Memaparkan catatan dengan label Dressing Me Up. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dressing Me Up. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2013

Fashion photoshoot for FSYN with Creativeheart Photography

 

Assalamualaikum…

 

Wah wahh dah lama bebenor tak buat entry berkenaan dengan aktiviti photoshoot gua.. Sekarang ni memang dah tak sangat modelling ni.. Penat nye kemain kena tukar baju.. take time lagi haa.. So kesudahannya, jadi model untuk online shop sendiri je lah.. Tu pun tak larat nak modelkan semua baju, siap ajak kawan jadi model paksa rela haha !!

 

blog2

 

Gambo kasi kabur ehh.. Saja aku letak watermark blog FSYNbyNK sebab nanti semua berkaitan baju ni korang boleh lah rujuk kepada blog tersebut ya..

 

 

Yezzaaa people ! These dresses are the latest products of FSYNbyNK . Sebelum ni FSYN hanya jual dress ni di vendor slot FSYN yang terletak dalam butik Sincerely By Us sahaja.. Tapi banyak juga request untuk online order bagi mereka yang duduk jauh.. So kami di FSYN ingin menunaikan hasrat mereka yang turut ingin bergaya dengan plain dress yang best seller ni !

 

teaser 2

Ewah ewahhh kemain gua modelling kan? Hahaha lama dah tak shoot, gua kekok teramat haaa.. Kalau uolss nak tau hakak korang neh memang dah lama tak berposing sana berposing sini. Memang kayuu lahaii.. Oleh itu, hakak telah menggunakan khidmat photography dari sahabat lama hakak iaitu Creativeheart Photography.

 

syam

Haa inilah dia Syam Sidek a.k.a. Encik Creativeheart kitee.. So bila shoot dengan beliau takdelah gua kekok ya ampun nak posing kannzzz… Sebab member member je.. By the way ni gambar lama beliau. Gambar beliau terkini terpaksa disorokkan, kerana khuatir kehenseman beliau sekarang memanah hati gegadis yang membaca blog ini. Ehemm beliau sudah pun berpunya. Wakakaka..

 

 

teaser 1

Ehemmm ni lah dia member gua yang turut gua jemput untuk jadi model sebahagian dress ni.. Nama dress ni aku amik sempena nama bunga. Bunga kan cantik, berseri.. Walau warna plain, xde corak macam printed ke hapa, tetap menawan. Gituh.. Jemput ke blog kawan gua ni Her Diary by Myra Amira.

 

 

PASTEL PURPLE

My fav pic gamaknya.. Sebab muka nampak berisi ler kononnye.. Hahaha konon je la ye. Nampak comel.. Tudung tu sebenarnya terjatuh dari bahu, tapi dalam gambar cantik pulakk. HAHAHAA.. Thanks to Creativeheart Photography sebab editing THORbaekkkk. Kasi licin, jelita kalah RoziTHOR Che Wan haha! Perasan pulak daku.

 

 

Untuk mekap, studio dan tajaan tudung untuk photoshoot ni, aku update lain kali lah ye.. Hahaha.. Thanks semua yang baca.. Follow jugak blog FSYNbyNK untuk update terbaru mengenai dress / blouse / beg dan sebagainya ya…

 

 

 

Special  thanks  to

 

DRESS :
FSYNbyNK

PHOTOGRAPHER :
Creativeheart Photography

MAKEUP :
Yna Sakinah

WHITE STUDIO :
De'Qoya Boutique & Studio (Shah Alam)

HIJAB SPONSORED BY :
Sincerely By Us 

 

 

 

 

 

Syukur photoshoot berjalan lancar dan fun ! Sebab white studio yang FSYN sewa terletak di Shah Alam, so dekat dengan rumah. Owner butik dan studio ni ialah makeup artis tu sendiri. So mekap, shoot dan bertukar baju di tempat yang sama. SANGATTT MUDAH !! Harga sewa studio pulak.. Haaa jangan lupa nantikan next entry !

 

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 14 Disember 2012

FSYN

 

Assalamualaikum…

 

Just a short update! Nak buat assignment ni hehehe… you guys kindly visit my online shop FSYN ya! Baru update dress tadi feewwittt!!

 

https://www.facebook.com/FSYNbyNK

 

cats

ELLY CHIFFON DRESS

RM 45 each.

 

 

logoooo2

https://www.facebook.com/FSYNbyNK

 

PSSSTTTT!!! Thank you so much kepada semua yang vote logo FSYN ! Muahhh!!!


Read More»

Rabu, 31 Oktober 2012

Jom shopping yang murah-murah saje !!

 

Assalamualaikum…

 

Wah wahh kemain lagi aku duk update pasal shopping je memanjang kann.. Maklumlah, aku sebagai seorang manusia yang suka shopping secara online ni, memang ada habit suka search online shop apa lagi yang best.. Bila aku jumpa online shop yang best aku share pulak dengan korang kat sini. Hohoo..

 

425106_396202870427856_1714247960_n

BLOG :
http://www.murah-saje.blogspot.com/

FACEBOOK PAGE :
https://www.facebook.com/pages/Runcit-dan-Borong-di-MurahSaje/143847728996706

 

 

Dan online shop pilihan aku kali ini ialah.. MURAH SAJE !! Haaa kan aku dah tulis kat tajuk entry tu, jom shopping yang murah-murah saje?? Hohohooo.. Zaman sekarang ni banyak sangat dah online shop, janji korang pandai pilih online shop mana yang korang nak shopping ye…

 

photo (1)

Ehemm ehemmm kite nak jugak share dress kita dari MURAH SAJE niii… Kuning gituu… Warna dia macam kuning mustard, but bright sikit dari mustard. Ada details reben-reben gitu haaa, so dress ni takdelah plain sangat kan.. Kat bahagian skirt nye pulak ada jahitan yang memberi ilusi kain ni kembang. But actually kainnye memang kembang pun..

 

 

photo*Muka terpaksa censored sebab gelak tak hengat dan mencacatkan gambar*

Bila berjalan pakai dress ni fuhhh serius macam princess !! Hahaha kemain aku berangan kan :p Kainnya memang flare bila ditiup angin fiuhhhh fiuhhh. Hahahaaa… so aku tak rasa rimas la. Aku tak suka maxi dress yang “melekat” kat badan ala-ala baju Saloma dulu-dulu. Aku suka kain skirt kembang-kembang hikss..

 

 

photo (2)

Macam princess tak kite? HAKHAKHAKK.. Ohh ye, untuk sleeveless maxi dress memang aku suka pakai dengan cardigan. Sebab kalau pakai inner nanti nampak la bentuk lengan bahu sume. Errr yout got what I mean? Hihiii… Apa-apa pun meh usha apa lagi jang best kat online shop MURAH SAJE ni..

 

 

68295_427406677321227_948358897_n

THE PEPLUM DRESS – Haaa sekarang popular kan style peplum ni?? A-must-have piece in your wardrobe girls !!!

 

 

404049_423120691083159_856650724_n

CARDIGAN ALAISYA – Haaa aku memang sukakan outerwear (jaket / cardigan) sebab boleh match dengan banyak dress and shirts ! Beli beli beli!! Hahahahaa…

 

 

Haaa pendek kata banyak lagi lah barangan yang memang murah-murah sajeee dari online shop ni! Harga berpatutan dan mengikut perkembangan fesyen semasa… Apa lagi, jom lah ramai-ramai cuci mata kat online shop ni :

 

BLOG :
http://www.murah-saje.blogspot.com/

FACEBOOK PAGE :
https://www.facebook.com/pages/Runcit-dan-Borong-di-MurahSaje/143847728996706

 

 

~Happy shopping~


Read More»

Isnin, 12 Mac 2012

Biru Kuning

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama sangat aku tak menambah koleksi entry untuk segmen My Style. Cehhh kemain tau My Style, aku bukan ler fashionista. Aku ni selekeh-nista aje hukhukhuk. Dah aku suka share gambar apa yang aku pakai. Aku suka try mix and match warna-warna, semua tu aku rujuk Google. Hakhakhak.

 

IMG_8916

Satu padanan yang terang, menonjol dan berani aku rasa? Sebab warna biru kuning ni aku tengok kat jersey bola. Hahaha. So aku implement kan warna tu dalam pemakaian aku. Ini gambar masa street photoshoot di Bukit Bintang. Aku pakai chiffon top yang beli kat preloved sales, dan button down maxi skirt dari Batik Valley.

 

IMG_8856

Hari tu aku just pakai pashmina biasa and big spect! Pastu bajet budak nerd yang cute (cute kah??) di depan Pavillion yang sesak dengan manusia. Ohhh sesungguhnya aku bukanlah Budak Baru Nak Up (BBNU) yang bersepah kat Pavi tuh. Ooopss terasakah.

 

 

P3031635

Pastu yang ni pulak padanan biru kuning yang aku pakai masa event Digi Fandroid Day seminggu yang lepas. Bawal 2tones dari online shop aku iaitu Mini Shopaholics, polka dot tops dari MissLily Shop, blue maxi skirt dari Firzara Collection dan heels dari Cala Man.

 

 

P3031441

Errrr sekali lagi, spect nerd menjadi penghias setia muka ku ini. Aku rasa macam aku dah biasa pakai padanan biru kuning ni. Ya warna-warna yang terang dan menonjol pulak tu. But hey sekali sekala be bold and brave okay juga kan?

 

Aku buat entry ni bukanlah nak bajet stylo atau fashionista sangat. Dah ini minat aku, aku suka try colour matching. Takkan selamanya nak pakai warna-warna selamat hitam putih kelabu aje? Atau nak pakai sedondon dari tudung hingga ke kasut warna ungu aje? Adoiii.. Dan yang paling penting ini BLOG aku okayh. So suka hatikulah nak share pasal apa. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 10 Mac 2012

Tudung bawal lagi…

 

Assalamualaikum…

 

P3102230

 

Aku ada beberapa helai tudung bawal 2 tone design baru tu.. Dan juga tudung bawal 3 tone. Homai semuanya gorjes ya amat! Of course la aku akan menjualnya di online shop aku iaitu Mini Shopaholics. Jadi.. nantikan update nya ya! Limited pieces okay.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 26 Februari 2012

Love to dress up and keep up to date with fashion? SHARE YOUR LOOK now!!

 

Assalamualaikum..

 

Wah wahhh kemain tau tajuk english. Haaa tu lah pentingnya English education (tangan ala Usop Wilcha dahhh..) Ehh lari topik pulak.. Jom jom mari rapatkan muka kat skrin baca entry aku elok-elok dari atas sampai bawah okay! Entry dituju khas untuk lelaki dan perempuan yang suka berfesyen, suka bergaya, suka ambil gambar!

 

Pernah dengar pasal website SHARE YOUR LOOK tak?? Kalau tak pernah dengan jom lah kita dengar-dengarkan. Ehh meh lah baca entry aku lah. Semudah dan seringkas namanya, website SHARE YOUR LOOK ni lebih kurang macam website LookBook, tempat korang nak share gambar korang tengah dress up tuu.

 

 

 

(1) Mula-mula bukak lah URL http://shareyourlook.net/ ni. Muka depan laman web ni simple aje. Takde pening kepala tengoknye. Tengok gambar di bawah. Okay kat situ korang boleh pilih nak Sign in with Twitter atau pun Sign in with Facebook.

Mudah okayh! Tak payah nak daftar account banyak-banyak. Okay, aku register SHARE YOUR LOOK ni hari tu aku guna Sign in with Facebook.

share1

 

 

 

(2) Bila dah pilih Sign in with Facebook tu, dia akan keluar paparan macam dalam gambar di bawah. Okay lepas tu klik butang Go to App tuh.

share2

 

 

 

(3) Lepas tu just allow lah fungsi Post to Facebook ni. Bukan apa pun, kire macam kalau korang post gambar kat website SHARE YOUR LOOK ni, dia akan keluar update kat facebook kita lah kot.

share3

Okay actually aku ada terlupa nak print screen satu step tadi. Lepas step ni, dia akan keluar paparan yang akaun SHARE YOUR LOOK korang dah pun siap didaftarkan melalui Facebook. Nama dengan profile picture akan keluar sama macam akaun Facebook punya.

 

 

 

(4) Lepas tu dia akan keluar senarai orang yang ada akaun dengan SHARE YOUR LOOK  ni. Korang pilih lah nak view sesiapa. Sebagai contoh dalam gambar kat bawah, aku tengah view akaun SHARE YOUR LOOK milik Akmal Hilmi. Kalau korang ada minat gaya / style sesiapa, korang boleh follow akaun SHARE YOUR LOOK beliau.

share5

 

 

 

(5) Heee dibawah merupakan akaun SHARE YOUR LOOK  aku. Hik hik hikkk.. Malunye makk.. Aku bukan fashionista, aku selekehnistas aje. Ade hati nak share my look?? Kihkihkih…

 

Okay untuk upload gambar korang klik kat DASHBORARD, lepas tu boleh Create Album (sebelah kanan dekat dropdown menu Select Album tu) dan upload gambar korang. Lepas tu sebelum klik Submit jangan lupa letak caption best-best untuk gambar anda.

share6

 

 

 

(6) Okay ini paparan HOME korang.

share7

  • Yang nombor 1 tu menunjukkan siapa yang follow akaun SHARE YOUR LOOK korang.
  • Yang nombor 2 pulak siapa yang kau follow.
  • Nombor 3 menunjukkan cadangan (suggestion) akaun SHARE YOUR LOOK untuk korang follow.
  • Nombor 4 menunjukkan tag untuk brands. Contohnya kalau baju korang tu ada yang brand Cotton On, korang letak tag #COTTONON kat caption gambar korang.
  • Nombor 5 tu ruangan komen. Macam fungsi Facebook, korang komen then tekan Enter untuk hantar komen.

 

 

Okayyyy aku rasa aku dah explain panjang lebar pasal website SHARE YOUR LOOK ni. Bagi korang korang yang suka bergaya, berfesyen, atau fesyen ikut suka hati sendiri pun boleh, ambil gambar outfit anda dan upload di website SHARE YOUR LOOK sekarang!!!

 

Ingat, website ini untuk SHARE YOUR LOOK  ye, bukan untuk upload gambar-gambar percutian, jalan-jalan cari pakwe.. dan sewaktu dengannya. Apa lagi tunggu, SHARE YOUR LOOK sekarangggg!!!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 9 Februari 2012

Aku Dia dan DSLR [Part 19] – Street Photography with Fad Ali & Kayif

 

Assalamualaikum…

 

MasyaAllah betapa lamanya aku rasa aku tak update pasal gambar photoshoot aku. Ada je satu koleksi gambar photoshoot sendirian berhad, tapi itu aku simpan buat pekasam ye… Kali ni aku nak update entry mengenai street photography. Bagi aku street photography dihiasi dengan elemen spontan dan gelagat ketika kita di jalanan.

 

TARIKH : 6 Februari 2012

LOKASI : Hadapan Sg Wang Plaza & Pavillion KL

TALENTS : Nisa Kay & Akmal Hilmi

 

Yang berikut adalah sedikit gambar hasil tangkapan photographer Fad Ali Gambargrapher. Ini kali kedua aku photoshoot dengan beliau selepas nerdy girl photoshoot di Putrajaya suatu masa dulu..

 

PHOTOS BY : Fad Ali Gambargrapher

429073_359137037449162_100000586063333_1349131_1203233648_n

 

404937_358358900860309_100000586063333_1347846_601698113_n

Gambar ni gambar candid!

 

PHOTOS BY : Fad Ali Gambargrapher, EDITING BY : Nisa Kay

IMG_8842

IMG_8916

IMG_8884

IMG_8856

 

 

Tiga gambar di bawah pula hasil tangan seorang rakan blogger aku yang kini mula berjinak-jinak dengan dunia photography. Harap semua memberikan sokongan kerana beliau masih belajar selok-belok bidang ini.

 

PHOTOS BY : GeGambar Kayif

 

418825_2994257612281_1137392269_33027869_2102350388_n

Dalam gambar : Nisa Kay dan Fad Ali Gambargrapher

 

395872_2994749264572_1137392269_33028037_593788756_n

420742_2994449137069_1137392269_33027931_608231434_n

My outfit on that day. Chiffon top I bought from a pre-loved sale, yellow mustard button down skirt by Batik Valley and pashmina. Hmmm… aku melihatnya sebagai tidak sarat. Cuma bermain dengan elemen color block. Aku gabungkan warna biru kuning. Pelik? Pedulik pulak haku???

 

Fuhhh memang rindu nak photoshoot! Sebenarnya ingat nak lepak-lepak aje. Alih-alih terrrr-photoshoot pulak! Kat tepi jalan pun jadilah ye! Hohooo… Lagipun aku dah lama tak shoot kan.. So dah ada dua photographer, ape guna tak ambil gambar ye tak?? Hahaa….

 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan blogger yang lepak sama di Bukit Bintang iaitu Akmal Hilmi yang sama-sama jadi talent sebab memang kebetulan giler pakai baju kaler biru! Dan juga Cik Sab mata air si Kayif ehhh!! Turut terima kasih kepada Kirin Selama Perak dan juga Koqin Karemo yang turun Wangsa Walk karaoke dengan kitorang!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 8 Februari 2012

#25 Wordless Wednesday – Sebelum dan Selepas

 

 

IMG_9048

IMG_9048 copy

Picture credit to : FAD AHMAD ALI from www.fadahmadali.com

 

Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

JOM KE : Fan Page Wordless Wednesday | Blog MalaysianWW

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 31 Januari 2012

Vintage bag

 

Assalamualaikum semua…

 

This is a quick entry ye. Sangat busy. Tak sempat balik Shah Alam lagi nak pos hdiah pemenang-pemenang giveaway dan juga pos barang customer. Haihhhh. Tapi takpe hari ni balik Shah Alam yeayyy… So jom tengok apakah isi entry kali ini…

 

IMG_1364

Semalam aku menghadiri Gala Nite filem Azura 2012 lakonan Neelofa dan Shahz Jaszle. Thank you Twitterjaya for the tix! Ohhh nak bagitahu I love that blue vintage bag!!!! Korang kena dapatkan ye!!

 

 

IMG_1366

Gambar lebih dekat. Sangat suka suka suka. Nak lagi dekat kena beli lah. Kekekeee…. Nak tahu aku beli kat mana???

 

header1

ZEEZ COLLECTION! Kalau nak pergi ke page ZeeZ Collection ni sila klik banner di atas ye. Cepat ramai-ramai rembat!!! Okaylah nak bersiap untuk ke pra tonton filem Chantek by Pierre Andre pulak..

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 22 Disember 2011

Aku, Dia dan DSLR [Part 18] – Nerdy girl photoshoot with Fad Ali

 

Assalamualaikum…

 

Hamboi hamboiii kemain tajuk aku nak english sesangat kan.. Takpe.. english education tu penting (sambil buat tangan Usop Wilcha). Haaa aku rasa mesti ramai dah tahu aku ada photoshoot bulan lepas, dan mesti ramai dah tengok gambar photoshoot aku kat facebook kan.. Tapi macam tak sah pulak aku tak share kat sini…

 

PHOTOGRAPHER : Fad Ali

LOCATION : Putrajaya

 

IMG_5794 (1)

Okayhhh ini gambar yang aku letak dalam entry teaser hari tu.. Gambar ni candid woii! Aku dah ready nak posing, tapi aku nak betulkan sikit tali beg tuh. And photographer Fad Ali pun test ambil gambar. Menjadi wohh!! My favorite picture!

 

 

375528_312326058796927_100000586063333_1219772_1835754528_n

WHERE ARE YOU MY LOVE??? Cewahhh caption tak menahan kannnn! Hahahaa.. gambar ni pun di snap beberapa kali untuk dapat hasil yang lebih natural dan klasik. Haaa entah betul entah tidak apa yang aku cakap neh.

 

 

381500_312323425463857_100000586063333_1219771_1943272969_n

Posing maut kejap depan pelancong yang lalu lalang. Kekekekeee~ Mampu?? Haaa tipu bebenor lah aku ni. Aku lagi tersipu-sipuan apabila diperhati oleh pelancong yang datang kat Putrajaya hari tu. Tapi aku bajet cool aje photoshoot.

 

 

388585_312470468782486_100000586063333_1220075_885934621_n

Last but not least, suka effect fast shutter sampai dapat tangkap gambar titisan air pancut depan tasik kat Taman Botani tuh. Heeee nak lagi ambil gambar macam ni! Hohoo tapi entah bila la nak photoshoot kan. Rindunye kiteeee. Abam sayam jom couple photoshoot! Ehhh!!!

 

 

384804_312970022065864_100000586063333_1220795_1977542364_n

Okayyy itu sahaja yang aku nak share dengan korang… kepada photographer Fad Ali, thank you sebab sudi ambil aku jadi talent anda. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi moh la kita photoshoot sama ehhh.. Hehe sekarang dalam fikiran aku, aku nak photoshoot tempat yang berangin. Errr pantai ke? Haha demand pulok!

 

 

NEW sign NISA

 

 

TWEET or LIKE this entry!


Read More»

Copyright © Nisa Kay