Memaparkan catatan dengan label Syafiq Rosli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syafiq Rosli. Papar semua catatan

Selasa, 3 Julai 2012

Sekitar majlis perkahwinan Irine Nadia Marcello – MERIAH !!

 

Assalamualaikum…

 

Wahahaa tak habis-habis lagi entry pasal wedding Irine Nadia ni kan… Haruslah tak habis-habis lagi, gambor punye lah banyok ni haaa! Lepas habis buat entry semua baru aku ingat nak upload gambar-gambar yang ada ke fanpage. So korang ramai-ramai sila like page SAYA SUKA MENAIP dulu! Kekekee…

 

Baiklah.. kalau entry sebelum ni aku lebih fokus kepada gambar-gambar kedua mempelai iaitu Irine Nadia dan suami beliau serta gambar serba sedikit sekitar majlis perkahwinannya, kali ni aku nak share kisah kemeriahan majlis bila rerakan blogger dah turun padang.

 

Baiklah… orang pertama yang aku jumpa masa wedding Irine Nadia sudah tentunya ahli keluarga beliau. Aku ingat dah lambat nak datang, sebab tak pernah datang ke area Masjid Tanah.. Alhamdulillah dengan adanya aplikasi Maps dalam S2 aku ni, maka sampailah kami ke Masjid Tanah Melaka.

 

IMG_4042

Lepas menapak dua tiga langkah, aku ternampak blogger DENA BAHRIN yang mana video lamaran beliau meletop-letopss kat youtube tu. SubhanAllah dear, you have such a beautiful story, Allah Maha Besar :’) Really envy you dear.. And Dena is truly comelss!! Aww nasib aku tak cubit je pipi beliau. Ihik!!

 

 

P1014079

Lepas tu berduduk-duduk, bertemu para blogger yang hadir pada majlis tersebut. Budak kecik dengan baby di atas tak lain tak bukan YUYU ZULAIKHA. Kemain ko ye Yuyu memangku baby si Ujang haaa.. Terserlah sifat keibuan Yuyu aww!

 

 

P1014085

Kemain haaa busy si Irine melayan tetamu.. Adapun pasangan pengantin sedang bersantap sekalipun, kalau ada yang datang nak bersalam, bergambar semua layankan aje. Ceria sungguh pasangan ini. Gembira berseri-seri!

 

 

P1014138

Ni part suap kek, salam peluk cium betullah bikin aku bergenang air mata. Takleh nangis woi, jatuh saham kang! Kekekee… Aku duk la terbayang aku kahwin nanti macam ni ke? Cuma bayangan pengantin lelaki je samar sikit sebab tak tahu lagi siapa jodoh aku. Aww :’D

 

 

P1014179

Aku dan adik aku si Iyeen. Kesian dia, aku duk hangkut la pergi majlis orang, then bila jumpa geng aku, aku biar dia sorang-sorang. Haha kejam dowh aku. Nasib dia jenis mengikut je, diam je. Barulah aku senang nak angkut gi memana.

 

 

P1014173

Masa untuk meruntuhkan pelamin, duk la rerakan blogger ni haa naik atas pelamin ramai-ramai nak bergambor dengan Irine dan suami. Nasib baik kedua-duanya sporting! Tu ape entah aku duk membebel kat Irine dengan laki dia. Pasal anak kot.. EHHH??!!

 

 

IMG_4146

Awwww… dah boleh dah tu Irine dan suami menimang cahaya mata! Amboiii kemain aku! Hahahah!!!

 

 

P1014186

Aku dan blogger SYAFIQ ROSLI yang sekarang bukan main susah nak jumpa!

 

 

P1014187

Aku dan blogger EMAN THE HALIA yang sama jugak susah nak jumpa sebab beliau study nun di Nilai sana…

 

 

P1014194

Blogger lelaki bersama abang pengantin perempuan. DARI KIRI : SYAFIQ ROSLI, AYEEM AYAM, HAMZAH IAN, AIZUL MARCELLO, UJANG, NAZIRUL HAZWAN dan EMAN THE HALIA .

 

 

P1014203

And this is the cute AMIRAH BAZILAH, adik kepada blogger SYAFIQ ROSLI tadi. Rasanya ni first time kita jumpa kan dik? Hehehe you’re so cute in pictures, and in real life too! Thanks sebab adik ni rajin sangat like gambor kat instagram kite. Ahakss!

 

 

P1014239

Okayy bila rerakan blogger dah pulang, aku belom pulang lagi. Sebab 15 minit sebelum aku bertolak ke Melaka, aku tergerak hati nak bukak page event wedding Irine ni kat Facebook, and aku ternampak Fatin Liyana Asri is going! Ingatkan dia tak jadi datang or lambat, then bila munculkan diri aku lak dup dap dup dap!

 

 

IMG_4219

Tetamu pun ramai dah balik, maka kami yang tinggal ni dapatlah berhibur mendengarkan pasangan pengantin karaoke lagu Dua Insan cewahhh! Walaupun pengantin laki nampaknye segan silu nak nyanyi tapi beliau sporting!

 

 

IMG_4244

Berhuru-hara bersama pengantin. Last kopek punya bergambor bagai nak rak ye.Mentang-mentanglah tetamu semua dah balik. Tinggal kami-kami je. Haha!! DARI KIRI : Nisa Kay, Fatin Liyana Asri, Irine Nadia, Datin Wowhh dan Pen Merah.

 

 

IMG_4273

Ni dah kenapa aku dengan si Fatin ni bercangkung kat sini? Haha!! Alkisahnye nantilah aku cerita ye. Banyak sangat gambar berkenaan kisah cangkung ni. Hhahaha!!

 

 

P1014351

Okay lastttt!!!!!!!!!!! Tak daya dah aku entry panjang berjela!! Ni lah geng-geng yang stay sampai habis majlis. Lepas bergambor dengan kitorang, pengantin terus pergi outdoor photoshoot. Haaa bayangkanlah sampai ke petang kami duk bergambor sakan!

 

Heee kepada IRINE NADIA, tenkiu dik sebab invite ke majlis kahwin ni.. dan kepada FATIN LIYANA and the geng, thanks sebab korang sangat sangat friendly dan sporting dan suke bergambar jugak macam daku! KEHKEHKEH. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 21 Februari 2012

Doakan rakan saya…

 

Assalamualaikum…

 

Balik dah malam sebab seharian keluar hari ni.. Bukak facebook aje dapat berita yang menyedihkan…

 

SR

Seorang rakan sesama blogger yang saya kenali sejak setahun lebih yang lalu iaitu SYAFIQ ROSLI kini berada di hospital. Menurut adik Syafiq, beliau dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman dan kena operation.

 

Agak terkejut dapat berita ni sebab aku baru saja jumpa Syafiq minggu lepas. Macam mana dia boleh jatuh sakit pun aku tak tahu.. Mungkin berita Syafiq jatuh sakit ni dah beberapa jam.. Tapi takpe, aku nak mohon semua yang membaca entry ini doakan kesejahteraan rakan aku ni. TERIMA KASIH.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 19 Januari 2012

#10 Spontaneous Thursday

 

 

Prophet Muhammad (peace be upon him) said, ‘Allah said: Spend on charity, Oh son of Adam, and I shall spend on you.’

- Reported by Bukhari, Hadith.

Islamic Quotes

 

 

 

Asal usul ST ? Tanya kat Syafiq Rosli

Fan page Spontaneous Thursday

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 24 November 2011

PUSS IN BOOTS Nuffnang Premier Screening

 

Assalamualaikum…

 

IMG-20111122-01701

Alhamdulillah, berkat kegigihan aku melahirkan imaginasi menerusi entry ini, aku akhirnya menang pas untuk menonton tayangan perdana PUSS IN BOOTS daripada Nuffnang. Thank you Nuffnang! Tayangan berlangsung pada 22 November 2011 di GSC, One Utama.

 

 

IMG_9884

Aku pergi premier screening ni dengan Syafiq Rosli. Disebabkan jalan jam kat area Kelana Jaya, maka kitorang sampai lambat sikit, tapi tak begitu lewat lah, sebab kitorang sampai betul-betul 15 minit sebelum waktu tayangan.

Kat depan pintu masuk pawagam ada pulak Puss in Boots! Whaaaa nak ambil gambarrrr!! Tapi ramai sangat budak-budak, so aku segan. Kekekekee….

 

 

REVIEW AKU MENGENAI FILEM INI ???

Nak kata review sangat tu tak adalah.. Tapi macam biasa, aku sukakan filem animasi macam ni, dan Puss in Boots memang funny! Dalam filem ni banyak mengimbas kembali kisah silam. Dan watak antagonis dalam filem ni ialah sebiji…. telur? Dalam filem ni jugak ada menampilkan watak-watak kartun dongeng yang lain seperti Jack & Jill, Andy Beanstalk dan Humpty Dumpty. Pengembaraan mereka dengan pokok kacang ajaib dan istana angsa emas pon best. Part kelakar nye masa Dance Fight, ada kucing suka buat “Oouuuuu” kahkahkah. Kalau nak tahu kena tengok lahhh.

 

 

IMG_9886

Thank you for the passes and the badges Nuffnang! Maaf, aku tak pandai nak bagi rate untuk filem ni. Sebab taste manusia ni lain-lain. Bagi aku yang sukakan filem macam ni memang lar aku cakap filem ni best. Nanti korang yang kureng minat pergi tengok filem ni, lepas tu kata tak best pulak? Kan dah salahkan aku.

 

 

IMG_9887

Thank you Syafiq Rosli sebab sudi pergi tengok wayang free dengan aku. Hohooo… Antara blogger lain yang aku jumpa dan nampak ialah Akmal Hilmi, Ady Budika dan Syafiq Ahadin tapi tak sempat bergambor ponnn…

 

 

IMG_9888

Errrggghhh!! Geram tengok gambar sendiri sebab eyebag mak aih teruknyeee!! Ni macam mana aku nak pergi event Maybelline esok nihhh??? Grrr! Ouhh ye, gambar aku dan Syafiq Rosli berlatarkan kedai mamak sebab masing-masing lapar, then pergi lepak mamak lepas tengok wayang. Kekekekee…

 

Okaylah, sekali lagi, thank you Nuffnang! Kalau ada cerita macam ni lagi aku nak try lagi dapatkan free passes! Hehee korang pun kalau nak free passes macam ni, rajin-rajinlah ke website Nuffnang ye. Kalau korang rajin mencuba tak mustahil satu hari nanti rezeki korang pulak okay?

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!


Read More»

Copyright © Nisa Kay