Memaparkan catatan dengan label Tudung Bawal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tudung Bawal. Papar semua catatan

Khamis, 8 November 2012

Revolusi TUDUNG BAWAL ! Fesyen bawal terkini dari Mulawa Fashion !

 

Assalamualaikum..

 

Kemain tau tajuk entry aku bertanda-tanda seru.. Ihikkss… hari tu dah share dengan uolls pasal baju-baju yanh cantik-cantik kann.. Malam ni aku nak share pasal tudung pulak ye. Dah pakai baju cantik, nak lah pakai tudung yang sepadan ye dak?

 

Tapi perasan tak korang sekarang fesyen tudung semakin hari semakin mudah dan ringkas? Maksud aku sekarang ni tudung bawal kembali menjadi kegilaan ramai sebab mudah dipakai dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya !

 

MULAWA FASHION

557570_487713451248824_237002103_n

Ehem ehemmm mari tengok ni! Tudung bawal yang simple tu kini datang dengan motif bunga-bungaan gituu! Sangat sesuai digayakan ke majlis santai atau formal, sebab motif bunga nye pun tak terlalu sarat kan?? Kalau nak order KLIK DI SINI YA !!!

 

548798_483527858334050_351153712_n-horz

Di online shop MULAWA FASHION ni jugak ada jual tudung bawal dengan Polka dot Sulam ! Haaa ni bukan printed polkadot yang mudah haus bila dibasuh tu yee… Ini polka dot sulam punye! Nampak ringkas, tapi cukup cantik dan manis! Ewah ewahhh!! KLIK DI SINI kalau nak usha Bawal Polkadot Sulam ni yee…

 

644093_483405875012915_506538522_n-tile

Ahaaaa di samping kegilaan wanita zaman sekarang terhadap tudung bawal, pemakaian shawl jugak masih relevan seiring dengan kebangkitan semula tudung bawal. Pergghhh ayat macam karangan SPM! Skema betol.. Hahahaa….

 

Yang dua di atas, itu adalah Mulawa Shawl - 2 Layers, beli satu, umpama beli 2 helai! Hahaha sebab boleh pakai dua-dua belah.. Kan ade dua layer warna tuu.. Hikhik… Manakala dua yang di bawah tu adalah Mulawa Shawl – Mill.. Shawl-shawl yang plain macam ni memang amat-amat mudah nak matching dengan baju-baju yang bersepah dalam gerobok kite tu kan??

 

Sekarang ni pulak tengah naik fesyen tribal lah, printed lah, color block lah… jadi penyelesaiannye, belilah shawl-shawl atau tudung-tudung yang bercorak minimal atau plain macam yang dijual oleh MULAWA FASHION ni yee… senang nak matching kan, dan kekal sepanjang zaman gituhhh! Ahaks!

 

Jom cuci mata :

MULAWA FASHION

 

 

 

~Happy shopping~


Read More»

Isnin, 13 Ogos 2012

Jalan-jalan Cuci Mata – MULAWA FASHION



Assalamualaikum..


Pasaran online shop nampaknyha semakin meluas dan mendapat sambutan yang hangat! Sehangat ayam percik yang baru dibakar.. ehh??! Aku sendiri pun suka online shop sebab banyak design menarik, dan tak perlu penat-penat keluar rumah untuk survey barang.


Baiklah, sejajar dengan peningkatan dalam kewujudan kedai di atas talian di masa kini (ayat karangan betullah), aku nak perkenalkan korang dengan satu lagi online shop yang menarik tertarik memang de bommm!!!



Mulawa -Corporate Image



MULAWA FASHION ni mengenengahkan jualan tudung-tudung bawal yang unik dan menarik, yang jarang aku tengok kat pasaran dan online shop lain. Haaa apa yang unik dan menarik tu? Moh la kita sama-sama skodeng…



Tudung Bawal Printed -Butterfly

Yang ini Tudung Bawal Printed – BUTTERFLY. Haaa nama dia begitu sebab ade corak butterfly yang comel-comel kat tudung ni. Biasanya kalau bawal printed dia akan bercorak di keseluruhan tudung atau kat bingkai tudung, tapi yang ini coraknya di bahagian depan, sekaligus membuat ia tampak lain dari yang lain.





Tudung Bawal Printed- Love

Yang ini pulak Tudung Bawal Printed – LOVE. Yang ini ada corak bentuk hati pada tudungnya. Corak tersebut boleh di pakai di bahagian depan atau dari tengah kepala hingga ke belakang, terpulang kepada cara anda melipat tudung ni…





TUTORIAL

Haa.. di page MULAWA FASHION ni jugak ada tutorial tudung bawal. So bolehlah korang melaram di pagi raya atau bila-bila nak ke kenduri-kendara dan rumah terbuka! Dengan tudung-tudung bawal dari MULAWA FASHION semestinya korang akan tampil ringkas, segar dan lain dari yang lain! Untuk keterangan lanjut step by step, korang boleh rujuk kat caption gambar dalam album ni : Tudung Bawal Printed – BUTTERFLY.





Shawl Chiffon & Polka

Selain tudung bawal, MULAWA FASHION ada jugak menjual selendang bagi mereka yang meminati selendang. Shawl Chiffon & Polka ini semestinya membolehkan korang semua bereksperimentasi dengan gaya lilitan yang bermacam cara dan membuatkan penampilan korang memang de vass gituu.





TUTORIAL 2

Haaa ini pulak tutorial untuk memakai Shawl Chiffon & Polka ni. Mudah je sebenarnye, cuma kalau first time cuba tu mungkin korang rasa janggal sedikit. Takpe takpe.. practice makes perfect! Korang try banyak kali, sure boleh jadi cun macam model kat atas ni okay? Keterangan step by step korang boleh rujuk caption gambar dalam album : Shawl Chiffon & Polka.



Baiklah.. dah banyak jugak aku share dengan korang ni. Haa apa lagi ramai-ramai lah LIKE fan page MULAWA FASHION ye! Dengar-dengar kat page MULAWA FASHION ada contest, boleh menang 10 helai tudung!! Haa adakah rezeki anda di bulan Ramadhan ni untuk beraya dengan tudung baru?? Haaa kalau nak tahu pergi like page MULAWA FASHION dulu okay!








Sign PNG NisaKay

Read More»

Ahad, 20 Mei 2012

WHOLESALE PRE-ORDER : Printed Square Hijab

 

Assalamulaikum..

 

Seperti yang diketahui ramai, aku mempunyai online shop aku sendiri iaitu Mini Shopaholics Online Shop. Aku berniaga kecil-kecilan aje.. dan alhamdulillah perniagaan aku berjalan dengan agak baik. Namun aku menguruskannya seorang diri.. Jadi harap semua pelanggan memahami keadaan aku yang sibuk ni…

 

BS-02-horz-vert

Dan baru-baru ni aku ada jual Printed Square Hijab (PSH) atau turut dikenali dengan nama Tudung Obama… Kalau nak beli secara individual boleh terjah ALBUM INI yaaa… Sekali lagi, syukur alhamdulillah jualan sangat okay walaupun tak sekencang mana. Ye lah.. baru bermula kan..

 

Dan sekarang aku nak buka peluang kepada kalian semua untuk membeli tudung ni secara borong dengan harga yang sangat murah. Kalau korang taknak jual semula tudung ni, korang boleh beli untuk pakai sendiri.. atau ajak kawan-kawan order sekali. Bila banyak, dah boleh dapat harga borong.

 

P5190001

Kini aku buka WHOLESALE PRE-ORDER bagi sesiapa yang berminat nak membeli secara borong. Oleh kerana kekangan masa, aku hanya mampu bukak pre-order seminggu sekali untuk jualan borong ni ye… sebab aku bukan full time meniaga..

 

Tempahan borong dibuka dari 19hb Mei hingga 25 Mei 2012.

 

1 - 9 helai (Retail Price) = RM12 sehelai 

Boleh di dapati di fan page Mini Shopaholics Online Shop

 

10 - 19 helai (Wholesale Price) = RM7 sehelai

 

20 helai dan ke atas (Wholesale Price) = RM6 sehelai

 

- Corak dan warna TIDAK boleh dipilih. Akan diberi secara rawak. -

 

 

Postage 10 - 15 helai :

RM8 (semenanjung Malaysia)

RM10 (Sabah & Sarawak)

 

Postage 16 helai ke atas :

RM12 (Semenanjung Malaysia)

RM15 (Sabah & Sarawak)

 

 

Tempahan boleh dibuat di sini :

ORDER FORM

Di ruangan Kod Barangan, letakkan “Printed Square Hijab (jumlah tudung)”

Contoh : Printed Square Hijab 20pcs

 

 

 

  JIKA ANDA INGINKAN PEMBELIAN BORONG UNTUK BARANGAN SEPERTI BAWAL PLAIN / 2TONE / 3TONE SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. WE WILL TRY TO GIVE THE BEST PRICE FOR YOU!!

 

Selamat shopping yeaa….

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 15 Mac 2012

Tudung bawal 3 tones

 

Assalamualaikum…

 

Wahhh mula-mula bawal plain meletop-letop sejak kemunculan semula. Lepas tu glemer pulak tudung bawal 2 tones. Lepas tu muncul pulak 2 tones design baru… Tapi apa yang aku perasan kan, tudung bawal ni.. bila mula-mula keluar kualiti bagus. Kain tak terlalu lembik, senang nak bentuk dan tak jarang..

 

Tapi lepas terlalu banyak yang keluar, tudung bawal ni jadi semakin dan semakin murah. Maka kenalah kita ingat bahawa yang murah sangat tu kualiti dia pun murah lah kan. Aku pernah jumpa tudung bawal plain yang jual RM5 sehelai! Tapi kainnya lembik sangat sampai susah nak bentuk. Lepas tu jarang! Haikk pakai tudung apa tapi jarang nampak leher?

 

P3122278

Sekarang ni aku jumpa bawal 3 tones pulak. Apa yang aku perasan buat masa ni pilihan warna bawal 3 tones ni tak banyak sangat. Nanti dah meletop-letop mesti akan keluar lebih banyak pilihan warna.And buat masa ni pun tudung bawal 3 tones yang ada aku rasa dibuat dari material yang berkualiti sikit dari bawal lembik.

 

 

P3122295

Ohh ye, aku ada juga jual tudung bawal 3 tones kat online shop aku iaitu MINI SHOPAHOLICS. Pilihan warna ada dalam 10 kot? Tu pun ada lagi 3 empat helai aku tak update dalam online shop aku. Bawal 3 tones yang aku jual ni tak lembik sangat ye. Senang gilaaaa nak bentuk! Tak payah dok spray fabric starch kat tudung.

 

Haaa sebelum dia meletops baik korang semua rembat dulu! Bolehlah bergaya sakan sebab bagi aku tudung bawal 3 tones ni sangat-sangat cantiks okayh! Boleh matching dengan banyak baju. Mak sukaaa!!! Kalau nak cuci mata boleh singgah MINI SHOPAHOLICS atau join giveaway kat blog Pen Merah, sebab salah satu hadiah giveaway ialah tudung bawal 3 tones!! Terjah jangan tak terjah!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 10 Mac 2012

Tudung bawal lagi…

 

Assalamualaikum…

 

P3102230

 

Aku ada beberapa helai tudung bawal 2 tone design baru tu.. Dan juga tudung bawal 3 tone. Homai semuanya gorjes ya amat! Of course la aku akan menjualnya di online shop aku iaitu Mini Shopaholics. Jadi.. nantikan update nya ya! Limited pieces okay.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay