Assalamualaikum..
Yeahhh dalam pada assignment yang kian menggunung, tak lupa juga aku nak kongsi dengan para pembaca blog, terutamanya kepada hijabi-star di luar sana! Ada event best untuk kita semua hadiri tau! Aku tengok tentative pun macam wow best ni best niii!! Korang korang meh tengok sini !
Event khas untuk WANITA SAHAJA ini akan berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2012. Acara berlangsung dari jam 2 hingga 6 petang ya! Satu acara peragaan busana muslimah akan diadakan. Peragaan akan melibatkan beberapa online shop yang menjual busana muslimah yang cun cun !! Girlssss you don’t wanna miss it, like seriously !!!
Penampilan khas oleh selebriti muslimah seperti – Natasha Hudson, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Noryn Aziz, Diana Aziz dan Farah Asyikin.. Nak jumpa blogger femes ames? Jom jom maybe korang boleh jumpa jugak dengan Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Maria Elena, Cik Epal, Ida & Ina Mansor serta Ami Schaheera. Harga tiket termasuk dengan goodie bag dan hi-tea tau! Best best!!
Selain daripada fashion show tadi, satu bengkel hijab juga akan diadakan. Haaa korang boleh lah belajar dan tengok live tutorial cara-cara menggayakan hijab dengan stailo sekali. Dalam pada nak stailo tu tak lupa juga menutup aurat ye dak??
Acara tak berhenti di situ sahaja. Pada 14 Oktober, korang masih boleh datang untuk Grooming Class dengan image consultant yang diiktiraf iaitu Sara Hata. Wahh jadilah muslimah yang berketrampilan okay!!
Anda nak keluar tapi takut tak sempat nak berias? Jom jom datang make over workshop! Anda akan belajar cara-cara nak make over wajah dalam masa 15 minit sahaja! Make over mudah untuk membuat wajah kelihatan segar berseri untuk keluar. Bukan nye nak suruh mekap tebal-tebal macam anak patung okay!
Haa apa lagi? Jangan lupa ajak ramai-ramai kawan-kawan pergi event ni! Tiket untuk seorang bagi event fashion show berharga RM100. Kalau beli 5 tiket akan dapat harga RM450, manakala kalau beli 10 tiket akan dapat harga istimewa RM750 ajeee !! Jom jom beli tiket sekali dengan kawan-kawan !
Untuk slot Bengkel Hijab bersama Anizon, Grooming Class with Sara Hata, dan Make Over by Mea Sukri, harga tiket masing-masing adalah RM60. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, boleh ke link di bawah :
XOXO
Psstttt Nisa mungkin akan pergi event ni jugak ;)
mcm best je event ni :)
BalasPadamuntuk lelaki xder ker..hahahaha
BalasPadam