Memaparkan catatan dengan label My Style. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Style. Papar semua catatan

Selasa, 24 April 2012

Padanan pink dan kuning

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama pulak tak share tentang mix and match warna nih. Heee ayat bajet fashionista pulekk. Kite ni selekeh-nista ade laaa.. Hakhakhakhakk.. Kali ni nak share gambar baju dan skirt. Padanan warna pink dan juga kuning.

 

Mulanya macam tak yakin nak try padanan warna ni.. Tapi dulu kenduri anak wan saudara aku rilek je depa guna warna pink lembut dengan kuning lembut? Lawa pulak aku tengok. Kebetulan masa tu pulak aku kerja kat kedai kek.. pernah lah aku try hias kek guna warna pink kuning. Eh eh menariklah. Kek pun nampak lagi sedap. Haha!!

 

IMG_2783

Yaaa kembali menggemari bawal yang semakin hari semakin hot. Dalam gambar ni aku try pakai tudung bawal yang ada sulam kat atas kepala. Comel lahh bunga-bunganye. Sebab tu aku beli. Hukhuk…

 

 

IMG_2786

Jeng jenggg dengan agak berani yang masih bersisa dalam diri aku padankan jaket pink dengan maxi skirt warna kuning mustard. Manakala baju di dalam aku just pakai baju plain warna hitam supaya tak mengganggu sangat combination pink kuning.

 

 

IMG_2791

Jaket pink – bought at prelove sale | Yellow mustard button-down skirt by BATIK VALLEY

 

Malas nak pakai heels hari tu maka aku padankan dengan sepasang flats aje.. Sekarang ni ke mana-mana pun aku banyak pakai flats. Selesa dan mudah bergerak. Namun begitu heels dan wedges tetap di hati.. Cewahh cewahhh…

 

Nak kenakan padanan warna kita perlulah konfiden. Sama ada kita rujuk internet dan majalah atau kita just mix and match je baju dan tudung semua, janji kita konfiden bila memakainya. Kita kena yakin diri kita cantik. Bukan nak perasan cantik ye, tapi sebab Allah dah jadikan setiap hambaNYA itu elok rupa paras masing-masing. Jadi bersyukurlah.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 12 Mac 2012

Biru Kuning

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama sangat aku tak menambah koleksi entry untuk segmen My Style. Cehhh kemain tau My Style, aku bukan ler fashionista. Aku ni selekeh-nista aje hukhukhuk. Dah aku suka share gambar apa yang aku pakai. Aku suka try mix and match warna-warna, semua tu aku rujuk Google. Hakhakhak.

 

IMG_8916

Satu padanan yang terang, menonjol dan berani aku rasa? Sebab warna biru kuning ni aku tengok kat jersey bola. Hahaha. So aku implement kan warna tu dalam pemakaian aku. Ini gambar masa street photoshoot di Bukit Bintang. Aku pakai chiffon top yang beli kat preloved sales, dan button down maxi skirt dari Batik Valley.

 

IMG_8856

Hari tu aku just pakai pashmina biasa and big spect! Pastu bajet budak nerd yang cute (cute kah??) di depan Pavillion yang sesak dengan manusia. Ohhh sesungguhnya aku bukanlah Budak Baru Nak Up (BBNU) yang bersepah kat Pavi tuh. Ooopss terasakah.

 

 

P3031635

Pastu yang ni pulak padanan biru kuning yang aku pakai masa event Digi Fandroid Day seminggu yang lepas. Bawal 2tones dari online shop aku iaitu Mini Shopaholics, polka dot tops dari MissLily Shop, blue maxi skirt dari Firzara Collection dan heels dari Cala Man.

 

 

P3031441

Errrr sekali lagi, spect nerd menjadi penghias setia muka ku ini. Aku rasa macam aku dah biasa pakai padanan biru kuning ni. Ya warna-warna yang terang dan menonjol pulak tu. But hey sekali sekala be bold and brave okay juga kan?

 

Aku buat entry ni bukanlah nak bajet stylo atau fashionista sangat. Dah ini minat aku, aku suka try colour matching. Takkan selamanya nak pakai warna-warna selamat hitam putih kelabu aje? Atau nak pakai sedondon dari tudung hingga ke kasut warna ungu aje? Adoiii.. Dan yang paling penting ini BLOG aku okayh. So suka hatikulah nak share pasal apa. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 10 Mac 2012

Tudung bawal lagi…

 

Assalamualaikum…

 

P3102230

 

Aku ada beberapa helai tudung bawal 2 tone design baru tu.. Dan juga tudung bawal 3 tone. Homai semuanya gorjes ya amat! Of course la aku akan menjualnya di online shop aku iaitu Mini Shopaholics. Jadi.. nantikan update nya ya! Limited pieces okay.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 31 Januari 2012

Vintage bag

 

Assalamualaikum semua…

 

This is a quick entry ye. Sangat busy. Tak sempat balik Shah Alam lagi nak pos hdiah pemenang-pemenang giveaway dan juga pos barang customer. Haihhhh. Tapi takpe hari ni balik Shah Alam yeayyy… So jom tengok apakah isi entry kali ini…

 

IMG_1364

Semalam aku menghadiri Gala Nite filem Azura 2012 lakonan Neelofa dan Shahz Jaszle. Thank you Twitterjaya for the tix! Ohhh nak bagitahu I love that blue vintage bag!!!! Korang kena dapatkan ye!!

 

 

IMG_1366

Gambar lebih dekat. Sangat suka suka suka. Nak lagi dekat kena beli lah. Kekekeee…. Nak tahu aku beli kat mana???

 

header1

ZEEZ COLLECTION! Kalau nak pergi ke page ZeeZ Collection ni sila klik banner di atas ye. Cepat ramai-ramai rembat!!! Okaylah nak bersiap untuk ke pra tonton filem Chantek by Pierre Andre pulak..

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 5 Disember 2011

Baju belang-belang. Bukan kuda belang ehh!

 

Assalamualaikum…

 

Hari ni aku kepenatan ya amat. Aku ada photoshoot dengan Fad Ali kat Putrajaya. Tapi tak sempat shoot banyak pon, sebab photographer exhausted gara-gara long journey dan tak cukup makan. Heee but its okay, ada gambar-gambar yang memang buat aku puas hati. Tak sabar weh!!

 

Okay apa entah aku merapu. Tadi aku kemas folder gambar, sekali aku terjumpa gambar aku pakai baju belang-belang. Wahhh. Ini rare..  Sebabnye.. ketahuilah oleh korang bahawa dalam lemari aku yang padat iteww tiada sangat baju stripey!

 

CIMG5299

Ini gambor aku masa aku keluar jenjalan dengan member sekolah kat Temerloh. Kawan aku puji baju aku weh. Kembang hidong. Okay puji baju aje… Bukan aku. Muahahahaa….

 

 

IMG_7635

Okay ini gambor baju tersebut dengan lebih jelas. I can tell you, baju yang bercorak stripey dalam lemari buruk aku boleh dibilang dengan jari tau! And I can tell you that I super love this stripey dress!

 

 

IMG_7640

Ouhh untuk orang kurus macam aku memang tak seswai laa pakai baju stripes ke bawah. Untuk nampak lebih berisi aku sesuai pakai baju yg horizontal stripes. See? Siapa ada reben-reben cinta kat belakang. Ehhh.

 

 

IMG_7646

Memang super love ini bajuuu. Aku beli kat BATIK VALLEY wehh. Ouhh ye, kalau nak beli dress yang comel-comel, blouse yang cun-cun boleh lah beli kat Batik Valey ye! Dengan gaya terkini, dan harga yang berpatutan! Itu yang peting ke kawan-kawan.

 

 

383728_306511406037159_112008795487422_1073800_1053525555_n

Oihhh ini latest dari Batik Valey ! Button Down Maxi Skirt dalam 6 warna pilihan yang cun! So kalau korang nak beli ni sila terjah Batik Valey ye! Rasanya ada back order kot untuk maxi skirt ni. Alorr kalau korang tak minat maxi skirt pun korang boleh order benda lain. Jangan lupa usha Batik Valey  ehhh :D

 

 

 

Thank you for reading!

NEW sign NISA

 

 

 

LIKE or TWEET this entry! TQ!


Read More»

Copyright © Nisa Kay