Memaparkan catatan dengan label Single Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Single Life. Papar semua catatan

Khamis, 25 Ogos 2016

Kenapa kita TAK BOLEH / SUSAH SANGAT nak move on ???




Assalamualaikum...


Wah wah tajuk kemain macam patah hati sesangat la pulak kan.. Haha takde lah. Takde kena mengena okay. Cumanya, Nisa dapat ilham nak update mengenai benda ni sebab Nisa terbaca blogpost seorang rakan yang bertajuk 7 Tips Untuk Move On ! Gituu.. kalau bab-bab percintaan ni kemain semua laju je kan ? Baik mengaku.. Sebagai buktinya, blogpost Tanda Tanda Terlalu Selesa Bergelar “Single” ! masih mengungguli carta Popular Post di blog Nisa.. Hahaha.


Tapi kalau kalian masih berminat nak baca blogpost lama yang berkaitan dengan topik relationship ni, maybe korang boleh baca blogpost - blogpost di bawah :


Jangan pulak korang tengah frust korang pi minum benda bukan-bukan !!
(Gambar adalah lakonan semata-mata)



SUSAH NAK MOVE ON ?

Hmm.. sebenarnya tahap kepantasan untuk move on bagi setiap individu adalah berlainan. Jangan pulak sebab kita jenis mudah nak move on, kita duk push pulak kawan kita move on cecepat. Yes, memang betul tak ada gunanya nak berduka lara lama sangat.. menyakitkan hati je. Tapi apa boleh buat kalau hati masih sayang.. kalau memang sukar untuk kawan kita yang tengah frust tu move on dengan segera.. Jadi, dah kenapa yang susah sangat nak move on ni ???!!





#1  MASIH BARU PUTUS HUBUNGAN
Hah ! Kalau masih baru putus memang lah susah nak move on. Ingat ya, dalam fasa sebulan atau dua bulan pertama, kawan korang yang baru putus tu sedang mengalami fasa bersedih. Jadi, jangan terlalu push dia untuk move on. Nasihatkan dia sekadarnya. Biarkan dia lepaskan dulu kesedihan tu, nak menangis guling-guling ke, ikut korang lah. Tapi kita sebagai kawan tengok-tengokkan lah sikit.. Jangan sampai kawan yang tengah frust tu buat benda yang bukan-bukan. Yang pentinggg, jangan bagi dia cari balik ex boipren dia.


#2  SERING BERSENDIRIAN
Bila kita bersendirian, kita tak communicate dengan orang sekeliling. Kita mendiamkan diri, and sit all by ourselves. Tapi bila kita bersendirian, kita mudah sangat terfikirkan atau terkenang kembali segala jenis memori bersama bekas pasangan. Masa tu mulalah kita duk layan saja emosi. Sebab apa? Sebab kita tak ada distraction. Fikiran kita asyik menuju kepada topik yang menyedihkan saja. Jadi, segeralah keluar luang masa dengan kawan ke apa. Kasi masa tu terisi sikit.


#3  BERKONGSI KUMPULAN RAKAN YANG SAMA
Haaa okay, ini maknanya anda dan bekas pasangan anda berkongsi rakan yang sama. Kawan dia jua kawan kita. Kawan kita pun dia baik jugak. Haa susah kenapa? Kita dah beria lah unfollow / unfriend bekas pasangan di semua laman sosial yang kita ada.. alih-alih ada kawan pulak yang upload gambar tengah lepak dengan si dia. Aduhh break down kejap perasaan kita ! Kan? Mulalah sedih.. rindu lah.. Hurmm.. Unfollow / block / unfriend pun tak guna kalau gambar dia kita duk nampak je kat laman sosial kan ?





#4  BERPISAH KERANA ISU YANG TIDAK JELAS
Hmmm ada antara pembaca blog Nisa yang mengalami situasi macam ni tak ? Kiranya hubungan tu terputus di tengah jalan macam tu je. Ada situasi di mana jarak yang memisahkan lama-lama pasangan pun senyap camtu je. Ala-ala gantung tak bertali pun ye jugak. Tak pun alih-alih kita kena ignore.. tahu-tahu je si dia sudah ada pengganti. Haaa frust nye memang tak terkawal rasanya. Sebab apa ? Sebab kita TAK TAHU what exactly had happened and kita tak pasti salah siapa.


#5  SUDAH MENGENALI AHLI KELUARGA PASANGAN
Ada juga couple yang sudah sampai ke tahap mengenali keluarga satu sama lain. Hubungan dengan keluarga si dia pun terjalin dengan baik dan rapat. Bila tiba-tiba jodoh tak sampai, semestinya rasa sangat terkilan bukan ? Sebab banyak hati yang perlu dijaga. Kalau berpisah secara baik sekali pun, mungkin ambil masa nak move on.. sebab rasa sedih dan tak sampai hati pulak bila tiba-tiba tidak lagi bertemu dengan keluarga bekas pasangan.


#6  BANYAK PERKARA YANG MENGINGATKAN ANDA PADA BEKAS KEKASIH
Hmm.. ini faktor yang sangat normal. Buat lah apa pun, dari sekecik-kecik perkara hingga ke benda-benda yang besar. Contohlah dulu korang suka lepak tepi tasik bersama, bila dah putus lalu je la kat mana-mana tasik mesti akan buat korang teringat kenangan dulu. Lebih-lebih lagi kalau korang pernah mengalami kepayahan / kesusahan bersama.. Aduhaii... Kalau pernah bercuti bersama pun parah jugak. Bila ada orang sebut mengenai tempat tersebut, atau korang ternampak gambar tempat tu di mana-mana.. mesti korang akan teringat punya !





#7  MEMPUNYAI MINAT YANG SAMA
Bila anda dan bekas pasangan banyak menyukai perkara yang sama, mesti korang selalu buat sama-sama. Contohnya anda dan ex anda suka layan konsert.. Korang mesti pergi sama-sama.. Ada yang jenis suka berkongsi mengenai muzik, hobi dan sebagainya. Bila your other half dah takde, mesti terkilan sangat sangat kan.. Tiba-tiba hilang dah orang yang berkongsi banyak perkara dengan kita..


#8  TEMPOH HUBUNGAN YANG LAMA
Haa kalau dah bersama bertahun-tahun, tapi ditakdirkan pulak TAK ADA JODOH.. Memang sukar lah kan nak move on, nak bukak hati kepada orang lain.. ini pun faktor yang biasa. Bila lama bersama, maknanya lebih banyak kenangan yang tercipta di antara anda dan ex anda. Lagi lah banyak perkara / lokasi / isu yang buat anda kerap teringat kepadanya.


#9  MENYANYANGI SEIKHLAS HATI
Okay.. ada orang yang bila dia mula sayangkan seseorang, perasaan tu biasa-biasa saja. Kemudian akan berubah kepada penerimaan. Di mana di tahap ini dia dah sedia menerima baik buruk pasangan dia. Bahkan kalau pasangan dia ada kisah silam yang kureng best pun, dia rasa "yeah I can live with it.. I accept him/her as who he/she is" gituh.. terus speaking hakak! Bila kita dah betul-betul sayangkan dia dan bagi hati kita kat dia, tiba-tiba jodoh tak panjang pulak ! Haa nak kata apa kalau dah tak ada jodoh kan? Memang menonggeng la sikit nak terima tu,





Tapi sebenarnya, banyak je faktor yang datang dari diri sendiri.. contohnya kita sendiri yang tak kuat nak terima kenyataan dan membuka hati untuk kehidupan yang baru. Sangat tidak sihat ye kalau asyik hidup dalam kenangan lalu.. Kita tak akan gembira. Kita takkan tahu apa kemungkinan di luar sana kalau kita tak mahu melangkah ke depan ye dak.


Isu jodoh ni sukarrr nak kita huraikan. Sebab semuanya kuasa Allah. Kalau DIA kata jodoh kita dengan orang yang kita nak, maka akan menjadilah hubungan itu walau pun banyak dugaan. Tapi kalau dah bukan milik kita, apa usaha pun tetap akan menemui jalan buntu.


Ada yang pernah kata kat Nisa, kalau nak move on cepat kena cari orang untuk rebound. As for me, that kind of way might work for some. Tapi secara peribadinya, Nisa tidak suka mengenai rebound. Sebab Nisa tau, bila kita ada someone else untuk proses rebound, ada hati yang akan terluka. Mungkinlah asalnya kita rasa nak berkawan je, tapi kalau orang tu tersuka kita.. kita pulak tak boleh nak suka dia balik, ha macam mana tu ?


Apa-apa pun kita dekatkan diri dengan DIA. Kalau nak apa-apa, mintak dengan DIA. DIA nak kita berdoa dan memohon padaNya je.. InshaAllah DIA takkan biar kita bersedih lama-lama. Buka pintu hati untuk perubahan dan mulakan hidup dengan nafas baru ! InshaAllah kita  bolehhh !!!





Read More»

Isnin, 8 Jun 2015

[DAY 6] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!







Assalamualaikum...



Okay Nisa update one more entry pasal cabaran The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni ye.. nanti Nisa akan sambung entry ke Paris dan juga pasal event yang meletops letops. Hahaaa.. Marilah kita ke topik seterusnya iaitu jeng jeng jenggg....




6)      Sound off on the quote “Every woman has the exact love life she wants”





Okay this time kena bagi pendapat pasal quote di atas.. Well.. dah namanya pendapat kan, jadi tak semestinya kita kena setuju dengan quote di atas.. dan tak semestinya jawapan kita tidak bersetuju. When it comes to giving opinion, there is no right or wrong. Gituu...


Pada pendapat aku, aku kurang sependapat dengan quote di atas. KENAPA ? Sebab most of the time kita sukar nak dapat apa yang kita nak.. bukan ? Aku percaya setiap wanita di muka bumi ini ada impian tersendiri bila kita berbicara soal love life. Ada yang nak lelaki macho, gagah perkasa.. ada yang nak lelaki yang simple, sporting dan sebagainya.. Tapi kalau duk berangan saja tak jadi jugak kan ?














Begitu jugak aku, aku ada impian tersendiri kalau bercakap mengenai lelaki idaman, kisah cinta yang diangankan.. dan sebagainya. TAPI aku tak mahu bergantung harap pada impian dan angan-angan semata-mata.. sebab aku yakin apa yang kita duk harap-harapkan tu belum tentu ia baik untuk kita kan???


Seringkali kita menginginkan sesuatu.. tapi end up Allah kurniakan sesuatu yang lain, yang tidak kita jangka pun ! Tapi akhirnya.. ada hikmah di sebaliknya... Aku percaya jika Allah tidak mengurniakan kita apa yang KITA MAHUKAN, maka Dia akan menurunkan kepada kita APA YANG SEBENARNYA KITA PERLUKAN.. Begitulah juga situasinya dalam love life.. Kan ? 


Kadang kala kita tak sedar pun benda ni kan... Bukanlah aku nak suruh korang tak payah berimpian sangat, boleh tu boleh tetapi jangan terlalu mengharapkan keindahan dan kesempurnaan.. Gitu.. Seharusnya kita berdoa sahaja supaya Allah mengurniakan yang baik-baik untuk kita..



Sekali lagi, TAK SALAH untuk mengimpikan your dream love life.. tapi jangan terlampau memburu sangat.. Kalau betul Allah tetapkan rezeki kita untuk dapat apa yang diimpikan, alhamdulillah syukur ! Kalau tidak seperti yang diangankan... janganlah kecewa. Muah ciked !







XOXO,
Putewi Hensem

Read More»

Copyright © Nisa Kay