Memaparkan catatan dengan label Kuih Tempatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih Tempatan. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Oktober 2015

KUEH CAFÉ – Kafe hipster fokus kepada kuih muih Melayu !

 

 

Assalamualaikum…

 

Ahaaa nak ceritalah.. pada suatu petang yang hening itu.. aku rasa nak makan tapi taknak makanan berat.. nak minum minum dan makan kuih kuih je… Maklumlah, perut sudah dipenuhkan semasa makan tengahari.. Nak lepak kafe hipster, kebanyakan kafe sangat cliché, dengan hidangan makanan barat seumpama spagetti. Kemudian, teringat pulak seorang kawan penah share di instagram mengenai satu kafe baru, yang mana hidangannya berfokus kepada kuih-muih tempatan dan juga masakan melayu seperti soto, mi kari dan lain lain.

 

Kueh Cafe 1

Okay.. ini dia KUEH CAFÉ. Kafe ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Antara landmark yang mudah untuk korang cari, atau kalau korang tahu kawasan ni, Kueh Café ni terletak sebelah kedai makan yang agak dikenali iaitu Nasi Lemak Cinta Sayang haaa…

 

Kueh Cafe 11

Untuk lebih mudah, korang Waze sajooo lokasi KUEH Café ni haaa !
Ahahaa… senang ! Terus keluar exact location nya.

 

 

Kueh Cafe 2

Kedai ni sangat spacious, sebab dia dua kedai yang disambungkan, dan kaunter kuih serta kaunter order kat tengah tengah. Ada juga bahagian kopi-kopi dan juga makanan ala western serta dessert seperti kek dan lain-lain. Memang best sebab choice makanan banyak dan juga kalau taknak makan berat ada kuih-kuih buat alas perut.

 

 

Kueh Cafe 3

Dari tempat duduk aku. Ini meja-meja di bahagian tengah restoran. Belah kiri dan kanan ada meja lagi. So memang syok jugak lah nak lepak. Interior design pun lebih kurang macam kafe-kafe hipster yang makin banyak masa kini, yakni meja dan kerusi menggunakan kayu, serta pembahagi ruang yang terdiri daripada besi-besi. Tapi tidak sarat dan tak rasa serabut.

 

 

Kueh Cafe 5

Membasahkan tekak dengan iced lemon tea je masing-masing. Sebenarnya ini kali kedua aku ke kafe ni. Sebab rasa macam nak makan, tapi kawan dah sarapan pulak.. so masih kenyang untuk lunch benda yang berat-berat.

 

 

Kueh Cafe 4

Ahaa kemain tau bayang-bayang dari pembahagi dinding. Ini antara kuih muih yang kami ambil. Lupa pulak berapa harga kuih muih ni. Kalau tak silap 5 biji RM2.00 .. kalau ambik 10 biji harga akan jadi RM5.00.. kalau tak silap aku la haha..

 

 

Kueh Cafe 6

Sebelum makan, mintakkan kawan ambil gambar tengah feeling-feeling hahah motif sangat kau nak fefeeling masa nak makan kuih ??? HAHAHA !!!

 

 

Kueh Cafe 7

Okay ini khas untuk mereka yang nak duduk kat luar, kot la sejuk sangat aircond kat dalam.. atau yang nak smoking or vaping, boleh lah duduk di kerusi bahagian luar ni ya.. Hah! Feeling lagi aku. Hohoo…

 

 

Kueh Cafe 8

Aku ada sebut tadi kan yang tadi tu gambar kali kedua aku ke KUEH Café ni ? Haa gambar tudung pink pulak masa aku first time datang kafe ni. Sebenarnya aku dan teman aku menunggu seorang kawan. Tapi dah lewat sangat, kami pun tunggu dah lama.. so lepas alas perut dengan kuih-muih, kami angkat kaki. HAHA !

 

 

Kueh Cafe 9

Ini kuih muih yang aku makan masa first time datang kafe ni. Haha belek punye belek album dalam henpon, ada lagi gambau ni. Ingatkan dah delete wakakakaa…. Oh ye.. aku memang suke kuih lapis dengan kuih seri muka kat kafe ni. Memang tempat yang best nak lepak, tapi taknak makan heavy meal.

 

 

Kueh Cafe 10

Masa first time datang hari tu, sempat jugak aku catwalk pakai platform wedges aku kat depan kedai. Wakaka kemahennn sangat aku kan. Takdelah.. tengah mood melawa, pakai platform wedges masuk kedai makan pun berani. Kekekee. Kalau tak, selekeh je la aku…

 

Apa-apa pun.. korang dah baca komen-komen aku mengenai kafe ni sepanjang entry ni.. Apa lagi yang aku boleh tekankan ialah.. kafe ni kemas dan bersih, agak minimalis sebab hiasan dalaman yang tidak sarat, dan offer makanan yang okay, banyak pilihan, dari makanan ringan ke pilihan makanan yang lebih berat. Keadaan kafe pun kemas dan bersih. So yeahh boleh lah try ye, kot kot kena dengan selera you guyss.

 

 

Kueh Cafe 12

Untuk info lanjut mengenai kafe ni, boleh terus follow instagram KUEH Café ni tau. Kang korang tanya aku, aku tak dapat jawab, korang kata aku sombong lak hahadoiii… jadi, follow lah mereka laju laju okayyy… inshaAllah ada masa nanti aku share lagi kedai makan atau kafe hipster yang aku rasa berbaloi untuk korang try ya ? Daaa….

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Isnin, 22 Ogos 2011

3 jenis kuih yang wajib aku cari di bazar ramadhan !

 

Assalamualaikum….

 

Wah wahh cerita pasal bazar ramadhan, dah terbayang-bayang kat dalam kepala otak aku ni suasana bazar yang ramai orang, yang bising, yang penuh dengan bau makanan goreng-goreng. Pergghh..

 

Kalau pergi bazar, semua makanan nampak sedap. Benda yang kau tak suka atau benda yang kau tak pernah makan pun kau boleh kata sedapnyeee!!! Biasalah tu, perut tengah lapar kan? Tekak tengah haus kan? Kalau tengok air lagilah berganda-ganda godaan!! Rasa nak beli satu balang tu teros!!

 

Tapi aku biasanya ke bazar sebab nak cuci mata tengok apa yang sedap. Mak dah masak kat rumah oii so buat apa aku nak beli lauk pauk lagi kan? Kalau berbuka kat rumah sewa pun aku kurang membeli makanan yang berat. Aku rajin cari kuih aje.

 

kuih_keria

First thing first!! Yeahh of cos mata aku akan nampak dulu kuih keria! Feveret sesangat okeh. Aku ni penggemar makanan manis so memang tak silap la tekak aku sukakan kuih ni. Lagi banyak gula dia yang berketul-ketul tu lagi selera aku makan.

 

 

YosriKuihTepungPelita2

Kalau aku taknak kuih keria, aku beli kuih tepung pelita. Tapi aku memilih oii. Kalau aku kat Pahang, aku tanya mak atau abah aku kat mana jual tepung pelita yang sedap. Hoho.. Lepas tu kalau kuih dia pecah-pecah aku taknak! Kalau daun pandan yang digunakan untuk buat bekas kuih tu aku tengok layu, tu pun aku taknak!

 

 

karipap-pusing

Kalau selera nak berubah sikit, aku cari karipap. Tapi tak semua tempat aku suka karipapnya. Aku sangat suka karipap yang kawan mak aku jual. Lagi sedap, rangup dan inti sangat best! Hohoo.. Aku suka inti kentang sebab aku ni peminat kentang!!

 

 

Hooo itu aje 3 jenis kuih yang menjadi pilihan utama kalau aku ke bazar ramadhan. Kalau hari biasa aku selalu beli kuih keria aje la. Karipap dan tepung pelita jarang pulak aku makan.

 

Tapi tak dinafikan aku agak memilih untuk beli kuih-muih. Sebab aku ni takkan makan makanan yang aku rasa or yang aku tahu tak kena dengan selera aku. Aku ni memilih sangat kot? Entah laa…

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay