Memaparkan catatan dengan label Darkbatman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Darkbatman. Papar semua catatan

Isnin, 20 Februari 2012

Feeling kejap ye..

 

Listen to the music, live in the song.

 

 

Untuk seseorang yang menerima diri ini seadanya..

Untuk seseorang yang akan pertahankan diri aku..

Untuk seseorang yang sanggup berkorban..

Untuk seseorang yang sentiasa berada denganku tika aku berduka kerna berjauhan dari keluarga..

Untuk seseorang yang menerima baik buruk aku..

Untuk seseorang yang setia walau di saat aku rapuh..

Untuk seseorang yang memahami keadaan dan keperluanku..

Untuk seseorang yang sentiasa menemani…

Untuk seseorang yang bukan setakat menyayangi.. tapi turut membuktikan..

 

 

 

Dear.. pray that our love will stay until Jannah.. semoga perasaan ini diberkatiNYA, amin..

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 23 Ogos 2011

Iftar bersama rakan-rakan blogger di Armanee Condo

 

Assalamualaikum semua..

 

Aku pernah suarakan hasrat untuk iftar dengan kawan-kawan blogger ni tak lama dulu. Konon-konon nak plan dengan geng kat Sahabat Blogger tuh. Tapi malangnya ramai yang sibuk atau duduk jauh.

 

Akhirnya Darkbatman telah menganjurkan iftar bersama blogger-blogger yang dia telah invite aku. Wahhh terharunye aku blogger retis invite dowh! Yang datang nanti pon sume retis-retis!! Errr aku aje la yang tak retis??

 

IMG_5423

Blogger yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis iftar ni adalah : Cik Epal Gonjeng, Nisa Kay (aku le tuhh), Akmal Hilmi, Shaheizy Sam si buah hati Cik Epal, Anak Perak, Red Linda, Yuyu Musa dan of course le tuan rumah si Darkbatman.

 

Yang tiada dalam dalam gambar ialah akak Pen Merah sebab dialah photographer of the day, dan juga abang besar a.k.a. SpiderGelap sebab beliau pemalu sangat. Setahu aku, Aizul Marcello turut dijemput tapi beliau ada hal yang tak dapat dielakkan makan tak dapatlah beliau datang.

 

DSC_1300

Haaaa ni gambor entah ke berapa kali nak snap. Sekali ternampak uban kat kepala Darkbatman! Aku ni pulak pantang nampak uban terjuntai kat kepala mesti geram nak tarik! Hahaa tak senonoh wey aku ni la. Kohkohkoh!!!

 

 

DSC_1274

Ni first time aku pergi rumah Darkbatman di Armanee Condo tu. Selama ni aku ke Armanee hanyalah untuk photoshoot, tu pun kat area kolam aje. Fuhhh besau nye rumah beliau! Condo pon banyak retis duduk. Kelas kaw batman. Kohkohkoh!!!

 

Baru aje sampai dah excited nak bergambar. Feeling ambil gambar kat balkoni kejap. Turut layan feeling ialah Lelaki Seksi dan Budak Gonjeng. Kohkohkoh!!!

 

 

cats

Yeahhh melihat kepada hidangan nye memang meronta-ronta perut aku minta diisi. Haihhhh terasa lambat benor waktu berlalu, tertunggu-tunggu je waktu berbuka. Aku ambil lauk daging aje, ayam aku tak rasa pulak.

 

Tapi aku rasa kuih-muih lebih banyak dari lauk pauk. Hoho!!! Tapi tak semua gambar aku ambil. Aku sibuk nak bergambor jugak. Huahua…

 

 

DSC_1287

Dah masuk waktu berbuka. Apa lagi? Seranggggg!!!!! Hohoo turut menyerang meja makan ialah Darkbatman, Yuyu Musa dan Lelaki Seksi. Sorry guys, kamera tu fokus kat aku aje. Sebab tu gambar korang blur sikit. Kohkohkoh!!!

 

 

IMG_5430

Time berbuka ni laaa Darkbatman sibuk nak ber-vlog pulak. Mentang-mentang la blogger retis kan, vlog harus ada! Vlog dirakamkan oleh akak Pen Merah.

 

 

IMG_5439

Haaa tu dia batman bersama abang besar a.k.a. SpiderGelap . Alamak aii abang besar ni pemalu gila meyh! Sampai guna DSLR nak cover muka terlebih hensam tuh. Kohkohkoh!!!

 

 

DSC_1392

Aku dan retis Cik Epal Gonjeng.

 

 

DSC_1389

Aksi skandal terhangat bersama Akmal Hilmi lelaki seksi. Cik Epal Gonjeng kata pasangan bahagia????!! Kohkohkoh! Nasib laa si seksi ni takde awek, kalau tak nanti ade pulak yang datang bawak meriam besor serang aku!!

 

 

Okay dah tu aje nak share. Aku ada buat video sebenarnya tapi malas nak upload lagi. Kalau batman buat video semasa majlis iftar berlangsung, aku lak buat video selepas majlis iftar. Nanti kan ye. Kohkohkoh!!!

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Jumaat, 1 Julai 2011

Menang RM100 dari Darkbatman ! !

 

Assalamualaikum semua…

 

Wahhh bila bercakap pasal duit semua laju je kan. Hari ni aku dok usha blog wajib baca bagi aku. Blog mana lagi kalau bukan darkbatman.com. Kehkehkeh! Alamak ter-tiru gelak si Darkbatman pulak.

Mata aku ni dok perhati kan la contest yang dianjurkan oleh Darkbatman ni. Wahhhh buatkan watermark pun berpeluang menang RM100??? Siapa nak angkat ketiak!! Kahkahkah!

 

Apa itu watermark?

 

Pada pemahaman aku, watermark ni digunakan untuk “menanda” gambar milik kita. Maksudnye bila kita letak gambar dalam blog kita, kita tandalah gambar kita tu dengan watermark. So, bila orang yang kejam+busukhati+naktrafikmurahan copy gambar korang, at least ade bukti yang orang tu plagiat / salah guna gambar kita.

 

But as for me, aku hanya letak watermark pada gambar yang datangnya dari aku sendiri. Maksudnya, gambar tu memang diambil oleh aku atau diambil menggunakan kamera aku. Dan jika gambar-gambar tersebut diambil oleh orang lain menggunakan kamera aku, aku akan bagi kredit pada si tukang ambil gambar.

 

CSC_0739

Errr sorry yee encik Darkbatman sebab curik gambor dia. Kahkahkah! Korang perasan tak, bila aku post gambar dalam blog aku, aku akan letak imej “SAYA SUKA MENAIP” yang warna pink kat gambar aku? Okay, contohnye boleh korang tengok macam dalam gambor di atas.

 

 

Picture2494

Watermark ni boleh dalam bentuk tulisan, contohnye macam dalam gambar di atas. Biasanya aku guna watermark tulisan “nisamenaip.blogspot.com” ni pada gambar-gambar yang aku post dalam entry-entry AKU, DIA & DSLR.

 

Sebab apa? Kadang-kadang kita dah edit gambr tu lawa-lawa, so kita tak nak lah imej watermark merosakkan editing pada gambar.

 

 

CSC_0728

Satu lagi gambar yang dicilok dengan jayanya dari Darkbatman. Aku tengok biasanya Darkbatman punye watermark jenis yang tulisan. Kalau tak kaler merah, mesti kaler kelabu.

 

Mungkin beliau inginkan “cop rasmi” untuk Darkbatman kot… tu yang dianjurkannye contest buat watermark untuk blog beliau. Menang RM100 tuh! Korang taknak ke? So sesiapa yang pandai guna Photoshop atau Illustrator, boleh lah try ye!

 

 

DSC_0627

Taraaaaa… ni lah contoh watermark menggunakan logo yang Darkbatman dah bagi tuh. Hohohooo buruk kan? Maklumlah, ni percubaan aje. Ehhh korang jangan salah faham! Aku tak join pun contest ni! Aku ni kirenye macam promote aje lah ye.

 

 

Hohohooo so kalau korang nak join, boleh lah tengok syarat-syaratnye KAT SINI.

 

 

sign NISA


Read More»

Sabtu, 11 Jun 2011

Tangisan hari jadi.

 

Assalamualaikum semuaa….

Hari ni aku penat. Sebab seharian pergi ke event di UiTM Shah Alam.. Hari ni aku gembira sebab jumpa orang-orang baru dalam dunia blogger. Hari ni aku gembira dapat jumpa kenalan blogger. Maklumlah dorang feymes kan, susah nak jumpa hekhekhekk…

Dan hari ni, aku hampir menitiskan air mata tau. Semua ni gara-gara hari jadi aku yang akan datang. Aiyooo!!! Belum birthday aku pun dah buat aku nak nangis meroyan ke? Haippp! Kenapa lak aku nak meroyan??

 

Haaaaa aku masih tidak mengerti kenapa DARKBATMAN turut menjadi watak sampingan dalam video neh. Kehkehkeh.

 

Kepada dear MUNA,

I really really really appreciate the video that you have made for me. I like it!! Thanks a lot dear. Tak pernah tau orang wish birthday akak siap buat video bagai. And akak tak tipu bila akak cakap akak menitiskan air mata sebab terlalu terharu masa akak tengok video nih.

Thanks for adoring me. Tak sangka kannn. Segan pulak lah. Kahkahkah. Thanks a lot tauuu Muna. Muah muahh!!

Thank you so much. Good luck to you too. Thanks a lot againnnn. Akak tak tahu nak cakap apa.. Thanks sebab wish happy birthday awal-awal.

 

sign NISA


Read More»

Sabtu, 4 Jun 2011

Response to : Mengaku Khilaf Amatlah Suci by Muhammad Nur Aizuddin

 

IMG_3732

Assalmualaikum semua….

 

Dalam pada aku membelek note Communication Ethics and Law ni, aku bukak jugak facebook dan blogwalking sikit. Errr terserlah pulak kemalasan aku nak study. Kahkahkah. Lantas aku terbaca entry Mengaku Khilaf Amatlah Suci by vlogger hebat di 1tube.my iaitu Muhammad Nur Aizuddin.

 

Response aku kepada entry beliau?

 

Aku amat bersetuju dengan entry beliau yang sarat dengan kata-kata puitis tu. Manusia takkan lari daripada buat silap. Tapi kalau dah sedar dan ditegur pulak atas kesilapan tu, kita ni manusia patut lah ambil inisiatif untuk mengakuinya dan berubah. Tak perlu lah berkeras dan berdegil kalau dah terang-terang buat silap.

 

Aku pun pernah sangat buat silap. Terutamanya terhadap orang yang aku sayang. Aku sedar memang salah aku, so aku mengaku dan berjanji yang aku akan berusaha untuk tak mengulanginya. Sakitkan hati orang yang kita sayang, nanti hati kita jugak yang sakit. Ye tak?

 

Tapi tak semestinya bila kita buat silap pada orang yang kita sayang je. Apa pun silap atau kesalahan yang kita lakukan, baiklah kita mengaku aje. Tak perlu berdolak-dalih lagi. Lagipun Apa salahnya berterus-terang, macam yang Darkbatman kata, kan?  InsyaAllah keadaan boleh dibaiki. Lagipun, baiklah kita saling memaafi. Tapi kalau dah mintak maaf tu jangan pulak buat balik ye?

 

Hehe kalau nak baca entry penuh Muhammad Nur Aizuddin, jom ramai-ramai KLIK DI SINI.

 

 

sign NISA


Read More»

Khamis, 26 Mei 2011

WORDLESS WEDNESDAY yang aku terlepas

 

DSC_0070

Assalamualaikum semua..

Semalam kalau korang perasan, ada ramai blogger yang buat entry Wordless Wednesday. Aku dapat tahu pasal WW ni pun dari Andyhowtt.

Wordless Wednesday ialah entry di mana korang post satu gambar. Satu je. Tanpa ada apa-apa description atau caption. Namanya pun wordless kan. So without word lah.

Dan aku konon-kononnya plan nak join buat entry Wordless Wednesday. Dan gambar di atas merupakan gambar yang aku nak post semalam. Hahaha. Sengaja mengundang kontroversi? Terpulang kepada mata yang melihat, otak yang menganalisis dan hati yang menilai.

Bye.

 

 

sign NISA


Read More»

Ahad, 22 Mei 2011

Quality Time

Assalamualaikum semua…

Entry kali ni bersifat sangat personal. Banyak gambar, makna tersirat dan interpretasi tersendiri.

 

DSC_0256Kesian dia. Dia tak suka Nur Kasih pun, aku tetap angkut beliau, teman aku tengok! Kahkahkah!

 

 

DSC_0261Sweet card.

 

DSC_0266Lampu suluh.

 

DSC_0269Simpan duit.

 

DSC_0271Pakai hari-hari sampai busuk.Kahkahkah!

 

Thanks for the time spent. I will surely missing you for the next two or three weeks :( Wish me luck for my exam. Sayang anda *blushing*

 

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 8 April 2011

GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN

Sebelum ni Darkbatman pernah buat giveaway. Masa tu hadiah dia wallet Polo.. Aku pon join ahh mana tahu aku menang ke kan, leh bagi kat abah aku. Wawaaa… tapi angan-angan saje bila aku tak menang!! Huuuu ~

Kali ni Encek Darkbatman buat giveaway lagi. Kali ni hadiahnye purse Polo pulakkk!! Huiii bagusnye beliau baik hati benor buat giveaway lagi! Hehehee… Nak joinnnnn!!!

 

giveaway by darkbatman

Yeahhh!! Kalau dapat purse nih, aku nak guna untuk diri sendiri je la.. memandangkan purse aku yang sekarang ni pon dah agak berusia… HUUUUUU…. Tapi itu KALAU bertuah untuk menang giveaway ni la kan.. Kalau tak bertuah, takpe… Bukan rezeki la kot.. hehee…

Kalau tak menang nampaknye aku kena kerja lebih kuat untuk kumpul duit lepas tu beli sendiri. Kuang kuang kuanggg~ Oke meh aku nak tag 3 orang blogger :

Hehehee kepada sesiapa yang nak join, jom laa join reramai.. Biar Darkbatman ni pening sikit.. Mana tahu beliau murah hati nak tambah hadiah shawls ke.. Hahahaa apa aku mengarut nih.. Kalau nak join, KLIK PADA BANNER okeh!! Bubbye.

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 6 April 2011

Entry-entry yang bikin aku nak nangis terharu!

Salam sejahtera… salam 1 Malaysia. Ehemm ehemm (betulkan anak tekak). Kepada semua pembaca blog picisan aku ni, aku nak ucapkan terima kasih berjuta-juta banyaknye kerana masih ada yang sudi singgah sini.

Sejak kebelakangan ni aku memang takde masa sangat. Aku baru aje habis Speaking Test MUET, so tinggal reading, listening dan writing aje laaa… Aktiviti luar aku pun boleh tahan banyaknye, bersama kengkawan.. blogger.. tengok wayang la, makan la.. lepak la.. banyak lah!

Bila balik, badan pon penat. Lepas tu mula laa abaikan blog. Sob sob~ Kesian dowh blog aku. Dan kepada yang rajin drop komen, aku sangat terharuuuu.. Minta maaf sangat-sangat sebab sekarang aku takde banyak masa nak balas satu-satu komen anda…

IMG_3150

Lot of thank you and love for these people for mentioning me or my blog in their entries. Do visit them!

NISA MENAIP & 10 ENTRY SEHARI by Umairah Aqilah

She is my blogger inspiration.. :D by CiMinniy

cara pakai selendang / shawl seperti Hana Tajima dan Yuna dan fesyen selendang / tudung terkini ?:) by Nurul Ain

Terharu Tak Terhingga.. Thanks!! :) by Cik Awan Dyana

Berkulit Cerah Pelengkap Pakej! (Entry banyak gambar blogger cun..) by Milly Molly

1tube tarik perhatian aku by Tina

Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Qaseh Dalia, Nisa Kay, Yana, Ujang bla bla bla... I Adore YOU!!! by mynameismy

Penaip Cun Lagi Popular - Nisa Kay... by Hasif Hamsyari

kejelesan terhadap nisa menaip dan yuyu zulaikha serta blogger fashionista!! by jaa64

She's GORGEOUS . by Nurul Ashakirin

Kenapa aku buat VLOG ?? by Ben Ashaari

Apa akan jadi esok? Nisa kay dan cik epal dan easy izzudin ada? by Erin Gile Gambar

wawa The Hairstylish vs Nisa the Blogger by kertaskoyak

entri khas!!!! by Cik Orked

Kalau Yuyu komen dan bila Maera komen... by Khumaera Ismail

Blogger just be yourself... by Black Kaizen

berpuluh2..!! by Yaya Mongeks

 

Fuhhhh banyak tuuu. Tenkiu banyak banyak banyak kat you guys.. sudi jugak mention aku yang tak seberapa ni dalam blog korang. Sob sob sob~ Terharu nyeeeee…. Dan terima kasih 4 orang di bawah sebab list kan blog aku dalam senarai 5 BLOG PALING KERAP DILAWATI 2011.

Huiiii panjang bebenor list link dalam entry kali ini… Dah tak tahu nak cakap apa.. terharu sunggoh!! Terasa dihargai!! Wuaaa nak nangis terharu lah! Kasi banjir sikit. Hek hek hek…. Thank you so much everyone!!!

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 30 Mac 2011

5 blog paling kerap dilawati Nisa Menaip sepanjang 2011 !!

Haaaaa… aku rasa mesti yang dah tahu apa yang aku nak buat ni.. Yeaaa aku nak join PROJEK NETWORK BLOGGER yang dianjurkan oleh Denaihati.com .. aku dapat tahu mengenai projek ni pun melalui blog Andyhowtt.

Weee projek ini sangat menarik! Menurut Denaihati.com, ia boleh mewujudkan network besar dalam kalangan blogger, di samping menambah kenalan baru. Hehehee bayangkan kalau 10 orang senaraikan anda dalam 5 blog pilihannya.. Fuhhhh banyak kot trafik yang disumbangkan… Hehhee…

5 blog paling kerap dilawati 2011

 

darkbatman1. Uhukkk!! Uhukk!! Apahal lak terbatuk nih?? Errr abaikan! Hahaha blog kegemaran ramai ni turut menjadi pilihan aku. Kenapa aku rajin singgah blog darkbatman.com ni???? Sebab blog beliau banyak tips pasal kesihatan! Kalau bagi mak abah baca ni pon boleyyyy…. Nak suh abah aku amalkan tips kasi naik 6 pax boleh? Hahahhaa!!! (Klik pada banner untuk terjah)

 

benashaari2. Blog BEN ASHAARI!!!! Blogger terkenal okeh! Aku dah jumpa beliau beberapa kali.. semuanya melibatkan aktiviti bersama 1tube.my .. Hehehe ternyata beliau seorang blogger yang peramah. Dalam blog pon tak lokek berkongsi tips dan nasihat. Jom singgah ramai-ramai… Klik pada banner tau!

 

 

yuyu3. Blog YUYU ZULAIKHA merupakan pilihan hati aku yang nombor 3!! Sepanjang tahun 2011 ni, aku rasa aku selalu sangat singgah kat blog akak kecik nih. Oopss! Kak Yuyu tak boleh marah.. nanti taka wet muda auwww :P  Blog beliau banyak jugak tips cantik, tips mekap.. macam-macam tips la kan! Sungguh tak kedekut ilmu ye Yuyu comel! Dan aku suka gaya penulisan Yuyu! (Klik pada banner untuk terjah)

 

 

shea4. Blog milik SHEA SYAHIRAH memang menjadi pilihan aku sepanjang masa! Aku sukakan gambar-gambarnya yang sangat cantik, dan juga orangnya yang pandai berfesyen!! Oh myyyy.. aku suka sangat tengok Shea yang comel ni… For me, she has good fashion sense! Wuuuu bila laa aku nak bergaya macam beliau nehhhh… (Klik pada banner untuk terjah)

 

 

hizami5. Blog BUDAK LELAKI !!! Yeahhh blog ini merupakan milik Hizami Rahim… blog dia ni antara blog yang terawal aku betul-betul follow dan baca… Dulu dia [dot]blogspot … sampai lah dia dah tukar ke domain, aku tetap follow dia. Kenapa aku suka blog dia? Sebab budak lelaki ni suka tulis pasal lagu baru yang meletop. So aku tak payah susah-susah search Google ke ape. Hahaha!! Gaya penulisan pon best! (Klik pada banner untuk terjah)

 

Haaa dah habis pon cerita mengenai 5 blog yang sering aku lawat setakat Mac 2011 ni… Meh sini nak ajak blogger join PROJEK NETWORK BLOGGER | Denaihati.com

  1. Syafiq Rosli
  2. Moy Chem
  3. Tasya Amin
  4. Deeyaudeen Sabri
  5. Aqu Api
  6. Aryl
  7. Nurul Izzati
  8. Sab a.k.a. Miss Genit
  9. Meuz Angelo
  10. Hannafauzann

 

Heeee sesapa nak join ramai-ramai terjah denaihati.com dulu… baca penjelasan beliau dulu okeh! Hehehe [ PROJEK NETWORK BLOGGER | Denaihati.com ]

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 28 Mac 2011

Random GiveAway Polo Wallet by Darkbatman

Haaaaa tadi aku dok belek-belek wall group SAHABAT BLOGGER kat facebook tu, sekali blogger terkenal post link. Dia buat giveaway laaaa… siapa blogger itu??

darkbatmanDARKBATMAN.COM

Haaaaa meh tengok hadiah ape dia nak bagi nihhh…

Whaaaa POLO WALLET okeh… memang laa wallet ni untuk lelaki, tapi kalau rezeki aku menang, aku boleh bagi kat abah aku. Abah taknak??? Bagi laa kat along ke.. angah ke kan.. Hehehe

Tapi macam mustahil la pulak abah aku taknak hadiah kan.. Hahaha itu pun kalau aku menang la. Hahahah dah namanya RANDOM giveaway.. so sesiapa yang bertuah laa yang akan menang.

Meh sini nak tag 3 orang :

Okeeeee… dah siap! ehhehee Sesiapa yang nak join giveaway by Darkbatman ni KLIK DENGAN SOPAN SANTUN KAT SINI. Oke babai…

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 21 Mac 2011

Oh yes, aku pun dah tengok HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA lah!

Boooo untuk aku!! Dah terlambat untuk kau update pasal Hikayat Merong Mahawangsa ni Nisa ooii!! Hahaa.. Di kala peperiksaan masih berjalan, aku masih lagi tak sedar diri berjimba ke sana-sini tanpa memikirkan kesan akan datang.  Sungguh le aku student tak sedor diri tu tengah exam! HAHAHAA!!
Tapi review demi review aku baca pasal movie syarikat tempatan, iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.
Bagi aku? Cerita ni best! Macam yang dikatakan oleh kebanyakan orang. Namun begitu, masa dalam wayang, aku asyik main gelak-gelak aje dengan Myra yang duk kat sebelah aku. So salah aku lah sebab tak hayati betol-betol cerita tuh..

Dan ada beberapa perkara yang aku nak komen pasal filem nih.
  • Errr aku tak perasan pulak bila Merong dengan Embok kahwin?
  • Bagi aku, suara narrator agak menganggu sebab terlalu kuat, kadang-kadang laju.
  • Scene yang dia serang pakai cermin tu agak funny la bagi aku.
  • Last scene, kapal-kapal nampak sangat kartun, but we can see the effort there.
  • Lookout tower yang kecik diperbuat dari dahan kayu pon boleh jatuhkan semua orang jahat tu eyh? (Ya aku sependapat dengan along aku)
  • Aku rasa shy shy cat pulak tengok Puteri China yang seksi bebenor masa adegan mandi.
  • Sekali lagi, aku sependapat dengan along aku, point yang “kenapa orang China bercakap English dengan orang China”
Errr tu aje lah kot… HAHAA.. apa-apa pun memang best la jugak cerita ni. Tak rugi tengok okeh! Aku malas nak rate bape bintang untung filem ni, sebab aku bukan profesional pun, tak reti ahh nak nilai sume nih. Hahahaa..
Dan oh ye aku tak berseorangan masa tengok filem nih. Huiii aku belom kuat semangat nak pergi tengok wayang sorang-sorang. Hahaha!!

More stories? Tunggu la entry akan datang. Haha.. itu pun kalau aku terasa nak update :P

sign NISA

Read More»

Copyright © Nisa Kay