Memaparkan catatan dengan label bakat terpendam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bakat terpendam. Papar semua catatan

Selasa, 13 Mac 2012

Nisa Kay versi karikatur oleh Dani

 

Assalamualaikum…

 

Masa aku kat luar tadi, ada seorang blogger ni mintak izin aku untuk transform gambar aku ke dalam bentuk karikatur. Aku pelik jugaklah kenapa dia nak karikaturkan gambar aku? Tapi aku bagi dia permission sebab aku nak tengok hasil kerja beliau.

 

nisa kay caricature by dani

Lepas siap je karikatur tu, si blogger tu tweet link entry dia kat aku. Ehhh cepat jugak eh dia buat kerja? Aku rasa baru kejap je aku tweet bagi permission kat dia? Bila aku bukak link yang dia bagi (through blackberry), aku ternampak karikatur yang…

 

Aku tak puaslah tengok kat bb je. Maka aku balik, aku online twitter lepas tu aku cari link entry blogger tu dan aku tengok hasil kerjanya dengan lebih jelas. My first impression?? COMEL GILA kottt!! Hahaha tak sangka blogger itu berbakat sungguh!!

 

Blogger yang aku maksudkan ialah Nurdani. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi karikaturkan gambar saya yang selekeh-nista ini. Wuhuhuu… Totally love the artwork.. Keep it up girl! :D

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 19 Oktober 2011

(GAMBAR) Di sekitar majlis Sidang Media PILIH KASIH Musim Ketiga


Assalamualaikum semua....


Entry ini aku autopost sebab aku tak akan berada di Shah Alam selama beberapa hari. Yeah bebeh, entry ini di publish mungkin saat aku sedang enak melantunkan suara sumbang mambang aku ni pada majlis konvokesyen. Kalau tak paham ayat tunggang langgang aku, sila rujuk entry sebelum ini.


Pada 10 Oktober yang lepas, aku menerima jemputan dari blogger ANDYHOWTT untuk join beliau bersama rakan-rakan blogger ke majlis sidang media bagi rancangan realiti PILIH KASIH yang bakal muncul dengan musim terbaru iaitu musim ketiga.




Sesi tandatangan dokumen antara pihak RTM, TM dan Suhan Movies.





Pembaharuan dalam Pilih Kasih musim terbaru. Rosyam Nor bakal dibantu oleh Umie Aida dan Erra Fazira untuk memilih calon terbaik bagi menjadi juara Pilih Kasih.





Antara blogger yang hadir memeriahkan majlis sidang media nih. Adat rakan blogger bila berjumpa mesti mau bergambor tak hengat dulu kannn... Ahakss...!!





Aksi mesra-mesraan Nisa Kay dan Rosyam Nor. Hahahaha peminat Rosyam Nor sila jeles laju-laju. Kau hado??? Ahaksss....!!!





Ni satu lagi aksi beramas-mesra bersama Erra Fazira. Beliau sangat lah friendly dan sporting!





Sudah beberapa lama kenal MYRAVEA ni, inilah baru pertama kali aku jumpa beliau. Mak aihh!! Kecik bebenor orang nye! Terkujat aku bila ditegur beliau. Kehkehkeh!!!





Gambor camwhore bersama YANA NANAKO. Comel pulak beliau pakai braces! Wuwuwuwuuuu... Lepas ni boleh ajak kau camwhore lagi ye Yana? Sebab aku rasa aku comel dowh dalam gambor nih! Kahkahkah!!!





Aku dan blogger MAS AHMAD SAFWAN.






Blogger ni dah tukar ke domain rupanya. Dah tak panggil MyungDae. Sekarang nama komersial lebih formal, TAUFIQ NAZLI huhuuu....




Woooo abang BEN ASHAARI yang sikit susut pun ada, abang blogger otai iaitu abang JEJAI ada jugekkk.. Yang kat belakang dengan senyuman penuh muslihat tu UJANG. Yang baju superman ni lak ANDYHOWTT. 







Dah lahhh.. kang letak bebanyok gambar kang muntah hijau pulak tengok aksi ramas-mesra antara blogger yang retis tanah air. Kang ada makan hati 40 hari masuk wad susah hati. Hohooo. Sebarang salah silap harap dimaafkan ye....


Huuu thanks a lot kat Andy yang sudi invite dan pick up aku kat Shah Alam... Tak lupa kepada semua rakan blogger yang hadir. Thanks a lot weyh!! Kalau ada event jangan segan-segan invite aku lagi. InsyaAllah kalau free boleh aku join yek. 


P/S : More pictures will be uploaded later at the fan page :)








Read More»

Sabtu, 26 Mac 2011

Akhirnya, video Nisa Menaip dan Ben Ashaari… ! Dan gara-gara Nora, aku ketar lutut!!!

Heee ada lagi satu video aku nak share dengan korang.. Antara pengalaman manis aku dengan 1tube.my … dalam Shooting bersama 1tube.my di NEF-Awani ICT Fair, PWTC hari tu aku dah ceritakan ape yang aku buat di sana.

Dan di sana, aku tidak keseorangan! Hehee turut menemai ialah blogger terkenal BEN ASHAARI. Hehehee Abang Ben ade je sepanjang penggambaran berlangsung. Hehehe kalau tak percaya meh tengok video ni :

 

Haaaa aku sebenarnye malu-malu nak rakam video dengan Abang Ben niiii. Auw auwww.. Hahahaha!! Ade ke Abang Ben aku takut pandang dia sebab takut jatuh hati. HAAHAHAHAHAA!! Hadoi makkk.. kang marah lak si dia. Oopppsss!!!  (Kalau video di atas tak boleh view, boleh VIEW DI SINI )

Ohhh ye, terharu sangat-sangat sebab Abang Ben sudi tulis entry pasal aku… Nak tahu entry ape? Entry : Dia mmg berbakat besar ! Wuuuu nangis laju-laju sebab terharu! Ahahaaa….. Terima kasih daun keladi Abang Ben!!!

Hahhh cerita pasal Nora yang buat Nisa ketar lutut pulakkk… Nora mana nih??? Nora Syida kawan saya ke??? Nora jiran sebelah rumah ke???? Bukan lahhh.. Nora yang ni laaa :

Haaaa percaya tak?? Aku pon sampai sekarang laa aku macam tak percaya yang aku berpeluang berjumpa dengan Nora dan juga berpeluang interview Nora!! Oh myy!! Oh myy!! Nak tercabut kejap jantung aku!! Dah laa Nora penyanyi terkenal tanah air, orang nya juga sangat cantik okeh!

Masa mula-mula nak interview beliau memang ketar lutut gua cakap sama luu!!! Ahakkss…. Kalau nak tengok video aku interview Nora, KLIK DI SINI !!

Hehehee thanks kepada semua yang sudi view video-video aku.. Dan aku terharu dengan rezeki yang Allah turunkan kepada aku. Alhamdulillah amin!! :)

More videos : KLIK  Nisa interview CEO Advertlets.com ????

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 9 Mac 2011

Niat jahat nak menunjuk depan para artis, sekali tak dapat! Padan muka aku!

 

IMG_1721Uncle Jalal sporting beb!

Ahah!! Jangan tak percaya. Hari tu aku pergi redah Ampang Jaya dengan tuan rumah sewa aku, yakni Patrick Star, dan juga rakan-rakan serumah yang dikasihi. Chewahhh!!! Aku ke sana untuk memenuhi jemputan Uncle Jalal (nama mesra beliau yang kitorang panggil) ke kenduri kahwin anak beliau. Errr anak yang ke berapa pun aku tak tahu?

 

IMG_1795Boleh pulak kami berempat terrrrr-pakai tudung sama ungu.

 

IMG_1807Ni semua budak rumah aku.. Ada seorang aje kot yang takde? Alaaa tak cukup korum ahh camni :(

 

IMG_1843GAMBAR PANAS! KEMESRAAN KAMI !

Haha giler ke aku nak undang kontroversi?? Haha ni aku rasa Uncle Jalal dok tahan gelak kat aku sebab beliau pelik aku ni aktif bebenor bergambar. Haha!!

 

Ohh ye terpesong pulak aku. Ahaha!! Berbalik pada tajuk, aku sebenarnye nak cerita lah, masa kenduri tu ade live band, dan sesiapa yang nak nyanyi leh request kat dorang. Siap ade list tuh! Wahahaa aku pulak didorong oleh bebudok umah untuk menyanyi kat situ. Perrgghh nak test market ouhh!! Maklumlah, kenduri anak Uncle Jalal, for sure la ade artis yang datang! Ahaks!

Maybe sebab niat jahat tu lah, nak menunjuk-nujuk sekali tak sempat aku nak request nak sampaikan lagu, live band tu dah pun main lagu terkahir dorang, yakni lagu poco-poco. Para hadirin kat kenduri tu pulak ramai yang sporting, siap joget poco-poco lagi tuh! Haha memang meriah bebeh!

 

IMG_1753

Oh yes, I met this wonderful girl. And she said she likes me though. Haha. Then she snapped my pics with a DSLR, just like a paparazzi! Haha so cute eh Nadrah El-Aziz!

Tu aje nak cerita. Haha. Bye. P/s : Check out preloved items and shawls HERE !!

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 21 Februari 2011

Wowww siapa nak jadi BLOGGER IDOL?? Menang duit pulak tuh!!

Yeahhhhhh contest BLOGGER IDOL sudah pon dilancarkan.. oopppsss!! Bukan aku yang anjurkan ye… Dan entry ini bukan entry penyertaan ye… Entry ini entry promo okeh….

Kepada para blogger di luar sana, anda ada bakat menyanyi? Atau suka menyanyi? Haaaaaa jangan tunggu lama lama meh sini semua rapat rapat… Aku nak cerita tentang satu contest yang best gilaa.. boleh menang duit okeh!! DUITTTTTT… (haha sengaja bold kan) Sape taknak?? Gile ke taknak? Hahahaaa~

Jom tengok nih :

 

BLOGGER IDOL anjuran Tia Fazunia. Dengan kerjasama Andyhowtt dan juga Akmal Hilmi.

Video by : Tia

 

Haaaa menarik kan?? Menarik kan???? Ohh ye, setiap video nyanyi WAJIB upload kat web 1tube.my okeh! Baru laa valid. Sambil kita ber-contest suka ria, apa salahnya kita sokong produk local? Tak gitu? Heheee

 

 

Haaaaa sesiapa yang nak join, jangan lupa baca terma dan syarat sampai habis tau! Baca dengan teliti okehhhh…  Kalau korang tak memenuhi syarat-syarat, penganjur contest tidak teragak-agak untuk reject penyertaan korang. Haaaa nak camtu ke? Tak nak kan… Tak nak kann… so BACA SYARAT DENGAN TELITI oke… Kalau ada apa apa yang tak faham, tanya aje kat penganjur.

Jangan tanya aku lak! Aku bukan penganjur! Aku nak promote contest aje nih. Hahahaaaa…

Oh ye, untuk terma dan syarat : KLIK SINI

Jom la ajak kawan kawan join ye…

 

 

 

Peace.


Read More»

Copyright © Nisa Kay