Memaparkan catatan dengan label Fatin Liyana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fatin Liyana. Papar semua catatan

Ahad, 7 Oktober 2012

Jom ramai-ramai ke event MOSLEMA IN STYLE !!

 

Assalamualaikum..

 

Yeahhh dalam pada assignment yang kian menggunung, tak lupa juga aku nak kongsi dengan para pembaca blog, terutamanya kepada hijabi-star di luar sana! Ada event best untuk kita semua hadiri tau! Aku tengok tentative pun macam wow best ni best niii!! Korang korang meh tengok sini !

 

http://www.moslemainstyle.com

mis1

Event khas untuk WANITA SAHAJA ini akan berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2012. Acara berlangsung dari jam 2 hingga 6 petang ya! Satu acara peragaan busana muslimah akan diadakan. Peragaan akan melibatkan beberapa online shop yang menjual busana muslimah yang cun cun !! Girlssss you don’t wanna miss it, like seriously !!!

 

Penampilan khas oleh selebriti muslimah seperti – Natasha Hudson, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Noryn Aziz, Diana Aziz dan Farah Asyikin.. Nak jumpa blogger femes ames? Jom jom maybe korang boleh jumpa jugak dengan Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Maria Elena, Cik Epal, Ida & Ina Mansor serta Ami Schaheera. Harga tiket termasuk dengan goodie bag dan hi-tea tau! Best best!!

 

 

mis3

Selain daripada fashion show tadi, satu bengkel hijab juga akan diadakan. Haaa korang boleh lah belajar dan tengok live tutorial cara-cara menggayakan hijab dengan stailo sekali. Dalam pada nak stailo tu tak lupa juga menutup aurat ye dak??

 

 

mis2

Acara tak berhenti di situ sahaja. Pada 14 Oktober, korang masih boleh datang untuk Grooming Class dengan image consultant yang diiktiraf iaitu Sara Hata. Wahh jadilah muslimah yang berketrampilan okay!!

 

mis4

Anda nak keluar tapi takut tak sempat nak berias? Jom jom datang make over workshop! Anda akan belajar cara-cara nak make over wajah dalam masa 15 minit sahaja! Make over mudah untuk membuat wajah kelihatan segar berseri untuk keluar. Bukan nye nak suruh mekap tebal-tebal macam anak patung okay!

 

Haa apa lagi? Jangan lupa ajak ramai-ramai kawan-kawan pergi event ni! Tiket untuk seorang bagi event fashion show berharga RM100. Kalau beli 5 tiket akan dapat harga RM450, manakala kalau beli 10 tiket akan dapat harga istimewa RM750 ajeee !! Jom jom beli tiket sekali dengan kawan-kawan !

 

Untuk slot Bengkel Hijab bersama Anizon, Grooming Class with Sara Hata, dan Make Over by Mea Sukri, harga tiket masing-masing adalah RM60. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, boleh ke link di bawah :

http://www.moslemainstyle.com

 

 

 

 

XOXO

Psstttt Nisa mungkin akan pergi event ni jugak ;)


Read More»

Ahad, 8 Julai 2012

Dialog hanya rekaan semata-mata ye.

 

 

Assalamualaikum…

 

 

Entry pantas lagi tuntas. Maaf entry kurang menaip hari ni.

 

P1014336

Fatin Liyana dan kengkawannya…

 

 

PARODY 1

Baby ni anak si Ujang.

 

 

Dialog-dialog di atas adalah rekaan semata-mata ye.. Takde kena mengena dengan yang hidup mahupun dengan yang telah tiada.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 3 Julai 2012

Sekitar majlis perkahwinan Irine Nadia Marcello – MERIAH !!

 

Assalamualaikum…

 

Wahahaa tak habis-habis lagi entry pasal wedding Irine Nadia ni kan… Haruslah tak habis-habis lagi, gambor punye lah banyok ni haaa! Lepas habis buat entry semua baru aku ingat nak upload gambar-gambar yang ada ke fanpage. So korang ramai-ramai sila like page SAYA SUKA MENAIP dulu! Kekekee…

 

Baiklah.. kalau entry sebelum ni aku lebih fokus kepada gambar-gambar kedua mempelai iaitu Irine Nadia dan suami beliau serta gambar serba sedikit sekitar majlis perkahwinannya, kali ni aku nak share kisah kemeriahan majlis bila rerakan blogger dah turun padang.

 

Baiklah… orang pertama yang aku jumpa masa wedding Irine Nadia sudah tentunya ahli keluarga beliau. Aku ingat dah lambat nak datang, sebab tak pernah datang ke area Masjid Tanah.. Alhamdulillah dengan adanya aplikasi Maps dalam S2 aku ni, maka sampailah kami ke Masjid Tanah Melaka.

 

IMG_4042

Lepas menapak dua tiga langkah, aku ternampak blogger DENA BAHRIN yang mana video lamaran beliau meletop-letopss kat youtube tu. SubhanAllah dear, you have such a beautiful story, Allah Maha Besar :’) Really envy you dear.. And Dena is truly comelss!! Aww nasib aku tak cubit je pipi beliau. Ihik!!

 

 

P1014079

Lepas tu berduduk-duduk, bertemu para blogger yang hadir pada majlis tersebut. Budak kecik dengan baby di atas tak lain tak bukan YUYU ZULAIKHA. Kemain ko ye Yuyu memangku baby si Ujang haaa.. Terserlah sifat keibuan Yuyu aww!

 

 

P1014085

Kemain haaa busy si Irine melayan tetamu.. Adapun pasangan pengantin sedang bersantap sekalipun, kalau ada yang datang nak bersalam, bergambar semua layankan aje. Ceria sungguh pasangan ini. Gembira berseri-seri!

 

 

P1014138

Ni part suap kek, salam peluk cium betullah bikin aku bergenang air mata. Takleh nangis woi, jatuh saham kang! Kekekee… Aku duk la terbayang aku kahwin nanti macam ni ke? Cuma bayangan pengantin lelaki je samar sikit sebab tak tahu lagi siapa jodoh aku. Aww :’D

 

 

P1014179

Aku dan adik aku si Iyeen. Kesian dia, aku duk hangkut la pergi majlis orang, then bila jumpa geng aku, aku biar dia sorang-sorang. Haha kejam dowh aku. Nasib dia jenis mengikut je, diam je. Barulah aku senang nak angkut gi memana.

 

 

P1014173

Masa untuk meruntuhkan pelamin, duk la rerakan blogger ni haa naik atas pelamin ramai-ramai nak bergambor dengan Irine dan suami. Nasib baik kedua-duanya sporting! Tu ape entah aku duk membebel kat Irine dengan laki dia. Pasal anak kot.. EHHH??!!

 

 

IMG_4146

Awwww… dah boleh dah tu Irine dan suami menimang cahaya mata! Amboiii kemain aku! Hahahah!!!

 

 

P1014186

Aku dan blogger SYAFIQ ROSLI yang sekarang bukan main susah nak jumpa!

 

 

P1014187

Aku dan blogger EMAN THE HALIA yang sama jugak susah nak jumpa sebab beliau study nun di Nilai sana…

 

 

P1014194

Blogger lelaki bersama abang pengantin perempuan. DARI KIRI : SYAFIQ ROSLI, AYEEM AYAM, HAMZAH IAN, AIZUL MARCELLO, UJANG, NAZIRUL HAZWAN dan EMAN THE HALIA .

 

 

P1014203

And this is the cute AMIRAH BAZILAH, adik kepada blogger SYAFIQ ROSLI tadi. Rasanya ni first time kita jumpa kan dik? Hehehe you’re so cute in pictures, and in real life too! Thanks sebab adik ni rajin sangat like gambor kat instagram kite. Ahakss!

 

 

P1014239

Okayy bila rerakan blogger dah pulang, aku belom pulang lagi. Sebab 15 minit sebelum aku bertolak ke Melaka, aku tergerak hati nak bukak page event wedding Irine ni kat Facebook, and aku ternampak Fatin Liyana Asri is going! Ingatkan dia tak jadi datang or lambat, then bila munculkan diri aku lak dup dap dup dap!

 

 

IMG_4219

Tetamu pun ramai dah balik, maka kami yang tinggal ni dapatlah berhibur mendengarkan pasangan pengantin karaoke lagu Dua Insan cewahhh! Walaupun pengantin laki nampaknye segan silu nak nyanyi tapi beliau sporting!

 

 

IMG_4244

Berhuru-hara bersama pengantin. Last kopek punya bergambor bagai nak rak ye.Mentang-mentanglah tetamu semua dah balik. Tinggal kami-kami je. Haha!! DARI KIRI : Nisa Kay, Fatin Liyana Asri, Irine Nadia, Datin Wowhh dan Pen Merah.

 

 

IMG_4273

Ni dah kenapa aku dengan si Fatin ni bercangkung kat sini? Haha!! Alkisahnye nantilah aku cerita ye. Banyak sangat gambar berkenaan kisah cangkung ni. Hhahaha!!

 

 

P1014351

Okay lastttt!!!!!!!!!!! Tak daya dah aku entry panjang berjela!! Ni lah geng-geng yang stay sampai habis majlis. Lepas bergambor dengan kitorang, pengantin terus pergi outdoor photoshoot. Haaa bayangkanlah sampai ke petang kami duk bergambor sakan!

 

Heee kepada IRINE NADIA, tenkiu dik sebab invite ke majlis kahwin ni.. dan kepada FATIN LIYANA and the geng, thanks sebab korang sangat sangat friendly dan sporting dan suke bergambar jugak macam daku! KEHKEHKEH. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 30 Jun 2012

Bertemu si Honey Koyuki

 

Assalamualaikum…

 

Haaaa sebut je HONEY KOYUKI mesti semua kenal kan. Kalau tak kenal dengan nickname ni aku tak tau la apa nak jadi. Kalau anda bukan blogger mungkin ada yang kurang familiar.. Tapi kalau anda blogger tapi tak pernah dengar atau kenal Honey Koyuki ni sila balik rumah menuntut balik ilmu blogging dari bab satu!

 

Hari ni aku pergi wedding blogger kiut miut lagi meletopss iaitu Irine Nadia Marcello. Alhamdulillah selamat kau dik menjadi isteri kepada Vel Oliver. Errr nama sebenar husband dia aku tak tahu. Kekekee.. Dan pada majlis penuh meriah ni, aku telah bertemu blogger femes ames yang telah lama ku minat dalam diam (apakah??)

 

HONEY KOYUKI

IMG_4193

Okay macam pelik pulak aku panggil dia Honey Koyuki. Itu URL blog dia lah! Hahahaa blogger yang aku maksudkan tak lain tak bukan Falin Litana.. ehh!! Ampunnn ampun!!! FATIN LIYANA in da houzzzz bebehh!!!

 

Tak tersangka daku, di bumi Melaka inilah (ayat stok buku Sejarah), di majlis gilang gemilang inilah aku akhirnya dipertemukan dengan blogger ini yang telah lama aku nak jumpa. Apakah macam sakai sungguh ayat aku tadi.. Huk huk…

 

 

IMG_4191

Ini yang payah bergambar dengan orang cantik amat macam Atin. Isk isk iskk dah terkurang kecomelan aku sebab muka Atin bersinar-sinar. Ehhh over lak aku. Pakai Fair and Lovely ye Atin? Kekekekee… Sesungguhnya aku ingat beliau ni sombong orangnya. Tapi hampagas sungguh diriku kerana sesuka hati judge beliau. Ternyata Fatin Liyana sungguh la peramas mesra. Ehhh!!

 

Okay okayyy dah malas upload bebanyak gambar. Tunggu aje lah aku update kat belog yang fana ni yeh. Tu pun kalau aku cukup rajin nak update! Muahahaa!!! Okaylah… Thanks Fatin Liyana.. nantikan I upload video kita kat Youtube eh? VIDEO?? Harharhar!! Nantikan. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 2 Januari 2012

Terima kasih 2011 (Part 2)

 

Assalamualaikum…

 

Haaa hari tu aku dah update pasal Terima kasih 2011 (part 1) kan.. Itu baru ringkasan tahun 2011 aku sepanjang bulan Januari, Februari dan Mac… Banyak lagi yang aku nak ingat balik… So sebab tu aku bahagi-bahagikan.. Aku malas lah buat entry meleret ape semua.. Okay jom kita teruskan dengan imbasan tahun 2011 aku..

 

APRIL – MEI – JUN 2011

 

Hmmm… satu ujian melanda aku dan keluarga aku… Aku kehilangan atuk tersayang (keluarga belah abah). Di saat aku menangis sebab tak dapat balik (masa tu duit tak cukup), ada insan berhati mulia tolong aku sampai aku dapat balik Temerloh.. Semoga roh arwah atuk aku dicucuri rahmat. Al-fatihah.

 

 

Kerinduan terhadap sahabat-sahabat blogger semakin menjadi-jadi. Then aku ajak dorang berjumpa kat Subang Parade. Masa tu ada kawan kampus UNISEL turut join sekaki. Memang best! Thank you korang!

 

 

Dapat jumpa Lisa Surihani buat pertama kalinya di The Curve! Beliau sangat sweet dan cantik walaupun tak mekap sangat! Awww jelesnye dengan beliau! Hikhikss.. Lepas tu siap buat vlog dengan Lisa. Kau hado! [BACA ENTRY DI SINI]

 

 

Gathering Sahabat Blogger di Taman Metropolitan Kepong. Walaupun hujan.. tetap meriah!!

 

 

Gathering Sahabat Blogger di Mid Valley. Yang ni aku asyik kena bahan aje dengan mereka-mereka yang hadir. Hehe yang penting dorang semua sporting!

 

 

Ini peristiwa yang palingggg best tahun 2011 !!! Tak pernah aku sangka yang kawan-kawan aku akan buat surprise untuk birthday aku !! Ya Allah bersyukurnya aku ada mereka! Muah muah!!

 

 

Satu pengalaman bermakna juga bila aku berpeluang join kelas penampilan diri by Dya Romantika. Sangat best berjumpa dengan gadis-gadis yang minat kecantikan macam aku errr?? Kekekee..

 

Wahhh berjela jugaklah entry aku nih!! Hahahaa bukan senang aku nak compile kan kisah 3 bulan dalam satu entry! Yang ada gambar tu aku highlight kan pengalaman yang best. Yang aku letak link tu antara kisah yang aku suka… Okay jumpa lagi di bahagian seterusnya!

 

 

 

SELAMAT TAHUN BARU 2012!

Sign PNG NisaKay

 

 

 

TWEET, LIKE or SHARE this entry!!


Read More»

Rabu, 27 April 2011

Terima kasih lagi.

Assalamualaikum semua…

Di saat aku mula menulis entry ini, jam di penjuru skrin laptop menunjukkan 4.37pm. Urrgghhh cuaca di luar masih panas terik. Mungkin aku akan keluar petang sedikit, tunggu lah sampai cuaca agak redup.

Handphone Sony yang aku repair dah pun siap dan aku tahu ia meronta-ronta memanggil aku untuk bawak dia pulang. Cewahhhh bukan main lagi aku nak bermadah bagai. Sudah! Ptuihhh.

 

 terimakasih

 

Heee TERIMA KASIH! Hanya dua patah perkataan ni yang mampu aku ucapkan kepada semua followers tercinta. Terharunya aku, walaupun aku sekarang sangat busy dan tak update blog, masih ramai yang singgah dan tinggalkan komen.

Walaupun followers blog aku masih seciput kalau nak banding dengan blogger cun melecun Fatin Liyana dan Yuyu Zulaikha, tapi aku nak terharu jugak! Ye lahhh… selama aku berblogging, tak penah aku impikan blog aku jadi macam hari ni. Srootttt (hembus hingus kat tisu)

Oke meh sini semua aku nak share kan beberapa entry yang mana ada mention nama aku or nama blog aku (walaupun sekali aje mention nye)

 

 

Haaaa tu dia entry-entry nyaaa.. Thanks kepada semua di atas yang sudi mention kitew dalam blog diewww.. Auwwww terharunyeee sobsobbb~ Kepada followers yang lain, anda juga sama bermakna di mata saya. Hekhekk… Thanks kepada yang follow blog aku secara rela (sebab aku tak amalkan konsep “I follow you, you follow I” ye…. Aku sangat menghargai kepada yang follow tanpa paksaan, dan tidak memaksa untuk follow.

Ohhhh ye… lepas ni kalau aku ada mood, aku akan buat entry pasal giveaway aku yang bakal aku jalankan pada masa akan datang. Giveaway ni aku buat khas untuk follower aku ye.. Dan alhamdulillah setakat ni, aku dah dapat 3 orang sponsor untuk giveaway aku. Dan insyaAllah kalau ada yang nak sponsor, aku alu-alu kan yeee. Hekhekhekk…

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 1 April 2011

Yuyu Zulaikha tak payah kembang hidung sangat, Fatin Liyana pon singgah blog aku ape???

Oke tajuk entry ini sangattttt panjang dan penuh unsur kedengkian terhadap si akak kupu-kupu kecik, yakni Yuyu Zulaikha. HOH??? Aku gaduh ke dengan Yuyu comel nih??? Waduh duhhh.. mana bisa gue gaduh sama dia??? Tak sampai hati meyhhh!! Yuyu Zulaikha comel gilaaa kot????

 

IMG_1553

Haaaa see??? Comel gila kan si Kupu-kupu Kecik ni??? Sooooo… tak ade maknanye aku nak gadoh-gadoh dengan dia… sebenarnye aku ni jeles amat laa dengan si Yuyu sebab blogger cantik+femes+pandai telah datang bertandang ke blog beliau. Sila lihat bukti yang Yuyu kemukakan di ENTRY COMEL INI.

Tambah pedih kat hati aku ialah dengan naiknya entry kedua mengenai FATIN LIYANA. Adehhhh takkan up entry pasal FL lagi si Yuyu ni? Mak oiii memang kecemburuan meluap-luap laa jawabnye. Hahahaaa… oke, kecemburuan melampau terlampau aku itu tercetus dengan ENTRY CANTIK INI .

Hehee tapi tak lama selepas itu.. kekecewaan ku yang melara-lara ini terubat apabila….. JENG JENG JENG…….!!!!!!!!!!!!!!

 

fatin liyanaAku pulak yang macam model?? Hek hek hek!! Mana boleh lawan Fatin Liyana meyhhh :D Entry yang beliau komen itu ialah entry yang ini.

Yeahhh!!!! Ituuuu dia si cantik manis FATIN LIYANA singgah blog aku meyhhh!!! Aku tarik nafas hembus nafas banyak kali kot!! Gara-gara persinggahan beliau, aku mampu tidur dengan senyuman laa malam ni. Oke melampau. HAHA… Cuma terharu apabila blogger feymes gila ni sanggup laa jengah blog aku dan tinggal jejak walau sekali cuma.. Sob sob sob~ Air mata keterharuan melimpah-limpah. Oke melampau lagi. Macam hape jek aku. HEK HEK HEK!!

Oke to si comel Yuyu Zulaikha kite happy bila awak happy oke? Semoga blog awak maju jaya ye sayang. Mmuuahhxx!!

To gorgeous Fatin Liyana, thanks for dropping by… Sangat terharu tau. Hehehe.. semoga satu hari nanti dapat jumpa awak or photoshoot dengan awak. HEK HEK HEK!!

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay