Memaparkan catatan dengan label Lisa Surihani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lisa Surihani. Papar semua catatan

Selasa, 6 Januari 2015

FILEM – Manisnya Cinta Di Cappadocia

 

Assalamualaikum..

 

Haaa aku tahu betapa dah lambatnya aku nak buat review filem ni. Sepertimana kita tahu, filem Manisnya Cinta di Cappadocia ni merupakan filem adaptasi daripada novel hasil tulis novelis popular iaitu Anis Ayuni. Filem ini dah pun bertayangan selama beberapa minggu di pawagam. Dan bagi yang tidak berkesempatan tonton di wayang, boleh langgan di Astro First.

 

nisakay - MCDC 8

Ahaaa ini buktinya aku peminat novel ini. Pertama kali baca novel ni, aku baca di rumah makcik aku yang juga merupakan peminat novel. Tapi tak boleh pinjam bawak balik arr, just baca je kat rumah dia. Aku berjaya baca separuh novel je. Bila dah start keje sambilan jadi pembantu kedai runcit (zaman sekolah dulu), aku beli novel Manisnya Cinta ni. Aku baca semula dari mula sampai habis. Menjejer air mata kot part sedih tu. Part sweet pulak berangan la tak sudah.

 

Lepas tu, novel aku hilang entah ke mana. Tak sengaja buang ke, ada orang pinjam ke.. aku sendiri tak ingat. Maka aku beli lagi yang baru. Aku baca lagi dari mula. Sampai dua round aku baca. Tak bosan-bosan. Sebab aku sangat sangat sukakan jalan ceritanya. Buku tu hilang masa aku pindah rumah. So aku beli lagi novel ni tahun lepas. Dann.. baca sekali lagi. Yang belah kanan tu aku gedik beli sebab ada ala ala poster filem sebagai kulit buku. HAHA ! Tak bukak plastik pun lagi. Beli sebab minat sangat filem ni..

 

 

nisakay - MCDC 3

Pada hari pertama filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) ni ditayangkan di pawagam, aku dijemput oleh Red Communications untuk sertai majlis tayangan filem ni bersama-sama dengan beberapa artis, jemputan dan juga pemenang contest Lux. Hee berjumpa pulak dengan bebudak neh. Haha Wani dan Ned.

 

 

nisakay - MCDC 1

Iedil Putra pun turut sama memeriahkan majlis tayangan filem. Hehee.. Sungguh sporting ! Jangan lupaaa tengok filem yang beliau berlakon jugak, filem TERBAIK DARI LANGIT. Turut membintangi filem tu : Bront Palarae, Amirul Affendi dan Nadiyaa Nisa.

 

 

nisakay - MCDC 2

Dan semestinyaaa… FAZURA herself. Heroin filem MCDC ni.

 

 

nisakay - MCDC 4

Aku rasa aku tak payah review lelebih la kan.. Filem ni semua tahu memang best pun.. Part sedih tu, memang menusuk kalbu.. sampai teresak-esak aku. Videographer yang datang dengan aku pun duk bahan aku sebab aku nangis haaa. Sedeyh sangat kekdah nye !

 

 

nisakay - MCDC 6

Kalau masuk part sweet sweet tu, melayang-layang aku dibuatnya, mengalahkan heroin filem pulak aku.. Aduhaii.. dah la kedua-dua hero dan heroin nye aku memang minat ! Masa mula-mula Fazura sebut beliau akan muncul dengan filem bertajuk “Manisnya Cinta”, I terus tanya filem adaptasi novel ke ? Bila Fazura mengiyakannya, memang aku rasa sikit lagi nak melompat dari kerusi tu. Wakakaa. Memang excited dan jugak letak high expectation jugak lahh..

 

 

nisakay - MCDC 5

Jadi, bila filem ni keluar, aku rasa at the end of the movie.. aku rasa nak menangis terharu pulak.. sebab nya aku rasa filem ni disampaikan dan diinterpretasi dengan sangat sangat baik. Jalan cerita yang sangat tersusun, tak jump here jump there (you know what I mean).. dan semestinya tak melalut dengan tambahan dan ubah suai yang keterlaluan.

 

Naskhah karya Anis Ayuni ini semestinya sudah diadaptasi dengan baik sekali, dan jalan cerita masih dekat dengan karya asal. Setiap paparan babak-babak filem ni membawa aku kembali kepada setiap bait di dalam novel. Well.. sebagai peminat novel yang dah baca novel ni beberapa kali, aku memang tak boleh lari daripada compare antara novel dengan filem. Kedua-duanya sememangnya berbeza. Tapi kedua-duanya merupakan karya yang sangat bagus.

 

And aku suka sangat dengan keletah Lisa Surihani yang membawa watak Izelea, adik kepada Ifti Liyana yang dilakonkan oleh Fazura. Aku rasa ini first time kot aku tonton lakonan Lisa yang membawa karakter yang agak nakal, suka mengusik kakaknya.. Hehe so cheeky but too cute and adorable Izelea ! Good job Lisa Surihani !

 

 

nisakay - MCDC 7

Antara yang mendapat pujian ramai ialah hasil sinematografi yang sungguh sungguh memikat mata yang menonton.. angle yang menarik.. filem ini semestinya “NAMPAK CANTIK”. Haa siapa dah tengok mesti faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni. It is a beautiful work ! Tahniah kepada pengarah serta krew-krew yang menjayakan filem ini !

 

Fazura juga mendapat pujian yang sememangnya satu Malaya tahu, Fazura kelihatan sangat cantikkk dalam filem ini. Menangis pun cantik. Gosok gigi pun cantik ! Kau hado ? Hahaha !! Pakaian dan dandanan rambut jugak mendapat pujian melambung dari penonton wanita. Aku pun suka sangat sangat dengan fesyen Fazura dalam filem ini. Stunning !! Latar belakang tempat dalam filem ini jugak sesuai dan cantik. Ishh pendek kata semua cantik lah !

 

 

manisnyacinta

Hmm.. apa-apa pun aku memang berpuas hati dengan filem arahan Bernard Chauly ni.. Memang tak pernah mengecewakan.. Sama macam filem sebelum ini, Instanbul Aku Datang juga.. filem MCDC ni digarap dengan begitu baik sekali. Wah wahh komentar aku dah mengalahkan pengkritik filem pulak haii !

 

 

 

Ahaa.. apa yang dicoret dalam entry ini hanyalah buah fikiran aku. Aku bukanlah seorang yang pakar dalam bidang perfileman.. Tapi sebagai penonton dan peminat, aku berpuas hati dengan karya ini. Seronok rasanya menonton filem yang diadaptasi dari novel kegemaran. Tahniah sekali lagi kepada barisan pelakon dan krew-krew serta pengarah filem MCDC ini…

 

Bagi yang belum menonton filem MCDC ni, dan korang ada Astro kat rumah.. Boleh lah langgan filem MCDC ni kat Astro First. Oh ye.. ini bukan iklan berbayar oleh Astro ke apa eh.. Aku cuma nak galakkan korang tengok filem MCDC ni. Memang best !!! Kawan lelaki aku pun kata filem ni best ! Haaa ke sebab dia minat Fazura ? Kekekee… Psstt sebelum habis baca, jom tengok interview aku dan Fazura :

 

 

 

 

XOXO, Putewi Hensem !


Read More»

Rabu, 29 Ogos 2012

Review filem 29 FEBRUARI dari KRU Studios

 

Assalamualaikum…

 

Wah dah lama sungguh aku tak update / review filem-filem tempatan kan ! Maklumlah sejak aku berpindah dari Shah Alam ke Pahang, aku terpaksa pilih-pilih event untuk aku hadiri di hujung minggu. Kalau majlis pratonton filem memang dah banyak aku tolak sebab duduk dah jauh kan..

 

Memandangkan hari ni aku ke Shah Alam atas urusan pelajaran, aku tekadkan hati untuk pergi jugak Malam Gala filem terbaru KRU Studios iaitu filem 29 FEBRUARI. Filem lakonan Remy Ishak ini merupakan filem 3D Malaysia yang pertama !!

 

29Feb-_poster

 

Filem ini mengisahkan Budi (lakonan Remy Ishak) yang dilahirkan pada tarikh yang hanya hadir 4 tahun sekali iaitu pada 29 Februari. Kehidupan beliau menjadi sangat berbeza dengan orang lain lantaran umurnya yang lambat meningkat, justeru menyebabkan Budi lambat menua. Apabila Jepun datang menjajah Tanah Melayu, ibunya dibawa pergi oleh askar Jepun dan hilang khabar berita sejak itu. Ayahnya punya dibunuh kejam dan bangunan milik ayahnya diletupkan.

 

Bertahun-tahun sudah berlalu dan Budi tinggal di rumah kebajikan. Bersama-sama rakan baiknya yang buta iaitu Razak (lakonan Izzue Islam), Budi menyara hidup dengan menjual bakul. Pertemuannya dengan Lily (lakonan Jojo Goh) sama sekali telah mengubah hidup Budi apabila dia jatuh hati pada Lily.

 

IBA_0411

REVIEW / PENDAPAT :

Jujur aku katakan, filem ini mempunyai kelainan dan jalan cerita yang kurang cliché dari filem Melayu yang melambak di pasaran filem sekarang. Tidak keterlaluan aku kata filem 29 FEBRUARI ni mempunyai jalan cerita yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Filem yang mengisahkan Budi yang lambat menua dek kerana hari lahirnya hanya datang empat tahu sekali.

 

Budi seorang manusia biasa yang mempunyai perasaan untuk dicintai, namun perbezaan kaum, agama dan taraf hidup membuatkan beliau dan Lily gadis yang dicintainya berpisah. Kisah Lily dan Budi pada pandangan mata aku amat sweet dan tidak keterlaluan kerana watak Budi itu sendiri mempamerkan ciri-ciri seperti kelakar dan mempunyai minat yang sama membuatkan Lily tertarik padanya.

 

IBA_0019

Perjalanan hidup Budi yang amat panjang telah menduga Budi. Namun Budi amat tabah menghadapinya walau dia tidak punya apa-apa. Dan watak yang dibawakan oleh Izzue Islam sebagai seorang rakan yang buta sedikit sebanyak mewarnakan jalan cerita dengan keletahnya. Namun sebagai seorang sahabat, Budi sentiasa di sisi Razak.

 

Namun bagi aku, sayangnya watak Razak dalam filem ini tidak banyak kerana aku lihat watak Razak dan Budi sebagai rakan yang akrab ada keserasian. Momen sedih ketika berita pemergiannya disampaikan terlalu pendek, sebelum sempat mata ini berair, sudah beralih pula pada babak lain.

 

IMG_8085

Antara babak yang mengundang rasa sayu dan sedih pula adalah ketika ayah Budi dibunuh kejam, Budi dihalau dari rumah kebajikan, ketika Razak dikhabarkan sudah meninggalkan rumah kebajikan itu, dan babak ketika Lily dan Budi akhirnya bertemu setelah bertahun-tahun berlalu. Mainan emosi tidak terlalu berat dan bagi aku ianya just nice.

 

Berapa bintang?? 4.5/5 bintang !!! Banyak lagi yang best nya pasal filem 29 FEBRUARI. Tapi bagi korang yang tak faham sinopsis yang aku tulis mengikut pemahaman aku seperti di atas tadi, maka harus sangatlah korang pergi tengok filem 29 FEBRUARI ni di pawagam berhampiran okay! Lagi best kalau korang tengok filem ni dalam 3D !

 

 

P1018293

Kualiti gambor tak best pulok. Tapi best bila dapat jumpe Lisa Surihani pelok ciom pipi kiri kanan (okay ini tipu) dengan hubby nyer Yusri.

 

 

P1018298

Persembahan lagu SEPERTI DULU oleh kumpulan Forteen. Best lagu ni! Tengok Izzue Islam yang belah kiri sekali. Comel kan? Ehhh!!

 

 

P1018303

Mak jemah manalah yang sakan bergambor dengan kumpulan Forteen ni hah? Maaf gambor terpaksa edit black and white sebab muka aku comot gila, seharian kat luar, then alih-alih terus pergi event !

 

 

P1018318

Persembahan mantap Jaclyn Victor.

 

 

P1018326

Press conference.

 

 

P1018322

Maaflah .. ade “nurrrrr” pulak dekat aku. Suci murni je muka aku jadinya. Buahahahaa!!! Berangan la aku nak nurr bagai –.-  Di tengah-tengah tu Iejam, wartawan Bernama merangkap member satu kampus aku. Dan yang kanan sekali tu antara blogger yang hadir iaitu Yana Yassin.

 

 

Jangan tunggu lama-lama okayh! Esok 30hb Ogos filem ini akan mula ditayangkan di seluruh negara ! Tengok jangan tak tengok! Tengok lah dalam versi 3D okay ! Berbaloi tengok filem ni, bawak sedara mara dan kawan-kawan ye ! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 12 Januari 2012

Sekitar majlis pra tonton filem Papa I Love You

 

Assalamualaikum…

 

Hamboi lambat benor aku update pasal majlis ni.Kawan-kawan pun dah mengamuk nak gambar. Ahakss… Semalam aku dah tulis sedikit review mengenai filem Papa I Love You ni. Dalam entry ni aku nak berkongsi sedikit gambar di sekitar majlis.

 

TARIKH : 27 Disember 2011

TEMPAT : MBO Cineplex Subang Parade

 

IMG_8696

Ni classmates aku, dorang menang tiket pra tonton dari fan page David Teo. Korang kalau nak menang invitation, try la usha fan page David Teo ye.

 

 

IMG_8698

Bersama Ujang dan isteri, Yana. Sesuai la cerita kekeluargaan macam ni untuk mereka yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.

 

 

IMG_8699

Sorry… kami tak berniat nak sembunyikan hubungan kami. Kami buat keputusan ni agar peminat tak marah,” kata aku kepada Nas Ahmad ketika diterjah krew Melodi. KAHKAHKAHH!!! Propa dan angan-angan semata-mata. Puiiih.

 

 

IMG_8706

Tahniah David Teo kini bergelar Mejar!

 

 

IMG_8718

Pelakon, pengarah dan penerbit filem Papa I Love You.

 

 

IMG_8738

Awww comel sangat sangat sangattt Mia Sara Nasuha!!!!

 

 

IMG_8755

Bertemu Nik Syafiq, wartawan TV3 yang gila-gila. Kekekeee.. sempat menurunkan ilmu untuk menjadi wartawan. Fuhhh kemain!

 

 

Sekian gambar yang aku nak kongsi dalam blog ni. Kang letak banyak-banyak kang buat berat nak loading aje. Apa kata korang terjah aje fan page blog Saya Suka Menaip kat Facebook tu untuk tengok full album? Kan senang? Okay thank you for your time reading this. Bye.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 11 Januari 2012

REVIEW FILEM – Papa I Love You

 

Assalamualaikum…

 

Baru kali ni aku berkesempatan nak buat review sikit pasal filem yang aku tengok lebih kurang dua minggu lalu. Masa tu aku diberi peluang untuk menyertai majlis pra tonton filem Papa I Love You terbitan Metrowealth yang berlangsung pada 27 Disember 2011, di MBO Cineplex, Subang Parade.

 

poster-papa-i-love-you

 

SINOPSIS (pada pemahaman aku ler) :

 

Baha (lakonan Zalif Sidek) merupakan seorang bapa tunggal yang baru kematian isterinya. Ibu bapa mertuanya ingin mengambil anaknya Mia (lakonan Mia Sara) kerana beliau tidak bekerja. Namun Baha nekad membawa anaknya Mia tinggal bersamanya. Tetapi dengan keadaan diri yang tidak terurus dan tiada pekerjaan, kehidupan Baha semakin susah. Keretanya ditarik, dan beliau terpaksa lari dari rumah kerana tak mampu membayar sewa. Beliau bertemu dengan Elly (lakonan Lisa Surihani), dan sedar tak sedar Baha jatuh cinta dengannya. Dalam pada masa yang sama Elly menghadapi masalah dengan bapanya. Bolehkah Baha memikat hati Elly dan menjernihkan semula hubungan Elly dan bapanya? Bagaimanakah kesudahan kisah kehidupan Baha yang susah?

 

 

IMG_8729

Lakonan Zalif Sidek sebagai Baha harus diberikan pujian kerana inilah kali pertama beliau melakonkan watak utama dalam filem, dan berlakon di samping pelakon berbakat Lisa Surihani.

 

PENDAPAT AKU :

  • Filem ini sesuai ditonton seisi keluarga
  • Mengandungi mesej yang mendalam. Contohnya, kasih seorang bapa kepada anaknya dan hubungan antara anak dan bapa.
  • Aku ingatkan Lisa nampak kaku dalam filem ni, tapi sebenarnya memang watak Elly dalam filem ni watak yang dingin dan menyimpan dendam terhadap bapanya.
  • Lakonan yang menyentuh jiwa masa babak tidur kat taman dan meredah hujan lebat.
  • Jalan cerita yang mudah difahami dan tidak terlalu berat

 

IMG_8717

RATING : 7.5 / 10 bintang

 

Okay sekian review aku mengenai filem Papa I Love You. Lambat benor aku buat review kan? Esok nak buat review filem Keramat pulak. Jangan lupa kalau nak tengok gambar-gambar sekitar majlis pra tonton filem Papa I Love You, like dulu fan page SAYA SUKA MENAIP, nanti akan ku upload gambar-gambarnye kemudian ye!

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 12 April 2011

Kebetulan jumpa Lisa Surihani di The Curve. Apa lagi aku pun buat vlog!

Assalamualaikum…

Niat asal aku ke The Curve pada hari Ahad lepas adalah untuk buat manicure. Tapi, masuk je centre atrium di e@Curve tu, aku perasan ade ramai-ramai orang berkumpul dan dorang tengah sibuk ambil gambar sana-sini. Ohhh rupanya bebudak SEGi University College ada buat event STOP CHILD ABUSE Campaign laa…

 

IMG_3255

IMG_3257

IMG_3261

Sama-samalah kita sokong event amal ni, hentikan penderaan kepada kanak-kanak okeh! Sebab kanak-kanak merupakan generasi yang mencorak masa depan negara kita, kalau dorang tak dijaga dari sekarang, siapa nak pimpin negara kita nanti, ye tak?

 

Sekali keadaan kecoh kejap. Semua orang jadi excited. Aku pun heran la, siapa yang dorang tengah kerumun tu? Artis ke?? Sekali aku skodeng…. mak aihhh!! Lisa Surihani yang gorgeous ade kat situ laa…!! Apa lagi, aku ajak laa kawan aku bergambar sakan.

IMG_3253

 

Alang-alang dah jumpa Lisa Surihani kannn… apa lagi, aku pun ambil kesempatan untuk buat vlog “bidan terjun” dengan Lisa Surihani!! Woot woot! Jangan jeles ye makkkk….

 

 

Untuk kelajuan video yang lebih baik, KLIK DI SINI. Fuhhh bila tengok balik video ni mau kembang semangkuk aku! Walaupun aku takdelah interview sangat ke ape kan.. Janji dapat buat video dan featuring artis! Tak gitewww.. Ahaks…

Alhamdulillah.. sejak ada 1tube.my aku rasa rezeki aku mencurah-curah. Dapat jumpa ramai orang, dapat timba pengalaman yang sangat sangat berharga yang aku rasa aku sukar nak dapat dari tempat lain. Dengan 1tube.my jugak aku berpeluang interview penyanyi terkenal Nora [KLIK DI SINI]

Alhamdulillah sekali lagi!

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay