Memaparkan catatan dengan label NBOS 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NBOS 2016. Papar semua catatan

Rabu, 17 Ogos 2016

NBOS 2016 - Persembahan pentas dan lelongan amal artis Malaysia





Assalamualaikum...


Sekali lagi, sajor lah nak war-warkan bahawasanya di acara NBOS 2016 yang sedang berlangsung di PCC sehingga Sabtu (20 Ogos) ini terdapat banyak sangat aktiviti menarik dan tertarik yang berlangsung di sana. Selain daripada booth-booth informasi, gerai pameran, aktiviti untuk kanak-kanak (rujuk di sini) ada jugak aktiviti hiburan dan Fashion Bazaar by Roopawan.com berlangsung di sana ! Meriah ke idokkk !



Persembahan oleh artis-artis terkenal Malaysia:
Artis-artis Malaysia akan turut menggegarkan PICC Putrajaya sepanjang minggu ini dengan persembahan mantap masing-masing ! Haa bukan calang-calang artis tuuu nak mendendangkan sebuah dua buah lagu sepanjang minggu ni ! Datang jangan tak datanggg !


AHAD, 14 OGOS 2016
1. Aizat Amdan & Ippo Hafiz (11.00 pagi)
2. Tasha Manshahar & One Nation Emcee (5.10 petang)

ISNIN, 15 OGOS 2016
1. Drama Band & Ronnie Hussein (12.20 tengahari)
2. Siti Nordiana & Khai Bahar (5.25 petang)

SELASA, 16 OGOS 2016
1. Dayang Nurfaizah & Caliph Buskers (12.20 tengahari)
2. Aliff Satar & Sandra (5.30 petang)

RABU, 17 OGOS 2016
1. Encik Mimpi & Zarul Umbrella (12.20 tengahari)
2. Sixth Sense & Sakura Band (5.20 petang)

KHAMIS, 18 OGOS 2016
1. Mark Adam & Aman Nasim (12.05 tengahari)
2. Syazwan Shuhaimi (2.20 petang)
3. Bunkface & Haiza (5.10 petang)

JUMAAT, 19 OGOS 2016
1. Sarah & Shiela Abdul (11.10 pagi)
2. Dafi & Putera (5.15 petang)

SABTU, 20 OGOS 2016
1. Ewal AF & Zariff AF (12.30 tengahari)
2. Sazrin & Aina MentorLegend (4.35 petang)



Lelongan amal oleh artis & selebriti Malaysia:
Artis dan selebriti Malaysia pun tidak melepaskan peluang untuk beramal. Pelbagai produk berjenama yang akan dilelong untuk tujuan amal. Tengok senarai artis di bawah. Haa kalau ada yang anda minat atau ada yang anda nak tengok koleksinya tu, meh meh datang !


AHAD, 14 OGOS 2016
4.35 petang : One Nation Emcee

ISNIN, 15 OGOS 2016
3.40 petang : Siti Nordiana

SELASA, 16 OGOS 2016
4.55 petang : Aliff Satar

RABU, 17 OGOS 2016
4.35 petang : Nur Sajat

KHAMIS, 18 OGOS 2016
4.00 petang : Bunkface

JUMAAT, 19 OGOS 2016
3.35 petang : Dafi

SABTU, 18 OGOS 2016
2.20 petang : Che Ta & keluarga



Fashion Bazaar by Roopawan

Haa banyak sebenarnya booth jualan yang turut memeriahkan acara NBOS 2016 ! Meh lah semua datang dengan keluarga, kawan-kawan dan sanak saudara.. Bloggers dan team Projek Travel serta selebriti Malaysia ramai yang bukak booth niii ! Haa jangan lepaskan peluang ! Kot ada sale kaw kaw dari mereka kan kan ! Untuk maklumat lanjut mengenai Fashion Bazaar ni, baca di sini.



Acara Perasmian
  • Perasmian pameran NBOS 2016 oleh Tan Sri Dr Ali (Ketua Setiausaha Negara) pada 14 Ogos 2016 di PICC Putrajaya.
  • Perasmian Fashion Bazaar by Roopawan.com oleh Tan Sri Irwan Siregar (Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan) pada 14 Ogos 2016.


Selain daripada persembahan pentas oleh artis, lelongan amal dan Fashion Bazaar ni, ada banyak lagi sesi yang menarik ! Ada sesi perbincangan di pentas, haa ada jugak sesi perbincangan kaunseling, sesi makeover, shawl tutorial dan sesi Musykil Muslimah bersama Ustazah Isfadilah. Ishh nak cerita kat sini sampai esok pun tak habis menaip ! Apa kata korang pergi ramai-ramai ke PICC, Putrajaya haa... 



Haaa ni dia booth team Projek Travel di acara NBOS 2016, PICC Putrajaya. Ada kudapan khassss dari blogger Pena Berkala (picture credit to him) ! Fuhh nampak sedap ! Korang kena beli cepat cepat okayy ! Dengar kata laku keras ni, asyik kena retsock je ! Hahahaha... Marilah mari semua, borong kudapan mereka ni okay ! Kompem nak lagii !





Baiklah.. apa-apa pun boleh rujuk di website NBOS 2016 untuk maklumat lanjut ya !















Read More»

Khamis, 11 Ogos 2016

Bazaar by Roopawan.com di NBOS 2016, dimeriahkan oleh artis-artis Malaysia !





Assalamualaikum semua...


Terima kasih lah masih sudi baca blog Nisa yang hagak sendu dua tiga menjak ini.. Gituu... Oh ye ! Masih ingat lagi blog post Nisa mengenai acara NBOS 2016 ? Apa benda NBOS ni ? Haa sila baca sekali lagi DI SINI okayyy ! Bercakap mengenai NBOS 2016 ini, kalau korang tak pergi yang tahun lepas.. Huii meriah sungguh lahai !





Senarai aktiviti dan artis-artis yang akan terlibat dengan acara NBOS 2016 ini Nisa dah kongsi di blog post ini. Haaa meriah nau nau !! Seronok lahaiii ada artis.. ada aktiviti, ada perkongsian info.. dan tak lupa juga ada bazaar untuk kalian membeli-belah !!




Haa selain daripada persembahan artis, sebuah bazaar membeli-belah turut akan diadakan dan diselia oleh ROOPAWAN.COM ! Haa padia la Roopawan pulak ni kan ? ROOPAWAN.COM merupakan sebuah laman web e-commerce yang menawarkan pelbagai jenama fesyen, produk kecantikan dan banyak lagi. Di laman web ROOPAWAN.COM ni jugak boleh beli produk keluaran artis Malaysia. Tapi di acara NBOS 2016 ini, pihak ROOPAWAN.COM akan melancarkan laman web mereka secara rasmi dan mengadakan bazaar jualan.


Di bazaar oleh ROOPAWAN.COM ini pelbagai jenama fesyen akan turut serta, malah ramai artis Malaysia akan turut sama bukak booth haa ! Seronok la untung-untung dapat selfie sekali dengan tokey kedai ! Wahahah.. Nak beli snek makanan, tudung, baju lelaki dan wanita.. semua adoo ! 


Ehemm.. Nisa pun bukak booth ??!!! Betul ke niii ! Haa Nisa akan buat CLEARANCE SALE ! Satu baju RM20, beli lah dua helai harga jadi RM35 sahaja ! Kalau beli tiga helai dan ke atas, sehelai akan jadi RM15 sahaja.. adoi murah sangat ni ! Haha opss terpromote baju sendiri pulak uollss !!!






Sekali lagi.. jangan lupa datang ke acara NBOS 2016 (PICC, Putrajaya) yee ! Banyak aktiviti menarik lagi tertarik untuk semua peringkat umur.. Ada booth-booth yang menawarkan info menarik untuk semua yang hadir.. ada aktiviti untuk kanak-kanak sekolah rendah dan menengah.. setiap hari ada persembahan artis.. gerai jualan.. dan macam-macam lagi lah ! Haaa susah sangat nak paham apa tu NBOS 2016 ni.. sila lah baca blog post Nisa yang ini okay !!







Read More»

Rabu, 3 Ogos 2016

Jom beramai-ramai ke HARI TERBUKA NBOS 2016 di Putrajaya





Assalamualaikum..

Hari ni Nisa nak berkongsi informasi mengenai Hari Terbuka NBOS 2016 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Acara ini diadakan bersempena Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Haa bila ? You guys boleh pergi ke PICC mulai 14 Ogos hingga 20 Ogos 2016. Ada banyakkk aktiviti kat sana nanti tau.


Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi memeriahkan Hari Terbuka NBOS 2016 di PICC Putrajaya. Antaranya ialah pameran oleh agensi-agensi kerajaan, NGO serta badan swasta. Berikut adalah senarai pihak yang akan menjayakan pameran :
  1. NSU
  2. CODING
  3. VIP
  4. UTC
  5. BR1M
  6. MINDEF
  7. MOHA
  8. KPDNKK
  9. MDEC
  10. MOHR
  11. MAGIC
  12. KPKT
  13. 1M4U
  14. KPWKM
  15. BIOTECH
  16. KPM
  17. JPA
  18. PP1M
  19. PR1MA
  20. KPT
  21. MOTAC
  22. MOH
  23. MOA


ANTARA AKTIVITI MENARIK YANG LAIN :


- Coding Bootcamp 
khas untuk kanak-kanak sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah

- Kem Keusahawanan 1MEt : terbuka kepada orang awam
Platform yang baik untuk orang ramai mendapatkan lebih info serta guideline bidang keusahawanan

- Aktiviti sukan berbasikal dan larian
Penggemar aktiviti suka boleh turut serta dalam acara NBOS Run & Ride

- Pameran Inisiatif-Inisiatif NBOS
Pengunjung berpeluang mendapatkan lebih pencerahan mengenai Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

- Booth pameran oleh Perbadanan PR1MA
Menyampaikan maklumat berkaitan rumah PR1MA kepada umum

- Booth Pameran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Bagi mereka yang ingin mendapatkan info lanjut mengenai perancangan memiliki rumah pertama

- F1 Simulator oleh Petronas
Pengunjung berpeluang merasai pengalaman seperti memandu kereta lumba F1



Pelbagai lagi aktiviti menarik yang akan diselia oleh 1M4U serta FIT Malaysia, dan ia akan berlangsung sepanjang hari ketika acara Hari Terbuka NBOS 2016 ini. Artis-artis Malaysia pun ramaii akan memeriahkan suasana !


Haaa boleh lah masukkan Hari Terbuka NBOS 2016 ini ke dalam jadual anda ! Ada banyak input yang kita boleh dapatkan hanya di satu acara yang akan diadakan dengan meriah ! Hmmm.. Nisa pun mungkin akan berada di sana ! Soo... jom jumpa di sana !




HARI TERBUKA NBOS 2016
PICC Putrajaya
14 hingga 20 Ogos 2016








Read More»

Copyright © Nisa Kay