Memaparkan catatan dengan label Shawl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shawl. Papar semua catatan

Isnin, 25 April 2016

VIDEO | Tutorial Shawl (bersama Picohontas KL)



Assalamualaikum...



Haa kali ni special sikit sebab nya Nisa nak kongsikan video tutorial ringkas pemakaian shawl dan juga berkongsi antara shawl-shawl yang dijual oleh instashop @picohontas.kl . Haa menarik nya kali ini video ini dibawakan oleh @picohontas.kl ! Shawl yang mereka jual banyak corak yang menarik tau ! Jom tengok video..





Hee thanks for watching to those yang tonton video Nisa sampai habis. Video simple tutorial dan juga sedikit close-up corak-corak shawl yang ditawarkan oleh instashop @picohontas.kl  ni. Haa teruskan scroll ke bawah.. ni ada gambar-gambar corak shawl yang Nisa pilih dari instashop @picohontas.kl nii. semua lawa-lawa sampai tak tahu nak pilih yang manaa haha...




Haa ini shawl corak ala geometri, Nisa suka gabungan warna-warna pada corak ni. Tema ala pink dan purple gitu. Shawl yang banyak warna macam ni memang boleh masuk dengan banyak kaler baju. Kaler merah bata boleh, peach, purple (gelap atau lembut) dan of coss baju kaler pink !






Yang ini pulak corak abstrak dengan warna hitam sebagai warna asas. Corak dia pun ada beberapa warna. Nisa memang suka corak abstrak. Kalau corak dia ada few colours pun bagus sebab macam Nisa mention tadi, Nisa senang nak match dengan banyak jenis baju.





Yang ini menarik perhatian Nisa sebab coraknya ala Burberry gitu. Haa memang femes corak ni. Dan sekarang corak ni dah ada banyak warna. Nisa pilih shawl ni, sebab Nisa suka corak dia, dan Nisa suka warna kuning. Rasa macam naik seri muka pakai kaler kuning kah kah. Oh ye, pada yang nak tengok tutorial camne nak pakai shawl seperti dalam pic ni, boleh tengok video ini.





Last but not least... Shawl dengan corak bunga-bunga.. Yes tema floral pulak ya ! Sebagai perempuan, tak sah la kalau takde printed shawl dengan tema bunga kan ? Nisa suka coraknya yang terletak di bahagian bawah shawl. Nampak ala-ala ada gradient kat situ.. Atas plain, bawah corak. Nisa suka kaler kelabu jugak, sebab tu pilih shawl ini dari instashop @picohontas.kl.



Nisa suka sangat semua shawl-shawl di atas ! Semua Nisa pilih dari instashop @picohontas.kl haha memang sangat lah memeningkan.. sebab mereka ada banyak juga corak-corak yang menarik, terkini dan of cos la cantik-cantikk.. 


Oh ye, shawl di atas ni semua WIDE SHAWL tauu... lebar dan panjang. Senang sangat nak buat stail labuh tutup dada, dan juga boleh bereksperimen dengan pelbagai lagi jenis stail tanpa perlu singkatkan tudung. Plus material dia sangat ringan dan mudah bentuk. Ada yang Nisa tak payah nak gosok pun, dapat je terus pakai! Haha.. Jadi, jom lah ramai-ramai follow instashop @picohontas.kl dan shopping shawl dengan dorang ye ?




Dibawakan oleh :








Read More»

Ahad, 20 Disember 2015

TUTORIAL SHAWL - Gaya Shawl Ala Elfira Loy



Assalamualaikum...

























Ahaaa... Sebenarnya, gaya shawl ni orang duk panggil ala ELFIRA LOY maybe sebab Elfira masa mula-mula berhijab tu dia rajin mengenakan gaya sebegini.. Haa bila artis dah bergaya, orang ramai pun berpusu-pusu nak ikut sebab tengok dia pakai lawanyaaa...


Nisa pun tak ketinggalan nak mencuba. Sebelum tidur sekilas Nisa lihat tutorial shawl yang bermain di skrin henpon, tah pukul berapa Nisa tertidur Nisa pun tak sure. Haha.. Esok nya pergi event, Nisa cuba-cuba mengenakan gaya shawl ni. Ehh jadi pulak ! Padahal Nisa tengok video ni takdelah tengok sangat pun, Nisa tengok dengan mata separuh tertutup pulak tu haha.


Alhamdulillah percubaan pertama menjadi dan Nisa rasa serasi dengan gaya ni. Nisa suka sebab gaya ni menutup dada - namun ia bergantung kepada lebar shawl juga yaaa... Kalau pakai shawl yang lebar, memang akan dapat hasil yang menutup dada macam ni. Sooo jom tengok tutorial versi Nisa pulak !







Heeee segan pulak rasanya.. macam dah lama tak buat tutorial shawl macam ni.. Banyak juga permintaan buat tutorial shawl ni instagram, di twitter.. Nisa sangat sangat hargai ingatan dan sokongan penonton video-video Nisa yang terdahulu... Sekarang bila dah free sikit dan ada kemudahan tu,





Kepada mereka yang dah tengok video Nisa ni dan mencuba style shawl ni, boleh kongsikan dengan Nisa di Twitter Nisa ya ! Nanti Nisa RT style kalian tu yaaa... Oh yaa.. style macam ni nampak lebih berbeza dengan style ringkas dan biasa yang kita pakai setiap hari tu kan, so boleh lah pakai untuk ke majlis-majlis tertentu seperti dinner, acara dan juga kenduri-kendara gituuu... Apa-apa pun HAPPY TRYING ya !







XOXO,

Putewi Hensem

Read More»

Selasa, 19 November 2013

Fashion photoshoot for FSYN with Creativeheart Photography

 

Assalamualaikum…

 

Wah wahh dah lama bebenor tak buat entry berkenaan dengan aktiviti photoshoot gua.. Sekarang ni memang dah tak sangat modelling ni.. Penat nye kemain kena tukar baju.. take time lagi haa.. So kesudahannya, jadi model untuk online shop sendiri je lah.. Tu pun tak larat nak modelkan semua baju, siap ajak kawan jadi model paksa rela haha !!

 

blog2

 

Gambo kasi kabur ehh.. Saja aku letak watermark blog FSYNbyNK sebab nanti semua berkaitan baju ni korang boleh lah rujuk kepada blog tersebut ya..

 

 

Yezzaaa people ! These dresses are the latest products of FSYNbyNK . Sebelum ni FSYN hanya jual dress ni di vendor slot FSYN yang terletak dalam butik Sincerely By Us sahaja.. Tapi banyak juga request untuk online order bagi mereka yang duduk jauh.. So kami di FSYN ingin menunaikan hasrat mereka yang turut ingin bergaya dengan plain dress yang best seller ni !

 

teaser 2

Ewah ewahhh kemain gua modelling kan? Hahaha lama dah tak shoot, gua kekok teramat haaa.. Kalau uolss nak tau hakak korang neh memang dah lama tak berposing sana berposing sini. Memang kayuu lahaii.. Oleh itu, hakak telah menggunakan khidmat photography dari sahabat lama hakak iaitu Creativeheart Photography.

 

syam

Haa inilah dia Syam Sidek a.k.a. Encik Creativeheart kitee.. So bila shoot dengan beliau takdelah gua kekok ya ampun nak posing kannzzz… Sebab member member je.. By the way ni gambar lama beliau. Gambar beliau terkini terpaksa disorokkan, kerana khuatir kehenseman beliau sekarang memanah hati gegadis yang membaca blog ini. Ehemm beliau sudah pun berpunya. Wakakaka..

 

 

teaser 1

Ehemmm ni lah dia member gua yang turut gua jemput untuk jadi model sebahagian dress ni.. Nama dress ni aku amik sempena nama bunga. Bunga kan cantik, berseri.. Walau warna plain, xde corak macam printed ke hapa, tetap menawan. Gituh.. Jemput ke blog kawan gua ni Her Diary by Myra Amira.

 

 

PASTEL PURPLE

My fav pic gamaknya.. Sebab muka nampak berisi ler kononnye.. Hahaha konon je la ye. Nampak comel.. Tudung tu sebenarnya terjatuh dari bahu, tapi dalam gambar cantik pulakk. HAHAHAA.. Thanks to Creativeheart Photography sebab editing THORbaekkkk. Kasi licin, jelita kalah RoziTHOR Che Wan haha! Perasan pulak daku.

 

 

Untuk mekap, studio dan tajaan tudung untuk photoshoot ni, aku update lain kali lah ye.. Hahaha.. Thanks semua yang baca.. Follow jugak blog FSYNbyNK untuk update terbaru mengenai dress / blouse / beg dan sebagainya ya…

 

 

 

Special  thanks  to

 

DRESS :
FSYNbyNK

PHOTOGRAPHER :
Creativeheart Photography

MAKEUP :
Yna Sakinah

WHITE STUDIO :
De'Qoya Boutique & Studio (Shah Alam)

HIJAB SPONSORED BY :
Sincerely By Us 

 

 

 

 

 

Syukur photoshoot berjalan lancar dan fun ! Sebab white studio yang FSYN sewa terletak di Shah Alam, so dekat dengan rumah. Owner butik dan studio ni ialah makeup artis tu sendiri. So mekap, shoot dan bertukar baju di tempat yang sama. SANGATTT MUDAH !! Harga sewa studio pulak.. Haaa jangan lupa nantikan next entry !

 

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 23 Ogos 2013

VIDEO – My everyday basic style wearing shawl

 

Assalamualaikum..

 

Haihhh bila tak boleh tido ni macam ni la jadinya.. Start develop habit update entry pagi-pagi buta macam ni.. Memang tak tahu apa punca takleh lelap langsung dah sekarang. Badan penat dan lesu, mata dah kuyu pun tak leh nak lelap.. Hmm xpelah.. it will be okay soon, I guess.

 

save

 

Okay macam ni citer dia.. Aku memang kalau pegi event, aku lebih suka pakai shawl sebab nampak lebih ayu (cehh) dan juga lebih kemas berbanding tudung bawal. Entah kenapa la aku rasa bila pakai tudung bawal nak gi event apa-apa, mesti tudung tu buat hal. Senget la.. kemek laaa. Adoi stress daku !

 

 

cara 2

So ramai jugak orang yang bertanya melalui laman instagram aku, macam mana aku pakai shawl.. macam mana aku pakai shawl.. Aku ase dah bape puluh kali aku jawab, cari saja di Youtube.. cari saja di Youtube.. Namun masih ramai yang tanya macam mana aku pakai shawl. Disebabkan mereka bersungguh-sungguh nak tahu, maka aku pun dengan penuh kesungguhan buat video di bawah ni untuk korang :

 

 

Ok dah sudah tengok dah? Haa siapa yang ade account Youtube bolehlah subscribe dengan channel aku ya ! Hahaha kemain tauu aku promoteee !! Bila aku usha balik channel Youtube lama aku, agak sedih lah sebab terpaksa bertukar ke channel yang baru.. sebab ada video lama yang dah lebih 1 juta views.. and subscriber lak dalam 2000 lebih gitu.

 

Tapi apakan daya, channel yang satu lagi tu sangatlah caca marba. Takpe nanti aku upload balik video-video mekap aku dulu ye. Hahahah bila tengok video lama rasa kelakar nak mati pulak. Isskk betapa tak matangnya perangai!

 

cara 3

 

Okayy lah! Thanks for watching ya semua ! Lebih kurang macam ni laa gambar penuh (bahagian deoan) kalau aku pakai shawl biasa. Tapi sekarang tengah gemar halfmoon shawl ahahh! Boleh usha gak tutorial halfmoon shawl kat channel youtube aku eh..

 

Daaa !! Muah muah !

 

 

XOXO


Read More»

Isnin, 19 Ogos 2013

VIDEO – Macam mana aku pakai selendang halfmoon

 

Assalamualaikum…

 

blog1

Ini antara gambar raya yang aku upload hari tu. Maka berduyun-duyunlah orang menanyakan tutorial dan juga mana nak beli tudung ini. Adik-adik, akak-akak cantik sekalian.. Pertama sekali, yes aku mendengar luahan korang dan aku dah ade video tutorial. Kedua, ini halfmoon shawl adalah produk akan datang online shop FSYN by NK aku.

 

 

DSC08019

Ini adalah produk percubaan ya.. Aku baru try test beberapa warna.. And try test ukuran juga.. Memandangkan saiz yang sekarang ni agak singkat (mungkin ramai yang suka labuh) aku tengah try test uji supaya saiz yang paling ideal dapat dikenalpasti. Apa-apa pun nantikan produk terbaru dari FSYN by NK ya ! Dan selamat menonton video tutorial dibawah !

 

 

 

Psssttt !! Halfmoon shawl merupakan kegemaran terbaru aku. Sebab depan belakang curvy lawa sangat dan tak payah nak lilit sampai lima enam kali untuk nampak kemas. Bila tak lilit berlapis-lapis macam kuih lapis, pakai pun lebih selesa, ringan dan tak panas.

 

 

 

Thanks semua !

 

P/S : Senarai peserta giveaway masih belum siap ye… Nantikannn!!


Read More»

Ahad, 13 Januari 2013

VIDEO – Tutorial Cara Saya pakai long wide shawl

 

Assalamualaikum..

 

Duhhh i has been ages since the last time I posted my last video on my Youtube channel ! Well, I kinda lose interest in making videos, tutorial videos especially. I dont know why.. Maybe because of the bad responses that I’ve been receiving. Or because there are already too many tutorials in Youtube.

 

And lately I’ve been receiving quite a lot of requests, asking me how I wear my shawl, the one that super long and wide shawl. So I made this video. Well, I think I left my camera at home. Or.. hmmm where is it ya?? (only now I feel worried!) So I recorded this video using the front camera of my Galaxy Note 2. So not bad eh? And make sure you watch it in 480p quality for clearer video.

 

 

Heee there you go. Messy me and messy shawl! I was extremely lazy to iron the shawl. But if you like the idea of crumple or crinkle style shawl, don’t bother to iron it. Just wear it as it is. AHAH!! Andddd I dont know why I talked slowly. When I watch this video back I feel like,"What’s wrong with me? Why I was so afraid to speak a lil’ bit louder?” Heh!

 

Okay by the way thank you for those who have been requested my tutorial video. You guys are so sweet.. but I’m such a mess in the video :( But anyway thank you once again! Muahhh!!

 

 

XOXO


Read More»

Khamis, 8 November 2012

Revolusi TUDUNG BAWAL ! Fesyen bawal terkini dari Mulawa Fashion !

 

Assalamualaikum..

 

Kemain tau tajuk entry aku bertanda-tanda seru.. Ihikkss… hari tu dah share dengan uolls pasal baju-baju yanh cantik-cantik kann.. Malam ni aku nak share pasal tudung pulak ye. Dah pakai baju cantik, nak lah pakai tudung yang sepadan ye dak?

 

Tapi perasan tak korang sekarang fesyen tudung semakin hari semakin mudah dan ringkas? Maksud aku sekarang ni tudung bawal kembali menjadi kegilaan ramai sebab mudah dipakai dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya !

 

MULAWA FASHION

557570_487713451248824_237002103_n

Ehem ehemmm mari tengok ni! Tudung bawal yang simple tu kini datang dengan motif bunga-bungaan gituu! Sangat sesuai digayakan ke majlis santai atau formal, sebab motif bunga nye pun tak terlalu sarat kan?? Kalau nak order KLIK DI SINI YA !!!

 

548798_483527858334050_351153712_n-horz

Di online shop MULAWA FASHION ni jugak ada jual tudung bawal dengan Polka dot Sulam ! Haaa ni bukan printed polkadot yang mudah haus bila dibasuh tu yee… Ini polka dot sulam punye! Nampak ringkas, tapi cukup cantik dan manis! Ewah ewahhh!! KLIK DI SINI kalau nak usha Bawal Polkadot Sulam ni yee…

 

644093_483405875012915_506538522_n-tile

Ahaaaa di samping kegilaan wanita zaman sekarang terhadap tudung bawal, pemakaian shawl jugak masih relevan seiring dengan kebangkitan semula tudung bawal. Pergghhh ayat macam karangan SPM! Skema betol.. Hahahaa….

 

Yang dua di atas, itu adalah Mulawa Shawl - 2 Layers, beli satu, umpama beli 2 helai! Hahaha sebab boleh pakai dua-dua belah.. Kan ade dua layer warna tuu.. Hikhik… Manakala dua yang di bawah tu adalah Mulawa Shawl – Mill.. Shawl-shawl yang plain macam ni memang amat-amat mudah nak matching dengan baju-baju yang bersepah dalam gerobok kite tu kan??

 

Sekarang ni pulak tengah naik fesyen tribal lah, printed lah, color block lah… jadi penyelesaiannye, belilah shawl-shawl atau tudung-tudung yang bercorak minimal atau plain macam yang dijual oleh MULAWA FASHION ni yee… senang nak matching kan, dan kekal sepanjang zaman gituhhh! Ahaks!

 

Jom cuci mata :

MULAWA FASHION

 

 

 

~Happy shopping~


Read More»

Rabu, 19 September 2012

Jom pergi kelas

 

Assalamualaikum…

 

Lama woii tak update blog. Aku update pasal fakers pon kemain ada yang meroyan. Tenang ye semua.. tenanggg… Tau ler rindu aku kannn. Hakhak.. Baiklah.. hari ni entry express lagi pantas ye adik-adik. Bukan apa, memang lah hari ni satu hari wa takder kelas gara-gara USM tengah konvo, tapi wa banyak urusan der…

 

20120918_142123

Blazer oren, kakak angkat ku Shereen bagi hadiah sempena birthday. White tops beli kat bazaar kat Taylors College, seluar khakis beli kat Brand Outlet, envelope handbag from Modish Mode House. Crocs pink, dari Crocs la kan. Tak lupa Marwah (Pink) Shawl dari RinaSalleh.com :)

 

Ececehh nak juga buat outfit post gitu.. Alah gambar comot je, snap pun pakai henpon ku yang tak seberapa ini. Hukhuk.. Aku pergi kelas macam ni la, simple je. Simple ke? Muehehe… kadang-kadang bila sampai mood malas ya amat memang aku sarung tshirt, cardigan, jeans and tudung syria je pergi kelas.

 

Nanti aku nak share serba sedikit kisah hidupku ye.. cewah cewah !! Bukan apa, dah di kejauhan di atas pulau ni kan, dah tak boleh pergi events sana sini macam dulu… Sekarang sudah rasmi bergelar pelajar kembali, untuk mengejar segulung ijazah! Wahh ayat kuu!! Okay lah, teruskan membaca blog kudus ku ini ya!

 

 

Kbai.


Read More»

Jumaat, 20 Julai 2012

Menangi jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets !

 

Assalamualaikum…

 

Hari ni banyak habiskan masa di facebook juga twitter… Blogwalking sana sini, dan tak lupa juga tengah mencari-cari apa isu best yang sedang melanda laman web sosial yang saban hari kita guna ni.. Dan.. jeng jeng jeng… aku ada berita best untuk gadis-gadis berhijab yang amat sukakan gaya trendy!

 

sunsilk

Aku duk usha page Sunsilk kat facebook, dan wowww mereka akan mengadakan Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets! Gadis-gadis berhijab mesti kenal Scarflets kan, kumpulan gadis berhijab yang pandai bergaya dan menjadi inspirasi dalam dunia fesyen muslimah masa kini..

 

Sunsilk akan menjemput mereka-mereka yang bertuah untuk menghadiri Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets ni! Wahh mesti best siapa yang dapat tu kan. Dapat jumpa dengan gadis fashionista Scarflets, dan dapat juga belajar tentang gaya hijab terkini! Ohhh macam mana nak dapatkan jemputan tu???

 

(1) First sekaliii korang klik LINK INI untuk ke page Sunsilk Malaysia di facebook.

sunsilk 1

Bila dah klik link yang aku bagi tadi tu, korang kena pastikan yang korang dah klik LIKE untuk fanpage Sunsilk Malaysia ni. Bila dah like, satu paparan macam yang kat atas ni akan muncul. Klik tab CARA UNTUK MENANG untuk maklumat lanjut bagaimana nak menang jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets.

 

 

(2) Lepas tu paparan macam kat bawah ni akan muncul :

sunsilk 5

Untuk minggu pertama hingga minggu kedua ni, korang perlu undi gaya hijab kegemaran korang… Share banyak kali mengenai gaya hijab yang korang suka tu dan lagi banyak korang share lagi besarlah peluang untuk korang menang jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets ! Hanya 10 yang bertuah aje akan dijemput!

 

sunsilk 6

Haaa untuk minggu ke 3 hingga minggu ke 7 pulak, Sunsilk akan mengeluarkan video tutorial untuk 4 gaya hijab dengan undian tertinggi. Satu minggu, satu video sahaja yang akan dikeluarkan. Haa masa ni lah kita kena cuba gaya hijab berkenaan dan berpakaian mengikut tema mingguan. Upload foto dan jika anda dipilih sebagai penyertaan paling kreatif, anda boleh menang hadiah lumayan!!

 

 

(3) Lepas dah baca segala maklumat tadi bolehlah klik semula di tab LAMAN UTAMA.

sunsilk 1

Memandangkan sekarang ni masih lagi di peringkat undian, korang kena undi dan share banyak kali gaya kegemaran korang! Klik pada yang aku label bombor 4 tuu…

 

 

(4) Lihat kesemua gaya hijab yang dipertandingkan. Ada 12 gaya hijab kesemuanya.

sunsilk 3

Pilih gaya hijab pilhan hati anda, kemudian klik UNDI !

 

 

(5) Jika anda belum mendaftar, bila anda klik UNDI tu, paparan borang pendaftaran akan keluar.

sunsilk 4

Daftar sekarang jika anda belum mendaftar, dan undilah gaya hijab kegemaran korang! Jangan lupa klik butan SHARE di sebelah butang UNDI tadi dan share mengenai gaya kegemaran korang kat Facebook!

 

Apa lagi korang tunggu? KLIK SINI! KLIK SINI !, undi dan share gaya hijab kegemaran korang! Lagi banyak korang share, lagi besar peluang untuk memenangi jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets ! Mungkinkah korang yang bertuah yang akan memenangi jemputan tersebut?

 

Dan setialah bersama Sunsilk untuk video mingguan dan anda boleh cuba sendiri gaya hijab tersebut! Mungkinkah korang yang fashionista dan kreatif dan bakal dipilih sebagai pemenang wang tunai RM1500??? Mungkinkahhh? Apa lagi gadis hijab! Jom join!!

 

 

KLIK SINI : Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 17 Julai 2012

Clearance Stock Sale by FSYN

 

Assalamualaikum…

 

Meh mari rapat mari dekat kite ade something nak bagitahu. Ihik ihik. Gelak gedik kerana excited terlebih, mungkin? Sekali lagi aku nak maklumkan, online shop aku yang dulunya diberi nama Mini Shopaholics Online Shop telah pun aku re-branding dan tukar namanya kepada FSYN. FSYN aku sebut sebagai “fesyen”. Ejaan kasi huruf-huruf utama sahaja kasi nampak lebih urban puiii. HAHA!!

 

pink_vintage_wallpaper_by_rmpugliese

Yeah yeah sempena Ramadhan yang akan datang ni, aku dengan berbesar hati nak buat clearance stock sale di online shop aku iaitu FSYN. Aku nak clearkan stok yang ada, sebab inshaAllah kalau takde halangan Ramadhan ni aku nak tambah stok blaus-blaus di online shop aku.

 

Semua item aku dah finalize availability dan juga aku dah turunkan harga kasi harga runtuh punyeee! Semua harga aku dah turunkan kepada harga yang lebih berpatutan dan harga mampu milik. Dah kata sale kan?? Haa rembat jangan tak rembat tau!

 

 

CUSTOM MADE SHAWL by FSYN

Silky Paisley Shawl

Before : RM35
NOW : RM25

**Postage not included**

SILKY PAISLEY BLUE

SILKY PAISLEY GREEN

SILKY PAISLEY PINK

 

 

FSYN LOVELY BAGS

Before : RM35
NOW : RM29

**Postage not included**

BAG01-BROWN

BAG01-ORANGE

BAG01-PINK

BAG02-PINK

BAG02-TEAL

 

 

 

FSYN PRINTED SQUARE HIJAB

Before : RM8
NOW : RM7 (sehelai)

**Postage not included**

or

BUY ANY 4 PIECES OF PRINTED SQUARE HIJAB FOR RM25 (free postage)

SALE PRINTED SQUARE HIJAB

Antara Printed Square Hijab yang masih available.

cats

 

 

Segala kod item, postage dan informasi lanjut korang boleh like fanpage FSYN dan check album Clearance Stock Sale. Sale akan berlangsung selagi stok masih ada ya. Kalau beli 3 item ke atas FREE POSTAGE just for you guys!

 

 

FACEBOOK FSYN :

https://www.facebook.com/FSYNbyNK

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 17 Januari 2012

Overview [EVENT] Reflection 2012 at Blackbox Solaris Dutamas

 

Assalamualaikum..

 

Semalam aku dah up kan entry teaser-lah-konon untuk para pembaca. Gambar Hana Tajima mungkin buat ramai yang tertanya-tanya kat mana aku jumpa si fashionista gojes ni. Bukan dia ada kat London ke? Haaa bagi yang masih tak tahu mungkin boleh rujuk ENTRY INI dan juga ENTRY YANG INI.

 

IMG_9263

Okay the selekeh me at REFLECTION 2012. Hahaa tak tahu nak pakai apa. Plus pagi tu macam rushing sebab takut lambat, so pakai tudung pun macam ayam-ayam aje lah. Takde nak fashionistasss sangat sebab aku bukan fashionista pon.

 

 

IMG_9268

Bagus GPS ni. Bagi kami jalan jauh, tapi tak jammed dan takde tol! Huuu tapi still sampai awal kat Solaris Dutamas. Pukul 9.30 pagi dah terpacak depan Solaris. Takde orang! Nasib baik ada kedai makan yang bukak awal. So I had dried koay teow for breakfast at Pappa Rich!

 

 

IMG_9287

Pagi tu takde orang lagi. Pemilik booth semua tengah setup semua.. Gambar ni masa tengahari tu. Ramai yang datang meneyrbu booth yang ada… Aku pulak duduk kat tepi, dok usha fashionistasss yang datang. Pergghh semuanye hot dan gojes! Aku aje pakai simple.

 

 

IMG_9294

Yeahhh dah 3.45pm dan pada yang beli tiket untuk fashion show dah boleh ambil seat. Tu dia HANA TAJIMA of Maysaa London. Aku hanya mampu skodeng beliau dari jauh. Nak ambil gambar sama pun tak sempat. Sedih!

 

 

IMG_9300

Ucapan oleh penganjur Reflection 2012 iaitu Ammara Hijabi dan The Insiders.

 

 

IMG_9809

Fashion show aum aumm!!! Gambar kat atas ialah baju-baju dari Rina Salleh Collection okayh. Overall, aku sangat suka baju-baju dari Yasalma yang diperagakan oleh para model gojes. Aku suka sebab keunikan designnya. Sangat cantik. Baju dari designer lain pun cantik-cantik jugak.

 

 

IMG_9673

Persembahan dari HELIZA HELMI! Dia sangat gorjess.. Lagu pun best.. Ouhh yang paling aku suka dia sampai lagu Ella, iaitu Standing In The Eyes dengan gayanya yang tersendiri. Thumbs up Heliza :)

 

 

IMG_0015

Lepas persembahan HELIZA, acara pertunjukan fesyen bersambung lagi. Lepas tu acara penutupan dimeriahkan dengan persembahan dari THE FABULOUS CATS yang menampilkan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Afiq.

 

 

IMG_9945

Penyampaian sumbangan kepada wakil rumah amal.

 

 

IMG_0059

My simple dimple outift on that day. Only chiffon blouse I bought Parkson, my plain black maxi dress worn inside, satin shawl from Ziera Zain, and of course my fav wedges from The Calaman. Heee I'm not a fashionistasss like other gorgeous girls that came to the event :)

 

 

Overall aku enjoy event REFLECTION 2012 walaupun aku datang awal giler, dari takde orang kat event tu sampailah berpusu-pusu fashionistass yang hadir. Dan walaupun terpaksa tunggu lebih kurang satu jam sebelum dapat masuk ke dewan fashion show, aku berpuas hati dengan koleksi yang diperagakan. Semuanya gojes ya amat!!

 

Gambar-gambar semasa fashion show berlangsung akan aku buat dalam entry lain ye. Entry yang ini just overview… Secara keseluruhannya lah.. Dan semoga event Reflection akan diadakan lagi tahun depan, bigger and better insyaAllah :)

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay