Memaparkan catatan dengan label Relationship. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Relationship. Papar semua catatan

Khamis, 25 Ogos 2016

Kenapa kita TAK BOLEH / SUSAH SANGAT nak move on ???




Assalamualaikum...


Wah wah tajuk kemain macam patah hati sesangat la pulak kan.. Haha takde lah. Takde kena mengena okay. Cumanya, Nisa dapat ilham nak update mengenai benda ni sebab Nisa terbaca blogpost seorang rakan yang bertajuk 7 Tips Untuk Move On ! Gituu.. kalau bab-bab percintaan ni kemain semua laju je kan ? Baik mengaku.. Sebagai buktinya, blogpost Tanda Tanda Terlalu Selesa Bergelar “Single” ! masih mengungguli carta Popular Post di blog Nisa.. Hahaha.


Tapi kalau kalian masih berminat nak baca blogpost lama yang berkaitan dengan topik relationship ni, maybe korang boleh baca blogpost - blogpost di bawah :


Jangan pulak korang tengah frust korang pi minum benda bukan-bukan !!
(Gambar adalah lakonan semata-mata)



SUSAH NAK MOVE ON ?

Hmm.. sebenarnya tahap kepantasan untuk move on bagi setiap individu adalah berlainan. Jangan pulak sebab kita jenis mudah nak move on, kita duk push pulak kawan kita move on cecepat. Yes, memang betul tak ada gunanya nak berduka lara lama sangat.. menyakitkan hati je. Tapi apa boleh buat kalau hati masih sayang.. kalau memang sukar untuk kawan kita yang tengah frust tu move on dengan segera.. Jadi, dah kenapa yang susah sangat nak move on ni ???!!





#1  MASIH BARU PUTUS HUBUNGAN
Hah ! Kalau masih baru putus memang lah susah nak move on. Ingat ya, dalam fasa sebulan atau dua bulan pertama, kawan korang yang baru putus tu sedang mengalami fasa bersedih. Jadi, jangan terlalu push dia untuk move on. Nasihatkan dia sekadarnya. Biarkan dia lepaskan dulu kesedihan tu, nak menangis guling-guling ke, ikut korang lah. Tapi kita sebagai kawan tengok-tengokkan lah sikit.. Jangan sampai kawan yang tengah frust tu buat benda yang bukan-bukan. Yang pentinggg, jangan bagi dia cari balik ex boipren dia.


#2  SERING BERSENDIRIAN
Bila kita bersendirian, kita tak communicate dengan orang sekeliling. Kita mendiamkan diri, and sit all by ourselves. Tapi bila kita bersendirian, kita mudah sangat terfikirkan atau terkenang kembali segala jenis memori bersama bekas pasangan. Masa tu mulalah kita duk layan saja emosi. Sebab apa? Sebab kita tak ada distraction. Fikiran kita asyik menuju kepada topik yang menyedihkan saja. Jadi, segeralah keluar luang masa dengan kawan ke apa. Kasi masa tu terisi sikit.


#3  BERKONGSI KUMPULAN RAKAN YANG SAMA
Haaa okay, ini maknanya anda dan bekas pasangan anda berkongsi rakan yang sama. Kawan dia jua kawan kita. Kawan kita pun dia baik jugak. Haa susah kenapa? Kita dah beria lah unfollow / unfriend bekas pasangan di semua laman sosial yang kita ada.. alih-alih ada kawan pulak yang upload gambar tengah lepak dengan si dia. Aduhh break down kejap perasaan kita ! Kan? Mulalah sedih.. rindu lah.. Hurmm.. Unfollow / block / unfriend pun tak guna kalau gambar dia kita duk nampak je kat laman sosial kan ?





#4  BERPISAH KERANA ISU YANG TIDAK JELAS
Hmmm ada antara pembaca blog Nisa yang mengalami situasi macam ni tak ? Kiranya hubungan tu terputus di tengah jalan macam tu je. Ada situasi di mana jarak yang memisahkan lama-lama pasangan pun senyap camtu je. Ala-ala gantung tak bertali pun ye jugak. Tak pun alih-alih kita kena ignore.. tahu-tahu je si dia sudah ada pengganti. Haaa frust nye memang tak terkawal rasanya. Sebab apa ? Sebab kita TAK TAHU what exactly had happened and kita tak pasti salah siapa.


#5  SUDAH MENGENALI AHLI KELUARGA PASANGAN
Ada juga couple yang sudah sampai ke tahap mengenali keluarga satu sama lain. Hubungan dengan keluarga si dia pun terjalin dengan baik dan rapat. Bila tiba-tiba jodoh tak sampai, semestinya rasa sangat terkilan bukan ? Sebab banyak hati yang perlu dijaga. Kalau berpisah secara baik sekali pun, mungkin ambil masa nak move on.. sebab rasa sedih dan tak sampai hati pulak bila tiba-tiba tidak lagi bertemu dengan keluarga bekas pasangan.


#6  BANYAK PERKARA YANG MENGINGATKAN ANDA PADA BEKAS KEKASIH
Hmm.. ini faktor yang sangat normal. Buat lah apa pun, dari sekecik-kecik perkara hingga ke benda-benda yang besar. Contohlah dulu korang suka lepak tepi tasik bersama, bila dah putus lalu je la kat mana-mana tasik mesti akan buat korang teringat kenangan dulu. Lebih-lebih lagi kalau korang pernah mengalami kepayahan / kesusahan bersama.. Aduhaii... Kalau pernah bercuti bersama pun parah jugak. Bila ada orang sebut mengenai tempat tersebut, atau korang ternampak gambar tempat tu di mana-mana.. mesti korang akan teringat punya !





#7  MEMPUNYAI MINAT YANG SAMA
Bila anda dan bekas pasangan banyak menyukai perkara yang sama, mesti korang selalu buat sama-sama. Contohnya anda dan ex anda suka layan konsert.. Korang mesti pergi sama-sama.. Ada yang jenis suka berkongsi mengenai muzik, hobi dan sebagainya. Bila your other half dah takde, mesti terkilan sangat sangat kan.. Tiba-tiba hilang dah orang yang berkongsi banyak perkara dengan kita..


#8  TEMPOH HUBUNGAN YANG LAMA
Haa kalau dah bersama bertahun-tahun, tapi ditakdirkan pulak TAK ADA JODOH.. Memang sukar lah kan nak move on, nak bukak hati kepada orang lain.. ini pun faktor yang biasa. Bila lama bersama, maknanya lebih banyak kenangan yang tercipta di antara anda dan ex anda. Lagi lah banyak perkara / lokasi / isu yang buat anda kerap teringat kepadanya.


#9  MENYANYANGI SEIKHLAS HATI
Okay.. ada orang yang bila dia mula sayangkan seseorang, perasaan tu biasa-biasa saja. Kemudian akan berubah kepada penerimaan. Di mana di tahap ini dia dah sedia menerima baik buruk pasangan dia. Bahkan kalau pasangan dia ada kisah silam yang kureng best pun, dia rasa "yeah I can live with it.. I accept him/her as who he/she is" gituh.. terus speaking hakak! Bila kita dah betul-betul sayangkan dia dan bagi hati kita kat dia, tiba-tiba jodoh tak panjang pulak ! Haa nak kata apa kalau dah tak ada jodoh kan? Memang menonggeng la sikit nak terima tu,





Tapi sebenarnya, banyak je faktor yang datang dari diri sendiri.. contohnya kita sendiri yang tak kuat nak terima kenyataan dan membuka hati untuk kehidupan yang baru. Sangat tidak sihat ye kalau asyik hidup dalam kenangan lalu.. Kita tak akan gembira. Kita takkan tahu apa kemungkinan di luar sana kalau kita tak mahu melangkah ke depan ye dak.


Isu jodoh ni sukarrr nak kita huraikan. Sebab semuanya kuasa Allah. Kalau DIA kata jodoh kita dengan orang yang kita nak, maka akan menjadilah hubungan itu walau pun banyak dugaan. Tapi kalau dah bukan milik kita, apa usaha pun tetap akan menemui jalan buntu.


Ada yang pernah kata kat Nisa, kalau nak move on cepat kena cari orang untuk rebound. As for me, that kind of way might work for some. Tapi secara peribadinya, Nisa tidak suka mengenai rebound. Sebab Nisa tau, bila kita ada someone else untuk proses rebound, ada hati yang akan terluka. Mungkinlah asalnya kita rasa nak berkawan je, tapi kalau orang tu tersuka kita.. kita pulak tak boleh nak suka dia balik, ha macam mana tu ?


Apa-apa pun kita dekatkan diri dengan DIA. Kalau nak apa-apa, mintak dengan DIA. DIA nak kita berdoa dan memohon padaNya je.. InshaAllah DIA takkan biar kita bersedih lama-lama. Buka pintu hati untuk perubahan dan mulakan hidup dengan nafas baru ! InshaAllah kita  bolehhh !!!





Read More»

Selasa, 2 Jun 2015

[DAY 2] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!








Assalamualaikum...



Haaa sebelum tidur, marilah aku merajinkan diri untuk jawab soalan seterusnya bagi The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! niii.. Hehehee.. kang takde internet kang susah nak update dah haa.. Hahaa... So, soalan kedua ialah.. sila huraikan situasi di bawah :





2)      Describe a moment or a day when being single really sucked.




Woooo.... bukan mudah untuk aku huraikan situasi ni... Sebab aku tak pernah merasakan single ini sucks pun. Hehee ada jodoh ade lah kan.. Takde jodoh diam diam je la kan. Hahaa... Okay takpe, aku masih akan menjawab persoalan di atas.







Hmmm... Kadang-kadang rasa teruk single ni bila kau bukak facebook, timeline kau penuh dengan gambar tunang dan kahwin.. Hahaa.. dalam pada ramai yang up gambar akad nikah tu, tak kurang juga ramai yang throwback gambar kawen yang lama lama.. Hahaa... masa tu lah rasa macam "Pffttt semua dah bertemu jodoh.. Agaknya kat mana lah jodoh aku sekarang.. Korea ? Barcelona?" Ehh haha berangan tak sudah kan !



Tapi tu kire tak teruk mana pun perasaan tu.. Aku tumpang gembira.. Bila ramai kawan yang dah mendirikan masjid... ada juga yang dah timang anak. Haa ada yang dari kenal masa tu dia muda remaja, lepas tu dia kawin.. ada anak nombor 1.. lepas tu dah masuk anak nombor 2.. Aku je masih sendiri. Hahahaa !!!



So far tu je lah pun... but still, aku nak tekan kan kat sini bahawasanya aku tak pernah rasa sucks atau teruk semasa single ni.. Single membuat aku lebih fokus akan kerja dan juga komitmen yang pelbagai.. Haha gitu... InshaAllah kalau aku kawen nanti, aku taknak tunang tunang.. nikah je terus ! Haha lari topik lak. Kbai.






XOXO,

Putewi Hensem !

Read More»

Isnin, 1 Jun 2015

[DAY 1] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!






Assalamualaikum...



Haaa memandangkan aku macam free je ni, aku jawab teruslah topik pertama untuk The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! niii.. Hehehee.. soalan pertama ialah.. JENG JENG JENGGG...





1)      Your response to everyone’s favorite question: “And why are YOU still single?”




Respon aku ? HAHAHA... Pertama-tamanya sekali mesti aku akan buat muka "boringgggg nya soalan dia ni" sebab adat manusia suka tanya bila nak kawen. Dah kawen nanti, tanya bila nak ada anak. Dah ade sorang, tanya bila nak tambah anak.. dan seterus terusnyaaa....


Well... jawapan aku mudah semudah-mudahnyaa lahai ! BELUM BERTEMU JODOH. Sesungguh memang ada sebilangan manusia yang tak mengerti (atau saja taknak mengerti) konsep "Josoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan" .. mungkin bagi mereka part jodoh tu, kita pun kena berusaha...





Hmm... aku rasa tak perlu kot nak push orang yang single untuk segera cari pasangan hidup. Nak cari pasangan ni bagi aku secara peribadinya, bukan sesuatu yang mudah. Bukan macam pergi kedai pilih pilih, berkenan then terus bayar. Kita nak cari seseorang yang baik bla bla bla.. begitu juga dengan diri kita, kenalah perbaiki diri agar Allah mengurniakan kita jodoh yang baik juga..



Jawapan kedua aku will be AKU BELUM BERSEDIA ! Haaa bersedia dari segala segi. Memandangkan buat masa ni aku ada banyak komitmen yang berkaitan dengan bisnes dan kerja sebagai pengacara sambilan, aku rasa aku belum bersedia nak jump into marriage life di mana seorang isteri kena jaga makan pakai suami, mengurus rumah dan lain-lain. Opps ! Jangan salah faham ya... bukan aku taknak buat semua tu, tapi tengoklah diri aku yang tak berapa nak terurus ni.. ade hati yak nak urus hidup laki ? Hahaa... Lagi pula.. sebelum aku kahwin (inshaAllah kalau ada jodoh), aku nak stabilkan pendapatan dulu... nak ada aset sendiri inshaAllah... moga moga DIA permudahkan segalanya...



Dan aku yakin.. kalau bab jodoh ni, aku serahkan sepenuhnya pada Allah.. aku tahu hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk aku. Mungkin sekarang Allah takdirkan aku agar lebih fokus dengan kerja.. nanti dah puas kerja, inshaAllah DIA bagi aku jodoh, jadi masa tu aku boleh fokus kat rumah tangga pulak kan ? Hehee.. aku hanya mampu berdoa.. Korang pun ! Doakan je lah yang terbaik, toksah duk kalut sangat aku single. Haha..



Last sekali.. my respon will be something like "Eh mak bapak aku pun tak kalut aku single lagi, yang kau lebih-lebih kenapa?" Hahaa... well, perasaan seperti ini memang wujud terhadap orang yang duk tanya aku kenapa aku single, kenapa aku tak kawin lagi bla bla blaa... Jadi bila orang tanya aku lepas ni, aku akan banyak banyakkan sengih macam kerang busuk je la. Takpun bagi jawapan NO KOMEN lagak seperti artiss uolllss !






Haaa okay tu je jawapan aku ! Hahah byee..




XOXO,
Putewi Hensem !

Read More»

Copyright © Nisa Kay