Memaparkan catatan dengan label Adnan Sempit 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adnan Sempit 2. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Februari 2012

[VIDEO] Yana Samsudin di majlis pratonton Adnan Sempit 2

 

Assalamualaikum…

 

Entry ini aku update awal-awal pagi, di kala subuh sebab aku tak boleh tidur. Aku tak boleh tidur sebab hati aku PANAS. Huuu panas dalam tak payah cerita lah kan. Karang meletus gunung berapi pertama malaya! Huuu malas nak cerita, meh sini mari rapat mari dekat, ada video khas untuk pembaca blog ini..

 

 

Kepada YANA SAMSUDIN yang sweet sangat sangat, thank you very much for the video!! Dan kalian semua jangan lupa untuk mengundi Yana untuk ABP-BH ye!! Jangan lupa jugak bawak kawan-kawan dan sedara mara semualah pergi tengok filem Adnan Sempit 2 di pawagam berhampiran!! Muah muah!!!

 

 

CLICK HERE !!! Gambar sekitar majlis pratonton filem Adnan Sempit 2

CLICK HERE!!! Review filem Adnan Sempit 2

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 24 Februari 2012

[GAMBAR] Sekitar majlis pra tonton filem Adnan Sempit 2

 

Assalamualaikum semua…

 

Selamat tengahari dan selamat hari Jumaat penghulu segala hari buat semua yang membaca.. Entry ni tak dapat aku publish semalam sebab kepenatan yang teramat sebab seharian keluar dengan rakan-rakan tercinta. Pergghh apesal ayatku skema yang teramat pulak nih???

 

Jangan lupa baca review aku untuk filem Adnan Sempit 2 DI SINI. Okay back to the topic, seperti tajuknya macam biasa akan ku kongsi gambar-gambar yang sempat aku ambil selepas menonton filem Adnan Sempit 2 di TGV Sunway Pyramid 21 Februari yang lepas. Maaflah gambar tak banyak..

 

P2210864

Awww dua budak yang masuk air + masuk angin, Syuhada dan Dija. Kihkihkih.. Sangat fun hang out dengan mereka sebab mereka funny ya amat! Sakit perut aku sebab satu malam bergelak ketawa masa tengok movie + masa borak dengan dorang.

 

 

P2210872

Haruslah bergambar dengan Mejar David Teo, boss Metrowealth kan.. Kot kot laa lepas ni dia duk tengok muka aku je pergi pra tonton, pastu dia offer berlakon kee… Muahaha!! Angan-angan tinggi melangit derrr!!!

 

 

P2210867

Sebahagian ahli fan club Yana Samsudin iaitu YANA SUPER FRIENDS bergambar dengan Mejar David Teo.

 

 

P2210883

Kalau filem Shaheizy Sam, tak sah lah kalau die hard fan dia ni tak datang. Kihkihkih.. Siapa lagi kalau bukan Cik Epal yang datang dengan encik boipren nya ituuu. Malam tu ramai benor pakai spek mata besorr yang macam kitorang pakai neh…

 

 

P2210886

Spotted!! Bloggers yang turut hadir ke majlis pra tonton Adnan Sempit 2 ialah MadamMondoq, Siezuka dan her friend Miss Iera. Yang si kecik tu Danish lah kot nama dia. Hikhik.. dia tu anak MadamMondoq, memang selamber je aku pakaikan dia dengan spek mata besor aku tu. Nasib tak nangis, siap buat peace lagii. Hikhik..

 

 

P2210934

David Teo dan Yana Samsudin sedang merakam video untuk promosikan t-shirt filem Adnan Sempit 2 yang takde jual kat luar punyeee! Kalau nak pergi like page David Teo dan juga MiG Online. Kot kot laa ada contest lagi untuk memenangi tshirt eksklusif tuu???

 

 

P2210943

Haruslah LOVE!! Haruslah ada gambor dengan cik Yana Samsudin kesayangan kite itewww. Hikhikhik.. Macam biasa, Yana Samsudin sangat ler friendly bila bertemu peminat nye. I like like!!

 

 

P2210978

Ohhh girlssss jangan jeles sangat okayh? Abam Shaheizy pon mesra alam.. eh ehh mesra dengan peminatnyeww hikhik… Walaupun diserbu oleh peminat-peminat beliau tetap senyum dan layan aje walaupun dia kena rushing pergi tempat lain.

 

 

P2210982

Last but not least gambar dengan heroin filem Adnan Sempit 2 iaitu Intan Ladyana harus lah ada kan.. Turut bergambar sama ialah Mejar David Teo. Fuhhh Intan ni memang lawa derr.. Putih melepak gituuu. Jeles seyh! Huhuhuu… Dan aku baru perasan this is the ONLY picture yang menampakkan seluruh outfit yang aku pakai malam tu. Hooo???

 

Okayy… itu sahaja untuk kali ini. Kalau aku up semua gambor kat dalam blog ni mau nya stuck 40 jam untuk loading sahaja. Hikhik… Okaylah sekali lagi nak berterima kasih kepada Yana Samsudin fan club iaitu YANA SUPER FRIENDS (YSF) kerana sudi jemput aku untuk majlis pra tonton ni. Dan terima kasih kepada MiG untuk peluang ini.

 

 

Like fan page : Saya Suka Menaip for more pictures of the event!!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 23 Februari 2012

Menitis air mata menonton Adnan Sempit 2????

 

Assalamualaikum…

 

Tajuk entry mungkin mengejutkan semua yang membaca. Di kala orang lain duk memuji-muji filem ini, di kala orang lain review baikkk punya filem ini. Aku ada satu ekspresi yang aku nak kongsikan di sini. Menonton Adnan Sempit 2 buat aku menitiskan air mata!

 

Apakah jelik sangat filem sekuel araham Ismail Bob Hashim ni? Apakah yang tak best sampai menitis air mata tu??? Haaa BACA SAMPAI HABIS!!!!

 

adnan sempit 2

 

SINOPSIS (mengikut pemahaman aku) :

Adnan (lakonan Shaheizy Sam) yang dulunya mat rempit dan Nadia (lakonan Intan Ladyana) anak kepada Dato Isnin kini menjalinkan hubungan cinta. Mereka berdua sangat loving together dan merancang untuk berkahwin. Dato Isnin menyatakan bahawa beliau akan menerima Adnan sebagai menantu sekiranya Adnan bersetuju untuk merubah penampilan dan menjadi orang berkorporat.

 

Kerana cintanya kepada Nadia, Adnan bersetuju dan melakukan pelbagai usaha untuk diterima sebagai menantu seperti merubah penampilan, belajar Bahasa Inggeris dan belajar memandu kereta. Nadia cuba mendapatkan nasihat daripada Wawa (lakonan Yana Samsudin) tetapi pada masa yang sama Wawa turut mengalami masalah dengan Bobby (lakonan Along Cham).

 

Kemunculan Fendi (lakonan Syuk Raja Lawak) sepupu kepada Nadia disangka untuk membantu Nadia dalam persediaan menjadi isteri tetapi siapa sangka kerana Fendi, Nadia menjadi sangsi dengan kejantanan Adnan. Apakah Adnan masih punya peluang untuk membuktikan bahawa dia bukanlah seperti yang disangka? Apakah agenda sebenar Dato Isnin dan Fendi???

 

 

P2210969

Gelagat sebahagian pelakon Adnan Sempit 2 dan peminat ketika malam pra tonton di TGV Sunway Pyramid 21 Feb 2012.

 

 

REVIEW / PENDAPAT PERIBADI :

Menitis air mata aku tengok filem ni!! Huuu kenapa menitis air mata pulak? Bukan best ke filem ni? Haaa disebabkan filem ni kelakar tak hengat lah aku gelak sakan sampai menitis air mata!!! Haaa jangan mengamuk ye semua.. Semuanya gimik semata-mata. Kihkihkih~

 

Pengarah filem ini, Ismail Bob Hashim berpendapat yang beliau masih perlu mengekalkan sebahagian besar elemen dan konsep asas dari filem Adnan Sempit yang terdahulu. Beliau tidak mahu melakukan perubahan yang terlalu ketara. Bagi aku tugasnya agak berjaya jika ingin memperkatakan mengenai pengekalan konsep asas kerana tidak banyak perubahan yang aku lihat.

 

Yang penting elemen humor itu mengisi filem ini sepanjang ia ditayangkan dan membuat para penonton melekat di dalam panggung. Kalau rasa nak pergi toilet tu, agaknya sanggup tahan dulu sebab taknak tertinggal satu babak pun filem Adnan Sempit 2 ni! Pada pandangan aku, elemen humor itu banyak diterapkan di dalam dialog, seperti penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak tepat oleh watak Adnan, Bobby dan Ismad.

 

Namun pun begitu babak kejar-mengejar antara Adnan dan Bobby dirasakan terlalu lama dan semakin lama semakin kabur motif sebenar babak itu. Aku juga menjangkakan tagline baru akan diperkenalkan dan bakal disebut-sebut ramai tetapi semuanya kelihatan sangat sama dengan filem pertama. Tetapi nampaknya seperti itulah tujuan filem ini dibuat, untuk tidak melakukan perubahan drastik.

 

adnan dan nadia

Untuk filem yang serius kelakar sampai menitis air mata ni, aku bagi 4.5/5 bintang ye? Apa lagi pergi ramai-ramai tengok filem ni kat pawagam bermula 23 Februari 2012 !!!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay