Assalamualaikum semua...
Read More»
Assalamualaikum..
Wahh seronoknye nak update entry kali ni sebab aku nak share events yang best-best untuk korang semua! Yelah.. peluang dan rezeki yang ada harus dikongsi bersama kan.. Kat sini aku nak war-war kan event yang best yang akan berlangsung hujung minggu ni!
#1 BAZAAR AROUSH
Jom ramai-ramai mengimarahkan masjid dengan menghadiri event di bawah ni.. pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan, bengkel-bengkel bermanfaat serta gerai jualan pelbagai produk menanti anda! Ajak keluarga, sahabat handai memeriahkan majlis. Sambil kita bersantai, kita menimba ilmu dan mengeratkan silaturahim!
Info lanjut sila lawati :
https://www.facebook.com/events/320240678060221/
#2 HAJABA SYAWAL COLLECTION FASHION SHOW & MINI LAUNCHING OF LUVSTYLISTA
Jenama pakaian muslimah terkenal Hajaba akan mengadakan event khas untuk memperagakan koleksi terbaru sempena Syawal akan datang.. Selain itu, Hajaba akan melancarkan juga sub-line Hajaba iaitu LUVSTYLISTA yang akan diperagakan oleh selebriti terkenal.
Untuk pergi ke event ni kena RSVP dulu.. Sila SMS Puan Mona di 013-3276231, nyatakan nama anda dan nyatakan yang anda berminat untuk menyertai event ni. Jangan lupa tinggalkan alamat emel anda pada beliau ye. Jemputan akan diedarkan pada hari Jumaat (bergantung kepada kekosongan)
Info lanjut sila lawati :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=405750339460949&set=a.398887563480560.79064.391318664237450&type=1
#3 LIPSTICK PARTY
Tidak tahu bagaimana hendak pilih warna lipstick yang sesuai dengan kulit atau tema pemakaian anda? Jom berparti dengan lipstick Color Crème dari Mary Kay! Tanyakan juga tips-tips kecantikan dari perunding kecantikan, Dya Romantika.
Ada lucky draw tau! Untuk RSVP sila hubungi Dya Romantika 013 6030 370 ! Kalau ada readers yang nak pergi sana, korang mention pada beliau yang korang readers blog Nisa Kay ya!
Info lanjut sila lawati :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=438299252857803&set=a.111105105577221.11591.100000331958597&type=1&ref=notif¬if_t=photo_reply&theater
Yeahhh ada 3 event yang best dan menarik untuk korang semua pergi! Jangan lepaskan peluang.. Semua event di atas ni percuma.. Tak payah bayar apa-apa untuk masuk.. Cuma event kedua dan ketiga aje yang kena RSVP.. Sebab dua event je yang ada limited seats. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ye!
Untuk event pertama, iaitu Bazaar Aroush, saya akan cuba berada di sana.. Memang dah merancang nak meluangkan masa di sana tapi malangnya kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Jadual agak padat sebenarnye sekarang.. Event kedua tu semestinya saya akan ada.. Manakala event ketiga pulak tak dapat datang. Hukhuk.. So siapa yang free boleh join! Hehehe…
Jom ramai-ramai like fanpage SAYA SUKA MENAIP !! TQ :)
Assalamualaikum…
Seperti yang aku duk war-warkan sepanjang minggu ni kat twitter dan facebook, maka akhirnya meh lah aku membuat pengumuman rasmi.. Buat julung kalinya, online shop aku iaitu MINI SHOPAHOLICS ONLINE SHOP (MSOS) akan menyertai bazaar! Huahuahuaa!!
Wokayhhh so buat masa ni, ni lah logo online shop aku ye.. Untuk bazaar yang akan aku join ni, ialah bazaar bersempena DIGI WWWOW AWARDS yang akan berlangsung Sabtu ni kat Subang Hi-Tech. Jadi dengan malu-malunye aku terima pelawaan untuk bukak booth. Weehuu!!
Untuk pengetahuan semua, pada hari berkenaan aku akan berkongsi booth dengan online shop CLOSETS OF AMY AMY yang akan jual beg / dress ye!!
Haaa… produk utama yang akan aku jual pada hari berkenaan ialah TUDUNG dan mungkin sedikit baju / dress prelove. Tapi yang prelove tu tak pasti lagilah yek! Yang pasti tudung ada okayh! Special price untuk mereka-mereka yang datang membeli-belah dengan MSOS pada hari tersebut!
APAKAH ??
DIGI WWWOW AWARDS
BILAKAH???
9 JUN 2012, 6PM – 11PM
DI MANAKAH ??
D'House, Lot 10, Jalan Delima 1/1, Subang Hi-Tech Industrial Park, 40000 Shah Alam, Selangor.
PRINTED HIJAB SQUARE atau nama lainnya tudung obama. Harga kat online shop aku jual RM10 (sekarang dah turun RM9 sehelai), tapi kalau korang datang beli kat booth aku masa bazaar tu nanti, harga akan jadi sehelai RM8 sahaja! Beli dua aku bagi RM15!!
BAWAL SULAM ATAS KEPALA. Bawal sulam ni memang aku tak update-update kat online shop. Sudahnya aku decide nak jual kat bazaar ni. Harga kalau aku jual online, aku dah tetapkan nak jual RM29. Tapi untuk pelanggan yang datang, harga special untuk korang ialah RM25 sahaja!! Woot woot!!
BAWAL 2 TONE SULAM KARIPAP. Nama dia sulam karipap sebab kat hujung dia sulam corak kelim karipap. Har har har!! Ini produk terbaru MSOS. Segar dari ladang! Harga pasaran untuk aku jual kat online shop di masa akan datang nanti ialah RM13. Tapi kalau korang beli kat booth aku, harga special untuk korang ialah RM10 sehelai!!
Untuk datang ke DiGi Office, korang boleh rujuk peta di atas ye (klik untuk lebih jelas).
Dan booth di bawah nama nisakay.com pula di hujung sekali.(Klik untuk lebih jelas) Bazaar ni dibuka kat parking tingkat 2 tau! Kalau nak datang tu, rajinkan diri ringankan mulut bertanya kat pak guard kat situ tau!
Booth makanan-makanan pun ada tau! Korang datanglah ramai-ramai membeli belah kat booth aku sebab aku teringin nak berjumpa dengan pelanggan-pelanggan online shop weee… Maklumlah ni kan pertama kali aku bukak booth. So macam excited + batak sikit laa.. Kihkihkih..
Ohh ye memandangkan event yang berlangsung ialah DIGI WWWOW AWARDS, mungkin korang juga boleh berjumpa dengan blogger kegemaran korang? Jeng jeng jenggg~
APAKAH ??
DIGI WWWOW AWARDS
BILAKAH???
9 JUN 2012, 6PM – 11PM
DI MANAKAH ??
D'House, Lot 10, Jalan Delima 1/1, Subang Hi-Tech Industrial Park, 40000 Shah Alam, Selangor.
Copyright © Nisa Kay