Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

Ahad, 11 Januari 2015

Bau Kentut


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...




Ahaahaaa.. maaf ye sesangat sangat sebab tajuk entry macam tak berapa nak sopan sikit ! Hahaha.. I came across something at Facebook today.. so saje je nak menyemakkan blog ni dengan entry mengenainya… Haa jom kita usha apa benda yang aku terjumpa kat facebook tu ! Hahaha..











Hahahaha !!! Bengong jugak video ni. Tapi dalam bengongnye tu, MACAM ADA BENAR NYE JE ?? Baik korang mengaku siapa buat macam ni ? Hahahhaaa !! Sorry sekali lagi sebab tetiba rasa nak jadi ter-over open pulak cakap pasal kuntut ni haaa !!!



Apa-apa pun, jangan korang kuntut dalam ruang tertutup macam kereta.. lif (ini paling hazab) ke apa ehh.. Nanti korang akan mendatangkan hazab yang teramat sangat kepada deria bau orang lain.. Kalau korang sorang je dalam lif tu, nanti bila pintu lif terbukak nanti bau keramat tu akan membuak-buak keluar dari lif ! Hahaha.. Bengong pulak entry aku yang kali ni. Hahaha.. Chill okay !





XOXO,
Putewi Hensem

Read More»

Isnin, 8 Oktober 2012

Kain cotton cun melecun dari CLASSY COTTON !!

 

Assalamualaikum semua…

 

Dalam pada aku sedang menghuru-harakan diri menyiapkan assignment yang berlambak-lambak, persiapan untuk majlis konvokesyen di UNISEL tak lama lagi, aku jugak tengah memikirkan tentang baju kurung baru untuk raya haji akan datang ni..

 

Well, kalau korang tak nak beli baju baru sebab dah banyak baju kurung, tu terpulang kat korang laa.. As for me, aku memang takde sangat baju kurung dalam almari aku. Kalau aku beli kain and buat baju kurung, bukan boleh pakai untuk raya haji semata-mata, tapi boleh jugak dibuat pakai pergi kelas ye dak??

 

cotton1

Bagi yang menyukai kain cotton, atau korang yang takde idea lagi nak buat baju kurung apa, meh sini mari rapat mari dekat kita usha kain cotton yang cantik-cantik dari CLASSY COTTON !!! Haaa kain cotton merupakan antara pilihan ramai sebab kain cotton ada corak-corak yang cantik, berkualiti dan look vintage gituuu…

 

cotton2

Ehemm ehemmm ni lah kain cotton yang akan aku pakai untuk raya haji nanti.. InshaAllah, kalau sempat siap akan ku pakai lah kan. Kalau tak, aku boleh buat pakai untuk pergi kelas nanti. Hikhik… motif floral vintage menjadi pilihan kalbu sebab aku takde lagi baju kurung cotton yang ade corak bunga-bunga camni. Yang penting.. PINKKK!!!

 

 

cotton1-tile

Haaa ini adalah antara kain-kain cotton terbaru yang ade di CLASSY COTTON ! Cantik-cantik sebab banyak warna yang menyerlah, menarik dan motif yang unik dan tersendiri! Wahhh meh la beli kain cotton niiii… konfem menyerlah dan gempak habis !

 

 

cotton4-tile

Kebanyakan kain cotton yang dijual di facebook CLASSY COTTON terdiri daripada English Cotton yang berkualiti tinggi. Ada juga pilihan Japanese Cotton.. Haa itu korang kena tengok sendiri kat page CLASSY COTTON  okayy??

 

Banyak betul pilihan yang cantik-cantikkk. Korang hanya perlu like page CLASSY COTTON dan usha lah sampai anda jumpa kain cotton yang anda berkenan yee… Haa pada yang nak buat baju raya haji tu cepat-cepat lah beli, boleh hantar cepat kat tukang jahit. Kang lambat-lambat kang, ada yang tak berbaju baru? Haaa tak dapek den nak nolong… HikhiK..

 

Facebook page :CLASSY COTTON

 

 

Happy shopping! XOXO.


Read More»

Rabu, 12 September 2012

Tak habis-habis lagi…

 

Assalamualaikum..

 

fake lagi gila

https://www.facebook.com/profile.php?id=100004071650771&ref=ts

 

Aku rasa dah pernah sangat aku mention pasal facebook fake ni semua. Dah penat nak melayan, maka aku biarkan seketika.. Tapi ada pihak yang hilang akal agaknya, sampaikan nak buat fake profile aku, dan buat pula engaged dengan profile yang fake jugak! Kesian blogger HIZAMI RAHIM kerana namanya turut kena tempias.

 

Bila baru-baru ni ada lagi orang yang bertanya facebook di atas fake atau tidak, maka tahulah aku bahawa faker ini belum berhenti dari membuat kerja-kerja yang langsung takde faedah ni. Kau dapat duit kah buat benda macam ni? Heh.

 

Kalau fake profile yang biasa-biasa tu maybe aku boleh buat tak tahu je lah kot. Bila ada orang tanye tu facebook betul ke tak, baru aku jawab facebook tersebut fake atau tidak. Tapi kalau dah sampai nak mengaku diri dia tu sebagai aku, ada pulak yang tak betul macam ni, buat in a relationship lah, engaged bagai, ini sudah lebeyyy bhai! Sudah mencalar nama baik gua dan rakan blogger !

 

Maka bagi yang BAIK HATI dan memahami keadaan aku, aku mohon korang report this fake profile ya.  Sesungguhnya kalau dah orang buat fake profile untuk tujuan tak baik macam ni, barulah aku update blog dan maklumkan kepada semua supaya takde yang tertipu. Sekian.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 8 Ogos 2012

Randomness – taken from facebook

 

 

Saya sayang semua orang yang berada di sekeliling saya,


Orang orang yang mendekati saya,
Orang orang yang menggembirakan saya,
Orang orang yang sudi berkawan dengan saya,
Orang orang yang sentiasa mendoakan saya,

Orang orang yang sudi mengunjungi blog saya.....


-------------------------------------------------------


Terima kasih sebab menggembirakan saya
Terima kasih sebab menjadi teman duka saya
Terima kasih sebab selalu buat saya ketawa
Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya
Terima kasih sebab selalu memuji saya
Terima kasih sebab selalu mengunjungi blog / page saya
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen di blog / page saya
Terima kasih sebab tak jemu jemu mengunjungi blog / page saya
Terima kasih sebab memahami saya..


-------------------------------------------------------


Saya minta maaf...
Sebab kadang kala saya alpa kehadiran kamu semua
Sebab kadang kala saya lupakan kamu semua
Sebab kadang kala saya menjauhkan diri dari kamu semua
Sebab kadang kala saya menghindari kamu semua
Sebab kadang kala saya tak balas kunjungan kamu semua
Sebab kadang kala saya tak balas komen kamu semua


 

Maafkan Saya, Saya Tidak Sempurna :)

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 17 Mei 2012

JUDGE

 

Assalamualaikum….

Hari ni terjumpa random quote kat facebook…

 

quotes

 

Kata-kata di atas merupakan peringatan untuk diri aku jugak.. Siapakah kita yang hendak JUDGE orang lain? Siapakah kita yang sesuka hati menjatuhkan hukuman kepada orang lain? Siapakah kita untuk mencaci dan mecerita keburukan orang lain? Dah sempurna sangat ke kita? PADAHAL kita tak sedar dirim kita juga SAMA… Kita juga hamba Allah..

 

Janganlah kita terlalu menghina seseorang akan masa silamnya… mungkin seseorang itu murah harga dirinya satu ketika dulu, tapi tak mustahil satu hari nanti beliau akan menjadi wanita yang lebih solehah dari kita kan?

 

Kenapa kita tak boleh nak menerima perubahan pada orang lain? Apa yang buruk, apa yang aib, apa yang dosa itulah yang sentiasa disebut-sebut, yang sering diungkit-ungkit. Tak sedarkah kita, kita mengata-ngata tu pun BERDOSA jugak?? Sepatutnya kita memperkatakan mengenai perubahannya. Sepatutnya kita bersyukur kerana orang itu mahu berubah ke arah yang lebih baik..

 

Aku menulis entry ni, aku terima kalau ada yang kata aku bajet baiklah, bajet alim lah.. Aku manusia biasa, biasa buat salah silap.. aku belum cukup baik di mata orang, aku belum cukup ilmu di dada. Namun aku masih berusaha ke arah itu. Tak perlu aku mencanang-canang kalau aku nak buat sesuatu yang diredhaiNYA. Sebab nanti yang judge kita di AKHIRAT kelak hanya Allah yang satu…

 

 

 

*sekadar meluahkan kesedaran yang terlintas.. moga Allah permudahkan urusan aku. amin..*

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 12 Januari 2012

Faker in a relationship dengan faker

 

Assalamualaikum..

 

Thanks to Kak Ika, kawan aku yang discover facebook faker ni. Pada aku, aku dah lali, tapi apa yang faker kali ini buat tak mungkin aku boleh terima. Ini sudah melampau kot. Boleh menjejaskan maruah aku dan mungkin boleh mengguris hati orang yang aku sayang. Jadi aku mohon report this fake profile ramai-ramai ye.

 

takdemukaaa

FAKE PROFILE : https://www.facebook.com/profile.php?id=100003347650566&sk=wall

 

Dah lah guna gambar aku dan nama aku, siap post link video Maybelline aku. Apa budak ni nak? Lepas tu letak in a relationship dengan fake profile blogger HIZAMI RAHIM. This faker melampau lah buat macam ni. Macam aku cakap tadi, perbuatan dia ni boleh jejaskan maruah dan imej aku. Boyfriend aku akan terguris kot kalau tengok ni. Lepas tu jejaskan nama baik Hizami Rahim jugak.

 

 

fake hizami

FAKE PROFILE HIZAMI : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002973710224&sk=info

 

Adakah kedua-dua faker ini berpakat? Atau sebenarnya dia orang yang sama? Untuk pengetahuan semua, aku dan Hizami adalah rakan blogger sahaja, kami dah lama kenal. Aku buat entry ni supaya perbuatan faker ni tak terus-menerus mencemar nama baik dan mengundang salah faham terhadap kami.

 

Kepada Hizami, maaf ye tak pasal-pasal entry ni melibatkan nama anda pulak. Saya pon terkejut bila tengok faker ni in a relationship dengan facebook fake yang menggunakan nama dan gambar awak.

 

Kepada semua yang membaca, diharap agar tolong report kedua-kedua profile palsu di atas kerana perbuatan individu yang berkaitan dikhuatiri mencemar nama baik kami berdua. TERIMA KASIH.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 25 November 2011

Faker ini sangat funny. LMAO.

 

Assalamualaikum…

 

Hai semua. Hari ni cerita basi lagi, iaitu faker. Hahaha cerita faker ni memang tak sudah-sudah kan??? Tapi cerita faker yang aku nak bawak kan kat korang ialah cerita yang sangat unik herherher~

 

takdemuka11

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002951337124

 

Ini profile faker yang terbaru aku discover. Ade orang yang bagitahu aku pasal benda ni. tengoklah kat bahagian info. ORIGINAL PROFILE? Errrkkkkk original lah sangat faker oii… Work in Malaysian Stewardess tu aku nak tergelak. Layak pulak aku ni jadi stewardess heh???

 

Lepas aku sound dia, faker ini dengan berani nya…..

 

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002951337124

faker gilerrr

Tukar gambar dengan nama sekali! Sumpahlah orang ini sangat sakit mentalnya. Dah dia ni kenapa nak tukar nama sebijik sejiban macam aku heh? Siap add aku kat facebook kot? Memang harapanlah aku nak approve! Dalam mimpi pun aku takkan approve heh?

 

Faker ni ada balas mesej aku, dia kata dia buat profile ni sebab nak main game aje, dan profile ni kosong. What say me? Hmmm…. dah FAKER nak MENIPU lagi? Kalau betul kau nak main game aje, tak payah guna identiti orang lain okayh? Buatlah facebook nama Kucing Comel Sangat ke… Biawak Nusantara ke.. Lepas tu amik je gambor haiwan-haiwan nih kat google. Berlambak kot?

 

Satu lagi bukti PENIPUAN oleh FAKER ini, dia kata facebook ni kosong. TIPU SANGAT SANGAT kan? Terpampang jelas kat wall beliau yang faker ni baru aje copy semua gambar dalam album “PEOPLE WITH NO FACE” kat facebook aku, lepas tu dia upload semua gambar tu dalam album kat facebook dia pulak.

 

 

faker bangang

Ini baruuuu aje aku amik dari page si FAKER ni. Hahahaha sumpah aku nak gelak kuat-kuat baca conversation ni. Dia cakap orang lain semua faker. Habis dia tu, bukan ke dia faker jugak? Kahkahkahkah!!!! Apa nak jadilah dengan orang ni???

 

Aku buat entry ni sebab aku nak bagi orang tahu, blog ini bukti kukuh siapa faker sebenar! Kat facebook orang boleh menyamar ye tak?? Meh sini baca entry ni sampai habis. Kepada Melissa Evans kat atas, I’m pity of you because of that faker has made you confuse.

 

 

Okay, pendek cerita, korang pergi report fake profile kat atas tu. Thank you very much!

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!


Read More»

Ahad, 20 November 2011

Mohon semua report profile ini.


Assalamualaikum...


Dah beberapa hari aku mengabaikan blog ni, kerana bercuti-cuti bahagia di Melaka. Hohohooo... Bila aku balik aje, ada berita tak best pulak dah. There's another person who is using my picture as her profile picture. Siap crop watermark photographer yang ambil gambar tu lagi!


Mesti ada yang kata, "Alaa.... maybe this girl just admire you so much so she use your picture as her default." Aku tidak kisah lagi, itu pun kalau orang tu maklumkan aku. Tapi apa motif dia, dah siap-siap block facebook aku yang personal juga yang untuk blogger tu? Dia ingat aku tak boleh detect dia lah? Heh, dalam mimpi pun jangan nak berangan lah.







Malas nak cakap panjang. Aku rasa orang yang buat profile ni macam ada niat jahat terhadap aku, sebab dia awal-awal dah block facebook aku. Aku berdoa agar Allah bagi balasan setimpal. Dan aku mohon bantuan korang untuk report this profile.







THANK YOU!

Read More»

Ahad, 6 November 2011

Mohon kerjasama semua ya…

 

Assalamualaikum…

 

Tolong ya semua bagi kerjasama untuk tolong report fake profile ni. I feel very sympathized to those people who are losing their own identity and ungrateful of what ALLAH has give them – a face!

 

takdemuka7

 

Please report this faker :

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002631525129

 

 

 

Thank you.

sign NISA


Read More»

Sabtu, 22 Oktober 2011

Another faker.

 

Assalamualaikum…

 

faker

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002822478733

 

Kalau korang jumpa facebook nama Nisa Kay, lepas tu gambar aku diedit-edit macam style separa matang tu, memang ye lah tu FAKER. Sumpah lahhh biadap sangat orang macam ni. Okay sorry aku berbahasa kasar.

 

 

geli2

Aku boleh sabar lagi kalau orang buat fake profile. Suruh je orang ramai-ramai pergi report fake profile. Tapi sakit mata pulak aku tengok gambar aku diedit-edit pakai software geli-geli macam nil. SUMPAH LAAAA sakit mata woi. Tak suka meyh. Memang separa matang betol lah.

 

 

geli3

Hmmmm album 3 Oktober 2011 ?? Baru lagi lah nampaknye? Puihhh. Jom lah kita report profile fake ini ramai-ramai. Thanks.

 

 

sign NISA


Read More»

Ahad, 4 September 2011

Kau ingat kau dah pandai sangat hah???

 

Assalamualaikum…

 

Bulan raya bulan kemeriahan menyambut syawal. Tapi ada lagi manusia bahlol yang perasan dah pandai sangat heehhh!!!! SORRY ENTRY KALI NI BAKAL MENGANDUNGI BAHASA KASAR.

 

takdemuka5

Cehhh pompuan ni (entah-entah lelaki??) nama nak glams habis kan? Kalau kau nak glam sangat apesal tak guna nama Siti Jenipah Lopes aje? Takpuh Salimah Gomes kah???

 

Nama nak glamor habis, tapi guna muka aku. Sorry darling, yang glamor tu nampaknye muka aku aje lah ye!! (PERASAN KEJAP)

 

Aku boleh kata lah yang manusia ni ingat diri dia tuh dah pandai sangat. Padahal bahlol giler. Masa dia copy gambar aku yang dah sah-sah ade nama “Nisa” tu. dia awal-awal dah block facebook aku.

 

bahlol

Bila aku search profile ni guna account facebook aku Nisa Kay II tu, tak jumpa. Sebab pompuan ni dah block aku awal-awal. Maknanya dia tahu siapa aku, dia tahu kewujudan aku. Hahah BODOH lah.

 

Kalau nama nak glamor sangat, kau pergi pakai muka artislah. Apasal pakai muka aku? Lepas tu TAK private wall, nampaknya dia dah buat account ni September 2010, tapi kerap gilerrr tukar profile picture dan status sehingga kini cuma ada DUA! Apa tujuan mangkuk ayun ni buat account FB ni tak tahulah.

 

Capture

Kat wall pompuan ni jugak, dia ada tag nama kawan dia. Aku rasa kawan dia pun fake jugak. Sebab muka pon macam IRINE NADIA MARCELLO???

 

Huuu apa nak jadi dengan manusia-manusia macam ni pun aku tak tahulah. Aku yakin ALLAH dah kurniakan sebaik-baik wajah kepada setiap kita ni, tapi masih lagi nak jadi orang lain, guna gambar orang lain, guna nama glamor tak hengat???

 

 

So guys, help me report this profile

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001585091266

 

 

 

Selamat tidur!

sign NISA


Read More»

Isnin, 4 Julai 2011

Jom LIKE my picture!

 

Assalamualaikum semua…

It’s been a while since the last time I join any contest in Facebook that will require people to LIKE my picture. Heheheee… speaking omputih lak kan aku. Haktuihhh! Hahaaa kali ni aku join contest best. So nak menyeru kalian untuk LIKE gambor aku.

 

IMG_3184

Gambar ni laa yang aku pertaruhkan untuk contest bergambar dengan bag.

 

 

JOM SUPPORT NISA DALAM CONTEST DENGAN Sometime Boutique !
LIKE Fan Page Sometime Boutique
http://www.facebook.com/sometime.onlinestore

Kemudian LIKE gambar Nisa dalam album POSE 'Like' & WIN Contest!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150225563420855&set=a.10150211795635855.316943.195209725854&type=1
 
 

Setiap LIKE dari anda amat dihargai. Thank you dearies ♥

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 20 Mei 2011

Facebook aku semakin comel dan kemas!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!

Wahhh bukan main semangat ye aku nak bercerita pasal facebook aku yang semakin comel, semakin kemas. Hahahahaa…. Aku sebenarnya malas nak cerita banyak. Jom layan gambar yang aku printscreen dari laptop aku.

 

fbHaaa.. gedabak siot!! Tapi aku suka gilaa macam ni. Sangat simple!

 

fb clearKlik pada gambar untuk tumbesaran paling best. Korang akan nampak thumbnail dia dah bertukar menjadi rounded-corner. Dah takde petak-petak dah. Cun lah weyh!

 

fb clear 2Haaa ce tengok! Ce tengok!! Aku suka lah macam ni! Tapi ingat, semua ni hanya untuk pengguna Google Chrome sahaja!

 

Macam mana aku ubah interface facebook ni? Hanya dengan beberapa klik, semuanya jadi. Mudah! Tak payah susah susah dah!

P/S : Ada yang kata kalau notification banyak, dia tak boleh scroll ke bawah, so penyelesaiannya… bukak aje notification tu in new tab. hehehe

 

NAK TAHU MACAM MANA CARANYA, JOM KE BLOG MEUZ ANGELO

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Ahad, 27 Mac 2011

Kenapa tak percaya itu facebook aku?

 

fb betulKlik untuk tumbesaran sihat dan kuat!

 

KENAPA? KENAPA?? Ohhhh kenapa masih ramai yang tak percaya akan kewujudan facebook akaun aku??? Kerana sebelum ni aku ade facebook yang nama Nisa Kay itu??

Kepada semua bloggers yang nak add, Nisa Menaip  tu memang facebook aku yang asli, genuine, tak palsu, sebenar, real! Huuuuu pening juga nak menjawab satu-satu.. Huhuuhuuu… mane pergi facebook Nisa Kay?? Ohhh ade, tapi private and confidential! Harap sangat sangat sangat supaya kalian memahami.

Dengan adanya facebook NISA MENAIP ni, aku rasa lagi senang aku nak promote blog, boleh join banyak group blogger kat facebook.. dan paling penting, senang nak berkomunikasi dengan para blogger.

Kalau nak tanya apa, just inbox aje oke? Tapi pastikan soalan yang anda nak tanya tu RELEVAN la ye… jangan tanya soalan yang bukan-bukan, atau tanya soalan yang sememangnye tak perlu dijawab pon. Oh ye.. kalau ada yang mesej kat inbox semata-mata nak “berkenalan lebih rapat” atau nak jadi “teman tapi mesra” ke ape, sesungguhnye orang macam ini tidak akan dilayan sama sekali…

Termasuklah mesej-mesej yang mengandungi soalan terlalu peribadi atau just nak korek rahsia atau nak stalk. Sorry ye, aku tak layan. hehehee… kalau nak add, klik gambar kat bawah :

Oke.. dah percaya dah sekarang? Hehe oke bai :D

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 21 Mac 2011

Faker lagi???

 

faker lagi

Huiii malas aku nak kata ape la. Pandai betul orang ni padam nama aku, then letak nama dia. ZEAN? Sunggoh le nama anda tak sedap pon nak dibanding dengan nama aku!

Hooo ayat riak takbur sungguh! Hahahaaa~ Boleh tak aku cakap yang ade orang SENGAJA buat facebook ni sebab nak jatuhkan aku? Aku tak takut la dengan loser macam ni. Guna gambar orang lain. Sunggoh le takde life! Pity you. Booooo!!

So guys, jom ramai-ramai pergi facebook nih dah report this profile ye. THANKS! (Klik pada gambar untuk ke facebook haram jadah nih)

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay