Memaparkan catatan dengan label I LOVE BAZAAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label I LOVE BAZAAR. Papar semua catatan

Khamis, 11 Ogos 2016

Bazaar by Roopawan.com di NBOS 2016, dimeriahkan oleh artis-artis Malaysia !





Assalamualaikum semua...


Terima kasih lah masih sudi baca blog Nisa yang hagak sendu dua tiga menjak ini.. Gituu... Oh ye ! Masih ingat lagi blog post Nisa mengenai acara NBOS 2016 ? Apa benda NBOS ni ? Haa sila baca sekali lagi DI SINI okayyy ! Bercakap mengenai NBOS 2016 ini, kalau korang tak pergi yang tahun lepas.. Huii meriah sungguh lahai !





Senarai aktiviti dan artis-artis yang akan terlibat dengan acara NBOS 2016 ini Nisa dah kongsi di blog post ini. Haaa meriah nau nau !! Seronok lahaiii ada artis.. ada aktiviti, ada perkongsian info.. dan tak lupa juga ada bazaar untuk kalian membeli-belah !!




Haa selain daripada persembahan artis, sebuah bazaar membeli-belah turut akan diadakan dan diselia oleh ROOPAWAN.COM ! Haa padia la Roopawan pulak ni kan ? ROOPAWAN.COM merupakan sebuah laman web e-commerce yang menawarkan pelbagai jenama fesyen, produk kecantikan dan banyak lagi. Di laman web ROOPAWAN.COM ni jugak boleh beli produk keluaran artis Malaysia. Tapi di acara NBOS 2016 ini, pihak ROOPAWAN.COM akan melancarkan laman web mereka secara rasmi dan mengadakan bazaar jualan.


Di bazaar oleh ROOPAWAN.COM ini pelbagai jenama fesyen akan turut serta, malah ramai artis Malaysia akan turut sama bukak booth haa ! Seronok la untung-untung dapat selfie sekali dengan tokey kedai ! Wahahah.. Nak beli snek makanan, tudung, baju lelaki dan wanita.. semua adoo ! 


Ehemm.. Nisa pun bukak booth ??!!! Betul ke niii ! Haa Nisa akan buat CLEARANCE SALE ! Satu baju RM20, beli lah dua helai harga jadi RM35 sahaja ! Kalau beli tiga helai dan ke atas, sehelai akan jadi RM15 sahaja.. adoi murah sangat ni ! Haha opss terpromote baju sendiri pulak uollss !!!






Sekali lagi.. jangan lupa datang ke acara NBOS 2016 (PICC, Putrajaya) yee ! Banyak aktiviti menarik lagi tertarik untuk semua peringkat umur.. Ada booth-booth yang menawarkan info menarik untuk semua yang hadir.. ada aktiviti untuk kanak-kanak sekolah rendah dan menengah.. setiap hari ada persembahan artis.. gerai jualan.. dan macam-macam lagi lah ! Haaa susah sangat nak paham apa tu NBOS 2016 ni.. sila lah baca blog post Nisa yang ini okay !!







Read More»

Rabu, 6 April 2011

Jom melantak lagi dan lagi!

Oke entry melantak kali ni berlintas langsung dari Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.. Ecehhh takde lah nak lintas langsung mana kan…

Selepas sesi mengubat rindu terhadap kengkawan blogger, aku diculik oleh seorang member. Beliau dengan baik hatinya telah bawak aku makan di RESTORAN BELANGA yang terletak dalam Empire Shopping Gallery.

 

IMG_3054Nasi kerabu dengan daging! Perghhhh memang sedap okeh! Pure Kelantan style! I like!!! 4.5 bintang!!!

 

IMG_3057Nasi goreng belacan dan ayam goreng. Ini pon best! Suka jugak!!!

 

IMG_3058Kitorang pakat order coconut shake. Tapi coconut shake kat BELANGA ni lebih kurang macam ice blended laa… sedap wohhhh!!!

 

Kat restoran ni ade jugak makanan lain, macam nasi ayam herba yang popular kat kedai ni, ada laksa… nanti korang pergi laa try yek…. Masa on the way turun ke tingkat bawah, aku singgah di kedai yang dah lamaaaa aku nak pergi. Hek hek hek~

 

IMG_3071Yeahhh!! WHISK bebeh!!! Kalau dah singgah sini, paham paham aje laa aku cari ape yek. Hek hek hek~

 

IMG_3068

Yeahhh!! Macarons bebeh! Aku beli perisa lemon strawberry dengan peanut butter aje… Yang lain sudah habes. Wuaaa.. tapi aku tak ralat sangat, sebab masa I LOVE BAZAAR punye event kat Subang Parade tu, ade orang jual macarons. Aku dah beli dah perisa strawberry dan perisa coklat! Yeayyy

 

IMG_3067

IMG_3072

Kita lepak-lepak dulu yeee sebelum balik. Heheheee… Ohhh ye, aku tak terus balik rumah, aku terjah panggung wayang untuk menonton filem CUN! Nanti lah aku tulis entry ye… Byebye!

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 4 April 2011

Kerinduan terhadap kawan-kawan blogger kini terubat!

Yeahhh macam yang aku cakap dalam entry semalam, aku keluar ke Subang Parade bersama beberapa rakan blogger untuk jenjalan dan menyelesaikan misi aku untuk shopping!!! Barang yang aku target ialah beg dan kasut! So… adakah misi aku berjaya???

Apa-apa pun meh aku bagi korang jeles sikit tengok gambar kami bergumbira kat Subang Parade semalam… Hua hua haaa…

 

IMG_2955Jangan keliru! Kepala anda mungkin sedikit teleng untuk melihat gambar ni. Gambar ni aku ambil dalam lif, syiling lif tu lak bercermin. Heeee ape lagi aku suruh semua dongak ke atas dan aku pon snap gambar nih.

 

IMG_2963Baru je sampai dan berjumpa dengan Eman The Halia dan Aman Firdaus. Belum apa-apa lagi dah merakam! Eazy Izzuddin ni betul-betul jurukamera handal. Huahuaa~

 

IMG_3050Gara-gara Ery Farieha yang terbabas tidur, aku ingat aku seorang aje gadis yang datang. Sob sob~ Nasib baik laa lelaki seksi datang membawa Tia comel, yeahhhh!!! Ohh Akmal Hilmi abang terjah, anda sudah menyelamatkan saya!!! Hohooo~

 

IMG_2998Bila tengok gambar ni, aku teringat kat gambor BEN ASHAARI dan si kecik comeyl Yuyu Zulaikha! Huahuaaa!!! Sorry ye koranggg.. aku sebenarnye nak cakap aku pon kecik comel jugakkk sampaikan nampak perbezaan ketara bila aku duduk di sebelah Eazy Izzudin!

 

IMG_3043Muka memasing dah lemau. Habes satu Subang Parade dah kami jelajah. Satu demi satu booth yang kami terjah, collecting name cards for those online shop owners. Ohhhh yaaaa… aku dengan Akmal Hilmi telah merancang untuk buat review online shop yang kitorang ambil name card.

 

So… seminggu aku mungkin review satu atau dua online shop??? Hmmm sebenarnya aku tak check pon lagi bape banyak name card yang aku dah kutip semalam. Heheheee… apa-apa pun, thanks a lottttttt kepada kengkawan blogger yang sudi datang semalam. Wuaaaa dah lama kot tak hangout dengan kawan blogger camnih!

Wuuuu kerinduan aku untuk lepak sesama kawan blogger kini terubat! Love you all lahh!!! Mmmuuahhh!! Nantikan video “gila” kami. Hek hek hekk,,,

 

sign NISA


Read More»

Sabtu, 2 April 2011

Akikah kentang goreng dengan rakusnya di Subang Parade

Heyhooooo!!! Eksaited beb!! Eksaited gilerrrr!!! Aku sekarang update blog secara langsung dari Subang Parade yawwww... Dah macam blogger terkenal BEN ASHAARI lak update di mana-mana... Heheheee....



Hahahahahaaaa gigih tak aku menaip??? Aku macam eksaited pulak update entry on the spot.. Tak pernah aku update macam ni woii.. Ni yang membuat aku berkeinginan untuk memiliki netbook dan seekor berukband supaya aku leh jadi junior kepada Abang Ben pulak.. Huahuahuaaa perasan lak haku! Ohhh ye, terima kasih daun keladi kat Eazy Izzuddin atas kesudian beliau merelakan laptopnye ditujah-tujah oleh aku hahaha!!!



Wooaargghhh!! Rakus giler kot memasing meng-akikah kan kentang goreng McDonalds. Nasib laa kentang goreng tu sedap. Huahuahuaaa licin jugaaa akhirnyaa.. Hehehee.. oke.. nampaknye Tia dan lelaki seksi si Akmal Hilmi tu dah sampai.. jom mula jelaja I LOVE BAZAAR. huahuahuaaaa

MANUSIA TERJEBAK :


Byeee :D

Read More»

Ehhhh aku bukan buat gathering laaaa….

Yeahuuuu happy Saturday people! Hari ni bangun dengan perasaan yang berkobar-kobar dan excited bebenor!!! Wuahahahaaaa… Maklumlaaa hari tu gaji dah masuk dan dah masanya untuk bershopping sakan!!!

Haha takde lah sakan mana…. tapi aku memang dah lama niat nak beli beg baru, gantikan beg buruk aku tuhhh… Heheheee kasut pun aku nak beli, sebab nak tambah koleksi yang ada. Erkkk koleksi??? Banyak sangat ke kasut yang aku ada??? Tak sampai 5 pasang tau! Hohoo…

 

Yeaaa bebeh !!!! I’m going to I ♥ BAZAAR event at Subang Parade todayyyy!!!! Dan alang-alang aku nak berjalan tu, aku saja laa nak ajak beberapa kawan blogger join sekali… Ye lah, dah lama jugak tak spend time dengan kawan-kawan blogger yang terchentaaa nih! Hohohoooo!!!

Dan yang timbul salah faham nye bila ade yang ingat kitorang nak pergi gathering! Haiyooo not so gathering la kan… Just lepak-lepak sesama kitorang aje meyh! Heheheee…. So harap maaf ke kepada semua yang salah faham..

Eyhhh kejap, kalau ada yang pergi ke event nih jangan lupa tegur-tegur la ye kalau terserempak. Huahuahuaaa aku ni bajet artis je nak orang tegur-tegur.. Hahahaaa!!!!

 

Mula-mula aku ingat nak pergi event kat bawah ni :

Tapi aku tak tahu pulak kat mana Jaya One.. Berdasarkan kajian aku (cehhhh!!) Jaya One yang terletak di Jalan Universiti ni agak jauh.. dah hala ke PPUM tu dahhhh… So, di atas kekangan transportation, aku tak pergi Chic Pop Street Market T_T

Dah lama mengidam nak pergi event Chic Pop Street Market sebab kalau nak cari baju / aksesori vintage, kat event ni laaa yang paling masyukkkk!! Dapat jumpa para fashionista lagi tuuuu!! Heheheee…. Tapi tak pe laaa.. aku pergi event I ♥ BAZAAR  aje laaa… Lain kali boleh kot pergi Chic Pop event nih..

(Klik pada kedua-dua flyers design untuk maklumat lanjut mengenai event)

Ouhhh bercakap pasal gathering untuk blogger…. Sila tengok info di bawah :

Acara: Jom Berkelah dengan Geng Kembar Ke 2


Tarikh: 3 April 2011


Masa: 10.30 pagi


Tempat: Taman Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya (Depan PICC)

MAKLUMAT LANJUT KLIK DENGAN COMEL DI SINI

 

Dengar kata blogger top ngetop BEN ASHAARI pun ada???? Bersama krew 1tube.my ???? Haaaa apa lagi ramai-ramai laa klik link di atas untuk maklumat lebih terperinci mengenai gathering ni ye! Hehehee

InsyaAllah kalau takde aral melintang, Ahad ni aku datang Putrajaya eh? Eh??? Kui kui kui! Oke lah nak bersiap-siap nih. Pssstttt…!! Ada something kat dagu aku nih. Adehhh!!! Mekap lapan belas inci laaa jawabnye!!!!

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay