Jumaat, 23 September 2011

REVIEW Filem Al-Hijab by Pierre Andre

 

Assalamualaikum semua…

 

Selasa lepas aku berpeluang menghadiri majlis pra tonton filem Al-Hijab karya terbaru Pierre Andre. Filem ni dikatakan filem paling seram 2011??? Haaaa kalau nak tahu baca entry ni sampai habis!

 

Sebelum tu aku nak ucap terima kasih sangat sangat kat Cik Helena for the free passes! Sayang Cik Helena ketat-ketat okayh!! Muahh! Hahaa.. Okay lets get straight to the point.

 

AL-HIJAB “Bersedialah bila hijabmu dibuka…”

 

filem-al-hijab

Wuarghhh pertama kali aku tengok poster filem Al-Hijab ni, sumpah aku kata aku tak berani nak tenung lama-lama pun! Kang melekat dalam otak, terbawak-bawak dalam mimpi sapa yang susah?? Wahaha!! Yeaaa di poster nya sahaja sudah ditampilkan elemen serammmmm!!!

 

SINOPSIS :

“Rafael, seorang pelakon extra merupakan seorang yang tidak mempercayai hantu atau makhluk halus kerana beliau tidak pernah nampak hantu. Namun, pada suatu hari beliau telah mendapat tawaran untuk berlakon filem seram. Untuk mendapatkan mood seram, Rafael melakukan homework dengan menonton cerita-cerita seram. Tapi, disebabkan beliau tidak mempercayai hantu, beliau jadi cepat bosan dengan filem-filem seram yang ditontonnya.

Kesungguhan beliau untuk mendapatkan mood seram demi filem yang bakal dibintanginya, Rafael mendapat idea untuk membuka hijab matanya. Beliau nekad untuk mencari orang yang boleh melaksanakan upacara membuka hijab matanya agar beliau boleh melihat hantu. Setelah bertemu dengan orang tertentu, hijab beliau dibuka dan……”

 

 

IMG_7286

Haaa apa dan….??? Dannn…..??? Kalau nak tahu korang kenalah tengok movie nih! Mana boleh cerita habis kat sini hahaa!! Pierre Andre merupakan penulis skrip, pengarah dan juga watak utama dalam filem ni. Digandingkan pulak dengan pendatang baru Nur Fathia yang sangat cun!

 

 

AH3

 

KOMEN AKU :

  • Aku bagi thumbs up kat Pierre Andre sebab filem ini memang seram betul-betul seram okayh!! Bukan seram-seram ayam!

 

  • Permulaan filem yang best sebab mood seram tu awal-awal lagi dah disuntik dalam filem, adegan di jalan terpencil pada tengah malam memang bikin aku berdebar tak sudah!

 

  • Jalan ceritanya yang straight to the point tapi tidak lah senang sangat untuk diteka oleh penonton. Maksud aku, mesej cerita ni jelas dan tidak berbelit-belit.

 

  • Plot yang mudah difahami dan penonton get the message clearly.

 

  • Terselit adegan yang mampu buat satu panggung ketawa. BEST WOHH!!

 

  • Ada adegan Rafael (Pierre Andre) lap kepala Qis (Fathia), semua orang sangka bila tuala tu dialih mesti keluar muka hantu, tapi……..  Haaa nak tahu tengok sendiri!

 

  • Aku bagi 8/10 bintang! Filem seram yang berjaya buat 3 orang lelaki yang duduk sebaris dengan aku menjerit sama! Hahaha…

 

  • Memang ada beberapa part yang harus dibaiki pada masa akan datang, namun bagi peminat filem seram macam aku, aku puas hati dengan Al-Hijab.

 

 

AH15

So.. apa lagi, 6 Oktober nanti ramai-ramailah terjah pawagam, tengok filem Al-Hijab ni tau! Aku rasa mesti menimbulkan fenomena lebih kurang macam filem-filem seram Pierre Andre sebelum ni. Bagi aku, filem ni bukanlah filem tangkap muat aje, sebab menurut Pierre sendiri, skripnya di proses beberapa tahun bagi memastikan hasil yang mantap.

 

 

 

NANTIKAN KEMUNCULAN FILEM AL-HIJAB DI PAWAGAM 6 OKTOBER INI!!

 

 

sign NISA


Read More»

Tu diaaa parcel dari Penang dah mai dahh….

 

Assalamualaikum semua..

 

Herherr entry kali ni saja ditaip untuk berkongsi rasa excited yang amat sangat apabila parcel yang aku nanti-nanti sudah sampai depan mata. Hohoo… Pagi semalam nasib baiklah aku bangun awal, kalau tak memang terlepas abang pos laju!

 

IMG_7328

Kalau dah terlepas abang pos laju, dia tinggal note aje kat kita suruh tuntut parcel kat pusat pos laju. Haiyahh dah la pusat pos laju kat Shah Alam ni jauh nun di Glenmarie. Wuwuwuuu…

 

Dapat aje parcel, aku ramas-ramas ia, macam tebal. Hmmm.. Erkkk! Jangan salah faham istilah ramas meramas di sini! Tettttt!! Bahahahahaa!!! Korang nampak kan, macam yang dalam gambar? Parcel tu agak kembung. Herherr..

 

 

IMG_7330

Yeahhh parcel yang sampai semestinya dari Batik Valley !! Wowww mak suke aww! Dah lama menanti. Hahahaa!! Okay reaksi aku melampau. Sila lempang laju-laju!!

 

 

IMG_7332

Taraaa… inilah dia barang-barang yang terkandung dalam parcel tu tadi. Awww sampai 3 helai okayh! Memang lepas ni aku melaram habis! Memang mak suke aww.. So lepas ni kalau nak keluar berjimba memang tak pening nak pakai baju apa. Semua baju gorgeous kat Batik Valley tu aku kebas! HAHA over betul aku.

 

 

Teasercherrycardigan

Ouhh ye aku memang nak rekemen kat korang shopping lah kat Batik Valley. Memang baju-baju dia comel sangat okayh? Aku geram meyh! Nak beli semua memang tak mampu. Yang paling buat aku membulat biji mata ialah cardigan terbaru nih!!

 

Aku dah siap bayangkan cardigan ni sesuai digayakan dengan tshirt dan jeans kalau nak gaya kasual. Kalau nak ala-ala gegurl sikit atau nak pergi dating or jalan-jalan, korang boleh try pakai dengan long skirt dan sleeveles shirt kat dalam. Aww sweet sangat kan?

 

teaser2

Okay COLOR SPLASH Plain Shirt ni pon comels ouhh!! Warna warni tu yang aku berpinar mata dok usha aje!! Herherher.. Amacam, korang berdebar-debar tak tengok koleksi terbaru Batik Valley??? Haaa tu tanda terpikat dah tu? Haha!!

 

Korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan clothing yang comel lagi terkini dari Batik Valley tau! Nanti melepas korang jugak yang makan hati meyh! Aku tak boleh tolong. Herherherr….

 

Email: batikvalley@gmail.com
Website:
www.batikvalley.com
Blog:http://batikvalley.blogspot.com/
Facebook: http://www.facebook.com/batikvalley

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Khamis, 22 September 2011

Hari ni nekad nak pakai tudung bawal balik!!!

 

Assalamualaikum semua…

 

Hari ni aku tak tahu aku mimpi apa. Oke aku mimpi aku pergi cuti-cuti raya kat Jepun. Err oke takde kaitan. Actually dari semalam lagi aku duk tenung-tenung tudung bawal yang ada dalam laci almari aku. Bila aku nak pakai balik???

 

Sejak aku masuk UNISEL, aku berkenalan dengan selendang atau lebih popular orang panggil shawl. Konon taknak ketinggalan fesyen terkini, aku mencuba-cuba shawl, dan aku stick pakai shawl dan pashmina sampai la sekarang.

 

 

_MG_7722

Tapi sekarang, aku rindu tudung bawal. Aku rindu nak pakai tudung bawal hitam hari-hari pun takde siapa complaint. Kalau pakai shawl mulalah pening nak pilih warna yang matching dengan bajulah, ape lah..

 

 

Picture2673

TARAAAAA…. kembali dengan tudung bawal yeahh!! Actually lebih kurang dua bulan dulu aku pernah cuba kembali dengan tudung bawal. Tapi aku tak tahu kenapa bila aku nak pakai aje mesti tak jadi! Nak menangis pun ada!!!

 

 

Picture2674

Oke jangan tenung lama sangat muka burok aku, plus ada eyebag pulakkk. Semalam penat sangat tidur lambat wohh! Macam manalah eyebag aku tak timbul! Huhuu aku rasa sangat “semester satu” tau bila pakai tudung bawal. Tapi aku rasa macam sweet pulak aku pakai tudung bawal sebab most of girls sekarang pakai shawl or pashmina aje.

 

 

Picture2683

Okayy itu Ana my classmates dengan rambut barunya. Suka lah rambut kau nokss!! Aku pulak muka dah naik berminyak lah lepas keluar lunch tadi. Wuwuuu… Budak kelas aku ada yang suggest aku pakai tudung bawal plus baju kurung supaya lebih jelas kelihatan imej “semester satu” aku dulu.

 

Errr.. hahahaa….. Tapi aku rasa tudung bawal not outdated at all lah! Siapa kata outdated. Tudung bawal lah paling senang nak dapat and tudung sepanjang zaman tau. Alaaa semua yang minat pakai shawl tu sekali sekala pakai balik tudung bawal kan kan kan???

 

 

combined 1

Haaa kalau nak tahu mana nak dapatkan tudung bawal dengan design unik dan trendy, korang boleh beli dekat online shop TUDUNG AIDIJUMA. Alaaa korang yang dah tengok video aku dengan Aman Wan mesti dah tahu pasal tudung ni kan???

 

Heee kalau nak tahu lebih lanjut pasal TUDUNG AIDIJUMA korang boleh ke website TUDUNG AIDIJUMA tau. Hohoo kalau rajin, silalah tunggu entry aku akan datang. Ngeee…

 

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay