Memaparkan catatan dengan label Yuyu Zulaikha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yuyu Zulaikha. Papar semua catatan

Isnin, 8 April 2013

Bloggers brunch date with Fazura !

 

Assalamualaikum..

 

Wah wahhh nak taip tajuk entry saja pun dah berdebar-debar.. Apatah lagi nak menaip seluruh entry! Hari ni akan aku kongsikan dengan pembaca semua pengalaman yang aku sendiri tak percaya boleh alami.. Pengalaman yang sukar didapati di tempat lain atau dengan orang lain!

 

Yes, seperti yang tertulis di tajuk entry ini, it’s a brunch date with FAZURA ! Fazura bukan Fazura biasa, tapi Nur Fazura aktres terkenal Malaysia, Nur Fazura jelitawan negara, dan sudah tentunya Nur Fazura duta Colgate Optic White itu lah ! Terima kasih kepada pihak yang terlibat untuk merealisasikan impian aku (dan mungkin juga impian semua blogger yang terlibat) untuk duduk makan semeja dengan Fazura !

 

DSC00109

 

Temujanji diadakan di restoran Delicious, Dua Residency, Kuala Lumpur. It was a quite private event, as it was held at the very corner of the restaurant and they even decorate it red and white ! Lovely colours ! Temujanji ini diatur selepas event pelancaran Colgate Optic White minggu sudah.

 

 

cats

Surprises on the table ! Each of the bloggers got themselves a super cute teddy keychain ! Plus, Colgate’s product some more ! Yeah! Jimat bulan ni dah banyak stok Colgate, jenama ubat gigi kegemaran dari kecil lagi tu !

 

 

DSC00103

Ehemm… memandangkan aku sampai sedikit lewat dari jadual sebab pakcik teksi tak tahu jalan, masuk-masuk aje aku terus bergambar sakan dengan Fazura ! Wahhhh jelita sangat Fazura ni ! Semasa majlis pelancaran Colgate Optic White kami bloggers tak berkesempatan nak bertemu dan bergambar dengan beliau, jadi masa nilah kami nak bergambar puas-puas! Hahaa!!

 

 

DSC00126

Polaroid pictures of us were taken and Fazura signed on each of the picture. Yeayyy dapat gambar polaroid kenang-kenangan dengan Fazura !

 

 

cats2

The food at Delicious suits the restaurant’s name.. They were great and reallyyyy make me full ! Ahaaa.. I super love the red velvet cake ! Sambil makan tu, kami pun berbual mengenai macam-macam perkara.. Semasa menikmati juadah pembuka selera iaitu mushroom soup, Fazura berkongsi tips nak kurus ! Haaa mesti ramai suke nak tahu nii !

 

TIPS FAZURA #1
Untuk kekal langsing seperti apa yang Fazura amalkan, beliau makan malam sebelum jam 7 hingga 8 malam, dan tidak mengambil makanan berat di waktu malam. Makanan seperti mushroom soup dan garlic bread cukup untuk mengalas perut yang kosong di waktu malam.

 

TIPS FAZURA #2
Lakukan senaman ! Tanpa senaman, diet macam mana pun tarak jalannn… Muahaha… Fazura berkongsi dengan kami bloggers antara senaman yang dilakukannya setiap minggu ialah pilates.

 

TIPS FAZURA #3
Untuk wajah bersih dan cantik, sentiasa bersihkan wajah sebelum tidur dan gunakan produk penjagaan kulit anda secara berdisiplin !

 

 

cats3

Wahhh ada games pula yang diatur ! Dan setiap orang boleh memenangi hadiah ! Sebuah kotak yang dibalut sebanyak 6 lapis telah diberi kepada Fazura untuk memulakan permainan, balutan pertama hendaklah dibuka dan akan ada nombor di atas balutan kedua. Soalan akan ditanya menurut nombor yang kita kena tu ye. Makin susah soalan, makin besarlah hadiah wuahaha!!

 

Sambil main permainan, menikmati juadah makanan yang sedap-sedap, banyak juga yang kami bualkan… Semestinya kami nak tahu mengenai diri Fazura sendiri… Apa tips wajah cantik? Kegemaran? Bagaimana boleh terlibat dengan dunia lakonan??

 

FAZURA’S SHARING #1
Merupakan seorang yang agak tembam comel di waktu sekolah dahulu dan sering disangka memakai blusher ke sekolah!

 

FAZURA’S SHARING #2
Tidak berminat dengan bidang lakonan pada mulanya, namun rezeki melimpah ruah sejak percubaan pertama kali beliau. So, Fazura decide nak teruskan berlakon.

 

FAZURA’S SHARING #3
If there are people who treat us badly, tak perlu kita membalasnya. Masa akan menentukan, Allah yang akan membalasnya! Kita hanya perlu sabar dan tabah menghadapinya. Yeah go girls !

 

FAZURA’S SHARING #4
Jangan tekun menjaga wajah saja, kesihatan oral pun penting! Wajah yang cantik bertambah seri dengan gigi yang putih senyuman menawan. Rahsia Fazura? Semestinya Colgate Optic White !

 

FAZURA’S SHARING #5
Lebih gemar menghabiskan waktu lapang di rumah dengan keluarga dan teman-teman rapat. Seorang yang kurang gemar aktiviti outdoor.

 

 

cats4

Fazura always said “One bright smile!!” whenever she took pictures with us ! Yes, let smile confidently, cheer up your mood and brighten up your day ! Another thing that she shared with us bloggers is “BE POSITIVE”. Well, she didn’t say it directly but from her attitude I can see that Fazura is actually a very positive and cheerful person ! She is definitely the perfect one to be the face of Colgate Optic White!

 

 

DSC00168

Group photo before the day end ! Dari kiri : Shazwani Hamid, Shea Rasol, Bobo Stephanie, the gorgeous and amazing Fazura, Yuyu Zulaikha dan saya !

 

 

Heee pengalaman manis bersama rakan-rakan blogger dan Fazura selaku duta Colgate Optic White tak akan aku lupakan sampai bila-bila, lebih-lebih lagi mengenai tips dan perkongsian yang telah aku kongsikan juga dengan pembaca semua !

 

Lepas sesi brunch dengan Fazura dan rakan-rakan blogger ni, banyak juga perkara menarik dan tips-tips yang Fazura kongsi dengan kami. Kata beliau, muka kita jaga sebab orang selalu pandang, maka gigi pun kena jaga sebab itu kunci seri wajah sebenar! Lebih yakinlah aku dengan Colgate Optic White melihat Fazura yang sentiasa tersenyum with a bright white smile throughout the event.

 

Dan korang yang membaca ni pun jangan lupa untuk mencuba rangkaian terbaru dari Colgate iaitu Colgate Optic White Toothpaste ! Gigi satu tona lebih putih selepas 7 hari* tau ! Senyum dengan lebih yakin ! Senyum itu penyeri wajah, senyum itu penghapus duka, senyum itu penyeri hari… Semestinya senyum yang paling menawan ialah senyum yang menampakkan sebaris gigi putih dan bersih !

 

 

*Apabila digunakan mengikut arahan, untuk kesan kotoran di permukaan luar gigi sahaja. Hasil tahap pemutihan gigi setiap individu mungkin berbeza.

XOXO


Read More»

Ahad, 7 Oktober 2012

Jom ramai-ramai ke event MOSLEMA IN STYLE !!

 

Assalamualaikum..

 

Yeahhh dalam pada assignment yang kian menggunung, tak lupa juga aku nak kongsi dengan para pembaca blog, terutamanya kepada hijabi-star di luar sana! Ada event best untuk kita semua hadiri tau! Aku tengok tentative pun macam wow best ni best niii!! Korang korang meh tengok sini !

 

http://www.moslemainstyle.com

mis1

Event khas untuk WANITA SAHAJA ini akan berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2012. Acara berlangsung dari jam 2 hingga 6 petang ya! Satu acara peragaan busana muslimah akan diadakan. Peragaan akan melibatkan beberapa online shop yang menjual busana muslimah yang cun cun !! Girlssss you don’t wanna miss it, like seriously !!!

 

Penampilan khas oleh selebriti muslimah seperti – Natasha Hudson, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Noryn Aziz, Diana Aziz dan Farah Asyikin.. Nak jumpa blogger femes ames? Jom jom maybe korang boleh jumpa jugak dengan Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Maria Elena, Cik Epal, Ida & Ina Mansor serta Ami Schaheera. Harga tiket termasuk dengan goodie bag dan hi-tea tau! Best best!!

 

 

mis3

Selain daripada fashion show tadi, satu bengkel hijab juga akan diadakan. Haaa korang boleh lah belajar dan tengok live tutorial cara-cara menggayakan hijab dengan stailo sekali. Dalam pada nak stailo tu tak lupa juga menutup aurat ye dak??

 

 

mis2

Acara tak berhenti di situ sahaja. Pada 14 Oktober, korang masih boleh datang untuk Grooming Class dengan image consultant yang diiktiraf iaitu Sara Hata. Wahh jadilah muslimah yang berketrampilan okay!!

 

mis4

Anda nak keluar tapi takut tak sempat nak berias? Jom jom datang make over workshop! Anda akan belajar cara-cara nak make over wajah dalam masa 15 minit sahaja! Make over mudah untuk membuat wajah kelihatan segar berseri untuk keluar. Bukan nye nak suruh mekap tebal-tebal macam anak patung okay!

 

Haa apa lagi? Jangan lupa ajak ramai-ramai kawan-kawan pergi event ni! Tiket untuk seorang bagi event fashion show berharga RM100. Kalau beli 5 tiket akan dapat harga RM450, manakala kalau beli 10 tiket akan dapat harga istimewa RM750 ajeee !! Jom jom beli tiket sekali dengan kawan-kawan !

 

Untuk slot Bengkel Hijab bersama Anizon, Grooming Class with Sara Hata, dan Make Over by Mea Sukri, harga tiket masing-masing adalah RM60. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, boleh ke link di bawah :

http://www.moslemainstyle.com

 

 

 

 

XOXO

Psstttt Nisa mungkin akan pergi event ni jugak ;)


Read More»

Isnin, 13 Ogos 2012

Model ARA LEE BOUTIQUE

 

Assalamualaikum…

 

Waduh-waduh lamanye nak update pasal ni, tapi tak ber-update pun! Apa nak jadi la dengan aku sekarang ni, tahap kepemalasan tinggi ya amat! Bulan puasa ni pun duk rumah je, tapi disebabkan duduk-duduk tu la yang buat aku ase lemah bermaya aje. Tapi kalau sebut pasal berjalan aku lah yang pertama yang excited!

 

Beberapa bulan lalu (ye dah berapa bulan dah) aku telah dijemput oleh akak model yang cantik sangat sangat iaitu ARA LEE untuk menjadi salah satu model dalam online shop beliau. Masa tu kalau tak silap aku dia memang baru bukak online shop. Selain aku dan kak Ara sendiri jadi model, dua orang blogger lain yang turut dijemput jadi model ialah Love Bunga Querida dan Yuyu Zulaikha.

 

P3041673

Aku lambat sampai. Orang lain sume dah sudah mekap, Yuyu si kakak kecik pon dah start amik-amik gambor sume. Aku sampai-sampai je, Bunga terpaksa mekapkan aku dengan kelajuan 100km sejam. Ehhh over lak aku.. Bunga tanya aku nak mekap camne. Aku redha kan aje muka ku ditenyeh-tenyeh.

 

 

P3041677

Antara barang mekap milik Bunga. Ohhh kecuali roti tu ye! Masa tu aku tak makan lagi, so beli roti je buat alas perut. Huahuaa…

 

 

cats

Ohhh gambar sebelum dan selepas ade kat Bunga kot. Yang ni gambor selepas je. Yang first tu betul-betul lepas mekap, yang tengah tu gambar masa gayakan tudung, dan gambar last tu gambar dah habis photoshoot.

 

 

P3041675-horz

Anyonyonyooo~ Comel nye kakak kecik Yuyu nih! Muehehee…

 

 

P3041696

Okay giliran haku pulekkk.. Senyummm senyummm!

 

 

P3041707

Okay selesai photoshoot haruslah camwhore ye dak. Snap snap gambor buat koleksi sendirian berhad!

 

 

P3041751

“Homaiiii comelnye muke dakuuu!” Kata aku yang melihat gambar sendiri di kamera milik Bunge. *Dushhh!!*

 

 

P3041717

Kak Ara dengan kakak kecik Yuyu tengok kamera, aku lak feeling sorang-sorang pandang tempat lain. Duhhh! Aku ni dah kenapa??!!

 

 

P3041699-horz

More pics! Kami memang suke bergambor. Kalau tak takdelah kami terima tawaran jadi model dari Kak Ara ni kannnnzzz :’D

 

 

P3041770

Okay lepas habis shoot shoot tu, masing-masing pon dah penat kemain, maka perut yang berlagu pilu harus kita isikan dengan makanan sihat lagi kuat! Old Town White Coffee di Alamanda yang kami tuju. Kemain serius muka Bunga nak order makanan.

 

 

P3041787

Iced chocolate yang sedappp dan pepsi lemon (kot??)

 

 

P3041791

Ni nasi lemak rendang la kot? Aku dah lupa lah ape ni…

 

 

P3041792

Mi ape entah ni, aku pun tak ingat. Yang aku ingat ni hidangan yang aku order sebab aku jarang makan nasi. Huk huk~

 

 

P3041795

Ni lagilah aku tak tahu nama. Kemain lagi hidang dalam bakul siap dengan kertas bungkus nasi lemak haaa…

 

 

Pendek kata, memang hari yang best. Hari itulah di mana aku mengenali Love Bunga Querida secara dekat, selama ni duk tengok video mekap beliau je. Masa itu juga merupakan kali pertama aku betul-betul jumpa dan spend time dengan akak sweet Ara Lee ! Hehe terima kasih kak Ara sebab sudi ajak Nisa jadi model! Hehehe…

 

 

Korang kalau nak cuci mata kat online shop milik Kak Ara, korang boleh terjah :
ARA LEE BOUTIQUE 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 5 Mac 2012

Meeting bloggers at Celcom LG Prada’s launch

 

Assalamualaikum…

 

Baru-baru ni aku berpeluang meng-join-kan diri untuk majlis pelancaran telefon bimbit pintar terbaru dari jenama LG yang menggunakan jenama Prada sebagai perantara dan imej telefon bimbit it, sekali gus memepamerkan imej telefon yang mewah, elegan dan bergaya.

 

P3021322

Inilah rupa telefon bimbit LG Prada yang hanya boleh didapati daripada Celcom tau! Haaa siapa yang meminati jenama LG dan Prada bolehlah rembat handphone ini secepat mungkin ye. Nipis, ringan dan imej yang mewah bergaya!

 

 

P3021330

Tu dia… aku dan abang Eyriqazz menjadi model Celcom LG Prada yang tak bertauliah. Herherher.. Mentang-mentanglah aku berpakaian serba biru yek! Abam Eyriqazz pulak hensem memakai kot dengan tie biru, aku ingat staff Celcom dah! Hikhik…

 

 

P3021342

Yaaa.. tu dia blogger dan model yang gojes lagi penuh kontrolbesi iaitu Jejari Runcing uolllss!! Haaa aku yang bergambor dengan beliau kontrolbesi tak?? Oke tak, aku ni kontrolBASI ade lahh… Harharharr…

 

 

P3021403

Tu diaaaa aku Nisa Kay yang suam-suam kuku kaki bergambor bersama blogger + model + pelakon hangat panas lagi jelitawansss uolls, tak lain tak bukan Hanis Zalikha!!! Turut bergambar sama ialah ibu Hanis iaitu akak Nani Rostam. Aku nak panggil aunty segan sebab aku tengok Kak Nani kita ni muda lagi uolls. Cantik vouge de vass lagi okay. Tengok lah muka jelita Hanis menurun dari maknye yang cantik uolls.

 

 

P3021422

Yaaa… lagi bersama blogger panas dan fofuler uolls… Si kecik bertudung hijau ialah Yuyu Zulaikha dan diva berwarna merah Red Mummy de vass all the time. Semua yang datang blogger femes ames uolls, malu pulak aku nak mingle around dengan dorang.. Hikhikk..

 

 

P3021392

See?? Aku dah cakap kan semua blogger fofuler uolls.. malu pulak aku… In picture : Red Mummy , adik beradik Jejari Runcing & Aimie Hazerin , Yuyu Zulaikha , Cik Epal dan Wawa Tasliman. Turut bergambar sama ialah Farah, one of the Nuffies.

 

 

P3021381

Yang best nye semestinya makanan!!! Hahahaa yeahhh ada angel’s hair pasta. Kuahnya sangat sedap okayhhh!!!

 

 

P3021383

And makan pulak dengan meatball memang meraung anak tekak sebab sedap sangat uolls. Speechlees kejap. Aku dengan budak tecik tomey Yuyu Zulaikha siap makan dua kali. Hakhakhak…

 

 

P3021339

And nasib baik sangat sebab ada pistachio macarons yang sedap sangat wehhh!! Hahahaa…

 

 

P3021414

Malam tu ada contest best posing. Semua hadirin yang datang boleh bergambar dengan Model-model Celcom LG Prada dan dua tetamu yang bergambar dengan pose terbaik akan bawa pulang sebuah telefon LG Prada setiap seorang!!! Dalam gambar di atas tu salah seorang blogger yang menang telefon bimbit LG Prada. Wahhh bertuah badan!!

 

 

P3021373

Okay sekian kisah aku bermingle-around dengan blogger letop pom pom di Celcom LG Prada launch ceremony. Jangan lupa usha website Celcom untung mengetahui lebih lanjut mengenai LG Prada phone hanya dari Celcom!

 

 

 

Like Saya Suka Menaip’s facebook page for more picture!

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 2 Januari 2012

Terima kasih 2011 (Part 2)

 

Assalamualaikum…

 

Haaa hari tu aku dah update pasal Terima kasih 2011 (part 1) kan.. Itu baru ringkasan tahun 2011 aku sepanjang bulan Januari, Februari dan Mac… Banyak lagi yang aku nak ingat balik… So sebab tu aku bahagi-bahagikan.. Aku malas lah buat entry meleret ape semua.. Okay jom kita teruskan dengan imbasan tahun 2011 aku..

 

APRIL – MEI – JUN 2011

 

Hmmm… satu ujian melanda aku dan keluarga aku… Aku kehilangan atuk tersayang (keluarga belah abah). Di saat aku menangis sebab tak dapat balik (masa tu duit tak cukup), ada insan berhati mulia tolong aku sampai aku dapat balik Temerloh.. Semoga roh arwah atuk aku dicucuri rahmat. Al-fatihah.

 

 

Kerinduan terhadap sahabat-sahabat blogger semakin menjadi-jadi. Then aku ajak dorang berjumpa kat Subang Parade. Masa tu ada kawan kampus UNISEL turut join sekaki. Memang best! Thank you korang!

 

 

Dapat jumpa Lisa Surihani buat pertama kalinya di The Curve! Beliau sangat sweet dan cantik walaupun tak mekap sangat! Awww jelesnye dengan beliau! Hikhikss.. Lepas tu siap buat vlog dengan Lisa. Kau hado! [BACA ENTRY DI SINI]

 

 

Gathering Sahabat Blogger di Taman Metropolitan Kepong. Walaupun hujan.. tetap meriah!!

 

 

Gathering Sahabat Blogger di Mid Valley. Yang ni aku asyik kena bahan aje dengan mereka-mereka yang hadir. Hehe yang penting dorang semua sporting!

 

 

Ini peristiwa yang palingggg best tahun 2011 !!! Tak pernah aku sangka yang kawan-kawan aku akan buat surprise untuk birthday aku !! Ya Allah bersyukurnya aku ada mereka! Muah muah!!

 

 

Satu pengalaman bermakna juga bila aku berpeluang join kelas penampilan diri by Dya Romantika. Sangat best berjumpa dengan gadis-gadis yang minat kecantikan macam aku errr?? Kekekee..

 

Wahhh berjela jugaklah entry aku nih!! Hahahaa bukan senang aku nak compile kan kisah 3 bulan dalam satu entry! Yang ada gambar tu aku highlight kan pengalaman yang best. Yang aku letak link tu antara kisah yang aku suka… Okay jumpa lagi di bahagian seterusnya!

 

 

 

SELAMAT TAHUN BARU 2012!

Sign PNG NisaKay

 

 

 

TWEET, LIKE or SHARE this entry!!


Read More»

Rabu, 27 April 2011

Terima kasih lagi.

Assalamualaikum semua…

Di saat aku mula menulis entry ini, jam di penjuru skrin laptop menunjukkan 4.37pm. Urrgghhh cuaca di luar masih panas terik. Mungkin aku akan keluar petang sedikit, tunggu lah sampai cuaca agak redup.

Handphone Sony yang aku repair dah pun siap dan aku tahu ia meronta-ronta memanggil aku untuk bawak dia pulang. Cewahhhh bukan main lagi aku nak bermadah bagai. Sudah! Ptuihhh.

 

 terimakasih

 

Heee TERIMA KASIH! Hanya dua patah perkataan ni yang mampu aku ucapkan kepada semua followers tercinta. Terharunya aku, walaupun aku sekarang sangat busy dan tak update blog, masih ramai yang singgah dan tinggalkan komen.

Walaupun followers blog aku masih seciput kalau nak banding dengan blogger cun melecun Fatin Liyana dan Yuyu Zulaikha, tapi aku nak terharu jugak! Ye lahhh… selama aku berblogging, tak penah aku impikan blog aku jadi macam hari ni. Srootttt (hembus hingus kat tisu)

Oke meh sini semua aku nak share kan beberapa entry yang mana ada mention nama aku or nama blog aku (walaupun sekali aje mention nye)

 

 

Haaaa tu dia entry-entry nyaaa.. Thanks kepada semua di atas yang sudi mention kitew dalam blog diewww.. Auwwww terharunyeee sobsobbb~ Kepada followers yang lain, anda juga sama bermakna di mata saya. Hekhekk… Thanks kepada yang follow blog aku secara rela (sebab aku tak amalkan konsep “I follow you, you follow I” ye…. Aku sangat menghargai kepada yang follow tanpa paksaan, dan tidak memaksa untuk follow.

Ohhhh ye… lepas ni kalau aku ada mood, aku akan buat entry pasal giveaway aku yang bakal aku jalankan pada masa akan datang. Giveaway ni aku buat khas untuk follower aku ye.. Dan alhamdulillah setakat ni, aku dah dapat 3 orang sponsor untuk giveaway aku. Dan insyaAllah kalau ada yang nak sponsor, aku alu-alu kan yeee. Hekhekhekk…

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Selasa, 12 April 2011

Terasa nak kiss Yuyu Zulaikha laju-laju!!

Assalamualaikum semua…

Huiii ape ni nak kiss kiss pulak dahhh??? Kiss si kecik comel Yuyu Zulaikha pulak tu??? Haipp!! Jangan ingat aku ni cenderung hubungan sejenis pulak! Habis abang kecintaan aku tu nak campak mana? Hek hek hek~

Siapa Yuyu nih? Artis kah? Kenapa lak aku nak buang tebiat pegi cium dia woiii??? Hoi kalau korang tak kenal blogger glemer ni memang aku kejar laju-laju!

 

Hakak Yuyu Zulaikha, hamba mintak izin letak gambor ni yeh… Hamba ase nak cium je anda laju-laju tau kakkkkk. Sebab entry hakak ari ni dah buat hamba rasa sangat sangat ler berbesor hati.

Dah dua tiga hari jugak lah aku tidak online secara aktif. So, aku tak tahu Ferrero Random Giveaway yang aku join dari beloh hakak Yuyu ni dapat banyak sponsor. Wowww!! Pencapaian yang membanggakan tauuu hakak! I’m proud of you lah. Nahh kiss mmuuaahh!!!

 

nombor aku

 

Yeaaa bebeh, tu dia aku merupakan peserta bernombor 138 hokeyh! Mulanya aku tengok senarai pemenang. Tapi masa tu aku takde feel langsung nak menang ke hape. Kalau tak dapat apa-apa tu takpelah, dah rezeki masing-masing kannn.

So lepas aku menilik keputusan giveaway tu habis-habis, baru laa aku check penyertaan aku nombor yang ke berapa. Lepas check nombor aku, sekali lagi aku pergi laa check keputusan.

 

part of result

 

ALHAMDULILLAH!!! Tuhan bagi aku rezeki, nombor aku naik pulak dalam random generator ni dan aku dah menang lukisan potret from one of the sponsor iaitu Auni Hazwani.

Potret? Wowww menarik! Tertarik! Aku suka suka sukaaa!! Yelah, aku tak pernah lagi dipotretkan sebelum nih. Hek hek hek~ Pendek kata, terima kasih tidak terhingga kepada Yuyu Zulaikha dan sponsor Auni Hazwani. Nahhh kiss MMUUAHHXX!!

 

P/S : KLIK SINI DENGAN SOPAN untuk melihat senarai penuh pemenang Fererro Random Giveaway by Yuyu Zulaikha.

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay