Memaparkan catatan dengan label Hikayat Merong Mahawangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hikayat Merong Mahawangsa. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mac 2011

Oh yes, aku pun dah tengok HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA lah!

Boooo untuk aku!! Dah terlambat untuk kau update pasal Hikayat Merong Mahawangsa ni Nisa ooii!! Hahaa.. Di kala peperiksaan masih berjalan, aku masih lagi tak sedar diri berjimba ke sana-sini tanpa memikirkan kesan akan datang.  Sungguh le aku student tak sedor diri tu tengah exam! HAHAHAA!!
Tapi review demi review aku baca pasal movie syarikat tempatan, iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.
Bagi aku? Cerita ni best! Macam yang dikatakan oleh kebanyakan orang. Namun begitu, masa dalam wayang, aku asyik main gelak-gelak aje dengan Myra yang duk kat sebelah aku. So salah aku lah sebab tak hayati betol-betol cerita tuh..

Dan ada beberapa perkara yang aku nak komen pasal filem nih.
  • Errr aku tak perasan pulak bila Merong dengan Embok kahwin?
  • Bagi aku, suara narrator agak menganggu sebab terlalu kuat, kadang-kadang laju.
  • Scene yang dia serang pakai cermin tu agak funny la bagi aku.
  • Last scene, kapal-kapal nampak sangat kartun, but we can see the effort there.
  • Lookout tower yang kecik diperbuat dari dahan kayu pon boleh jatuhkan semua orang jahat tu eyh? (Ya aku sependapat dengan along aku)
  • Aku rasa shy shy cat pulak tengok Puteri China yang seksi bebenor masa adegan mandi.
  • Sekali lagi, aku sependapat dengan along aku, point yang “kenapa orang China bercakap English dengan orang China”
Errr tu aje lah kot… HAHAA.. apa-apa pun memang best la jugak cerita ni. Tak rugi tengok okeh! Aku malas nak rate bape bintang untung filem ni, sebab aku bukan profesional pun, tak reti ahh nak nilai sume nih. Hahahaa..
Dan oh ye aku tak berseorangan masa tengok filem nih. Huiii aku belom kuat semangat nak pergi tengok wayang sorang-sorang. Hahaha!!

More stories? Tunggu la entry akan datang. Haha.. itu pun kalau aku terasa nak update :P

sign NISA

Read More»

Sabtu, 12 Mac 2011

Hamboi bukan main lagi HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA asyik full aje!

Waarrgghhh cerita epik ni dah keluar lahh!! Suka suka suka!! Bertambah suka apabila aku pergi kedai sup feveret aku, melantak nasi ayam macam takde hari esok, then kat tv elok je dia tayangkan The Making of Merong Mahawangsa nih.

Nahhh poster aku cilok dari blog Gulai Tempoyak Ikan Patin. Hohohooo aku tengok making of tadi, lagi laa bertambah-tambah keinginan aku nak tengok filem anak melayu ber-bajet besar nih.

Guna pelakon dari india…. aksi stunt dari China, orkestra antarabangsa. Fuhhh meletop-letop KRU buat filem ye???

Yeahhh ini lah masa nak tengok hasil kerja bumiputra yang digembar-gemburkan… Sebarang peningkatan dalam penghasilan filem, kita puji kita sokong ye. Kalau ada kelemahan mana-mana tak perlu kutuk tak perlu hentam, kita sama-sama lah bagi dorongan untuk pihak berkenaan buat penambah baikan pada masa akan datang eyh?

Kalau bukan kita yang nak support orang sendiri, siapa lagi kan?

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay