Memaparkan catatan dengan label Forest Secret. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Forest Secret. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2011

Buat kerja dan sambut birthday sekali.

 

Assalamualaikum semua…

Aku masih dalam kelas. Huahuahuaaa.. Jahat dowh aku curi tulang dalam kelas! Turn untuk group aku untuk buat presentation dah lepas dah. Ada lagi kumpulan yang belum buat presentation. So sementara mendengar dorang presentation, perut lak lapar, aku edit lah gambar untuk entry aku ni.

Gambar ni dah lama dah… Aku dan ahli kumpulan aku keluar ke Sunway Pyramid, sebab nak pergi ke kedai Forest'secret. Kitorang pergi sana bukan nak shopping ke ape ye… Tapi untuk buat assignment. Kebetulan pulak hari tu hari jadi ahli group aku, Amirul.

 

IMG_3596

Kebetulan lagi, minggu tu merupakan minggu fesyen di Sunway Pyramid, dan temanya ialah tea party. So, replika cupcakes dan cake slice are everywhere! Hahaa excited kejap si Mirul ni nak ngap kek. Mentang-mentang lah hari jadi kau ye Mirul.

 

IMG_3623

Dah siap singgah kedai Forest'secret, kitorang pun serang lah Restoran Mr.Teppanyaki yang terletak berhdapan dengan tempat ice skating tuh. Lapar woihhh. Masing-masing dah lembik dah.

 

IMG_3606Melegakan kehausan di anak tekak.

 

IMG_3608

IMG_3609

IMG_3611

 

IMG_3600Budak berdua ni, nak order makanan pun boleh buat gaduh. Aku pukul kang dua-dua nih!

 

IMG_3613

IMG_3615

Sorry la ye korang, gambar di atas mungkin mengundang kebuluran dan keinginan tidak semena-mena dari dalam perut. Kahkahkah! Tapi sumpah aku tak ingat nama-nama makan tersebut.. Huhuuu….

Dah habis melantak, kitorang just lepak-lepak kejap… Tengok orang main ice skating. Macam best aje? Nak try lah… tapi tak reti. Kang buatnye aku jatuh terjelopok kat situ sapa nak tolong? Batman? Superman? Spiderman? Kahkahkah!!!

 

IMG_3597

Okay lah, Happy Belated Birthday to Amirul Ariffin! Thank you classmate! Kau banyak tolong kitorang dalam assignment Forest'secret neh. Hehehe….

Thanks for reading. Bye!

 

sign NISA


Read More»

REVIEW – Forest’secret : berkualiti, berjenama dan mampu milik!

 

Assalamualaikum semua….

 

forest secret cropped

FOREST'SECRET – Korang pernah dengar tak? Baik korang jujur! Kalau tak, takmau kongsi rahsia. Pagi-pagi dah cerita pasal rahsia. Rahsia apa pulak? Hekhekhekk.. tu korang kena tunggu lah ye!

Forest’secret merupakan jenama Malaysia yang menyediakan rangkain produk penjagaan kesihatan diri dan kecantikan. Yang best nya, produk ni sangat boleh dipercayai dan best! SEBAB APA? Sebab semua barang-barang dari FOREST'SECRET ni diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi macam herba-herba. So, korang tak perlu takut nak pakai.

 

 

IMG_3629

Baru-baru ni aku ada ke kedai FOREST'SECRET yang terletak di Sunway Pyramid. Masuk je kawasan kedai yang ala-ala hijau tu, terus rambang mata nak pilih barang. Huahuahuaaa… Sebenarnya dah lama aku usha barang-barang FOREST'SECRET  dalam website dia… So, aku dah target nak beli beberapa barang.

 

 

IMG_3634FOREST'SECRET  REFINING PORE TIGHTENING SERUM  |  RM40.00

Yang ni best wohh! Sales Assistant kat kedai Forest’secret tu pun kata produk ni antara yang best seller lah kiranya. Kebaikan serum ni? Boleh mengecilkan liang pori-pori, so mengelakkan bahan-bahan mekap yang kita pakai terperangkap dalam liang pori, justeru mengurangkan blackhead whitehead.

BUKTINYA? Masa aku pergi facial kat Subang, akak yang buat facial kat aku tu sendiri kata liang pori aku tak besar, so bila pakai mekap/foundation, dia x terperangkap dalam liang pori. So kulit aku tak banyak whitehead! Yeahuuu… More info about this product CLICK HERE.

 

 

IMG_3640FOREST'SECRET LIP TREATMENT (MANGO FLAVOR)  |  RM12.90

Whoaaa lip balm pon ada flavor! Dia ada 4 perisa, aku dah lupa dah apa yang lagi tiga tu. Aku ambil yang mango. Bau nye sedap menusuk kalbu. Kahkahkah. Oh ye, bersesuaian dengan cuaca panas di negara kita ni, lip treatment ni bantu merawat bibir kering.

Sales assistant tu kata lagi, kalau kita pakai lip treatment ni sebagai base sebelum pakai lipstick, lipstick tu boleh tahan lama.

 

 

IMG_3644FOREST'SECRET FRESH LOOK COMPACT POWDER  |  RM55.00

Aku suka giler kot bedak muka dia! Bedaknya rasa ringan je kat muka nih. Dan senang blend dengan warna kulit. Entah macam mana nak cakap ehh… tapi aku suka lah bedak nih. Kahkahkah… Sapuan yang lebih mudha dan ringan.

 

 

Picture2508

Whoaaaa gambor overexposed! Hahahhaaa… Bila dah pakai produk FOREST'SECRET  ni, aku boleh kata sangat-sangat puas hati. Tak perlu takut ada apa-apa side effect atau allergic sebab produk FOREST'SECRET  ni herbal-based, takde nye bahan kimia and dia test straight kat manusia, bukan tikus makmal.

 

 

Picture2511

ALAMAK!!! Overdose pulak tepek gambor kat sini. Haahaaa… Jerawat pon dah segan nak naik kat muka aku neh. Kuikuikui… Tapi kalau jerawat musim “Red flag” tak boleh elak la kan. Tu kerja hormon. Kahkahkah!!!

So korang, apa lagi, jom ramai-ramai beli produk FOREST'SECRET  !! Sebab aku rasa produk dia berkualiti, berjenaman dan yang paling penting AFFORDABLE berbanding produk berjenama yang lain!

Kalau tak percaya, boleh browse around website FOREST'SECRET  yeahhh!! Bubbye.

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay