ke, flickr ke, myspace, facebook atau apa apa website yang korang ada.

Dekat gambar tu nanti, tekan right-click, lepas tu klik pada View Image (bagi pengguna Mozilla Firefox). Bagi pengguna Google Chrome, tekan right-click dan klik pada Open image in new tab.

Contoh : Banner ni Nisa upload kat album dalam facebook Nisa.

haha*Lepas right click, tekan View Image (Mozilla Firefox) atau Open image in new tab (Google Chrome), gambar akan keluar dalam page macam ni. Bahagian yang di highlight kan itulah PICTURE URL.

Lepas tu jangan lupa adjust height dengan width dalam HTML code tu ye. Saiz ideal (bagi pendapat Nisa) untuk paparan banner di blog ialah 125x125.

 

LANGKAH 2 :

Copy link ni.

<div align="center">
<textarea cols="20" name="code" rows="3">TEXT APE NAK LETAK</a></textarea></div>

Sekarang tukar TEXT APA NAK LETAK SINI dengan code gambar yang dah siap tadi.

rows=”3” boleh tukar nombor tu dengan nombor lain. Contoh : tukar kepada nombor 5 untuk 5 baris code.

 

LANGKAH 3 :

  • Di dashboard blogger, klik Design.
  • Klik Add Gadget. Pilih Configure HTML/Java Script.

Capture

Code dalam perenggan pertama, seperti dalam kotak merah adalah code gambar banner sahaja (Langkah 1). Nanti kat sidebar tu, dia akan keluar sebagai gambar lah kan. Tapi masa kat sini, set la width x height dia 200 (atau apa apa size yang disukai) sebab kat sidebar nanti biar dia keluar besar sikit, senang orang nampak.

P/S : Tambah code <center> kat depan code dan </center> masa akhir code.

Code dalam perenggan kedua, seperti dalam kotak biru, adalah code yang dah siap macam dalam langkah 2.

Lepas siap tu, klik pada Rich Text untuk lihat macam mana ia akan terpapar di sidebar anda nanti.

Capture2

Oke kalau dah puas hati, sila klik SAVE.

 

 

Tutorial suka suka :D Bye bye.


Read More»

Copyright © Nisa Kay