Memaparkan catatan dengan label Art. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Art. Papar semua catatan

Khamis, 7 Februari 2013

FREE HEADER from Meuz Angelo

 

Assalamualaikum…

 

Ramai betul orang tanya, blog aku ni, siapa design kan? Jawapan aku, header dan background abang aku design kan.. manakala template keseluruhan blog Cik Muyat yang design kan… So ade sentuhan campuran dua designer gituuu..

 

Dan ramai jugakk yang suruh tanyakan abang aku tu, nak ke dia ambil upah design header orang? Tapi maaf ler korang-korang ye.. abang aku ni payah nak mengadap customer yang demanding dan banyak songeh, sebab tu dia rela tak buat duit design header blog orang. Sebab korang kena faham, kerja nak design ni memerlukan fokus, masa dan idea perlu dikerah.

 

Ajaibnya malam ini abang aku MEUZ ANGELO tuuu nak bagi korang FREE HEADER!! Tapi FREE bukan sebarang free ye.. dia dah siap-siap buatkan beberapa design header yang RINGKAS dan mudah, dan tidak memberatkan blog untuk loading. Ye, MEUZ ANGELO tu memang suke someting yang plain and simple. Tengok je la blog dia.

 

Korang yang nak FREE HEADER daripada MEUZ ANGELO mestilah memilih design header yang telah beliau sediakan SAHAJA! Tak boleh request design baru atau custom design ke apa.. Kalau nak jugak, korang kena bayar la kan? Dah orang nak bagi free berani nak demand lelebih? Kekeke..

 

1

 

2

 

3

 

4

 

5

 

Yang di atas adalah 5 design header yang teramatlah ringkas, memang abang aku suke la buat benda benda ringkas macam ni.. Tak serabut kepala hotak gituuu. Korang cume perlu pilih design mana yang korang berkenan, dan bagi kat abang aku NAMA BLOG dan TAGLINE blog korang okay?

 

JANGAN SUBMIT REQUEST KORANG KAT SINI! Pergi sana komen kat BLOG ABANG AKU tuuu. Kalau korang submit request kat sini, kucing bertanduk lima belas pon korang takkan dapat laa free header ni yekk. Okayy jangan lupe pergi terjah blog abang aku kalau nak header free.

 

Blog abang aku >>> http://meuzangelo.blogspot.com/2013/02/header-blog-percuma.html

 

 

XOXO


Read More»

Selasa, 18 Disember 2012

Nisa Kay dan Yana Samsudin versi kartun..

 

Assalamualaikum..

 

IMG_20121217_115314-horz

Ini adalah gambar dari instagram aku… Baru-baru ni aku dengan dengan kembang hidongnye ada berkongsi dengan uolls pengikut akaun instagram aku print screen lock screen handphone dan iPod aku. Maka berbondong-bondonglah persoalan, kecelaruan, tak kurang juga tekaan-tekaan kelakar macam mana aku dapat wallpaper sebegini.

 

Woahhh rasa cool kejap. Kembang hidungku tak kempis-kempis lagi.. Ade ke patut ade orang tanya aku lukis sendiri ke kartun ni? Uhuk uhukk batuk terkeluar anak tekak kejap aku. Berseni pulak tangan aku nak lukis?? Hahaha jauhhhh sekali aku yang lukis…

 

 

proses

Ini pulak gambor semasa kartun ini mula-mula diproses.. Persoalannye sekali lagi.. MACAM MANA AKU DAPAT KARTUN NI??? Buat kat mana??? Ada jugak yang gigih cari apps untuk buat kartun ni. Bila tak jumpa datang marah-marah aku sebab kedekut sangat nak bagitahu. Errrr dik, this is no apps! This is human work.

 

 

catsss

Tak lupa juga aku turut dapatkan kartun ini untuk kak yong kesayangan ku YANA SAMSUDIN. Lepas ni bolehlah buat wallpaper ye kak long.. Di saat kak long menatap kartun itu, ingatlah ianya hadiah tulus ikhlas dari adikmu Nisa Kay. Hahahaha berangannye lah aku ni. Bweekk wekk..

 

COMEL KANN?????? Hahahahaa mana nak dapat? Mana nak dapat?? Ehemm meh sini semua aku bagitahu… kartun ni bukanlah boleh dapat gedebuk jatuh dari langit gittew… Aku telah menemui seorang kartunis (errr boleh panggil kartunis la kan??) yang sangat sangat berbakat! Dan hasil kerjanya pun aku puas hati.. Harga pun berpatutan!

 

Kalau korang nak upah dia lukis kartun atau karikatur atau apa-apa kerja yang beliau boleh buat (kekekee~) bolehlah hubungi :

 

ARTORTOISE

http://tortoise-art.blogspot.com/

https://www.facebook.com/Artortoise

 

Untuk sebarang pertanyaan mohon sangat sangat korang tanya direct kepada pihak Artortoise okay? Aku tak tahu menahu mengenai servis dorang yang lain. Aku cuma bayar beliau untuk lukis kartun aku dan YANA SAMSUDIN ajeee.. Hehehe apa-apa pun terima kasih tak terhingga kepada pihak Artortoise yang amat mudah berurusan! Semoga bisnes anda maju inshaAllah :)

 

 

PSSTTT : Please ye people dont ask them for free cartoons or caricature. They are doing business !

 

 

 

 

~Nisa Kay~


Read More»

Selasa, 13 Mac 2012

Nisa Kay versi karikatur oleh Dani

 

Assalamualaikum…

 

Masa aku kat luar tadi, ada seorang blogger ni mintak izin aku untuk transform gambar aku ke dalam bentuk karikatur. Aku pelik jugaklah kenapa dia nak karikaturkan gambar aku? Tapi aku bagi dia permission sebab aku nak tengok hasil kerja beliau.

 

nisa kay caricature by dani

Lepas siap je karikatur tu, si blogger tu tweet link entry dia kat aku. Ehhh cepat jugak eh dia buat kerja? Aku rasa baru kejap je aku tweet bagi permission kat dia? Bila aku bukak link yang dia bagi (through blackberry), aku ternampak karikatur yang…

 

Aku tak puaslah tengok kat bb je. Maka aku balik, aku online twitter lepas tu aku cari link entry blogger tu dan aku tengok hasil kerjanya dengan lebih jelas. My first impression?? COMEL GILA kottt!! Hahaha tak sangka blogger itu berbakat sungguh!!

 

Blogger yang aku maksudkan ialah Nurdani. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi karikaturkan gambar saya yang selekeh-nista ini. Wuhuhuu… Totally love the artwork.. Keep it up girl! :D

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay