Memaparkan catatan dengan label Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kahwin. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Januari 2015

ISU KAHWIN : Nisa Kay bila lagi ?

Assalamualaikum...

 

Haaa isu kahwin ni dah menjadi-jadi sejak dua menjak ni.. Lagi-lagi bila masuknya tahun baru ni kan.. Lagi lahh ramai yang duk cucuk cucuk aku.. "takde calon ke ?" Haa tahun dah berganti tahun, umur makin meningkat kata merekaa... jadi BILA NAK KAHWIN ??? Seriously korang.. isu bila nak kahwin ni takkan habis selagi aku tak kawin ! HAHA…

 

IMG_0643

Haaa arakian lah aku menerima soalan BILA NAK KAWIN, aku tayang muka seposen aku haa... Aku pelik lah.. Jodoh tu kurniaan Allah.. Allah dah tetapkan jodoh kita sejak azali lagi, bukan ? Dalam pada kita usaha, kita mencari-cari jugak yang berkenan di hati.. tapi jodoh tu tak jugak kekal lama, terputus pulak di pertengahan jalan.. Ouch ! Orang kata KALAU DAH TAKDE JODOH, usaha lah macam mana, tak leh nak kekal jugak lah kan ?? Kalau dah berjodoh tu, TAK KE MANA kannn…

 

Seriously people, kalau jodoh itu pappp jatuh kat riba.. atau boleh pilih pilih di pasaraya dah lama dah oi aku kahwin.. Kalau majlis kawin tu sendiri tak payah fikir apa-apa, poofff semua tersedia.. khemah terpasang, makanan terhidang, baju sanding elok tersarung kat badan, haa lama dah aku kawenn.. haha amboi statement.. INSHAALLAH... Kalau dah sampai masa, dah sampai seru, mestiii Allah permudahkan jalan aku membina masjid, aku yakin tu.. hehehe korang doakan je la ye. Aku sendiri pun tak kecoh nak kawin, hope orang lain tak susah hati lelebih. Hikkss..

 

GOPR0348

I want to share something with you readers..
something that I came across fesbuk ! Hehehe..

 


FULL CREDIT TO FACEBOOK PAGE WOMANSERA
(I did not copy the entire content, I chose those that kinda related to me hihii…)

 

1. Not every girl wants to get married by 23. So before you ASSUME she's of marriageable age, ask her what her views on marriage are. One hint, might save you the drama- just because she does not want to get married now does not mean she never will. She has other plans for herself right now, let her live a little.


2. Just because a girl wishes to do her PhD after Masters does not mean she doesn't want to settle down in life. Give her a break, and respect the fact that she has the confidence to take that up, cos yeah, PhD is no joke. There will come a point when she would happily devote herself to her family, and balance it out with her work life. Her degrees, or lack of them, won't make any difference. Let her study while she wants to, okay?


3. Just because she is 27 and unmarried does not mean she's been rejected by many men. Maybe, being single is a choice she has made.


4. Having a boyfriend does not make her characterless.


5. Just because she has recently gone through a break up doesn't mean she is vulnerable and available.


6. Just because most of her friends are boys, does not mean she is "having a good time" with all of them.

7. Just because she wore a short skirt to one party does not mean she dresses up that way every day.


8. Just because she is ambitious doesn't mean she isn't a family person.


9. Just because she doesn't discuss her plans doesn't mean she's clueless about life. Give her a chance, alright?


10. Just because she is outspoken doesn't mean she is a rebel.


11. Just because she comes home late from work does not mean she is sleeping around with her colleagues.


12. Just because she is out shopping alone does not mean she is depressed or lonely. It's how she relaxes, respect that.


13. Just because she is on a holiday alone does not mean she doesn't have company. Maybe it's a break to get back her lost confidence, or maybe that's how she is. Admire her spirit instead of giving her advice, okay?


14. Just because she is a woman doesn't mean she can't kick ass in military school.


15. Just because she doesn't know how to cook doesn't mean she won't make a good wife. Remember when you were just married and cooked chicken curry which was um, a disaster?

16. Just because she likes everything pink and shiny and fluffy doesn't mean she lives in her own world. She can handle some situations much better than her male counterparts.


17. Just because she is pretty does not mean she is a whore. And just because she is friendly does not mean she is flirting with you.


Yes, we cry, we are emotional; we take things personally, and sometimes over-react to situations. But this does not give any one the right to judge us in the wrong way. Times are changing; don't confine her within those boundaries, no matter how orthodox you are. There are some who might be fighting this losing battle, yet compromising on their decisions and plans, just to please society.

 

FULL CREDIT TO FACEBOOK PAGE WOMANSERA
(I did not copy the entire content, I chose those that kinda related to me hihii…)

 


 


GOPR0039

Uhukk tersedak usus bila tengok gambar sendiri bermain dengan bride crown dan veil masa photoshoot raya kat white studio dulu.. Sebenarnya aku nak up gambar aku pakai crown dengan sorang kawan lelaki yang duk try tanjak pengantin lelaki.. Tapi kang makin gempar pulak lah orang kata aku dah kawin. Hahahaa… Makan hati mak haku tengok. Tak pasal-pasal bertambah gosip aku dengan kawan lelaki aku itew. Opps.

 

Macam ni lah.. Pasal kawin, sejujur jujur jujurnya aku tidak ada perancangan, takde calon, jauh sekali bersedia untuk satu komitmen yang besar. Aku rasa aku muda lagi laa, baru 23 tahun *tersedak lagi sekali* Hee nak buat macam mana, aku tak dapat rezeki jumpa jodoh awal macam orang lain.. Isu ni tak pernah habis.. kat instagram, twitter, facebook, ramai duk tanya. And.. To my friends yang kahwin awal dan sudah berkeluarga, I’m more than happy for you guys ! May Allah bless your journey along your loved ones :D

 


 

wedding3

PIC TEMA WEDDING DI ATAS CREDIT TO MY FAV PHOTOG :
AMIR NAUFAL PHOTOGRAPHY

 

Haaa sekali up jugek gambar ala ala perantin (pengantin) sepi ni. Hahaa.. Mana tak nya, perantin lelaki nya takdokk ! HAHAHAA.. Aku kawen nanti (inshaAllah), ada tak nak sponsor baju kawen macam ni ? Aku dah jejatuh chenta lah kat dress ni. Serious rasa diri macam Cinderella angat angat ! Haha bahasa mintak penampar je aku rasa.

 

Amboi.. sponsor ? Kemain berangan tinggi nau sampai ke Marikh.. ! Sekali jatuh, habiss berkecaiii Muahahaa… Ok lah, aku rasa makin melalut dah entry aku ni.. Baiklah kiranya aku stop menaip supaya tak keluar lagi dah ayat ayat yang tah apa-apa.. (Aku rasa ini sindrom orang yang dah lama tak update blog ?) K bye.

 

 

 

XOXO, Putewi Hensem !


Read More»

Jumaat, 28 Disember 2012

KAHWIN MUDA????

 

Assalamualaikum..

 

kawen2

Ehh ehh bukanlah kahwin muda sebegini yang aku maksudkan.. Ishhh. Takkan lah budok-budok yang tak pandai apa-apa nak dikahwinkan ye dak? Di hari yang mulia ini,, hari Jumaat yang terakhir untuk tahun 2012 ini, aku berasa nak menaip aje pasal kahwin muda. Well.. perihal kahwin muda ni dah lama diperkatakan. So aku saje je laa nak meluahkan pendapat.

 

Pada aku kahwin muda TAK SALAH sama sekali.

Tak salah bila anda dah bertemu jodoh yang baik.

Tak salah bila anda dah cukup matang untuk menghadapi segala dugaan bersama-sama.

Tak salah bila anda dah cukup terbuka untuk menerima buruk baik pasangan anda seadanya.

Tak salah apabila anda dah buat solat istikharah sehingga Allah bagi petunjuk yang baik pada anda.

Tak salah apabila anda dan bakal suami sudah MAMPU untuk menanggung hidup selepas kahwin.

Tak salah kerana kahwin muda ni mengurangkan maksiat. Yelah kita orang muda kan darah panas. Terlalu mudah ikut nafsu dan emosi.

Tak salah bila anda dah bersedia mental dan fizikal untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar selepas bergelar isteri / suami orang.

 

Haaa banyak lagi pendapat aku sebenarnya.. Tapi tak tercerna pulak bila aku dah menaip ni haishh. In fact, ramai je kenalan aku yang kahwin muda.. Kawan sekolah aku dulu, sekarang dah ada yang bergelar mak orang dah haa… Ade juga yang bakal bergelar mak orang.

 

Aku happy tengok kawan-kawan yang kawin muda ni. Bahagia dan sweet aje bila bercinta lepas kahwin. Aku pun teringin ye dak? So sekali sekala ada jugaklah aku mengusik mak aku..

 

AKU : Mak, nak kawen muda jugaklah. Elak maksiat.

MAK : (tak layan)

Satu hari aku nak tolong-tolong kat dapur (kononnye la)…

MAK : Haaa kalau benda senang macam ni pun takleh buat, nak kawen ape benda nye?

 

Pergghhh ayat mak aku tu terus buat aku sedar. “AKU TAK READY LAGI..” dan aku tak mampu. Kalau ikutkan hati nak je nikah hari tu jugak, boleh gi memana dengan suami, nak jalan pegang tangan pun tak kesah, nak ambil gambar sweet-sweet pun boleh.. semua HALAL.. Amboiii gatalnye aku! KAHKAHKAH!!

 

Tapi janganlah kita buat keputusan nak kahwin awal hanya kerana kita tengok orang lain best aje kawen awal. Sweet je, majlis gilang gemilang kemain. Kita mampu ke macam tu? Kita ready ke nak pikul tanggungjawab yang bukan mudah? Ingat kawin ni pasal pakai baju pengantin lawa-lawa and then photoshoot and then buat majlis meriah kemain je ke? Habis hidup lepas kahwin takyah fikir ke ?

 

Nak kahwin ni bukan mudah. Banyakkkkk perkara yang kita fikir. Kalau mak ayah kita tak bagi kita kawin awal tu, percayalah dorang tau apa yang baik untuk kita. Dorang dah jaga kita dari kecik lagi.. Kalau ada kawan anda yang kahwin awal, tu dah jodoh dan takdir mereka.. Jangan samakan hidup kita dengan orang lain. Perjalanan hidup setiap manusia itu berlainan…

 

Untuk rakan-rakan yang kahwin awal.. alhamdulillah semoga Allah berkati kehidupan kalian suami isteri.. semoga sentiasa bahagia, dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.. Kepada kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh (macam aku, haha!) kita teruskan hidup macam biasa dan teruskan pencarian si dia yang tepat ecehhhh! Semoga sampai waktu yang tepat Allah temukan kita dengannya inshaAllah…

 

kawen

(Aku Google “kahwin muda” keluar gambar ni)

 

Sooo ada a few tips bagi pasangan yang berhajat nak kahwin muda. Aku dapat dari facebook. Saje nak share dengan korangg Heeee…. Kot laa ada yang dah merancang nak akhwin muda, tapi tak tahu macam mana nak berhadapan dengan mak ayah korang… Jom baca jom..

 

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

 

 

Haa amalan dan tips kat atas ni jangan lah buat masa nak yakinkan mak ayah bila dah nak kahwin tapi lepas kawin tanggungjawab ke mana, ibadaha ke mana.. apa punnn tak boleh! Apa-apa pun nak kahwin ni (tak kira lah kahwin muda or kawin tak berapa muda) bukan mudah ye… Apa yang aku tulis ni PENDAPAT aku semata-mata. Takde niat nak mengata mana-mana pihak ye.

 

Dan sebelum mengakhiri entry ini aku nak MEMOHON MAAF kalau ada yang terasa ke apa dengan entry aku, sesungguhnya aku takde niat nak mengguris perasaan mana-mana pihak, sebab ini cuma luahan pendapat semata-mata. TQ.

 

 

xoxo


Read More»

Copyright © Nisa Kay