Memaparkan catatan dengan label Bro Framestone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bro Framestone. Papar semua catatan

Selasa, 14 Mei 2013

Ber-bowling bersama rakan blogger

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama rasanya tak join aktiviti bersama rakan-rakan blogger.. Kalau diingat balik.. tahun 2012 merupakan tahun yang sangat aktif dengan aktiviti blogger gathering ni… Kejap gathering sana.. kejap gathering sini.. makin lama amalan gathering ni makin dilupakan…

 

Masing-masing sudah busy dengan urusan harian masing-masing agaknye.. So aktiviti gathering blogger ni dah menjadi suam-suam kuku… Lagipun dulu-dulu kalau gath mana ada aktiviti sangat pon.. Paling-paling pon perkenalkan diri dan amik-amik gambar sampai pengsan…

 

Maka pada dua minggu lepas (kot??) satu acara bermain bowling bersama rakan-rakan blogger telah dianjurkan. Tanpa berfikir pat belas kali, aku pon menyatakan persetujuan nak join.. Lagipun dah lama benor tak berkumpul berjimba dengan rakan-rakan blogger kennnzzz…

 

DSC01123

Pada pagi nan indah itu, aku dan Ziera yang datang dari Klang telah carpool dengan blogger Melastik Bintang and his wife and son. Heee sorryyyy bro MB ! Aku terlah terlewat gara-gara tertinggal kunci!! Haiyarrkkkkk!!!

 

 

DSC01125

Pastu Mr Ray (anak bro Melastik Bintang) duk ushaaaa je aku kat belakang. Kekekekee…

 

 

DSC01133

Gerak lambat maka sampai lambat. Semua dah menanti di Wangsa Bowl, tapi kami berempat mengisi perut di Georgetown White Coffee duluuu. Haaa perut harus penuh bagi mendapatkan tenaga untuk menghayun bola bowling dengan penuh perasaan yerk !

 

 

cats

Errrrkkk sesi memburukkan muka itu harus ada kalau dah melepak dengan mokcik Ziera ni haa… Maaf laa kami memang macam ni. Bahahahaha…

 

 

DSC01144

Bro Framestone pon nak kontrol ensem laa bila lensa kamera aku halakan pada beliau.

 

 

DSC01152

Antara blogger yang sudah siap sedia nak menghayun bola bowling. Semoga tak masuk longkang. Bahahaha….

 

 

DSC01158

Cik Lily Putih yang hanya redha melihat bowling itu bergolek. Ke arah longkang atau ke arah pin yang tegak berdiri di penghujung lorong?

 

 

DSC01165

Hahahah gaya tunggang langgang oleh aku. Gambar berjaya di-snap oleh Pak Lan. Ciskek betul anda yerrr… Nasib baik tak ambil gambor bola aku yang suke benor masuk longkang. Hukhukhuk.. Takpelah.. at least aku ni memang sedor skill aku bermain bowling yang amat menyedihkan. Bahahhaa…

 

 

DSC01169

Nak masuk game kedua.. With le gegirlsss…. Muka dah macam penat sangattt je haku. Maklumlah kurang zat dalam badan membuatkan aku penattt menghayun bola bowling yang berat tu. Boleh pulak tak jumpa bola yang ringan. Iskkkk!!!

 

 

DSC01182

Walaupun bola bowling setia bergolek ke dalam longkang, markah aku merupakan markah yang paling sikit sepanjang game berlangsung. Bahahahhaha… Tapi takpe, at least ade markah kan.. Usaha tangga kejayaan kan? Bahahaha.. Semua dapat hadiah saguhati. Awww thanks a lot kepada siapa yang sponsor. Semoga kalian dimurahkan rezeki !

 

 

cats

Pak Lan dan Yana Yassin selaku pemain lelaki dan wanita dengan markah tertinggi.. Wahhh hebat lah korang kannnzz.. Dapat hadiah specialll punye ! Ahahaha…

 

 

DSC01206

Yeayyyy semua pon dapat hadiahhh !! Seronokkk !!

 

 

DSC01211

Errrr ni dah napa nii. Lapar sangat la kot. Ok boleh abaikan sekarang…

 

 

DSC01220

Selesai main bowling kami cas balik tenaga dengan mengenyangkan perut di restoran berhampiran Wangsa Walk tu.. Burrppppp alhamdulillah !

 

 

DSC01225

Okay last pic bersama model iklan ubat gigi yang tak kesampaian iaitu Pena Berkala. Muahahaha…

 

 

Lepas ni aku harap ada lagi aktiviti yang best macam ni.. Seronok dapat spend time dengan kawan-kawan blogger yang sporting.. Lagipun bukan selalu kan.. masing-masing ada komitmen yang lebih besar dalam hidup.. Maka sekali-sekala bertemu, ada aktiviti seronok juga kan..

 

Kalau buat besar-besaran takut tak ter-handle pulak.. Bukan apa.. dah berkumpul ramai-ramai taknaklah sekadar berkenalan dan bergambar kan.. Ada aktiviti baru la best.. Ohh ye, mereka yang datang ni tak terus balik.. ada yang pergi karaoke pula. Aku dan beberapa blogger lain terpaksa pulang duluuu.. ade koje pulakk.. Semoga bertemu lagi ye korang !

 

 

XOXO


Read More»

Selasa, 5 Februari 2013

[EVENT] Sekitar majlis pratonton filem WAWA SEMPUT

 

Assalamualaikum…

 

Hee agak lambat lak aku update mengenai majlis pra tonton filem Wawa Semput.. Hari tu aku dah tulis review filem Wawa Semput lakonan Yana Samsudin, Along Rajalawak, Angah Rajalawak dan Adibah Yunus. Memang kelakar woi! Bergelak sampai krem sudah perut gua. Hahaha!! Jadi entry kali ni nak share gegambor dengan uolls pembaca blog.

 

_MG_0844

Rerakan blogger. Jejaka semuanya.. dari kiri : Hafiz Cyber, Bro Framestone, Ujang, Eazy Izzuddin dan Pak Lan yang tak suke letak muke di blog beliau.

 

 

_MG_0855

IMG_0907

“Kita target 5 juta!!!”

 

 

_MG_0856

Bersama David Teo yang berkali-kali cuba pujuk aku datang office dia, boleh discuss katanye. Ahakss.. sorry Mr David, muka gua kampungan je, tak cukup pakej nak dibuat artis. Tengok tudung gua dalam gamba tu kelepet!!

 

 

_MG_0868

Tergelak Yana Samsudin bila wartawan tanya,”Dengar kata Yana nak kahwin?” Okay tipu.

 

 

_MG_0878

Hikhikhikk!!

 

 

_MG_0931

Bloggers Malaysia featured in MiG Online’s video! Watch the video HERE !!!

 

 

_MG_0935

Bintang baru MiG yang comel, Atikah Suhaimie!

 

 

_MG_0944

With artis baru yang kian bersinar, Shima Anuar. Perghhh nak pengsan gua bila dia tanya,”Ni Nisa kan???” Boleh pengsan mulut berbuih-buih! Hahahah!!!

 

 

_MG_0947

Rakan-rakan YSF, Melaka Boy, dan Angah Rajalawak!

 

 

_MG_0966

Kejutan hari jadi buat Along Rajalawak oleh kelab peminat beliau.

 

 

_MG_0973

Dengar kata encik ni ade gosip bercinta dengan pelakon terkenal? Ke propa je?”

_MG_0980

Kita terjah Adibah Yunus pulak! Herherherr…

 

 

_MG_1003

Rakan-rakan YSF dan Yana Samsudin woot woot!!

 

 

IMG_0924

Rakan-rakan SHILALAS + YSF. Hohohoo.. Dari kiri Amman Spark, Patenisme, aku, Syada Amzah dan Syahir Amzah (adik Shila Amzah budak berdua ni)

 

 

_MG_1014

Lepas penat bergambar sana sini, geng-geng YSF lepak minum-minum pulak dengan Yana Samsudin and Fadil Zahari sekali…

 

 

_MG_1027

_MG_1019

 

InshaAllah aku akan sentiasa sokong Yana Samsudin and akan sentiasa bersama YSF! Sekali aku free atau ade peluang, inshaALLAH event dengan YSF atau yang melibatkan Yana aku akan pergi…. Thanks korang semua! Thanks MiG! Muahh!! Jangan lupa tengok filem WAWA SEMPUT di pawagam tau!

 

XOXO


Read More»

Selasa, 2 Ogos 2011

Majlis Penyampaian Hadiah – Peraduan Video Promo Graduan Aspire

 

Assalamualaikum semuaa…

 

Wuarghhh nampak aku sangat sangat terlambat lorh update entry pasal event nih! Ni semua gara-gara internet rumah yang buat hal. Dan dijangka akan bermasalah dalam masa seminggu ni. Oh noooo!!!! TM please kasihani aku yang gila update blog ni!

 

aswara1

Oke jom ke berita selanjutnya. Pada Jumaat minggu lepas (29 Julai 2011) yang lepas aku ke ASWARA bersama beberapa blogger lain untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan video promo GRADUAN ASPIRE 2011.

Tahniah kepada pemenang iaitu Nur Aizuddin, Akmal Hilmi dan Bro Framestone! Wahhh jadi orang kaya baru sekejap ye korang! Weweeee…

 

 

IMG_4634

Ni gambor masa memula sampai. Bapaklah segan nye daku sebab kena duduk depan. Sebaris dengan para pemenang. Padahal aku bukanlah pemenang ponnn? Kahkahkah…

 

 

aswara2

Tiba waktu yang best! Persembahan daripada pelajar-pelajar ASWARA. Memang superb. Terutamanya persembahn gendang-gendang yang berlangsung di tingkat atas ruang mini stage tuh. Wawawaaa…

 

 

IMG_4676

Masa untuk melantak! Tengoklah pemenang pertama peraduan video promo nih, si Nur Aizuddin. Terkenyit-kenyit mata. Kepada gegadis di luar sana, maaf leewww korang takleh ngorat beliau. Sebab beliau dah kata beliau taknak cari awek, biar mak dia aje yang carikan bakal bini. Maka dengan itu, pergilah ngorat mak beliau! :P

 

 

IMG_4679

Orang dok sibuk makan, aku pulak sibuk nak camwhore. Memang tak senonoh bhaiii! Hahaha.. tu dia Eazy Izzuddin selaku photographer sambilanku malam itewww.

 

 

IMG_4671

Lepas tu jumpa pulak Aziz Hazmi yeaww. Dah lama tak jumpa beliau since last kitorang shooting sama-sama untuk video korporat. Jangan tanya napa aku posing macam burung belatuk patah leher. Kahkahkah!!

 

 

IMG_4691

Sementara kitorang camwhore macam tak hengat, Akmal Hilmi pon dengan sesi terjah beliau, maka Nur Aizuddin pun takkan lepaskan peluang untuk buat vlog punyaaa. Hahahaa..

 

 

aswara3

Jumpa pulak port baek punyeee nak bergambar. Huahuaaa… Memang tak hengat dunia aku bergambor dengan Akmal Hilmi dan Amal Espraza.

 

 

IMG_4737

Bersama Rafil Ramli, pengasas 1tube.my. Aku suka pulak cara aku berdiri kemain haaa elegan. Hahahakkk. Kelakor weh!

 

 

IMG_4742

Aksi muka riak lagi takabbur. Kahkahkah. Tahniah weh! Lepas ni boleh la BBM dengan kau eh eh eh :D

 

Okay lahhh.. tu aje nak cerita. Sorry lah kalau entry kali ni banyak gambar pulak. Ni dah bukan SAYA SUKA MENAIP dan ni. Ini dah boleh tukar SAYA SUKA GAMBAR. Kahkahkah!! Okay lah.. thanks for reading! Bubbye.

 

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 21 Mac 2011

Oh yes, aku pun dah tengok HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA lah!

Boooo untuk aku!! Dah terlambat untuk kau update pasal Hikayat Merong Mahawangsa ni Nisa ooii!! Hahaa.. Di kala peperiksaan masih berjalan, aku masih lagi tak sedar diri berjimba ke sana-sini tanpa memikirkan kesan akan datang.  Sungguh le aku student tak sedor diri tu tengah exam! HAHAHAA!!
Tapi review demi review aku baca pasal movie syarikat tempatan, iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.
Bagi aku? Cerita ni best! Macam yang dikatakan oleh kebanyakan orang. Namun begitu, masa dalam wayang, aku asyik main gelak-gelak aje dengan Myra yang duk kat sebelah aku. So salah aku lah sebab tak hayati betol-betol cerita tuh..

Dan ada beberapa perkara yang aku nak komen pasal filem nih.
  • Errr aku tak perasan pulak bila Merong dengan Embok kahwin?
  • Bagi aku, suara narrator agak menganggu sebab terlalu kuat, kadang-kadang laju.
  • Scene yang dia serang pakai cermin tu agak funny la bagi aku.
  • Last scene, kapal-kapal nampak sangat kartun, but we can see the effort there.
  • Lookout tower yang kecik diperbuat dari dahan kayu pon boleh jatuhkan semua orang jahat tu eyh? (Ya aku sependapat dengan along aku)
  • Aku rasa shy shy cat pulak tengok Puteri China yang seksi bebenor masa adegan mandi.
  • Sekali lagi, aku sependapat dengan along aku, point yang “kenapa orang China bercakap English dengan orang China”
Errr tu aje lah kot… HAHAA.. apa-apa pun memang best la jugak cerita ni. Tak rugi tengok okeh! Aku malas nak rate bape bintang untung filem ni, sebab aku bukan profesional pun, tak reti ahh nak nilai sume nih. Hahahaa..
Dan oh ye aku tak berseorangan masa tengok filem nih. Huiii aku belom kuat semangat nak pergi tengok wayang sorang-sorang. Hahaha!!

More stories? Tunggu la entry akan datang. Haha.. itu pun kalau aku terasa nak update :P

sign NISA

Read More»

Ahad, 20 Februari 2011

Mini Gathering SAHABAT BLOGGER di Shah Alam. Kasi gegar Extreme Park!!

Yeahhhh akhirnya aku dapat juga join gathering SAHABAT BLOGGER (SB). Sebelum ni SB ni pernah buat gathering di Times Square, tapi malangnya kerana keletihan yang teramat dari photoshoot di Cheras, aku boleh la pulak terlajak tidur, memang satu amalan tidak elok untuk para anak dara yeh~

 

TARIKH : 15 Februari 2011

LOKASI : Extreme Park, Seksyen 13 Shah Alam

AKTIVITI : Flying fox & wall climbing

 

Gambar dari : Syam Creativeheart

Gambar di ambil di Tasik Shah Alam, selepas sesi ice breaking.

 

 

Berikut adalah gambar dari kamera kudus ku Canon 1000D.

IMG_1233Tia Fazunia – Nisa A - Akmal Hilmi

 

IMG_1239Aqu Api - Kyêrüll L Frêscð – Nisa A - Akmal Hilmi tu tengah cakap dengan org lain

 

IMG_1292Nahhh jelingan maut daku bagi kat Bro Framestone haha~

 

IMG_1316Sume berebut nak bergambor. Hahaa~

 

IMG_1406One of the admin of SB, Amal Espraza buat muka gangster masa nak buat pengumuman. Heee gurau aje ye Amal!

 

Hehee Alhamdulillah meriah ye gathering kali ni, walaupun hanya mini gathering.. Bukan setakat blogger di Shah Alam.. blogger kawasan Kuala Lumpur pun ade kot? Heheheee…. Bagus lah semuanya berjalan lancar.. walaupun aktiviti nak berkayak di tasik agak terganggu dengan cuaca mendung dan renya sedikit..

 

IMG_1395Taraaaa.. ramai tak kami???

 

To each of everyone of you guys yang datang, aku nak ucapkan terima kasih… Sebab korang memang best, memang meriah, memang happening! Memang bergegar kejap Extreme Park Shah Alam.. Hahahaa… Kepada kawan kawan, I love you guys! Kepada yang aku tak tegur tuh, ketahuilah bahawa aku rasa sangat malu dengan you guys! Huhuu…

Sila terjah blog Atiq Salleh DI SINI untuk senarai blogger yang join mini gathering ni…

Aku ni memang macam ni, pemalu masa mula-mula jumpa aje kot.. Esok lusa dah dua tiga kali jumpa, dah tak tahu letak mana malu tuh. Hahaa bukan lah sampai tak tahu malu langsung ye! Semoga lepas ni berjumpa lagi…

 

Peace.


Read More»

Copyright © Nisa Kay