Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan

Isnin, 10 Oktober 2016

Book lovers.. ! Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya !!





Assalamualaikum dan hai semua !!


Adakah anda semua pencinta buku tegar seperti Nisa ? Eh dah kenapa ayat Nisa macam ayat iklan radio pulak ni ? Hahaha bukan nak kata apa lah, Nisa memang sangat sangat suka beli buku novel, buku cerita kanak-kanak (masih suka baca walaupun dah besar !), buku biografi dan pelbagai lagi lahh.. Nisa suka kumpul dan baca bila berkelapangan. Rak buku kat rumah tu sampai tak muat dah tau ! Hahah..




Read More»

Rabu, 23 April 2014

Gila Buku – PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014

 

Assalamualaikum…

 

Yeazzaaa!! Pesta buku merupakan antara event yang aku sangat sangat sangat sangat nantikan ! Hahaha bagi yang tak tahu, aku ni seorang yang bukan setakat ulat buku, tapi GILA BUKU !! Hahahaa

 

Bahan bacaan aku tak terhad kepada buku novel tangkap leleh semata-mata, tapi aku sukakan idea idea baru, idea idea yang dikategorikan sebagai indie, mind-blown punya type. Haaa ada paham ka? Kalau tak faham sila lah usha buku-buku terbitan BUKU FIXI okeh??

 

 

fixi

Okay lari topik kejap, ni aku nak tunjuk website BUKU FIXI pada yang masih berjinak-jinak nak baca buku terbitan mereka (macam aku lah). Aku pun baru je nak mengumpul buku-buku dorang. Semua best ! Setakat ni semua lah best.. aku ingat lagi BUKU FIXI pertama yang aku baca tajuk dia HILANG. Aku ni sukakan kisah penyiasatan, misteri gituh. Tapi sekarang buku tu pon dah hilang.. maybe ade kat kawan, maybe ade kat kampung.. aku pun tak tahu.

 

 

Apa-apa pun membaca bagi aku ketenangan dan kepuasan. Aku ni memang suka membaca dari kecik lagi, minat yang terpupuk sendiri lah kot, since takde siapa yang encourage aku pun dulu. Sejak sekolah rendah lagi aku suka pergi library, bau buku lama yang klasik dan damai. Pelik dowh aku rasa HAHA. Waktu rehat aku tak melekat dengan “geng” atau “puak” , aku just lepak baca buku kat library.

 

Masuk sekolah menengah aku jadi librarian, so memang mostttt of my time well spent kat library HAHA. Aku lebih suka macam tu. Aku berkawan dengan semua orang sama rata, so takde geng , takde puak, masa rehat aku tak cling to anyone or any group, just spend masa kat library.

 

 

DSC05360

And this pic was taken when I was at Abu Dhabi airport, transit selama beberapa jam. Aku ni ade perangai suka bawak buku bila travel. Aku akan letak dalam beg galas. Takpun bawak jugak lah campak dalam luggage. Aku memang akan bawak. MEMANG.

 

Aku baca banyak jenis buku. Ada yang buku puisi-puisi je, ada yang fiksyen, novel melayu, novel bahasa inggeris. Semua lahh.. Tapi err buku-buku fakta aku kureng la sikit HAHAHA.. Masa kekecik dulu sukalah kot buku yang berkaitan dengan fakta dan sains. Aku duk baca buku eksperimen ringkas, balik rumah try buat sendiri LOL.

 

 

pesta 2

Sooooo sebagai seorang yang gila buku, aku kompem kompem akan pergi this pesta buku. Ehhh korang jangan salah faham lak, aku takde dibayar sesen pun untuk promote event ni.. Just nak share dengan korang..

 

Walaupun kat rumah aku masih banyak buku yang belum aku baca, tapi aku akan sentiasa tambah stok buku aku untuk pastikan aku sentiasa ada buku yang hendak dibaca bila aku free, bila aku takleh tido dan bila-bila yang sewaktu dengannya.

 

Last time aku ke Bookerville by MPH kat Putrajaya, habis beberapa ratus jugak, buku sahaja okay.. and I don’t regret it even a bit. Sooo masa untuk tambahkan lagi buku-buku di rumah ! Muehehee… Jom lah korang !

 

 

XOXO


Read More»

Khamis, 5 Januari 2012

Menyeru semua kaki buku!

 

Assalamualaikum..

 

Yeahh kali ni aku update laju-laju okayh.. Shooting finalis NEF Awani ICT Awards dah habis sebab ada finalis tak datang. Maybe akan sambung shoot lagi. Kemudian ada additional shoot for Amanz.my dan ouhhh seronok sebab finalis hari ni semua best-best.

 

Jom tengok apa yang aku nak update sebenarnya. Perenggan pertama aku penuh dengan luahan perasaan yang tak terkawal. Uhhh pembaziran ayat lagi! Okay jom usha poster di bawah :

 

FESTIVAL PENULIS GRUP BUKU KARANGKRAF

407817_289551934430742_114856358566968_836482_340549141_n

 

TARIKH : 27 – 29 Januari 2012

TEMPAT : Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor

AKTIVITI :

  • Sembang buku
  • Bertemu penulis-penulis kesayangan anda dan kenali mereka dengan lebih dekat lagi.
  • Demonstrari memasak & kraftangan oleh selebriti popular
  • Nikmati diskaun dan hadiah menarik
  • Pelbagai aktiviti eksklusif juga bakal menggamatkan festival
  • Gerai jualan bermacam jenis buku

 

 

Mark your calendar now!!!

Sign PNG NisaKay

 

 

 

TWEET, SHARE or LIKE this entry!


Read More»

Sabtu, 3 Disember 2011

Jom ramai-ramai ke Fiesta Buku di Shah Alam!

 

Assalamualaikum semua…

 

Hello semuaa…. Buat apa weekend ni? Mesti ramai yang pergi Bukit Jalil untuk JomHeboh kan… Pada sesiapa yang tak turun sana, yang ada di sekitar Lembah Klang, ada baiknya korang pergi Fiesta Buku yang berlangsung dari semalam ni.

 

385489_290211977668672_120895991266939_923671_996641509_n

 

Nanti kat fiesta buku boleh beli buku yang murah gilerrr okayh! Selalunya aku pergi fiesta buku kat Karangkraf, memang buku murah giler. Aku jadi ulat buku kejap duk memilih buku apa nak beli. Tapi kali ni tak pergi lah kot? Sebab aku takde kenderaan nak ke Seksyen 15 sana. Sobsss…

 

 

387777_301392943217242_120895991266939_954032_278863245_n

Wahhh.. siapa peminat novel semua boleh berjumpa dengan novelis yang anda minat tuuu… Masa fiesta buku ni jugak semua ibu bapa berpeluang beli buku-buku cerita dengan harga murah giler, lepas tu boleh pupuk minat membaca dalam diri anak-anak. Wahhh murni sungguh niat aku! Errr aku belum kahwin pun.

 

So, korang jangan lupa ramai-ramai pergi fiesta buku okayh? It’s a really good way to spend your leisure time. Okay bye.

 

NEW sign NISA


Read More»

Rabu, 2 November 2011

Kisah aku, buku, dan… iPad 2 ???

 

Assalamualaikum semua…
 

 

Huuu semalam aku, Lela, Iejam, El dan juga adik Fana (erkk adik lah sangat) keluar makan. Lepas tu entah siapa yang sebut nak karaoke, aku pun laju aje setuju. Hohoo. Lepas karaoke, El teman aku ke SACC Mall. Niat di hati nak cari novel remaja untuk adik aku.
 
 
 
IMG-20111011-01297
 
Kalau tanya pendapat aku lah, aku rekemenkan novel-novel remaja keluaran PTS. Kenapa? Pertama, sebab cover novelnya berwarna-warni dan sangat menarik perhatian, terutamanya budak-budak sekolah. Kedua, jalan cerita novelnya yang agak ringan dan sesuai dibaca dari peringkat umur yang umuda. So, aku memang lebih suka belikan novel-novel remaja dari PTS untuk adik-adik aku.
 
 
 
 
 
IMG_7884
 
Tiba-tiba ada satu icon kecik kat cover novel yang menarik perhatian aku. Korang tengok betul-betul, icon PERADUAN BONGKAR KOD RAHSIA nih.. Woahhh baru aku dapat tahu sekarang PTS ada buat contest. Hadiah utama nya… jeng jeng jeng…
 
 
 
 
IMG_0643
 
Yeahh hadiah utamanya iPad 2!! Sila ternganga ramai-ramai sekarang! Kalau tak menang iPad pun, korang masih boleh bertanding untuk merebut Samsung Galaxy Ace, tak pun iPod Touch! Wahhh bertambah-tambah ternganga aku dibuatnya!
 
 
 
Okay, I am so excited about the prizes offered by PTS! Jom aku share dengan korang macam mana nak join contest hebat nih!
 
 
 
 
IMG_7883
 
1) Mula-mula, beli buku novel remaja terbitan PTS. Pastikan buku tu ada logo rasmi Peraduan BONGKAR KOD RAHSIA.
 
 
 
 
 
ps1
 
2) Lepas tu ramai-ramai terjah website peraduan.pts.com.my untuk mendaftar.
 
 
 
 
 
ps2
 
Di website tu nanti ada button-button macam kat atas ni. Tekan DAPATKAN BUKU tu untuk lihat senarai buku yang ada logo rasmi Peraduan BONGKAR KOD RAHSIA. Untuk daftar pulak, korang kena ada akaun facebook okay.
 
 
 
 
 
jadual
 
Untuk menang iPad 2 dengan senang sangat sangat, korang cuma perlu masuk peraduan ni sekurang-kurangnya 8 pusingan daripada 12 pusingan seperti yang terteradalam jadual. Jadi mari cepattttt, masih sempat lagi nak kejar 8 minggu tuu..
 
 
 
 
 
IMG_7881
 
Jadi apa tercengang lagi depan skrin komputer tu? Pergi kedai buku cepat! Pergi rembat buku-buku PTS. Saya sudah ada buku PTS jadi saya join dulu la ya.. Jangan Marah :)
 
 
 
 
 
Jadikan membaca budaya kita, pilihlah buku keluaran PTS!
 
sign NISA

Read More»

Copyright © Nisa Kay