Memaparkan catatan dengan label Jom Join Contest?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom Join Contest?. Papar semua catatan

Isnin, 29 Ogos 2011

The Smurfs Merchandise Contest

PENYERTAAN DI TUTUP.


Assalamualaikum….
 
 
 
123
 
Haa malas taip banyak, korang yang rajin baca blog aku mesti ingat lagi entry promo barangan eksklusif The Smurfs. Okay sekarang aku nak launch a simple contest untuk korang menang barangan eksklusif The Smurfs bernilai RM50.
 
 
 
 
Hadiah eksklusif ni dibawakan oleh SONY PICTURES dan NEWSKAKI
 
Bookmark_actual size final 
 
Hey kepada pembaca di luar sana, aku ada 3 penanda buku eksklusif The Smurfs yang bernilai RM50 setiap satu!
 
 
 
Macam mana nak menang hadiah ni???
 
 

Read More»

Sabtu, 27 Ogos 2011

Denai Hati nak bagi duit raya RM1000 ??? Jom join cepat !!!

 

Assalamualaikum..

 

Yeahhh blog di update lintas langsung dari Temerloh Pahang, kampung halaman aku. Nasib baik sangat-sangat ada jugak wifi dengan kelajuan sederhana kat sini. Boleh jugak lah aku online dan update blog.

 

Memandangkan raya dah nak dekat, so mood raya tu makin datang dan datang. Jalan-jalan pulak kat blog Budak Lelaki Sebelah Pintu, ternampak lah pulak dia join macam contest ape tah. Hadiah dia duit raya yang semua sekali berjumlah RM1000 !!!! Wowww siapa taknak join rugi!!

 

Print

 

Duit raya ni nak diberi dengan baik hatinya oleh DENAI HATI. Macam susah pulak aku tengok??? Tapi kalau faham betul-betul, aku rasa senang lah kot??? Kalau korang nak join dan nak tahu cara-cara untuk join, sila RUJUK TERMA DAN SYARAT DI SINI.

 

Di bawah merupakan senarai entry yang aku gabungkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh DENAI HATI.

 

 

Okayy dua aje… sebab entry pertama yang aku pilih dah pun hilang dari senarai Related Post entry kedua di atas. Sikit je eh? Hohooo dah nak buat macam mana, memang gitulah syarat-syarat dia???

 

Kalau korang masih tak paham apa ke benda lah yang aku buat ni, tapi nak jugak rebut peluang menang duit raya dari Denai Hati, sekali lagi meh aku bagitahu, sila rujuk di entry di bawah :

http://denaihati.com/duit-raya-rm1000-untuk-rakan-blogger

 

 

 

Okay, selamat hari raya semua!

sign NISA


Read More»

Isnin, 22 Ogos 2011

PROMO : Barangan eksklusif The Smurfs untuk dimenangi !!!

 

Assalamualaikum semua…

 

123

Yeahhh The Smurfs bakal muncul dalam filem yang bakal ditayangkan bermula 1 September ni. Raya woi!!! Tapi boleh je pergi tengok wayang ramai-ramai pakai baju raya. Mesti meriah panggung wayang tuh!!!

 

SINOPSIS THE SMURFS :

When the evil wizard Gargamel chases the Smurfs out of their village, through a magical portal, and into our world, they land in the middle of New York’s Central Park. Just three apples high and stuck in the Big Apple, the Smurfs must find a way to get back to their village before Gargamel tracks them down.

 

JOM TENGOK MOVIE TRAILER :

 

 

Haaa amacam? Excited tak bila aku umumkan aku ada barangan eksklusif The Smurfs untuk dimenangi??? Barangan apa tu ye???

 

Bookmark_actual size final

x3 set The Smurfs exclusive bookmarks worth RM50 each

 

Wahhh lumayan okay! Tapi, nanti dulu yeee….. Contest belum mula lagi… Contest akan dimulakan pada 1 September. Walaupun hari raya, aku akan cuba jugak up kan entry contest okay???

 

Syarat-syarat dan contest apa aku nak buat pun aku belum draft kan lagi memandangkan minggu ni memang aku sangat sangat busy dengan assignment. Banyak benda nak kena settle sebelum balik raya!!! Kahkah..

 

So, untuk tambah excited lagi, jom tengok beberapa gambar dari movie The Smurfs.

 

Brainy Smurf in Columbia Pictures' THE SMURFS.

Alalaaa comel lah watak Brainy ni! Aku suka tengok cermin mata nya yang bulat tu!

 

Gutsy, Clumsy and Brainy in Columbia Pictures' THE SMURFS.

See??? Comel sangat kan??? Hohoo….

 

PK-29_(_TCP5061_r)

Ouh yeah, suara Smurfette oleh Katy Perry my favorite singer! Wataknya sangat comel okay! Aku suka rambut blonde Smurfette ni!!

 

 

123

Jadi kalau korang semua nak menang barangan eksklusif yang aku dah war-war kan di atas, korang kena tunggu sehingga 1 September ni ya!!

 

Jom LIKE fan page penaja hadiah barangan eksklusif The Smurfs :

41605_7695091930_7389478_n

newskaki logo baru


Read More»

Sabtu, 16 Julai 2011

VOTE for me people!

 

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua…

 

Hari ni tak ada apa nak update sangat lah. Emosi agak ke laut tapi alhamdulillah masih belum meroyan lagi Kahkahkah!! Eh eh kembali ke pangkal jalan. Meh sini aku nak bagitahu aku nak minta jasa baik readers semua vote gambar aku.

Aku join CONTEST FASHIONISTA BY VANDESKEY PHOTOGRAPHY di facebook. So ia semestinya memerlukan korang untuk LIKE gambar aku. Aku mempertaruhkan gambar ini :

 

LAYAK KE AKU MENANG? Hui huiii~ Untuk vote aku, just ikut dua step di bawah :

 

STEP 1 : Like page Vandeskey Photography http://www.facebook.com/pages/Vandeskey-Photography/203249969714954

 

STEP 2: Like gambar aku dalam album CONTEST FASHIONISTA BY VANDESKEY PHOTOGRAPHY
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=224673054239312&set=a.223210757718875.56919.203249969714954&type=1

 

Okayh itu aje yang korang boleh buat. Setiap jasa anda hanya Allah yang mampu balas. Aku dahulukan dengan jutaan terima kasih kat korang yang dah mengundi mahupun yang akan mengundi.

Bye bye Muuahh!!!

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 4 Julai 2011

Jom LIKE my picture!

 

Assalamualaikum semua…

It’s been a while since the last time I join any contest in Facebook that will require people to LIKE my picture. Heheheee… speaking omputih lak kan aku. Haktuihhh! Hahaaa kali ni aku join contest best. So nak menyeru kalian untuk LIKE gambor aku.

 

IMG_3184

Gambar ni laa yang aku pertaruhkan untuk contest bergambar dengan bag.

 

 

JOM SUPPORT NISA DALAM CONTEST DENGAN Sometime Boutique !
LIKE Fan Page Sometime Boutique
http://www.facebook.com/sometime.onlinestore

Kemudian LIKE gambar Nisa dalam album POSE 'Like' & WIN Contest!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150225563420855&set=a.10150211795635855.316943.195209725854&type=1
 
 

Setiap LIKE dari anda amat dihargai. Thank you dearies ♥

 

 

sign NISA


Read More»

Khamis, 30 Jun 2011

Saya join Contest The Best Picture of Me

 

Assalamualaikum semua…

 

Haa.. Pepagi buta takde keje, so aku join contest orang ye!

 

THE BEST PICTURE CONTEST (KLIK BANNER)

 

Contest yang aku join kali ni dianjurkan oleh Cik Engku Sofea kita yang kecil comel nih. Syarat quite senang hehe… Entah macam mana la hati aku terbuka untuk join? Mungkin sebab hadiah-hadiahnya yang aku kira lumayan? Hehee….

 

 

IMG_7026 edited

Aku mempertaruhkan gambar yang ni! Hohooo kenapa aku rasa gambar ni BEST PICTURE AKU?

 

First sekali, outfit ni merupakan outfit aku masa aku jadi model untuk majalah DARA.COM (baca entry ini). Memang best lah bagi aku! Hehehee dapat jugak muka comot aku ni keluar majalah. Kahkahkah!

Yang kedua best, ni pertama kali aku kenakan banyak warna dalam pemakaian aku. Errrr fashion disaster? Ahhh peduli hape aku, janji aku bahagia, ye tak? Kahkahkah!!

Yang ketiga best? Aku guna gambar ni untuk join contest color of my life, and then aku menang yeahhh!!! Suka suka! Memang best!

 

 

 

Maka dengan 3 sebab di atas lah aku memilih gambar di atas sebagai BEST PICTURE aku. Ouhhh cik judges yang comel, aku nak menang hokeyh! Kahkahkah!!! Oh yeee kalau korang nak join, sila klik banner contest!

 

Thank you.

 

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 22 Jun 2011

CONTEST : I Love Shawl by Idma Textile

 

Assalamualaikum semua…

 

Fuhhhh dah lama betol aku tak join contest orang tau! Hehehee bukan nye sombong, tapi kadang-kadang ade contest yang letak syarat bukan-bukan. So ia terus mematikan mood aku untuk join.

For your information, aku tak memilih pun nak join contest. Aku tak tengok pon hadiah yang ditawarkan. Ianya lebih kepada mood aku nak join ke tak. Dan kebetulan hari ni sepupu aku, Faa ajak aku join contest ni.

 

I LOVE SHAWL CONTEST BY IDMA TEXTILE

 

 

Syarat yang sangat mudah okay!

1. Upload pic anda memakai shawl yang terbaik. (pic solo sahaja)
2. Buat satu entry tentang contest ini , copy banner dan link kan.
3. Like Page IDMA TEXTILE di Facebook
4. Tag 1 orang rakan.
5. tinggalkan link anda di entry INI

 

So gambar yang aku pertaruhkan untuk contest ini adalah… JENG JENGG JENGGG!!!

 

DSC_0033 edited

Heeee okay lah tu kan! Shawl yang aku pakai dalam gambar di atas ialah salah satu shawl cotton kegemaran aku. Beli kat Plaza Alam Sentral aje! Kahkahkah! Ehhh perlu ke bagitau? Ahhh pedulikan! Haha..

 

 

Aku nak tag : TASYA AMIN (adik aku)

 

Okay byeee.

 

 

sign NISA


Read More»

Sabtu, 14 Mei 2011

CONTEST : Malaysia's Next Top Female Blogger 2011 by Sandra Azwan

Assalamualaikum semua…

Fuhhh agak busy ye aku sekarang ni. Ye lah, tugas sebagai student, tambahan pulak aku ada special position dalam fakulti, so tugasan bertambah. Hohoo itu cerita lain hari yek! Soooo jangan buang masa jom cerita pasal contest meletop daripada designer meletop SANDRA AZWAN.

 

FUYOOOOHHH!!! Mau ternganga aku tengok banner contest beliau nih! Memang meletop bhaiiiii…. !!! Meletop sesangat! Aku rasa kalau lepas ni aku tepek banner ni lama-lama dalam blog aku pun takpe. Cantik siot!!!! Bertuah nyeee SANDRA AZWAN sebab mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Baiklah… seperti dalam entry promote yang aku pernah publish kan sebelum ni, peserta hanya perlu menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan fesyen, lifestyle dan lain-lain. So, jom laksanakan tanggungjawab! Kahkahkah!

 

1) Tell us about your blog in 70 words or less. (When and why you started it, how often you update, and your viewers)

Blog ini wujud sejak awal 2010. Saya kembali berblog setelah beberapa bulan menyepi kerana saya ingin mencari hala tuju  blogging yang lebih mantap, sebab bagi saya blogging bukan untuk jangkamasa pendek, tapi untuk melihat berapa lama kita mampu bertahan. Biasanya, saya tidak pernah meletakkan had untuk jumlah entry dalam sehari. I think I have such wonderful readers sebab mereka tetap akan singgah dan komen walaupun saya jarang update jika sibuk.


2) What is your personal style?

Gaya peribadi saya? Saya sukakan gaya yang ringkas dan tidak bermain dengan terlalu banyak warna. Mungkin ada yang fikir saya takut untuk mencuba pakaian berwarna terang atau garang, tetapi bagi saya penggunaan warna pada pakaian melambang personaliti kita. Jujurnya, saya lebih suka memakai apa yang saya suka, atau apa yang selesa bila dipakai. Saya sering menjadikan blogger Shea Syahirah dan Adriani Adnan sebagai contoh dalam arena fesyen muslimah kerana bagi saya mereka mempunyai fashion sense yang tersendiri dan tidak over.


3) A picture of you in one of your favorite outfits:

IMG_9278 edited

I love this dress very much! Saya beli ia di garage sales, dan lihat.. tidak banyak warna yang saya mix kan. Cuma hitam merah. Saya sukakan bahagian skirtnya yang kembang, terasa diri ini sungguh comel bak puteri cilik. Kuikuikui~ Namun, saya berharap bahagian skirt itu lebih labuh, mungkin sehingga paras lutut? Apa-apa pun, this is one of my favorite outfit!

 


4) Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?

Ya, dengan yakin dan penuh rasa konfiden di dada, saya rasa sayalah the Next Malaysia’s Top Female Blogger. KENAPA??? Biarpun blog saya tidak punya follower berpuluh ribu, tapi ia bukanlah ukuran untuk menjadikan kita top blogger! Bagi saya, rasa yakin dan gembira berkongsi itu lebih penting daripada mengejar populariti semata-mata. Mula berblogging kerana minat, itu jugalah yang saya cuba kekalkan sekarang. Saya tidak mahu matlamat blogging saya berubah hanya kerana dikaburi wang ringgit, tapi saya ingin kekal dalam dunia blogging untuk jangka masa yang lama. Biarpun entry saya tidak sekencang dulu, tapi setiap update dari saya, saya pastikan ia mengandungi cerita, pengalaman atau maklumat untuk dikongsi bersama readers tercinta. SHARING IS CARING.


5) I love to read ‘Life with Sandra…..’ because?

Saya suka baca blog 'Life With Sandra...' kerana saya sukakan gambar-gambar, dan semuanya berkaitan dengan fashion! Saya suka melihat keehidupan Sandra Azwan sebagai seorang designer, membaca entry-entry beliau, yang berkaitan dengan pengalaman dan perkongsian pendapat serta pandangan. Gambar-gambar yang di post juga bagi saya punya interpretasi tersendiri daripada Sandra Azwan, dan bagi saya ia sesuatu yang mysterious! Kerana interpretasi setiap manusia itu berlainan dan tersendiri. Pendek kata, saya gembira bertemu blog 'Life With Sandra...'  kerana saya dapat ‘menikmati’ sisi lain kehidupan menerusi alam maya.

 

4-up on 2011-01-25 at 09.10 #11

Fuhhhh tak berani nak baca balik entry sendiri! Kahkahkah! Kurasakan elemen sastera yang dah lama tersimpan di lubuk hati mula menunjukkan belangnya sedikit. Hahaha!! Apa ade hal aku ni duk bermadah? Hehehee so, Sandra Azwan, I wanna be the Next Top Malaysia’s Female Blogger!!!

Siapa nak join contest gempak nih, sila klik pada banner contest dengan kadar segera! Have a nice day! Bubbye.

 

 

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 11 Mei 2011

Jom masuk contest : STYLE ME CONTEST by Diari Comel Saya

Assalamualaikum semuaa....

Hari ni aku update sikit dari dalam kelas ye... Tak banyak pun, just nak promote contest yang dianjurkan oleh kawan aku Myra Amira



Menariknya contest ni, korang boleh gunakan kreativiti korang untuk mencadangkan / menceritakan bagaimana anda nak make over penampilan / style tuan contest ni iaitu Cik Myra Amira.  So, perah idea kreatif korang sekarang! 5 PEMENANG bakal dipilih berdasarkan entry paling kreatif. 

Meh aku bagi tips, dalam entry korang tu nanti, korang boleh lah letak sketch korang ke, atau gambar-gambar contoh yang korang boleh cari kat Google.. Gaya tudung, mekap, style pakaian... korang boleh letak gambar contoh atau letak link video dari youtube ke.. heheh bukan susah!

Hadiah ape??? Haaa mengikut tuan contest, hadiah bakal ditentukan mengikut pemenang. Ye lah, takut nanti kalau beli hadiah perempuan, mana tahu pemenangnya lelaki, kan kan???

Contest tidak tertakluk kepada jantina perempuan sahaja... Lelaki pun boleh lontarkan idea kamu! Jom masuk contest ni! Sebarang maklumat lanjut, sila klik pada banner contest di atas.

Bubbye!

Read More»

Isnin, 21 Februari 2011

Wowww siapa nak jadi BLOGGER IDOL?? Menang duit pulak tuh!!

Yeahhhhhh contest BLOGGER IDOL sudah pon dilancarkan.. oopppsss!! Bukan aku yang anjurkan ye… Dan entry ini bukan entry penyertaan ye… Entry ini entry promo okeh….

Kepada para blogger di luar sana, anda ada bakat menyanyi? Atau suka menyanyi? Haaaaaa jangan tunggu lama lama meh sini semua rapat rapat… Aku nak cerita tentang satu contest yang best gilaa.. boleh menang duit okeh!! DUITTTTTT… (haha sengaja bold kan) Sape taknak?? Gile ke taknak? Hahahaaa~

Jom tengok nih :

 

BLOGGER IDOL anjuran Tia Fazunia. Dengan kerjasama Andyhowtt dan juga Akmal Hilmi.

Video by : Tia

 

Haaaa menarik kan?? Menarik kan???? Ohh ye, setiap video nyanyi WAJIB upload kat web 1tube.my okeh! Baru laa valid. Sambil kita ber-contest suka ria, apa salahnya kita sokong produk local? Tak gitu? Heheee

 

 

Haaaaa sesiapa yang nak join, jangan lupa baca terma dan syarat sampai habis tau! Baca dengan teliti okehhhh…  Kalau korang tak memenuhi syarat-syarat, penganjur contest tidak teragak-agak untuk reject penyertaan korang. Haaaa nak camtu ke? Tak nak kan… Tak nak kann… so BACA SYARAT DENGAN TELITI oke… Kalau ada apa apa yang tak faham, tanya aje kat penganjur.

Jangan tanya aku lak! Aku bukan penganjur! Aku nak promote contest aje nih. Hahahaaaa…

Oh ye, untuk terma dan syarat : KLIK SINI

Jom la ajak kawan kawan join ye…

 

 

 

Peace.


Read More»

Rabu, 16 Februari 2011

CONTEST : Pose Menarik

Aku telah di tag oleh : Syarifah Nornazrah

Klik banner untuk ke blog tuan contest.

Pose menarik?? Aku pandai posing ke? Dengan badan cekeding, ditambah pula dengan gaya tubuh aku yang kaku neh. Aduhhhh pandai posing ke daku?
Meh laa... meh laaa.. aku pertaruhkan gambor ni :


HAHAAA.. Oke dah! Cukup! Jangan gelak meyh... Nisa rasa ni posing yang Nisa ase mesti buat setiap kali shoot untuk Aku, Dia dan DSLR. haha oke tak ade lah selalu... Hehee

Nak tag :






P/S : Smile.

Read More»

Rabu, 2 Februari 2011

Siapa nak header ala ala 3D macam aku punya ni? ? ?

  • Whaaaa sejak dua menjak aku tukar header ni, ramai yang kata dorang suka, ada yang memuji.
  • Alhamdulillah.. syukurlah korang suka. Harap dapat tambah seri kat blog pink aku neh. Hek hek hekk..
  • Ouhh ye, takleh nak berbangga sangat lah, sebab header canteks tersebut merupakan hasil kreativiti abang aku.
  • Nak tahu al-kisahnya header tu, klik secara berhemah DI SINI ye….

 

Oh yaa…. nak tak header ala ala 3D macam header aku ni??? Haaa kini korang berpeluang menghiasi blog comel korang tu dengan header baru!! Yes!!

 

Jom ramai ramai join MINI CONTEST dari abang aku.

hadiah? pemenang akan dapat header free dari aku, aku yang design header korang tuh.. dan satu hadiah misteri.. ok, hadiah misteri tu akan aku bagitau kelak.

Meuz Angelo

  • Berikut adalah kata kata yang dipetik dari abang aku. Haaaaa amacam, mau tak???
  • Baik kata mau! Hahaha ooppss macam memaksa pulak! Hehehe tiada paksaan kat sini ye.
  • Apa yang korang perlu buat ialah tulis / lukis “gulai tempoyak ikan patin” se-kreatif yang mungkin! Lepas tu snap gambar.

CONTOH :

IMG_9897

Picture2241

IMG_9901Alaa overexposed lak :(

IMG_9927

 

  • Abaikan pengcahayaan melampau pada gambar gambar di atas kerana aku amik gambor dengan bahagianya tanpa set kan shutter speed. Adehhh..
  • Ni contoh aje tau, aku tak join pon contest neh. Tamak bebenor laa aku nak join mini contest abang aku sendiri kan?
  • Ohh ye aku rasa untuk contest ni korang tak payah le letak banyak sangat gambor. Satu cukup la. Aku je gedikss amat nak tunjuk contoh banyak banyak.

Tarikh tutup : 5 Februari 10 Feb 2011

  • Namanye la mini contest, abang aku just nak anjurkan contest dalam jangkamasa pendek aje. (Psssttt aku dah pujuk along aku extend sikit tarikh tutup nye!)
  • So, ape lagi pegi la tunjuk kreativiti masing masing kat abang aku tuh! Haa untung untung boleh menang header lawa kan? kan?

 

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, jom terjah

MINI CONTEST GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN

 

 

Oke selamat join contest ye sayang sayang. Bye bye.


Read More»

Isnin, 31 Januari 2011

CONTEST : Contest pasal fesyen oleh blog Only One

Aku telah di tag dengan bangganya oleh Hizami Rahim a.k.a. Budak Lelaki Sebelah Pintu.

 

  • Klik pada banner blog Only One untuk mengetahui lebih lanjut mengenai contest ini.
  • Meyh meyh sume tengok fesyen camne kah aku suka. Hahaa
  • Biasanya aku suka pakai apa yang aku suka, janji selesa.

 

tshirt

Aku suka tshirt.. Sarung aje dengan jeans. Kalau lengan pendek leh pakai dengan inner / cardigan :)

 

warna

Yeahhh the power of black and red yeawww…

 

santai

Aku sukakan gaya yang santai, simple, dan selesa dipakai!

 

Hehee… nak tag :

 

Penat. Bye bye.


Read More»

Jumaat, 28 Januari 2011

CONTEST : Color Your Life

  • Sebenarnya dah tekad malas nak join contest dalam dua tiga minggu ni.
  • Tapi kannnnnn……. contest ni kan… I just can’t resist la.. Adoi.. haha!!!
  • Contest Color Your Life ni dianjurkan oleh Ween Gorgeous !

 

CONTEST_WGKlik pada banner untuk mengetahui maklumat lanjut.

 

Dan gambar berwarna-warni yang aku pertaruhkan ialah . . .

 

IMG_7026 edited

Mostly, the color of my outfit is pink. I wore 3tone syrian inner, apple green-pink-baby blue. The colors of my shawl are brownish maroon-purple-yellow. And my dress is pink-purple striped, with brown lines. And I pair it with black skinny pants and brown ankle boots.

 

  • Heeee sangat colorful kan? So you guys, berani bermain dengan warna? Jom join contest ni :D

 

 

Love colors. Bye bye.


Read More»

Selasa, 25 Januari 2011

CONTEST : Sexy Back

  • Ahhaaaaaa aku rasa aku dah pernah kena tag kot contest ni. Tapi aku tak ingat laaaa…
  • Ye la, mood nak join contest ni dia on off sikit dua tiga minggu nih. ahahaaa~
  • Sekali, aku terus terjah sendiri blog tuan punya contest. Oke, jom join contest yang menarik nih!

 

hh

  • Klik pada banner contest untuk mengetahui terma dan syarat mengenai contest ni oke.
  • Oke meh tengok sat gambar yang aku pertaruhkan….

 

DSC_0252 WTR

  • Heeeee nampak takkk??? Oke boleh laa kot. Heheheee…
  • I’m tagging : Amira Farhana
  • Oke dahhh :D

 

Bye bye.


Read More»

CONTEST : Money Guess

  • Waaaaaa Creativeheart buat contest lagi laaa… Sapa mau duit??? Sapa mau duit???? Sapa mau diet????
  • Ehhh salah pulak.. Hehehee jom menang duit (saja je bold kan haha) sapa tak nak kan kan kan???

saKlik banner untuk baca terma dan syarat contest. Tarikh tutup contest adalah pada 15 FEBRUARI 2011.

 

Haaa sekarang dah siap baca syarat syarat??? Haaa jommm kita teka duit kat dalam gambor ni bape hengget yehhh…

 

DSC_0001

  • ERRRKKKK… agak juling daku di situ yeh.. Hahhahaaa gambar ni dah di edit kasi nampak tindih tindih..
  • Haiyahhh sape hebat nih sure laaa dapat teka jumlah yang tepat!
  • Haaa tak kire, aku nak cuba jugak! Ahaksss…~
  • Oke.. jawapan daku… RM177.80
  • Haaaa ade yang nak tiru ke?? Lupakanlah hasrat. Hahahhahaaa!!!
  • Oke sekarang nak tag : HIZAMI RAHIM. Zamiiiii…. ooo… Zamiiii… jomlaaa menang duit.. ahahha!!

 

 

Duit duit di mana kau duit. Hehehehee… Bye bye.


Read More»

Jumaat, 21 Januari 2011

CONTEST : Muslimah Bergaya

Assalamualaikum semua.. cewahhh mukadimah yang begitu berhemah ye semua.. hehehee~ Sebenarnya, mood nak join contest ni dah pudar untuk hujung minggu ini. Tapi bila ternampak contest ni, terus berminat nak join. Hehehee…

 

banner

klik pada banner untuk mengetahui lebih lanjut mengenai contest

 

Syarat-syaratnya cukup mudah:

1-Letakkan banner pertandingan ni di blog kalian. Tak kisah lah di sidebar, di entri atau dimana-mana sahaja. Asalkan didalam blog. (DONE!)

2-kena follow blog PERSONA. Sharekan link PERSONA di Facebook masing-masing. WAJIB  (DONE!)


3-Buat satu entri,letakkan gambar anda. (gambar penuh ya!) (DONE!)

4-Ceritakan sikit apa yang membuatkan anda istimewa? Kepandaian anda tang mana? (memasak/belajar/mempunyai kareer yang bagus/atau lain-lain yang dirasakan sesuai) (DONE!)

 

DSC_0020 edited

Saya rasa antara keistimewaan saya adalah… saya suka menaip! Secocok dengan nama blog ini, hobi saya yang suka menaip ini saya salurkan melalui blog, dengan harapan agar blog saya menjadi laman yang mengandungi maklumat berguna buat orang ramai.

Selain itu, saya berbangga untuk menyatakan bahawa diri saya mempunyai kelebihan untuk berhadapan orang ramai. Bukan untuk riak tetapi melalui pendedahan seawal sekolah rendah lagi membuat saya yakin untuk menjadi seorang public figure pada suatu hari nanti InsyaAllah.. dan untuk merealisasikan impian saya, saya kini sedang belajar di Universiti Industri Selangor dalam bidang Komunikasi dan Media.

 

IMG_7026 edited

Selain itu, minat saya dalam bidang photography telah mendorong saya untuk berjinak-jinak dalam bidang freelance modeling. Untuk melatih diri saya pose di depan kamera, saya sering melakukan self photo shoot bersama rakan saya. Dan koleksi gambar itu saya abadikan dalam siri entry Aku, Dia dan DSLR di blog saya.

Saya rasa, tiga perkara yang telah saya sebut di atas merupakan antara kelebihan / keistimewaan saya sekarang :)

 

Oke semua syarat syarat telah saya laksanakan.. kepada tuan contest, harap penyertaan saya diterima :)

 

Senyum hari ini. Bye bye.


Read More»

Khamis, 20 Januari 2011

CONTEST : Pic Hitam Putih Paling Cool

Sekali lagi, si amoi budak kecik Moy Sam's tu memang suka tag aku contest contest ni. Haha nasib lah contest yang dia tag kat aku sume menarik dan yang aku boleh buat. Hahaa…

 

hitamputih

Contest ini dianjurkan oleh Gadis Bermata Coklat. Nak tahu terma dan syarat contest, sila klik pada banner contest ye.

Heheheee jap aku cari gambor yang konon cool nih. heheh Haa ini dia :

DSC_0642 EDITEDKami tengah bergelak ketawa di tepi tasik. Cool kan? Haha!!

Kalau saya menang RM100, saya nak beli baju dan kasut, baju dan kasut, baju dan kasut!!! Hahahaa~ Oke saya gila baju dan kasut!

 

Saya nak tag :

 

 

Rindu lak company Black n White. Bye bye.


    Read More»

    Copyright © Nisa Kay