Memaparkan catatan dengan label Nur Fathia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nur Fathia. Papar semua catatan

Selasa, 11 Oktober 2011

(GAMBAR) Majlis Pra Tonton filem Al-Hijab

 

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua…

 

Whaaa lamanya masa yang aku ambil untuk update gambar-gambar di sekitar majlis pra tonton filem Al-Hijab. Bukan apa, gambar nye bukan main banyak! Nak edit semua memang tak larat. So bila ada waktu terluang aku edit sikit-sikit.

 

Tanpa buang masa, let the pictures tell its story..

 

IMG_7241

Aku dan KAIZEN SHINOBI. Aku dah pakai wedges punyelah tinggi, tapi beliau lagi tinggi daripada aku??!!

 

 

IMG_7242

ANDYHOWTT dan drebar kehormat kitorang hari itu, SYAFIQ ROSLI. Jangan terkujat tengok dorang semangat berbaju melayu, sebab tema pra tonton tu majlis hari raya. Siap ada jamuan raya uolls!!

 

 

IMG_7248

Alamakkk !!! I terjumpe Fizo Omar yang kachak ya amat tu lah! Orangnya tinggi dan berbadan tegap giteww. Errkk! Hadirnya beliau ke majlis pra tonton bersama pelakon Izara (ehhh yeke nama dia?) Haa skandal ke uolls?

 

 

IMG_7255

Pengacara majlis bersama Pierre Andre.

 

 

IMG_7260

Aku dan Munir, pelakon pembantu filem Al-Hijab yang membantu menambah elemen humor.

 

 

IMG_7263

Berjumpa dengan rakan sesama blogger iaitu FARRA ENG dan juga ZURIEY. Aku pernah dah jumpa dorang ni kat Maybelline Workshop for Bloggers.

 

 

IMG_7269

Sebelum movie start haruslah bergambor dalam panggung! See the free passes? Hohooo…

 

 

IMG_7278

IMG_7282

Gambar di sekitar majlis sidang media filem Al-Hijab . Kami media blogger boleh aje ajukan soalan. Tapi ramai wartawan yang kelassss uolls. So kami berasa agak malu-malu. Aku just dengar soalan dan jawapan aje, mana yang best aku masukkan dalam review filem Al-Hijab .

 

 

IMG_7313

IMG_7316

Sesi bermesra-mesraan bersama pelakon utama filem Al-Hijab iaitu Pierre Andre dan juga Nur Fathia. By the way, Pierre sangat friendly dan rajin melayan kami. Ohohoo!!

 

 

IMG_7304

Bodygurad aku hari itu. Berdiri dari kiri : SYAFIQ ROSLIKAIZEN SHINOBI, dan juga ANDYHOWTT. Thanks a lot kat dorang semua yang datang dengan aku, dan juga kepada bloggers yang menegur aku. Hoho I made some new friends here and I am so happy!

 

Huuu aku memang rajin pergi ke majlis pra tonton filem. Dapat pulak yang ada jamuan makan-makan. Hahaha wayang free, tengok awal pulak tuh! Makan pun free. Memang inilah antara kelebihan bila jadi blogger aktif!

 

MORE PICTURES, GO TO : FANPAGE SAYA SUKA MENAIP

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 23 September 2011

REVIEW Filem Al-Hijab by Pierre Andre

 

Assalamualaikum semua…

 

Selasa lepas aku berpeluang menghadiri majlis pra tonton filem Al-Hijab karya terbaru Pierre Andre. Filem ni dikatakan filem paling seram 2011??? Haaaa kalau nak tahu baca entry ni sampai habis!

 

Sebelum tu aku nak ucap terima kasih sangat sangat kat Cik Helena for the free passes! Sayang Cik Helena ketat-ketat okayh!! Muahh! Hahaa.. Okay lets get straight to the point.

 

AL-HIJAB “Bersedialah bila hijabmu dibuka…”

 

filem-al-hijab

Wuarghhh pertama kali aku tengok poster filem Al-Hijab ni, sumpah aku kata aku tak berani nak tenung lama-lama pun! Kang melekat dalam otak, terbawak-bawak dalam mimpi sapa yang susah?? Wahaha!! Yeaaa di poster nya sahaja sudah ditampilkan elemen serammmmm!!!

 

SINOPSIS :

“Rafael, seorang pelakon extra merupakan seorang yang tidak mempercayai hantu atau makhluk halus kerana beliau tidak pernah nampak hantu. Namun, pada suatu hari beliau telah mendapat tawaran untuk berlakon filem seram. Untuk mendapatkan mood seram, Rafael melakukan homework dengan menonton cerita-cerita seram. Tapi, disebabkan beliau tidak mempercayai hantu, beliau jadi cepat bosan dengan filem-filem seram yang ditontonnya.

Kesungguhan beliau untuk mendapatkan mood seram demi filem yang bakal dibintanginya, Rafael mendapat idea untuk membuka hijab matanya. Beliau nekad untuk mencari orang yang boleh melaksanakan upacara membuka hijab matanya agar beliau boleh melihat hantu. Setelah bertemu dengan orang tertentu, hijab beliau dibuka dan……”

 

 

IMG_7286

Haaa apa dan….??? Dannn…..??? Kalau nak tahu korang kenalah tengok movie nih! Mana boleh cerita habis kat sini hahaa!! Pierre Andre merupakan penulis skrip, pengarah dan juga watak utama dalam filem ni. Digandingkan pulak dengan pendatang baru Nur Fathia yang sangat cun!

 

 

AH3

 

KOMEN AKU :

  • Aku bagi thumbs up kat Pierre Andre sebab filem ini memang seram betul-betul seram okayh!! Bukan seram-seram ayam!

 

  • Permulaan filem yang best sebab mood seram tu awal-awal lagi dah disuntik dalam filem, adegan di jalan terpencil pada tengah malam memang bikin aku berdebar tak sudah!

 

  • Jalan ceritanya yang straight to the point tapi tidak lah senang sangat untuk diteka oleh penonton. Maksud aku, mesej cerita ni jelas dan tidak berbelit-belit.

 

  • Plot yang mudah difahami dan penonton get the message clearly.

 

  • Terselit adegan yang mampu buat satu panggung ketawa. BEST WOHH!!

 

  • Ada adegan Rafael (Pierre Andre) lap kepala Qis (Fathia), semua orang sangka bila tuala tu dialih mesti keluar muka hantu, tapi……..  Haaa nak tahu tengok sendiri!

 

  • Aku bagi 8/10 bintang! Filem seram yang berjaya buat 3 orang lelaki yang duduk sebaris dengan aku menjerit sama! Hahaha…

 

  • Memang ada beberapa part yang harus dibaiki pada masa akan datang, namun bagi peminat filem seram macam aku, aku puas hati dengan Al-Hijab.

 

 

AH15

So.. apa lagi, 6 Oktober nanti ramai-ramailah terjah pawagam, tengok filem Al-Hijab ni tau! Aku rasa mesti menimbulkan fenomena lebih kurang macam filem-filem seram Pierre Andre sebelum ni. Bagi aku, filem ni bukanlah filem tangkap muat aje, sebab menurut Pierre sendiri, skripnya di proses beberapa tahun bagi memastikan hasil yang mantap.

 

 

 

NANTIKAN KEMUNCULAN FILEM AL-HIJAB DI PAWAGAM 6 OKTOBER INI!!

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay