Memaparkan catatan dengan label Sandra Azwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sandra Azwan. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Julai 2012

WHAT I WORE during Irine Nadia’s wedding?

 

Assalamualaikum..

 

Yeah bebeh, lama tak buat outfit post kan. Almaklumla.. saya jadi malu pulak nak buat outfit post sebab saya tak cantik.. Baju tak berjenama, semua cap Times Square, Sg Wang Plaza atau cap online shop murah semata-mata. Kerana itu ajelah yang saya mampu. Hek hek~

 

Apa-apa pun, alhamdulillah dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada aku, merasa jugak aku pakai baju oleh seorang fashion designer! Aku dapat merasa pakai dress tu sebab aku telah menang contest yang dianjurkan oleh fashion designer tersebut.

 

P1014391

So readers… This is the dress-blouse yang aku dapat hadiah dari fashion designer tersebut. Siapakh beliau? Jeng jeng jeng… Beliau ialah SANDRA AZWAN !! Yeahh seorang pereka fesyen yang cenderung mereka pakaian yang berunsurkan futuristik aku rasa? Hahaa maaf aku tak tahu nak interpretasi macam mana :p

 

Mulanya aku ingat nak pakai baju kurung biasa… Tapi lebih kurang seminggu sebelum wedding Irine Nadia, aku telah bertemu dengan Sandra Azwan untuk menuntut hadiah kemenangan aku dalam contest beliau. Muahahaa.. contest apekah? Yeahh yeahh aku telah dipilih oleh Sandra Azwan sebagai pemenang tempat pertama untuk contest :

 

SANDRA AZWAN

 

P1014046-tile

So aku telah decide nak pakai baju ni ke majlis perkahwinan Irine Nadia dan Vel Oliver. Dan aku padankan dress-blouse tu dengan maxi skirt warna purple gelap cap uptown Damansara. Kahkahkahh... So ala-ala baju kurung moden la kan. Hahaha pon boleh kan?

 

Zaman sekarang nak pergi kenduri dah boleh trendy. Bukan setakat pakai baju kurung semata-mata, pakaian long dress dan maxi skirt pun dah boleh buat pakai pergi kenduri-kendara.. Tak pun beli je blouse panjang sampai atas lutut tu, padankan dengan maxi skirt. Contohnye blouse pink lembut boleh padan dengan maxi skirt warna hitam, mustard, dark purple dan lain-lain.

 

IMG_4056

Tudung pulak, aku pakai tudung eksklusif LUVSTYLISTA. Tudung sarung siap yang aku pakai ni ialah tudung Diana Tie-Up (Chiffon). Sangat mudah dipakai dan digayakan ke majlis-majlis formal atau tidak formal.

 

Nampak tak bahagian bertali pada tudung ni? Bahagian bertali ni boleh dilonggarkan sikit untuk adjust kelabuhan tudung. So ianya menutup dada, dan tidak jarang. Sesuai untuk muslimah moden macam kita-kita ni ihik ihik~ Bahagian tali tu juga boleh dipakai di bahagian tepi, bawah dagu atau atas kepala.. terpulang kepada kreativiti masing-masing!

 

P1014384

DRESS BY : SANDRA AZWAN

BLOG :
http://bysandraazwan.blogspot.com/

FACEBOOK FAN PAGE :
https://www.facebook.com/pages/Life-with-Sandra/122583607824774

 

 

IMG_4057

EXCLUSIVE HIJAB BY : LUVSTYLISTA

BLOG :
http://blog.luvstylista.com/

FACEBOOK FAN PAGE :
https://www.facebook.com/pages/Luvstylista/391318664237450

 

 

Aku sangat sangat bersyukur atas rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT. Sesungguh Allah menurunkan rezeki buat hamba-hambaNYA pabila kita dalam keadaan yang tidak menjangka namun memerlukannya. Allah knows best for His servants.

 

Dan aku sangat berterima kasih kepada dua pihak di atas! Semoga Allah murah rezeki kedua-duanya. Sandra Azwan, seorang pereka fesyen yang sangat berbakat, dan jenama Luvstylista pula, membariskan rekaan hijab yang unik dan eksklusif, sesuai untuk muslimah masa kini!

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 26 Jun 2011

Terima kasih semua!

 

Assalamualaikum semua…..

Malas taip banyak-banyak.. tengok video ni :

 

Nak tengok dengan lebih kualiti? Jom tengok KAT SINI oke.

 

Okay tu aje nak cakap hari ni. Bye bye!!

 

 

sign NISA


Read More»

Sabtu, 25 Jun 2011

PEMENANG-PEMENANG MID-YEAR GIVEAWAY

 

Assalamualaikum semua…

 

ALHAMDULILLAH… Akhirnya sampai juga masa untuk aku umumkan siapakah pemenang-pemenang yang sangat bertuah dalam Mid-Year Giveaway yang aku lancar tak lama dulu.

 

Ohh ye, senara hadiah di bawah tu aku tak tahu nape tiba-tiba dia ter-publish lagi sekali. So harap-harap takde yang salah faham aku nak buat giveaway baru pulak. Lepas giveaway besar-besaran ni, aku ingat nak bercuti panjang dari giveaway. Hohoo.. Membebel pulak aku. Siapa menang?? Jeng jenggg…

 

KALAU MASIH TAK TAHU ANDA NOMBOR BERAPA, SILA CHECK KAT SENARAI PESERTA MID-YEAR GIVEAWAY NI OKAY?

JUST TENGOK NOMBOR YANG AKU DAH HIGHLIGHT KAN DALAM KOTAK MERAH TU. TU NOMBOR YANG MENANG. TQ.

 

jam loceng

puffy shirt

souvenirs

headband

belts

lotion

topup

template

doodle

satin shawl

ruffled top

headers

ayunar

handmade

tshirt lelaki

shawl pakistan

grand winner

 

PARA PEMENANG, SILA :

  • Hantar email ke sukamenaip@yahoo.com
  • Nyatakan anda nombor berapa dan hadiah apa yang anda menang. Sertakan nama penuh, alamat dan nombor telefon untuk tujuan pengeposan hadiah.
  • Pastikan alamat tu betul ye, jangan ada salah eja ke apa. Kalau hadiah tak sampai, itu bukan di bawah tanggungjawab saya ye.
  • KECUALI kepada pemenang topup RM10, tak payah bagi alamat.
  • Pemenang header just bagi URL blog okay, tak payah bagi alamat.
  • Memandangkan aku akan balik kampung lepas ni, hadiah-hadiah akan di pos bila aku dah balik Shah Alam nanti oke? Agak-agak, seminggu dari sekarang jugaklah.

 

KEPADA GRAND PRIZE WINNER, Sandra Azwan BAGITAU, SILA EMAIL KEPADA BELIAU YE… SERTAKAN NO TELEPHONE YE…

 

Fuhhhh ramainye pemenang! Rabak sikit mata aku siapkan senarai, betulkan apa yang patut… Sebarang kekurangan harap dimaafkan. Moga aku dapat improve apa yang patut di masa hadapan. Alhamdulillah, aku gembira berkongsi rezeki ni bersama korang semua…

 

Kepada para penaja :

Terima kasih sangat-sangat-sangat sebab sudi jadi sponsor dan sama-sama menjayakan Mid-Year Giveaway anjuran aku yang tak seberapa ni. hohooo.. Terharu sangat okeh. Nak nangis!! Nak nangis!!

 

Terima kasih lagi sekali kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Doakan supaya aku ada rezeki lagi dan boleh lagi buat giveaway. Bye….

 

 

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 1 Jun 2011

Pengumuman mengenai giveaway. Berita baik!!

 

banner mid-year GA

Assalamualaikum semua….

Tengah-tengah kesibukan ni, smepat jugak aku update entry pendek.. Just want to inform berita baik!!!

Sponsor giveaway, SANDRA AZWAN tadi ade email aku. Dan beliau bawakan berita yang best! Khas untuk semua blogger yang menyertai GIVEAWAY AKU!

 

cropped duchess black topCropped duchess black top worth RM200.00, khas from SANDRA AZWAN !!

 

Yeahhh semoga murah rezeki Sandra yek! Another great prize for the main winner! Ini bermakna pemenang utama nanti akan dua dapat hadiah yang sangat sangat best iaitu :

  • Exclusive sketch (comes with frame)
  • Cropped duchess black top worth RM200.00

 

WOWW Hebat bukan??? Million thanks to SANDRA AZWAN for these fabulous prizes!! So apa tunggu lagi? Jom join giveaway aku, mungkin rezeki korang menang hadiah utama? Hehehe nak join,  klik aje pada banner giveaway kat atas sana okeyh!

 

Ohhh ye, ada lagi yang baik hati volunteer nak jadi sponsor :

 

 

Ohhh ye, PERINGATAN YE!!! Jangan lah tinggalkan link kat entry contoh yang aku sediakan tu.. Entry contoh tu hanya untuk tunjuk kat korang yang korang boleh buat entry se-simple itu. So.. kepada sesiapa yang letak link kat sini, saya nasihatkan supaya anda post link anda di ENTRY INI yeee!!

 

Pada semua peserta, mesti ada yang confuse bila senarai sponsor bertambah. Pada yang join masa ade 7 orang sponsor, so letak link 7 org tu aje. Kalau masa korang join tu dah ada 10 sponsor, letak la semua link sponsor yang ada.

Tapi terpulang pada korang nak update ke tak senarai sponsor tu. Tapi kalau boleh, silakan ye. Hehehe….

Ingat.. hanya yang mematuhi semua terma dan syarat akan dilayan. Kalau letak link tu kat entry lain ke, kat shout box ke.. memang tak dilayan sama sekali. Sorry ye, I have to be strict this time.

THANKS.

 

P/S : To all female bloggers, jom join contest SANDRA AZWAN? Hadiah memang superb okeh! Jom terjah SINI !!!

 

 

sign NISA


Read More»

Sabtu, 14 Mei 2011

CONTEST : Malaysia's Next Top Female Blogger 2011 by Sandra Azwan

Assalamualaikum semua…

Fuhhh agak busy ye aku sekarang ni. Ye lah, tugas sebagai student, tambahan pulak aku ada special position dalam fakulti, so tugasan bertambah. Hohoo itu cerita lain hari yek! Soooo jangan buang masa jom cerita pasal contest meletop daripada designer meletop SANDRA AZWAN.

 

FUYOOOOHHH!!! Mau ternganga aku tengok banner contest beliau nih! Memang meletop bhaiiiii…. !!! Meletop sesangat! Aku rasa kalau lepas ni aku tepek banner ni lama-lama dalam blog aku pun takpe. Cantik siot!!!! Bertuah nyeee SANDRA AZWAN sebab mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Baiklah… seperti dalam entry promote yang aku pernah publish kan sebelum ni, peserta hanya perlu menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan fesyen, lifestyle dan lain-lain. So, jom laksanakan tanggungjawab! Kahkahkah!

 

1) Tell us about your blog in 70 words or less. (When and why you started it, how often you update, and your viewers)

Blog ini wujud sejak awal 2010. Saya kembali berblog setelah beberapa bulan menyepi kerana saya ingin mencari hala tuju  blogging yang lebih mantap, sebab bagi saya blogging bukan untuk jangkamasa pendek, tapi untuk melihat berapa lama kita mampu bertahan. Biasanya, saya tidak pernah meletakkan had untuk jumlah entry dalam sehari. I think I have such wonderful readers sebab mereka tetap akan singgah dan komen walaupun saya jarang update jika sibuk.


2) What is your personal style?

Gaya peribadi saya? Saya sukakan gaya yang ringkas dan tidak bermain dengan terlalu banyak warna. Mungkin ada yang fikir saya takut untuk mencuba pakaian berwarna terang atau garang, tetapi bagi saya penggunaan warna pada pakaian melambang personaliti kita. Jujurnya, saya lebih suka memakai apa yang saya suka, atau apa yang selesa bila dipakai. Saya sering menjadikan blogger Shea Syahirah dan Adriani Adnan sebagai contoh dalam arena fesyen muslimah kerana bagi saya mereka mempunyai fashion sense yang tersendiri dan tidak over.


3) A picture of you in one of your favorite outfits:

IMG_9278 edited

I love this dress very much! Saya beli ia di garage sales, dan lihat.. tidak banyak warna yang saya mix kan. Cuma hitam merah. Saya sukakan bahagian skirtnya yang kembang, terasa diri ini sungguh comel bak puteri cilik. Kuikuikui~ Namun, saya berharap bahagian skirt itu lebih labuh, mungkin sehingga paras lutut? Apa-apa pun, this is one of my favorite outfit!

 


4) Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?

Ya, dengan yakin dan penuh rasa konfiden di dada, saya rasa sayalah the Next Malaysia’s Top Female Blogger. KENAPA??? Biarpun blog saya tidak punya follower berpuluh ribu, tapi ia bukanlah ukuran untuk menjadikan kita top blogger! Bagi saya, rasa yakin dan gembira berkongsi itu lebih penting daripada mengejar populariti semata-mata. Mula berblogging kerana minat, itu jugalah yang saya cuba kekalkan sekarang. Saya tidak mahu matlamat blogging saya berubah hanya kerana dikaburi wang ringgit, tapi saya ingin kekal dalam dunia blogging untuk jangka masa yang lama. Biarpun entry saya tidak sekencang dulu, tapi setiap update dari saya, saya pastikan ia mengandungi cerita, pengalaman atau maklumat untuk dikongsi bersama readers tercinta. SHARING IS CARING.


5) I love to read ‘Life with Sandra…..’ because?

Saya suka baca blog 'Life With Sandra...' kerana saya sukakan gambar-gambar, dan semuanya berkaitan dengan fashion! Saya suka melihat keehidupan Sandra Azwan sebagai seorang designer, membaca entry-entry beliau, yang berkaitan dengan pengalaman dan perkongsian pendapat serta pandangan. Gambar-gambar yang di post juga bagi saya punya interpretasi tersendiri daripada Sandra Azwan, dan bagi saya ia sesuatu yang mysterious! Kerana interpretasi setiap manusia itu berlainan dan tersendiri. Pendek kata, saya gembira bertemu blog 'Life With Sandra...'  kerana saya dapat ‘menikmati’ sisi lain kehidupan menerusi alam maya.

 

4-up on 2011-01-25 at 09.10 #11

Fuhhhh tak berani nak baca balik entry sendiri! Kahkahkah! Kurasakan elemen sastera yang dah lama tersimpan di lubuk hati mula menunjukkan belangnya sedikit. Hahaha!! Apa ade hal aku ni duk bermadah? Hehehee so, Sandra Azwan, I wanna be the Next Top Malaysia’s Female Blogger!!!

Siapa nak join contest gempak nih, sila klik pada banner contest dengan kadar segera! Have a nice day! Bubbye.

 

 

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 27 April 2011

Siapa kah Malaysia’s Next Top Female Blogger?

Assalamualaikum….

Wahhh amacam ade excited tak baca tajuk entry? Kuang kuang kuang! Aku suke! Apakah Next Top Female Blogger nih??? Ada macam next top model ke? Wowww kalau next top model memang glemer abes la kauuuu. Suke auww auww…

 

Sandra Azwan, merupakan seorang designer dan tak lama lagi beliau akan menganjurkan satu contest yang mana bagi aku sangat sangat menarik untuk kita blogger wanita hokeyh!!

 

sandraazwan

 

Contest ni mudah aje, menurut email yang dikirimkan oleh Sandra Azwan, contest Malaysia’s Female Next Top Blogger ni mudah aje… Hehehe so tak perlu ragu-ragu untuk join ye semua… Beliau ada menyatakan bahawa kita blogger wanita hanya perlu jawab soalan yang berkaitan dengan GAYA, FASHION SENSE,
LIFESTYLE dan BLOG anda.

Selain tu, contest ni jugak mungkin memerlukan anda untuk merangka slogan yang paling kreatif yang pernah anda fikirkan!

Tapi…. tunggu dulu! CONTEST NI BELUM LAGI BERMULA… Sekarang ni Sandra Azwan sedang busy dengan collection terbaru beliau… So maybe contest ni akan berlangsung sekitar bulan Mei? So, sama-samalah kita menantikannya dengan penuh rasa excited!!!! Hehehee..

P/S : Sebarang info sila klik pada banner di atas :D

 

 

 

BERITA PANAS!!!!

Sandra Azwan yang baik hati ni telah pun bersetuju untuk menjadi sponsor hadiah utama dalam giveaway blog aku yang akan datang. Yang pasti hadiah dari pihak beliau sangat eksklusif ye!!

Haaa bila pulak giveaway aku berlangsung??? Tu pun kena tunggu sebab aku pun masih dalam proses menyediakan hadiah-hadiah. Tak pun, aku tengah tunggu follower blog ni mencecah 5000. Hohohooo!!!

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay