Memaparkan catatan dengan label Aizul Marcello. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aizul Marcello. Papar semua catatan

Selasa, 3 Julai 2012

Sekitar majlis perkahwinan Irine Nadia Marcello – MERIAH !!

 

Assalamualaikum…

 

Wahahaa tak habis-habis lagi entry pasal wedding Irine Nadia ni kan… Haruslah tak habis-habis lagi, gambor punye lah banyok ni haaa! Lepas habis buat entry semua baru aku ingat nak upload gambar-gambar yang ada ke fanpage. So korang ramai-ramai sila like page SAYA SUKA MENAIP dulu! Kekekee…

 

Baiklah.. kalau entry sebelum ni aku lebih fokus kepada gambar-gambar kedua mempelai iaitu Irine Nadia dan suami beliau serta gambar serba sedikit sekitar majlis perkahwinannya, kali ni aku nak share kisah kemeriahan majlis bila rerakan blogger dah turun padang.

 

Baiklah… orang pertama yang aku jumpa masa wedding Irine Nadia sudah tentunya ahli keluarga beliau. Aku ingat dah lambat nak datang, sebab tak pernah datang ke area Masjid Tanah.. Alhamdulillah dengan adanya aplikasi Maps dalam S2 aku ni, maka sampailah kami ke Masjid Tanah Melaka.

 

IMG_4042

Lepas menapak dua tiga langkah, aku ternampak blogger DENA BAHRIN yang mana video lamaran beliau meletop-letopss kat youtube tu. SubhanAllah dear, you have such a beautiful story, Allah Maha Besar :’) Really envy you dear.. And Dena is truly comelss!! Aww nasib aku tak cubit je pipi beliau. Ihik!!

 

 

P1014079

Lepas tu berduduk-duduk, bertemu para blogger yang hadir pada majlis tersebut. Budak kecik dengan baby di atas tak lain tak bukan YUYU ZULAIKHA. Kemain ko ye Yuyu memangku baby si Ujang haaa.. Terserlah sifat keibuan Yuyu aww!

 

 

P1014085

Kemain haaa busy si Irine melayan tetamu.. Adapun pasangan pengantin sedang bersantap sekalipun, kalau ada yang datang nak bersalam, bergambar semua layankan aje. Ceria sungguh pasangan ini. Gembira berseri-seri!

 

 

P1014138

Ni part suap kek, salam peluk cium betullah bikin aku bergenang air mata. Takleh nangis woi, jatuh saham kang! Kekekee… Aku duk la terbayang aku kahwin nanti macam ni ke? Cuma bayangan pengantin lelaki je samar sikit sebab tak tahu lagi siapa jodoh aku. Aww :’D

 

 

P1014179

Aku dan adik aku si Iyeen. Kesian dia, aku duk hangkut la pergi majlis orang, then bila jumpa geng aku, aku biar dia sorang-sorang. Haha kejam dowh aku. Nasib dia jenis mengikut je, diam je. Barulah aku senang nak angkut gi memana.

 

 

P1014173

Masa untuk meruntuhkan pelamin, duk la rerakan blogger ni haa naik atas pelamin ramai-ramai nak bergambor dengan Irine dan suami. Nasib baik kedua-duanya sporting! Tu ape entah aku duk membebel kat Irine dengan laki dia. Pasal anak kot.. EHHH??!!

 

 

IMG_4146

Awwww… dah boleh dah tu Irine dan suami menimang cahaya mata! Amboiii kemain aku! Hahahah!!!

 

 

P1014186

Aku dan blogger SYAFIQ ROSLI yang sekarang bukan main susah nak jumpa!

 

 

P1014187

Aku dan blogger EMAN THE HALIA yang sama jugak susah nak jumpa sebab beliau study nun di Nilai sana…

 

 

P1014194

Blogger lelaki bersama abang pengantin perempuan. DARI KIRI : SYAFIQ ROSLI, AYEEM AYAM, HAMZAH IAN, AIZUL MARCELLO, UJANG, NAZIRUL HAZWAN dan EMAN THE HALIA .

 

 

P1014203

And this is the cute AMIRAH BAZILAH, adik kepada blogger SYAFIQ ROSLI tadi. Rasanya ni first time kita jumpa kan dik? Hehehe you’re so cute in pictures, and in real life too! Thanks sebab adik ni rajin sangat like gambor kat instagram kite. Ahakss!

 

 

P1014239

Okayy bila rerakan blogger dah pulang, aku belom pulang lagi. Sebab 15 minit sebelum aku bertolak ke Melaka, aku tergerak hati nak bukak page event wedding Irine ni kat Facebook, and aku ternampak Fatin Liyana Asri is going! Ingatkan dia tak jadi datang or lambat, then bila munculkan diri aku lak dup dap dup dap!

 

 

IMG_4219

Tetamu pun ramai dah balik, maka kami yang tinggal ni dapatlah berhibur mendengarkan pasangan pengantin karaoke lagu Dua Insan cewahhh! Walaupun pengantin laki nampaknye segan silu nak nyanyi tapi beliau sporting!

 

 

IMG_4244

Berhuru-hara bersama pengantin. Last kopek punya bergambor bagai nak rak ye.Mentang-mentanglah tetamu semua dah balik. Tinggal kami-kami je. Haha!! DARI KIRI : Nisa Kay, Fatin Liyana Asri, Irine Nadia, Datin Wowhh dan Pen Merah.

 

 

IMG_4273

Ni dah kenapa aku dengan si Fatin ni bercangkung kat sini? Haha!! Alkisahnye nantilah aku cerita ye. Banyak sangat gambar berkenaan kisah cangkung ni. Hhahaha!!

 

 

P1014351

Okay lastttt!!!!!!!!!!! Tak daya dah aku entry panjang berjela!! Ni lah geng-geng yang stay sampai habis majlis. Lepas bergambor dengan kitorang, pengantin terus pergi outdoor photoshoot. Haaa bayangkanlah sampai ke petang kami duk bergambor sakan!

 

Heee kepada IRINE NADIA, tenkiu dik sebab invite ke majlis kahwin ni.. dan kepada FATIN LIYANA and the geng, thanks sebab korang sangat sangat friendly dan sporting dan suke bergambar jugak macam daku! KEHKEHKEH. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 7 Jun 2012

Pakej white studio shoot berbaloi-baloi

 

Assalamualaikum…

 

Haaa ni nak share something yang best dengan korang, terutamanya pemilik online shop sekalian. Sekarang ni macam trend pulak online shop mesti ade dorang punye baju design sendiri, atau signature dress kan… So bila dah design gempak, gambar pun mesti mau gempak ye dak??

 

Bila gambar gempak, bukan saja memikat mata-mata yang memandang, malah in shaa Allah laku bak goreng pisang panas fuhhhh! Kebabomm betol! Gambar-gambar tu jugak korang boleh frame kan letak kat butik korang ke, atau sebagai portfolio koleksi design sendiri lah kan..

 

Kalau nak gambar yang gempak, de vass, kebabomm, haruslah shoot dekat white studio dengan photographer hebat ye dakk?? Jom jom tengok pakej hebat dari EYE STUDIO PHOTOGRAPHY :

 

white studio rental

PACKAGE 1 cuma berharga RM79 untuk jam yang pertama, jam-jam yang seterusnya cuma RM50 sejam! Murah giler dah ni wehh.. percayalah cakap gua. Tapi package ni TANPA photographer ye. Maknanya korang kenalah bawak photographer sendiri.

 

 

white studio rental 2

PACKAGE 2 pulak cuma berharga RM350, sekali dengan perkhidmatan photographer profesional dari EYE STUDIO PHOTOGRAPHY ! Haaa para jurugambar dari Eye Studio menjanjikan hasil kerja yang memuaskan hati para pelanggan fuhhh best best!!

 

 

4

Haaa salah satu contoh gambar yang EYE STUDIO PHOTOGRAPHY shoot kan ialah gambar Diana Amir menjadi model untuk satu jenama tudung baru yang akan dilancarkan tak lama lagi yek! Kebabomm kannn! Kalau korang nak produk korang nampak glams habis, nampak vogue macam ni haruslah booking white studio shoot dengan EYE STUDIO PHOTOGRAPHY kan???

 

 

SONY DSC

EHHHHH??!!! Siapa ni? Artis baru ke??? Kehkehkeh!! Over tauuu. Ni aku lah woiii! Maaf ler muke gelap dowh sebab aku baru je balik dari Pulau Pangkor masa tu. Kuikuikui… Muka aku yang naik jerawat pon kasi licin flawless gituuu!! Terima kasih EYE STUDIO PHOTOGRAPHY !! Korang memang de vass!!

 

Haa.. apa lagi, kalau korang nak shoot suka suki pon boleh jugaa… jadikan portfolio sendiri ke, untuk shoot produk online shop korang ke.. semua boleh lah! Kalau nak tahu lebih lanjut pasal pakej-pakej berbaloi, silalah terjah :

 

Blog Aizul Marcello : http://www.aizulmarcello.com/

Fanpage Eye Studio Photography : https://www.facebook.com/eyeStudioPhoto

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 27 Mac 2012

Singgah sebentar di Eye Studio

 

Assalamualaikum…

 

IMG_0656

Ada suatu masa dahulu kala, aku singgah di Eye Studio milik blogger photographer terkenal uolls iaitu Aizul Marcello. Turut memajukan studio ialah beberapa rakan seperjuangan Aizul.. Dahlah sememeh gila muka aku malam tuh.. Tapi sebagai kenang-kenangan singgah di studio ni aku ambil jugak gambor.

 

 

IMG_0663

Kat satu sudut studio ni ada ala-ala pelamin uolls. Aaaa aku lupalah pulak nama penaja pelamin ni.. Baru ingat nak promote wuwuwu… takpe.. takpe.. siapa nak tahu boleh tanye kat Aizul Marcello yep…

 

 

IMG_0671

Heeee posing entah apa-apa.. Maklumlah.. datang nak melawat aje kan.. Tak plan pon nak photoshoot. Ehh tetiba. Muahahaa.. Ni saje je kasi gimik bergambar kat white studio.. InsyaAllah kalau ada rezeki bolehlah aku shoot betul-betul kat sini..

 

So siapa nak tahu pakej fotografi yang ditawarkan oleh Eye Studio , bolehlah like fanpage Eye Studio ye… Ada pakej shoot untuk graduate, modelling, wedding, semualah! Boleh rujuk kat Eye Studio atau Aizul Marcello sendiri yep… Lain kali nak datang lepak lagi. Ehh tak pepasal. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 23 Oktober 2011

Photoshoot dalam studio dengan harga kurang RM100. Biar betul ???

 

Assalamualaikum semua…

 

Wahhh kemain baca laju-laju tajuk di atas ye. Nampak sangat lahhh tak menyabor nak tahu isi kandungan entry ini. Lalalaa… jangan risau ye semua, tajuk entry aku tu bukan tajuk panas semata-mata, tapi realiti bebbb!! REALITI okay, macam rancangan realiti tv. Okay ini merapu.

 

IMG_7646

Stripey dress from BATIK VALLEY.

 

Okay sekejap aku tepek gambor feeling-feeling shoot dalam studio. Puihhh jangan terpedaya, itu bilik tidur aku lah. Sebab tu background biru kekelabuan huh. Kalau rumah atau bilik ada dinding kosong, memang itulah tempat aku feeling shoot dalam studio. Yelahhhh, nak shoot dalam white studio tak mampu hoii…

 

 

IMG_2991

Okay, another picture of feeling-feeling shoot dalam studio, padahal itu gambar aku shoot kat dinding kedai di Subang Parade. Ouhhh kesian aku! Bukan aku saja kot, aku rasa ramai lagi kat luar sana yang mengimpikan shoot dalam white studio dengan harga yang sangat mampu. Tapi apakan daya, tak banyak studio yang buat offer.

 

TAPIIIIIIIIIIIIIIIII……………………..

 

IMG_2605 copy

Pernah tak korang termimpi yang korang boleh ber-photoshoot dalam studio dengan harga tak sampai RM100??? Yaaaa betul nih, aku tak tipu weh! Dengan harga RM79 korang boleh photoshoot dengan suka hati riang gembira selama 45 minit, dalam studio, dengan photgrapher profesional okeyh!

 

Haaaa berpinar tak bijik mata bila tahu mengenai kenyataan ini? Wahhh mimpi indah kan semua. Aku tak tipu wehhh…. Promosi best gilak ni ialah sempena grand opening studio abam Aizul Marcello, iaitu eyeStudio Photography.

 

 

297166_273388902689825_100000561533957_1001799_911428978_n

Ulang taip ye, dengan harga hanya RM79, korang boleh shoot dalam studio, haaa ala-ala macam gambor abam Aizul Marcello kat atas. So, dengan hanya RM79 (ulang lagi) korang boleh shoot selama 45 minit dalam studio okay. Tak kiralah nak shoot portfolio ke, feeling model ke, untuk koleksi sendirian berhad ke.. tak kesah okay.

 

Bila lagi nak dapat harga murah-tak-boleh-tolak macam ni kan kan kan??? Dalam 45 minit tu, korang posing lah macam mana sekalipun, jangan stop walau dua saat pon okay? Ini untuk memastikan supaya gambar diambil banyak-banyak bwahahaa!! Okay, meh aku recap balik.

 

 

309093_2536385453597_1372425515_2944339_1289001209_n

EYESTUDIO PHOTOGRAPHY
Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam

PORTRAITURE PROMO :

  • Price RM79 only
  • White studio photoshoot with Aizul Marcello and team
  • 45 minutes session, unlimited shots
  • This promo valid until 28th October 2011 only, bookings can be made by the date
  • P/S : This photoshoot package only eligible for one person per photoshoot session (dah namanya portrait photoshoot)

 

 

Wahhh mengancam sangat-sangat kan? Heee meh sini mari rapat-rapat sebab aku ada pengumuman nak buat!! Sempena promosi ini juga, korang boleh booking dan buat payment melalui aku. Kira macam agent rahsia lah aku ni. Erkkk rahsia kah? haha..  Sesiapa yang betul-betul nak book promotion ni, boleh ikut procedure di bawah :

  1. Hantarkan NAMA , NO TEL, NO IC dan juga ALAMAT ke email aku sukamenaip@yahoo.com
  2. Buat pembayaran RM79 (no akaun akan diberi selepas anda komfem nak book)
  3. Aku akan transfer bayaran dan juga details korang kat Aizul, then Aizul akan keluarkan resit rasmi untuk korang.
  4. Tarikh photoshoot akan ditentukan oleh pihak eyeStudio, tapi kalau korang nak request tarikh bagitahu awal-awal ye…

 

 

Sebarang pertanyaan boleh pergi LIKE fan page EyeStudio Photography laju-laju ye. Tnegok sendiri kat sana hasil kerja para photographer awesome dari EyeStudio Photography. Kalau betul-betul nak shoot dalam studio dengan harga murah, cepat-cepat booking melalui aku.

 

 

 

SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!

sign NISA


Read More»

Jumaat, 5 Ogos 2011

Nisa Kay by Aizul Marcello

 

Assalamualaikum semua…

 

IMG_4794Ouhhh ini cobaan aku meng-skodeng abam Aizul Marcello. Kahkahkah!!

 

AMARAN!! Gambar-gambar yang bakal aku muatkan dalam entry ni bakal membuat para peminat Aizul Marcello tak keruan. Jeles mungkin? Atau mungkin ada yang dah merancang nak baling botol kosong kat aku?

 

 

IMG_8478 copyPic credit to Irine Nadia Marcello blog.

 

Apa??? Tak kenal Aizul Marcello ? Cari nahas lah. Hahahaa!! Dah la beliau photographer cool aumm aumm! Beliau juga merupakan abang kepada blogger muda remaja cun melecun Irine Nadia Marcello.

 

Haaa jom jom sambung cerita. Apahal laa tajuk entry nak kena ada nama aku dan nama abam Aizul Marcello ?? Hamboi kejar glemer ke haku? Chaitt ape kejadah nye hah? Jangan jeles hokayh sebab aku ada gambar by Aizul Marcello yeargghh!!

 

 

by aizul marcello 1

Photo and edit by Aizul Marcello. Okay jangan nangis sekarang. Huahuaa!! Gambor ni di snap snap oleh abam Aijoll. Jeng jengg.. jangan tanya macam mana gambor aku boleh terlepas nih. huahuaa!! Nanti-nanti aku bagitahu lah!

 

 

by aizul marcello 2Pic credit to : Aizul Marcello

Hahh!! Abaikan tangan aku tuh! Dan please jangan salah fahamm!! Jangan okayhh!! Argghhh!!! Aku dah kata jangan salah faham tu, so jangan lah. Apesal degil sangat ni hah? Grrr!!!

 

 

IMG_4798

Ouh yeee.. Jangan salah faham ye, kalau tengok kat luar, Abam Aizul Marcello  tak tembam pun macam yang korang nampak dalam gambor. Maafkan daku abam Aijoll, aku yang kurus kering sangat nih yang buat beliau nampak tembam comel sebegitu.

 

 

IMG_4799

Whooppss! Alamak! Heeee comel tak kami pakai baju sama biru tua? Kahkahkah!! Perasan betol la daku neh! Kena ketuk dengan mambang aku kang padan muke. Kahkahkah!!

 

Ada yang belum tahu cerita tak??? Kenapa boleh ada nya gambor aku bersama abam Aizul Marcello ??? Yeahhh semestinya pertemuan antara blogger lahhh. Hahah tapi sebenarnye Aizul Marcello ada urusan, tu yang membolehkan aku bertemu beliau..

 

Nak tahu? Rajin-rajin skodeng entry AIZUL MARCELLO yang ini okayh? Hewheww! Okay lah, nak sambung buat kerja. Bubbye. Thanks for reading!!

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay