Assalamualaikum...
Read More»
Assalamualaikum..
Kalau dah namanya perempuan memang tak sah kalau tak menjaga wajah. Wajah merupakan aset penting bagi wanita. Juga penting untuk menimbulkan impression orang lain pada kita. Namun pun begitu di dalam obsesi menjaga wajah, kadangkala ada juga kesalahan-kesalahan yang kita lakukan secara sengaja atau tidak.
1 - TIDAK MEMBERSIHKAN MUKA SEBELUM TIDUR !!!
Kesalahan ni sering kali dilakukan bila kita dah penat dan sangat mengantuk. Balik je rumah, nampak bantal busuk, nampak katil empuk, terus lupa atau malas nak bersihkan mekap kat muka. Lepas tu tidoooo je.
Mekap yang dipakai seharian adalah sudah “rosak” kerana terdedah kepada udara tidak bersih dan sinaran cahaya matahari. Lepas tu tidur pulak dengan mekap tu di wajah, akan mengganggu proses kritikal kulit yang berlaku semasa kita tidur.
PENYELESAIAN : Sediakan wet tissue / make up remover di dalam bentuk wipe tissue kat tepi katil. Jadi bila tengah baring tu pun tolonggg lah bersihkan dulu mekap tu ye!
2 - TIDAK MEMBERSIHKAN MUKA DI WAKTU PAGI !!!
Kadangkala, ada di antara kita yang rasa muka dah cukup bersih bila bangun pagi sebab sebelum tidur dan cuci muka. Ye lah.. bukan buat apa pun.. Tido je kan? Kulit kita bernafas kan sebab dah cuci muka?? Haaa salah tanggapan tu yeh!
Tahukan korang.. kita kena tidur 8 jam supaya kulit ada masa yang cukup untuk menjalankan proses pembaharuan. Maka itulah orang kata tidur yang cukup ialah petua wajah cantik! Jadi, sepanjang proses pembaharuan tu berlaku, macam-macam jenis toksin dan produk metabolik dibuang dari kulit.
PENYELESAIAN : Jangan lupa cuci muka di waktu pagi! Cuci pakai air suam je pun takpe, lepas tu bilas dengan air sejuk.
3 – MENCUCI MUKA DENGAN MENGGUNAKAN SABUN BERDEODORAN !!!
Hahhh.. sebut deodoran ni jangan pulak korang ingat deodoran untuk ketiak je. Sabun berdeodoran maksudnya sabun yang ada pewangi. Senang cite sabun mandi lah kan. Ramai yang menyangka ia mungkin tidak merbahaya pada kulit, tapi..
Tahukah anda menggunakan sabun badan untuk muka akan mengganggu lapisan lipid halus pada kulit wajah. Kesannya? Akan menyebabkan kulit muka kering, iritasi atau kedua-duanya sekali.
PENYELESAIANNYA : Gunalah HANYA pencuci muka untuk wajah anda. Jangan guna sabun buku pulak!
4 – MENCUCI MUKA SECARA BERLEBIHAN !!!
Ambuiii mentang-mentang suruh cuci muka, habis disentalnye muka tuh! Haaa mencuci muka secara berlebihan bermaksud menggunakan terlalu banyak sabun, menggosok atau menyental muka dengan kasar. Serius aku pernah tengok orang cuci muka dia, pastu ambil towel pergi sental-sental pipi dia.
Korang pikir lagi kuat sental muka tu,lagi bersih la?? NO NO NO!! WRONG!! Perbuatan yang kasar pada kulit wajah akan menyebabkan kemerahan pada kulit, iritasi dan juga kekeringan.
PENYELESAIAN : Urut wajah dengan lembut menggunakan jari, atau guna scrublet yang diperbuat dari getah dan tekstur lembut.
5 – MEMILIH PENCUCI MUKA YANG TAK SESUAI DENGAN JENIS KULIT ANDA !!!
Jangan hanya kerana kawan korang pakai pencuci muka jenama A, dia nampak lawa, korang pun nak beli jugak! Apa yang sesuai atau menjadi pada orang lain tak semestinya jadi pada kita jugak kan?
Salah memilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit bukan aje tak dapat kesan yang diharapkan, takut nanti effect lain pulak menyerang muka. Haaa kan dah satu masalah pulak tu…
PENYELESAIANNYA : Jumpalah doktor /pakar / penasihat kecantikan bertauliah untuk menganalisa jenis dan keadaan kulit korang, dan minta nasihat mereka mengenai produk penjagaan wajah yang sesuai.
6 – TIDAK MEMBERSIHKAN MEKAP SEMASA BERSENAM !!!
Ambui wanita zaman sekarang. Tak cukup menjaga muka, badan pon haruslah jaga bagi tiptop meletopsss kahnnn.. Tapi takkanlah pergi gym atau sekadar bersenam kat rumah pun nak pakai mekap? Haa meh sini nak ingatkan bagi mereka yang suka mekap atau malas bersihkan mekap masa bersenam.
Bila kulit berpeluh dan bercampur dengan mekap, ia hanya akan membuatkan kulit korang lebih cenderung untuk berjerawat dan menghadapi masalah kulit. Haa kang dah elok-elok badan tip top, sekali muka lak penuh jerawatss…
PENYELESAIANNYA : Luangkan beberapa minit untuk mencuci muka. Dan jangan lupa tukar baju yang dibasahi peluh tu cepat-cepat lepas bersenam bagi menghalang pembiakan bakteria kerana belakang badan juga cenderung untuk berjerawat.
* * * * *
Haaa… lepas ni tolongggg lah take note akan kesalahan yang biasa korang lakukan. Sebenarnya tak susah dan leceh pun menjaga muka ni kalau kita dah biasa lakukannya secara teratur dan berdisiplin. Bila kulit dah ada macam-macam masalah tapi baru nak start jaga betul-betul memanglah susah dan leceh! Kbai.
Sumber : Shine Yahoo!
Assalamualaikum…
Demam hari ni, tapi dek kerana nafsu nak membazir wang begitu membuak-buak, maka aku tunduk pada nafsu serakah lalu ku laratkan jugak badan ni tawaf beberapa kali kat Times Square. Bila balik, hah terjelopok atas katil! Sedang aku mencari info-info best untuk dikongsi dengan readers kesayangan, aku jumpa petua best ni.
Niat aku cuma nak share dengan you guys semua… jom kita amalkan petua menurut Islam ini untuk tempak lebih berseri dan awet muda. Ni memang cara takde pakai bahan kimia ke, klorin ke, clorox ke.. ehh..!!
PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA
1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
13. Amalkan solat tahajud.
14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
16. Maafkan semua orang sebelum tidur.
Yaaa… itu dia 16 tips petua awet muda di dalam Islam.. Islam menganjurkan sesuatu yang amat-amat mudah untuk kita amalkan… Jadi jomlah kita sama-sama amalkan… aku share info ni semua dengan harapan blog aku bukan blog suka suki semata-mata, tapi juga untuk share ilmu berguna untuk semua InsyaAllah…
Ohhh ye, semua tips petua ni aku baca di page Fattabiouni Malaysia. Kat page ni memang banyak info-info yang berguna untuk kita insyaAllah…. Dan pada sesiapa yang nak share petua / tips ni kat blog korang, dipersilakan.. janji korang credit ke Fattabiouni Malaysia :)
Assalamualaikum..
Wahhh kemain aku berkongsi petua gitew. Ehh pengetahuan yang ada untuk dikongsi bersama ye tak? Aku tahu pasal petua ni pun ada dari ahli keluarga, kawan-kawan, baca kat majalah dan Google! Hahaaa.. informasi dari banyak sumber, mesti dah banyak website / blog share petua macam ni tapi saje nak share kat sini jugak.. Boleh?
Kita selalu bergantung kepada produk skin care yang ada di pasaran untuk penjagaan kulit muka. Apa kata kita cuba amalkan petua yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan juga bahan yang mudah dapat di rumah. Jimat dan bebas bahan kimia!
PETUA PIPI KELIHATAN KEMERAH-MERAHAN
PETUA KULIT CERAH DENGAN LOBAK MERAH
PETUA HILANGKAN PARUT DI MUKA
PETUA ELAKKAN MUKA DINAIKI JERAWAT
atau boleh cuba cara yang ni :
PETUA UNTUK KULIT BERMINYAK *by request*
Sekian petua yang aku kongsi kali ni. Ini aje petua yang aku betul-betul familiar. Kat blog / website lain dah banyak kot? Heee saje je aku nak share kat sini. Tak salahkan. Bagi yang tak tahu, syukurlah kalau entry ni bakal menjadi sumber pengetahuan baru korang ye… Ada lagi kot petua dulu-dulu yang aku buat masa zaman sekolah tapi dah lupa.
Ye lah masa zaman sekolah mana banyak duit nak beli skin care produk semua kan. Aku selalu amalkan yang lumur hampas teh tu kat muka. Hasilnya? Muka aku kurang berjerawat walaupun aku dan tingkatan 5 masa tu dan kelihatan segar cewahhh. Ehh ini betul-betul tau!
InsyaAllah aku akan kembali mengamalkan beberapa petua di atas, nak try tengok efektif ke tak kat kulit aku yang macam dah lali dengan skin care product ape sume ni. Korang pun rajin-rajinkan diri mencuba ye!
Assalamualaikum semua…
Sebelum ni aku pernah berkongsi tentang penggunaan produk Sebamed. Aku buat review dalam bentuk vlog. Tidak aku nafikan produk Sebamed tu beri impak positif kat kulit aku. Tapi kulit aku ni pulak kering. So, aku decide nak tukar ke produk yang hydro-based supaya kulit aku lebih lembap.
Aku bertukar ke Neutrogena Hydro-Boost punye produk. Pencuci muka nye best dan pelembap nye pun boleh tahan. Untuk minggu pertama kulit aku bereaksi baik. Kulit lebih lembut dan tak kering sangat dah. Tapi lepas dua minggu, jerawat naik tanpa kawalan.
So, aku decide nak bertukar lagi sebelum kulit aku lebih teruk.
Starter pack Clinelle ni menarik perhatian aku. Aku suka beg kecik nye tu aje. Kahkahkah!!! Sebelum ni, kalau aku nak tukar produk, aku akan beli yang botol besar terus. Tapi kali ni aku nak guna yang starter pack dulu. So, takdelah rugi kalau tak sesuai dengan kulit aku, ye tak?
Alalaaa.. comel bebenor lah botol-botol produk Clinelle ni. Menurut deskripsi produk ni, Clinelle tak mengandungi alkohol. Ahaaaa tu kita tengok ye bagaimana result dia.
Ada orang kata, bila tukar produk, kulit kita biasanya akan bagi reaksi positif dalam minggu pertama. Tapi kalau reaksi positif tu tak bertahan sampai sebulan maknanya, produk tu tak sesuai untuk kita. Betul ke?
Deep Cleansing Gel nye mengandungi herba-herba. Bau pun dah macam herba. Dan ia tak berbuih sangat macam sabun. Purifying Toner pulak menyegarkan kulit aku. Rasa best aje bila pakai. Mosturize Glow nye pun best! Buat kulit aku lembap dan ala-ala glowing gituuu.
Apa yang aku perasan, lepas aku pakai tiga-tiga produk ni, dan biarkan kejap untuk ia meresap dalam kulit, aku nak sapu foundation pon senang blend dan kurang bercapuk macam sebelum ni. Adakah itu petanda bahawa produk Clinelle sesuai dengan aku???
Selain tu, aku guna PALMER’S Cocoa Butter Formula Scar Serum. Dah namanye scar serum, mestilah untuk memudarkan kesan parut di muka ye tak? Maklumlah… tak larat aku tengok muka aku bertompok-tompok dek kesan parut jerawat.
Sape taknak cantik dik oii??? Huahuahuaaa… Setakat ni, ni aje lah produk yang aku guna dalam proses membaikpulih kulit aku. Jerawat baru nak surut, so lepas dia surut aku gerak gempur untuk perang dengan parut pulak. Hohooo…
Psssttt.. nak bagi tips sikit. Kalu korang beli serum / minyak untuk pudarkan parut, korang teliti kan kotak atau bungkusan produk tu. Cari nilai IU produk tu. Semakin tinggi nilai IU, semakin cepat produk tu bertindak. As for produk PALMER’S di atas, ia mengandungi 24,000IU. So, kalau korang jumpa atau tau produk yang mempunyai IU lagi tinggi, share la ye!
bye bye.
Assalamualaikum semua….
FOREST'SECRET – Korang pernah dengar tak? Baik korang jujur! Kalau tak, takmau kongsi rahsia. Pagi-pagi dah cerita pasal rahsia. Rahsia apa pulak? Hekhekhekk.. tu korang kena tunggu lah ye!
Forest’secret merupakan jenama Malaysia yang menyediakan rangkain produk penjagaan kesihatan diri dan kecantikan. Yang best nya, produk ni sangat boleh dipercayai dan best! SEBAB APA? Sebab semua barang-barang dari FOREST'SECRET ni diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi macam herba-herba. So, korang tak perlu takut nak pakai.
Baru-baru ni aku ada ke kedai FOREST'SECRET yang terletak di Sunway Pyramid. Masuk je kawasan kedai yang ala-ala hijau tu, terus rambang mata nak pilih barang. Huahuahuaaa… Sebenarnya dah lama aku usha barang-barang FOREST'SECRET dalam website dia… So, aku dah target nak beli beberapa barang.
FOREST'SECRET REFINING PORE TIGHTENING SERUM | RM40.00
Yang ni best wohh! Sales Assistant kat kedai Forest’secret tu pun kata produk ni antara yang best seller lah kiranya. Kebaikan serum ni? Boleh mengecilkan liang pori-pori, so mengelakkan bahan-bahan mekap yang kita pakai terperangkap dalam liang pori, justeru mengurangkan blackhead whitehead.
BUKTINYA? Masa aku pergi facial kat Subang, akak yang buat facial kat aku tu sendiri kata liang pori aku tak besar, so bila pakai mekap/foundation, dia x terperangkap dalam liang pori. So kulit aku tak banyak whitehead! Yeahuuu… More info about this product CLICK HERE.
FOREST'SECRET LIP TREATMENT (MANGO FLAVOR) | RM12.90
Whoaaa lip balm pon ada flavor! Dia ada 4 perisa, aku dah lupa dah apa yang lagi tiga tu. Aku ambil yang mango. Bau nye sedap menusuk kalbu. Kahkahkah. Oh ye, bersesuaian dengan cuaca panas di negara kita ni, lip treatment ni bantu merawat bibir kering.
Sales assistant tu kata lagi, kalau kita pakai lip treatment ni sebagai base sebelum pakai lipstick, lipstick tu boleh tahan lama.
FOREST'SECRET FRESH LOOK COMPACT POWDER | RM55.00
Aku suka giler kot bedak muka dia! Bedaknya rasa ringan je kat muka nih. Dan senang blend dengan warna kulit. Entah macam mana nak cakap ehh… tapi aku suka lah bedak nih. Kahkahkah… Sapuan yang lebih mudha dan ringan.
Whoaaaa gambor overexposed! Hahahhaaa… Bila dah pakai produk FOREST'SECRET ni, aku boleh kata sangat-sangat puas hati. Tak perlu takut ada apa-apa side effect atau allergic sebab produk FOREST'SECRET ni herbal-based, takde nye bahan kimia and dia test straight kat manusia, bukan tikus makmal.
ALAMAK!!! Overdose pulak tepek gambor kat sini. Haahaaa… Jerawat pon dah segan nak naik kat muka aku neh. Kuikuikui… Tapi kalau jerawat musim “Red flag” tak boleh elak la kan. Tu kerja hormon. Kahkahkah!!!
So korang, apa lagi, jom ramai-ramai beli produk FOREST'SECRET !! Sebab aku rasa produk dia berkualiti, berjenaman dan yang paling penting AFFORDABLE berbanding produk berjenama yang lain!
Kalau tak percaya, boleh browse around website FOREST'SECRET yeahhh!! Bubbye.
Hye hoooo kembali lagi dalam segmen sengal sengal! Ehhh sejak bila pulak aku ade segmen bagai nih? Segmen sengal?? Apa aku nak caras senior aku si Deeyaudeen Sabri dari Sengal Zone tu ke??? Haiyohhh tengok! Dah merapu meraban dah akuuuu!
Oke oke.. aku tak ade ape nak taip sangat. Korang tengok lah video di bawah ye.
P/S : Kalau takleh view kat sini, TENGOK KAT SINI PULAK.
Yeahhhh… tu dia aku punye review. Aku bagi 4.5 bintang untuk produk ni oke! Sangat sesuai untuk kulit sensitif sebab produk ni diperbuat dengan bahan-bahan bermutu tinggi dalam aspek pharmaceutical. Cehhh macam ye je ape yang aku cakap nih!.
Dan oh yaaaa… produk ni juga sesuai untuk semua peringkat umur, tidak mengira anda lelaki atau perempuan. InsyaAllah dengan penggunaan yang berterusan, masalah kulit anda dapat dikurangkan.
Tapi ingat, keberkesanan prosuk ni bergantung kepada individu juga.. Ada orang yang pakai, cepat nampak hasilnya.. Ada pulak yang agak lambat kesannya… So jangan ingat semua yang pakai esoknye kulit dah licin.. Kulit aku sendiri pun memakan masa dua minggu hingga sebulan untuk menampakkan kesan.
Alhamdulillah dengan produk ni, sekarang jerawat agak kurang naik dan kalau ade yang naik pun dia cepat kering / kecut.
Oh ye.. kalau korang nak beli produk yang spesifik untuk penjagaan muka sahaja, Sebamed ada rangkaian produk SEBAMED CLEAR FACE. Memang jaga muka aje nih. Hehehe insyaAllah lepas habis liquid wash yang aku pakai, aku nak try produk SEBAMED CLEAR FACE pulak! Hehehee…
Ramai yang bertanya, produk ni ada dijual dalam packaging yang lebih kecil tak? Hmmmm… bagi aku, susah nak cari yang kecil, sebab packaging produk ni memang standard besar-besar. Tapi aku pernah jugak jumpa produk ni dalam packaging yang lebih kecil, yang berharga lebih kurang RM6.00 sebotol. Mungkin sesuai untuk mereka yang nak mencuba dahulu. Tapi, korang kena rajin cari laa.. Aku tak boleh jamin senang nak cari. Wuuuu~
Oke lah semua.. Hehehe sesiapa yang berminat nak cuba produk ni, silakan… Nanti kongsikan pengalaman anda bersama aku ye? Hehee… Kalau nak maklumat lanjut mengenai rangkaian produk SEBAMED, boleh lah pergi ke website SEBAMED.
Copyright © Nisa Kay