Memaparkan catatan dengan label Famous Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Famous Blogger. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2016

VIDEO | My first ever beauty haul !





Assalamualaikum semua..


Terima kasih di atas kesudian untuk terus baca blog Nisa ni.. Kali ini, buat pertama kalinya Nisa ada rakamkan video BEAUTY HAUL. Hehehe segannya nak berkongsi sebenarnya.. Tapi , korang tahu tak apa makna "beauty haul" ni? Haul apa ni? Macam overhaul kereta kahh ??? Haaa.. jom kita ambik pengetahuan sikit..






Ini antara makna "HAUL" menurut laman web Urban Dictionary. Pendek kata macam ni lah.. bila kita beli sesuatu koleksi barang tu (tak semestinya mekap, boleh je kalau barang rumah.. skincare, barang keperluan diri dan lain-lain).. so dia kongsikan dengan penonton videonya apa yang dia beli, kat mana dia beli, harga dan kenapa.





Ini pulak definisi "HAUL VIDEO" dari laman web Wikipedia. Baiklah.. jom kita teruskan menonton video Nisa.. Hik !








Seperti yang Nisa dah sebutkan di dalam video Nisa, di bawah ini merupakan senarai produk yang Nisa beli, dan kat mana Nisa beli okay ?



1. Morphe Brushes 35T Eyeshadow Palette Beli di sini !


2. Morphe Brushes 35O Eyeshadow Palette Beli di sini !


3. LT PRO Perfecting Eye Colour Eyeshadow Palette Dapatkan di sini !


3. LT PRO Powder Blush Palette Dapatkan di sini !


4. La Tulipe Eyeshadow Base Dapatkan di sini !


5. Big Oval Brush.
Nisa beli at some random instashop. Sorry sangat dah tak ingat ! Tapi banyak instashop jual ni.


6. Silkygirl Go Matte Lipsticks. 
Nisa beli di Watsons - kod : 01 Nearly Nude, 04 Mystic Rose, 06 Exotic Wine dan 10 Spicy Marsala.


7. The Original Beauty Blender. 
Nisa beli masa di Barcelona pada Februari yang lepas, kalau nak beli di Malaysia, boleh check laman web Sephora !


8. DAISO Detergent for Puff and Sponge.
Nisa beli di outlet Daiso Sunway Putra Mall, KL. Ada juga outlet Daiso yang takde detergent ni. Harga RM5.30 sebotol.


9. DAISO Hanataka Powder : Nose Highlighting Powder.
Nisa beli di outlet Daiso Sunway Putra Mall, KL. Harga RM5.30 juga. Beli sebab saja nak try hehe.


10. Obuse Eyebrow Set
Nisa beli di kedai barang kecantikan. Just a random decision masa tu.. Nisa dah ada beberapa eyebrow pencil, tapi saja nak try. Harga RM10 ke RM12.. Nisa tak ingat dah..


11. Honey Bee Venom Multi Solution Cream
Ini kali kedua Nisa beli krim ni, jadikan sebagai mosturizer and makeup base. Nisa beli di outlet Vitacare NU Sentral. Harga RM70++ atau boleh beli online di instagram Nafura.


12. April Skin Magic Snow Cushion
Nisa tak suka foundation jenama Korea.. tapi April Skin ni best sangat ! Coverage bagus and tahan lama jugak. Dapatkan di sini !


13. H&M Crease Blending Brush
Boleh dapatkan di mana-mana outlet H&M. Nisa beli di outlet Sunway Pyramid.


14. ZAWARAGLAM Automatic Eyebrow Pencil & Eyeliner
Boleh dapatkan di laman web Zawara !


15. IN2IT Hair Brush Eyeliner Pen
Eyeliner ini mudah di dapati di mana-mana outlet Watsons atau Guardian, atau mana-mana drugstore yang ada jual produk IN2IT. 


16. NYX Liquid Suede Cream Lipstick
Nisa beli ready stock kat instahsop, tapi bila cari balik instashop tu, page dia dah tak wujud pulak. Banyak instashop lain yang ambil pre-order untuk produk ini.




Baiklahh.. sekian sudah senarai produk seperti yang muncul di dalam video Nisa. Maaf sangat-sangat ya, jika ada di antara barang di atas yang tidak mempunya sebarang link. Untuk dapatkannya boleh search di Google atau Instagram. Sekarang dah banyak dah orang buat pre-order untuk produk dari luar negara.  Jadi.. terima kasih sudi baca blog Nisa !








Read More»

Jumaat, 2 Oktober 2015

KUEH CAFÉ – Kafe hipster fokus kepada kuih muih Melayu !

 

 

Assalamualaikum…

 

Ahaaa nak ceritalah.. pada suatu petang yang hening itu.. aku rasa nak makan tapi taknak makanan berat.. nak minum minum dan makan kuih kuih je… Maklumlah, perut sudah dipenuhkan semasa makan tengahari.. Nak lepak kafe hipster, kebanyakan kafe sangat cliché, dengan hidangan makanan barat seumpama spagetti. Kemudian, teringat pulak seorang kawan penah share di instagram mengenai satu kafe baru, yang mana hidangannya berfokus kepada kuih-muih tempatan dan juga masakan melayu seperti soto, mi kari dan lain lain.

 

Kueh Cafe 1

Okay.. ini dia KUEH CAFÉ. Kafe ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Antara landmark yang mudah untuk korang cari, atau kalau korang tahu kawasan ni, Kueh Café ni terletak sebelah kedai makan yang agak dikenali iaitu Nasi Lemak Cinta Sayang haaa…

 

Kueh Cafe 11

Untuk lebih mudah, korang Waze sajooo lokasi KUEH Café ni haaa !
Ahahaa… senang ! Terus keluar exact location nya.

 

 

Kueh Cafe 2

Kedai ni sangat spacious, sebab dia dua kedai yang disambungkan, dan kaunter kuih serta kaunter order kat tengah tengah. Ada juga bahagian kopi-kopi dan juga makanan ala western serta dessert seperti kek dan lain-lain. Memang best sebab choice makanan banyak dan juga kalau taknak makan berat ada kuih-kuih buat alas perut.

 

 

Kueh Cafe 3

Dari tempat duduk aku. Ini meja-meja di bahagian tengah restoran. Belah kiri dan kanan ada meja lagi. So memang syok jugak lah nak lepak. Interior design pun lebih kurang macam kafe-kafe hipster yang makin banyak masa kini, yakni meja dan kerusi menggunakan kayu, serta pembahagi ruang yang terdiri daripada besi-besi. Tapi tidak sarat dan tak rasa serabut.

 

 

Kueh Cafe 5

Membasahkan tekak dengan iced lemon tea je masing-masing. Sebenarnya ini kali kedua aku ke kafe ni. Sebab rasa macam nak makan, tapi kawan dah sarapan pulak.. so masih kenyang untuk lunch benda yang berat-berat.

 

 

Kueh Cafe 4

Ahaa kemain tau bayang-bayang dari pembahagi dinding. Ini antara kuih muih yang kami ambil. Lupa pulak berapa harga kuih muih ni. Kalau tak silap 5 biji RM2.00 .. kalau ambik 10 biji harga akan jadi RM5.00.. kalau tak silap aku la haha..

 

 

Kueh Cafe 6

Sebelum makan, mintakkan kawan ambil gambar tengah feeling-feeling hahah motif sangat kau nak fefeeling masa nak makan kuih ??? HAHAHA !!!

 

 

Kueh Cafe 7

Okay ini khas untuk mereka yang nak duduk kat luar, kot la sejuk sangat aircond kat dalam.. atau yang nak smoking or vaping, boleh lah duduk di kerusi bahagian luar ni ya.. Hah! Feeling lagi aku. Hohoo…

 

 

Kueh Cafe 8

Aku ada sebut tadi kan yang tadi tu gambar kali kedua aku ke KUEH Café ni ? Haa gambar tudung pink pulak masa aku first time datang kafe ni. Sebenarnya aku dan teman aku menunggu seorang kawan. Tapi dah lewat sangat, kami pun tunggu dah lama.. so lepas alas perut dengan kuih-muih, kami angkat kaki. HAHA !

 

 

Kueh Cafe 9

Ini kuih muih yang aku makan masa first time datang kafe ni. Haha belek punye belek album dalam henpon, ada lagi gambau ni. Ingatkan dah delete wakakakaa…. Oh ye.. aku memang suke kuih lapis dengan kuih seri muka kat kafe ni. Memang tempat yang best nak lepak, tapi taknak makan heavy meal.

 

 

Kueh Cafe 10

Masa first time datang hari tu, sempat jugak aku catwalk pakai platform wedges aku kat depan kedai. Wakaka kemahennn sangat aku kan. Takdelah.. tengah mood melawa, pakai platform wedges masuk kedai makan pun berani. Kekekee. Kalau tak, selekeh je la aku…

 

Apa-apa pun.. korang dah baca komen-komen aku mengenai kafe ni sepanjang entry ni.. Apa lagi yang aku boleh tekankan ialah.. kafe ni kemas dan bersih, agak minimalis sebab hiasan dalaman yang tidak sarat, dan offer makanan yang okay, banyak pilihan, dari makanan ringan ke pilihan makanan yang lebih berat. Keadaan kafe pun kemas dan bersih. So yeahh boleh lah try ye, kot kot kena dengan selera you guyss.

 

 

Kueh Cafe 12

Untuk info lanjut mengenai kafe ni, boleh terus follow instagram KUEH Café ni tau. Kang korang tanya aku, aku tak dapat jawab, korang kata aku sombong lak hahadoiii… jadi, follow lah mereka laju laju okayyy… inshaAllah ada masa nanti aku share lagi kedai makan atau kafe hipster yang aku rasa berbaloi untuk korang try ya ? Daaa….

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Jumaat, 11 September 2015

Selamat tinggal Melbourne !

 

Assalamualaikum…

 

 

DSC02202

 

Berakhir sudah perjalanan aku di bumi Melbourne.. Oh ya jangan salah faham, trip aku tu berlaku pada April 2015 yang lalu.. Aku je yang masih belum punya waktu cukup untuk menghabiskan entry aku cepat-cepat.. Sebenarnya percutian si Melbourne yang dirancang masih berbaki 2 hari. Namun aku sudah harus pulang. Tiket pulang ke Malaysia aku tukar lebih awal, dengan bantuan seorang rakan yang berkerja di MAS (masa tu nama masih lagi MAS) aku hanya perlu menambah sedikittt jumlah wang. Haa gitu.

 

DSC02201

Memandangkan aku sorang je yang pulang awal.. maka dari hotel, pagi-pagi lagi aku sudah ke airport. Oh ye kalau nak airport shuttle, boleh pergi kat kaunter hotel dan bayar, nanti bagitahu dorang pukul berapa korang nak pergi airport tu. Huuu FYI, ini penerbangan antarabangsa solo aku yang PERTAMA. Gituuuuu. Melbourne – Kuala Lumpur. Sebelum ni kalau sorang sorang biasa ke Penang sajor. Huhu.

 

DSC02212

Perjalanan 7 jam dari Melbourne pulang ke tanah air… jadi kami dihidang makan tengahari, flight pun sekitar jam 2 petang gitu…

 

DSC02214

Kalau ikutkan hati nak tidur je dan buat buat tak nampak FA yang lalu bawak troli makanan. Hee dapat pulak seat sebelah tingkap kan. Memang syok lah. Tapi dari pagi aku tak jamah apa apa, kat airport pun aku tak beli apa-apa walaupun aku ada banyak masa (sampai airport awal). Huuu mungkin sedih untuk meninggalkan bumi Australia yang banyak kenangan best ni, so acah acah takde selera makan gitu. Tapi nasi ni aku bedal sampai habis jugak lantas aku tertidur kekenyangan. Kah !!

 

Flight pulang aku sekitar jam 1.30 petang (waktu Malaysia) masa tu… Dan dijangka tiba di Malaysia sekitar jam 7.30 malam (waktu Malaysia), dannnn memandangkan aku punye flight ke KOREA pukul 11.15 malam (waktu Malaysia) jadi aku dah dapat bayangkan diri aku berlari lari dalam airport macam ahli Running Man mengejarkan waktu check in ! HAHA !

 

Tapi aku dah siap siap bagitahu adik aku suruh datang pukul 8 malam, bawakkan baju bersih. Pandai jugak adik aku, dia bawak baju bersih dalam beg IKEA yang biru tu je. So aku dan adik aku bergegas ke toilet, aku bukak luggage aku dan campak baju baju kotor dalam beg IKEA tu haha ! Baju bersih aku suruh adik aku bawak sikit je sebab aku nak shopping kat Korea ! Ehhh haha.. Nak tahu kisah aku di Korea pulakkkk…. nantikan aku update ye ! Sebelum tu do watch these videos ! Enjoyyy !

 

 

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Rabu, 9 September 2015

Disney’s DESCENDANTS

 

Assalamualaikum…

 

Dua tiga hari lepas Nisa berpeluang hadir ke majlis pratonton filem khas dari Disney ! Tapiiiii filem ni hanya akan ditayangkan di Disney Channel saluran 615 haaa ! Siapa ada Astro tu untung lahh.. Alhamdulillah Nisa yang takde estro ni pon berpeluang tonton semalam movie premiere yang berlangsung di Nu Sentral. Haaa movie apa ni ??

 

Disney Descendants_Key Art

Dum dum dummm (drum roll..) mempersembahkan filem Disney .. DESCENDANTS ! Sebelum Nisa bercerita dengan lebih lanjut mengenai filem ni, meh Nisa tanya pembaca semua… apa perkara terakhir yang korang semua ingat mengenai Disney’s Princesses macam Cinderella.. Belle (Beauty & The Beast).. Mulan.. Snow White.. dan lain lain ? Haaa it has been a long time kan.. Apa perasaan korang bila Nisa bagitahu filem DESCENDANTS ni sebenarnya filem mengenai waris waris puteri dan penjahat dalam filem filem animasi Disney ?? Haaa jeng jeng..

 

 

Jom berkenalan dengan watak utama filem DESCENDANTS ni !

 

Disney Descendants combine 1

Kiri – MAL (lakonan Dove Cameron) merupakan anak remaja kepada penjahat terkenal Maleficient. Kononnya Maleficient ni villain yang paling digeruni seluruh kingdom, so semua taknak kawan dengan Mal dan juga takut nak dekat dengan dia. Mal ni pandai cast a spell dan jugak licik dan ade karakter yang menarik.

 

Kanan – EVIE (lakonan Sofia Carson) bestfriend Mal.. dan anak kepada the Evil Queen (permaisuri jahat dalam filem Snow White tu laa). Dia ni pandai sebenarnya dan pandai buat baju. Dia ada cermin ajaib yang boleh menjawab apa sahaja yang dia tanya. Dia berharap akan bertemu dengan putera raja dan mengahwininya.

 

 

Disney Descendants combine 2

Kiri – JAY (lakonan Booboo Stewart) ni anak kepada Jafar, penjahat dalam animasi Aladdin. Haaa dia ni licik dan pandai mencuri. Dan jugak dia kuat. Kalau korang perasan, dia ni ada juga berlakon dalam Twilight (werewolf) dan jugak Xmen. Haaa…

Kanan – CARLOS (lakonan Cameron Boyce) merupakan anak kepada villain dalam kartun 101 Dalmation iaitu Cruella de Vil tu. Dia ni sangat takutkan anjing sebab dia ingat anjing tu haiwan yang makan budak nakal haha. Tapi dia end up bersahabat baik dengan seekor anjing.

 

 

135795_0439R1

Kiri – PRINCE BEN (lakonan Mitchell Hope) merupakan pelakon baru dari Australia. Watak dia ni merupakan anak kepada King dan Queen of Auradon (pasangan Belle and Beast dari animasi Beauty & The Beast). Bersifat baik hati dan charming auww.

Tengah – CHAD (lakonan Jedidiah Goodacre), anak kepada Cinderella haha ! Dia ni feeling hensem dan perasan charming je.. Kire macam heartbreaker laa gitu.. playboy wakaka..

Kanan – DOUG (lakonan Zachary Gibson), pemuda baik hati.. dia bukan lah putera ke apa.. dia ni anak kepada salah satu Seven Dwarves dalam citer Snow White tu.. bapak dia Dopey. Dia ni suke kat Evie, anak Evil Queen tu..

 

 

135795_0494r1

Kiri – AUDREY (lakonan Sarah Jeffery). Dalam filem ni, dia anak kepada Aurora (puteri Snow White), so dia sangat sangat tak suke kat Mal sebenarnya.. ye lah kan Maleficient yang sumpah Aurora tu supaya tidur selamanya kan. Dia ni girlfren Prince Ben.

Tengah – LONNIE (lakonan Dianne Doan), dia sangat sangat friendly dan dia ni anak kepada Disney princess Mulan. Dia sangat open minded dan menerima baik kedatangan Mal dan geng geng dia ke Auradon Prep.

Kanan – JANE (lakonan Brenna D’Amico) dia ni pemalu dan insecure. Dia anak kepada Fairy Godmother (pari pari dalam Cinderella). Dia ni rasa dia tak lawa dan Mal casts a spell yang ubah rambut dia jadi cantik. Bila dah over konpiden dia kutuk lak Mal haha !

 

 

135929_7567

Okayyyyyy dah berkenalan dengan watak-watak utama filem DESCENDANTS ni kann… so cerita ni pasal apa ehh ? Hahaha.. Kisahnya zaman sudahpun menginjak ke zaman yang lebih moden dan semua orang hidup aman damai di kingdom of Auradon.. dan para villains dan kaum kerabat mereka dicampak di sebuah pulau yang tak ada hubungan dengan dunia luar dan dilindungi kuasa ajaib yang menghalang sesiapa keluar masuk dari pulau tu. Dan sepanjang hidup Mal, Evie, Carlos dan Jay ni, mereka telah diajar oleh ibu bapa mereka agar menjadi orang jahat sama macam dorang.

 

Satu hari, sebelum Prince Ben menaiki takhta untuk menjadi king of Auradon, beliau menyatakan hasrat kepada ibu bapanya King Beast dan Queen Belle, untuk membawa 4 orang remaja terpilih dari pulau terbuang tu, untuk diberi peluang kedua dan hidup di Auradon. Jadi Mal dan kawan kawan beliau terpilih untuk ke Auradon, sebab Prince Ben yang positif ni yakin mereka berempat ni tak jahat macam ibu bapa mereka. Walaupun keputusan Putera Ben ditentang oleh King Beast, tapi Queen Belle memujuk agar King Beast memberi peluang kepada Prince Ben.

 

 

135913_7425

Peluang ke Auradon ni Maleficient lihat sebagai satu kesempatan untuk beliau menyuruh Mal dan rakan rakannya mencuri tongkat sakti (magic wand) kepunyaan Fairy Godmother yang kini dipamerkan di muzium Auradon. Dengan tongkat sakti tu dia nak lepaskan diri dari pulau terbuang tu dan hidup memerintah dengan zalim. Setiap mata dia yakinkan Mal bahawa Mal juga jahat sepertinya dan mempunyai misi sepertinya.

 

135940_8263

Mulanya macam agak sukar mereka nak sesuaikan diri dengan keadaan di Auradon Prep (high school dorang) sebab apa yang ada di Auradon tak ada dan tak sama seperti di pulau terbuang tempat asal mereka. Jadi lama kelamaan bila dah mula sesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru, mereka menemui minat dan keinginan masing masing.

 

 

135925_4235

Namun pun begitu, demi nak membuatkan maknya Maleficient bangga dengan dia, dia tetap menjalankan misinya untuk mencuri magic wand milik Fairy Godmother. Sampai Mal ni kenakan love potion kat Prince Ben ni demi nak mendekati magic wand tu. Tapi dia macam sedar bahawa dia tak sejahat maknya.. Dan dia ikhlas menyukai Prince Ben.

 

Tapi apakan daya dia dah pun separuh jalan. Memang berbelah bagi betul hati dia sama ada nak teruskan rancangan maknya atau nak pilih jadi baik dan jalani kehidupan di Auradon macam orang biasa.

 

135793_0067r2

Jadiiiii…terlaksana ke tidak rancangan jahat Maleficient, Cruella de Vil, Jafar dan the Evil Queen ni ? Kalau nak tahu kena lah tengok DESCENDANTS ni okayyy ? Hanya di Disney Channel tau ! Apa yang aku boleh katakan, seperti filem Disney yang lain, filem ni jugak mengandungi pelbagai pengajaran, as this film usually targeted for children and teenagers. Dan boleh kata DESCENDANTS ni ala ala pengganti siri High School Musical sebab filem ni pun ada lagu lagu jugak.

 

 

Jadi jangan lupa yaaa tayangan perdana di saluran Disney !

13 September 2015
11 pagi
Disney Channel (saluran Astro 615)

 

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !


Read More»

Selasa, 8 September 2015

Majlis pelancaran AGETECH dan duta produk Ziana Zain

 

 

Assalamualaikum…

 

DSC05228

Minggu lepas aku dengan Neyra Shazeyra macam free je kan, so kami pergi ke satu event pelancaran produk kecantikan terbaruuu di pasaran ! Wohooo sebut je pasal produk kecantikan ni kompem gegerls kat luar sana tak senang duduk kannn…

 

 

DSC05236

Acara berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Sebelum acara bermula, kami disajikan dengan muzik untuk dijadikan halwa telinga. Gituuu…

 

 

DSC05350

Jeng jenggg ini dia produk kecantikan yang aku duk sebut sebut tadi !!!

AGETECH : SENSE OF BEAUTY

AgeTech ni merupakan produk kecantikan yang berasaskan alga biru hijau atau nama saintifiknya Afanizomenon Flos-Aquae haaa berbelit lidah ! Haha… Alga ni merupakan alga liar dan bukan kultur, diimport dari luar negara, natural okayyy naturallll gitu ! Alga ini mempunya khasiat seperti vitamin.. mineral.. protein dan lain-lain.

 

Antara kebaikan produk AgeTech ni adalah :

1. Membantu memutih dan mencerahkan kulit

2. Membantu meningkatkan nutrisi

3. Kadar Antioksida yang tinggi

4. Baiki sel-sel kulit

5. Membantu mengatasi masalah dalaman wanita

6. Meningkatkan fokus dan kecerdasan dalam pembelajaran

 

Dannn… banyak lagi khasiat dan manfaat nya ! Haaa jangan ingat produk kecantikan macam ni boleh diambil oleh golongan wanita sahaja.. Sesungguhnya AgeTech ni aku lihat lebih kepada produk kesihatan yang sesuai diambil oleh seisi keluarga, tanpa mengira had umur dan jugak lelaki atau wanita ! Haa kalau anak kecik darjah satu pun boleh minum AgeTech ni ahaa..

 

Agetech Ziana Zain

Selain itu, majlis pelancaran ini juga turut memperkenalkan duta produk AgeTech ini iaitu tak lain tak bukan penyanyi tersohor ZIANA ZAIN !!! Haaa sekarang semua dah tahu rahsia kak Ziana kita ni kekal muda, mantopp dan cergas je ! Haaa…

 

 

DSC05332

Bertuahnya semua yang hadir di majlis pelancaran AgeTech : Sense Of Beauty ni, kerana kami berpeluang menyaksikan persembahan Ziana Zain ! Haaa lagu Madah Berhelah disampaikan dalam versi slow.. dan juga lagu XO yang menjadi viral kerana kak Ziana pernah  “menerbangkan” mikrofon ketika menyanyikan lagu ini di satu acara yang lain. Yang pasti kak Ziana kita memang sporting !

 

Melalui persembahan bertenaganya, memang ternyatalah apa yang kak Ziana bagitahu, bahawa bila dia ambil AgeTech ni sebagai makanan tambahan, tenaganya bertambah cergas, tidak mudah penat dan of course kelihatan muda sentiasa ! Gituuu…

 

Kalau nak tahu lebih banyak info mengenai produk AgeTech : Sense Of Beauty ni… boleh lah korang pergi ke link link berikut ya ! Dan bagi sesiapa yang berminat nak jadi pengedar atau ejen jualan, boleh jugak usha link kat bawah ni… maklumlah produk ni baru sahaja dilancarkan dan masih memerlukan pengedar pengedar.

 

Facebook Page : www.facebook.com/agetech.my

Instagram : @age.tech

Laman Web : www.agetech.my

Hotline : 019 3951117

 

Apa apa pun jangan lupa cuba produk ni ya ! Sesuai untuk seisi keluarga, tak kira usia dan jantina. Gituuhhh..

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Copyright © Nisa Kay