Memaparkan catatan dengan label David Teo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label David Teo. Papar semua catatan

Jumaat, 19 September 2014

REVIEW FILEM – Nasi Tangas (Nasi Kangkang) : abadikah cinta yang ditundukkan ?

 

Assalamualaikum..

 

Ahaa lama sudah diriku menyepi dari membikin sebarang review filem. Kali ni aku teruja nak share review aku dengan pembaca semua satu filem seram terbitan MIG. Tapi filem seram kali ini bukan macam seram biasa. Biasanya kalau cerita hantu mesti pasal roh yang tak tenang, mati dibunuh, mayat tak dituntut dan sebagainya. Ini elemen seramnya datang dari amalan ilmu hitam NASI TANGAS (Nasi Kangkang).

 

 

nasi tangas 

NASI TANGAS atau nama glemer nya nasi kangkang ni merupakan amalan syirik, terkutuk lagi keji yang diamalkan dengan tujuan untuk menundukkan suami. Haa toksah tanya lah macam mana nak buat nasi kangkang ni kan, mana lah aku tahu. Tapi kalau nak dapatkan gambarannya boleh lah tengok filem NASI TANGAS ni… tapi tahan sikit la ye sebab a bit jijik. Haa main ilmu hitam mana ada bersih-bersih ye dak ??

 

 

IMG_2976 Alkisahnya bila sepasang suami isteri yang baru berkahwin, tetapi si isteri tu mula merasakan cemburu terhadap persabahatan suaminya dengan perempuan lain. Haaa CEMBURU ni pun satu jenis penyakit jiwa raga jugak. Kerana cemburu, manusia boleh sampai melakukan perkara-perkara yang tak terjangkau dek akal. Tu la ada yang sampai main bomoh la, buat jenayah la..

 

 

IMG_2420

Mira (lakonan Adiba Yunus) mula merasakan ragu terhadap suaminya sendiri, Hairi (lakonan Azwan Kombos) kerana melihat persahabatan yang sangat akrab dengan Fatin (lakonan Shima Anuar). Cemburu semakin menjadi-jadi apabila Fatin dilihat lebih memahami citarasa Hairi kerana mereka sudah berkawan baik sejak universiti lagi.

 

Keraguan dan perasaan cemburu Mira semakin tidak terkawal sehinggakan beliau menurut amalan ibunya yang turut memberikan nasi kangkang kepada suaminya sendiri (ayah Mira). Mira semakin terdesak untuk membuatkan Hairi hanya patuh dan menurut kehendaknya, maka Mira mengikut ibunya berjumpa dengan bomoh.

 

 

IMG_3304

Mira pada mulanya gembira dengan perubahan Hairi yang tidak pernah melawan kata-katanya, namun apabila kawan-kawan Hairi cuba untuk menyembuhkan Hairi, Mira semakin tertekan dan terdesak. Mira ni sampai sanggup lakukan apa saja (ilmu hitam) demi memastikan Hairi sentiasa sayang padanya. Haa nak tahu apa benda yang beliau sanggup buat tu, kena lah tengok filem NASI TANGAS ni !

 

 

IMG_5298

IMG_3922

Tapi akhirnya ilmu hitam itu sendiri memakan diri. Dek kerana terlalu sayangkan suami sampai sanggup membelakangkang agama. Berjayakah Mira menundukkan Hairi selamanya ?? Haa nak tahu kenalah tengok filem ni.

 

 

Aku suka filem ni, secara personalnya. Sebab elemen seram yang tidak terlalu sarat datangnya dari permainan ilmu hitam itu. Bukannya dari manusia yang sudah mati. Jadi ada sedikit la kelainan di situ. Jalan ceritanya jugak sedikit sebanyak membuka mata kita mengenai amalan syirik yang dilaknat Allah ini masih diamalkan oleh segelintir masyarakat kita. Hanya kerana kurang yakin dengan kasih sayang suami, sanggup dikangkangnya suami sendiri.

 

Jangan lupa tonton filem ni, ambil iktibar dari filem ni. Ada banyak lagi cara nak buktikan kasih dan sayang, yang pasti BUKAN dengan cara menggunakan sihir atau amalan-amalan yang menyimpang jauh dari sisi agama. Tengok jangan tak tengok tauuu !! Filem NASI TANGAS dah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia !

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Selasa, 5 Februari 2013

[EVENT] Sekitar majlis pratonton filem WAWA SEMPUT

 

Assalamualaikum…

 

Hee agak lambat lak aku update mengenai majlis pra tonton filem Wawa Semput.. Hari tu aku dah tulis review filem Wawa Semput lakonan Yana Samsudin, Along Rajalawak, Angah Rajalawak dan Adibah Yunus. Memang kelakar woi! Bergelak sampai krem sudah perut gua. Hahaha!! Jadi entry kali ni nak share gegambor dengan uolls pembaca blog.

 

_MG_0844

Rerakan blogger. Jejaka semuanya.. dari kiri : Hafiz Cyber, Bro Framestone, Ujang, Eazy Izzuddin dan Pak Lan yang tak suke letak muke di blog beliau.

 

 

_MG_0855

IMG_0907

“Kita target 5 juta!!!”

 

 

_MG_0856

Bersama David Teo yang berkali-kali cuba pujuk aku datang office dia, boleh discuss katanye. Ahakss.. sorry Mr David, muka gua kampungan je, tak cukup pakej nak dibuat artis. Tengok tudung gua dalam gamba tu kelepet!!

 

 

_MG_0868

Tergelak Yana Samsudin bila wartawan tanya,”Dengar kata Yana nak kahwin?” Okay tipu.

 

 

_MG_0878

Hikhikhikk!!

 

 

_MG_0931

Bloggers Malaysia featured in MiG Online’s video! Watch the video HERE !!!

 

 

_MG_0935

Bintang baru MiG yang comel, Atikah Suhaimie!

 

 

_MG_0944

With artis baru yang kian bersinar, Shima Anuar. Perghhh nak pengsan gua bila dia tanya,”Ni Nisa kan???” Boleh pengsan mulut berbuih-buih! Hahahah!!!

 

 

_MG_0947

Rakan-rakan YSF, Melaka Boy, dan Angah Rajalawak!

 

 

_MG_0966

Kejutan hari jadi buat Along Rajalawak oleh kelab peminat beliau.

 

 

_MG_0973

Dengar kata encik ni ade gosip bercinta dengan pelakon terkenal? Ke propa je?”

_MG_0980

Kita terjah Adibah Yunus pulak! Herherherr…

 

 

_MG_1003

Rakan-rakan YSF dan Yana Samsudin woot woot!!

 

 

IMG_0924

Rakan-rakan SHILALAS + YSF. Hohohoo.. Dari kiri Amman Spark, Patenisme, aku, Syada Amzah dan Syahir Amzah (adik Shila Amzah budak berdua ni)

 

 

_MG_1014

Lepas penat bergambar sana sini, geng-geng YSF lepak minum-minum pulak dengan Yana Samsudin and Fadil Zahari sekali…

 

 

_MG_1027

_MG_1019

 

InshaAllah aku akan sentiasa sokong Yana Samsudin and akan sentiasa bersama YSF! Sekali aku free atau ade peluang, inshaALLAH event dengan YSF atau yang melibatkan Yana aku akan pergi…. Thanks korang semua! Thanks MiG! Muahh!! Jangan lupa tengok filem WAWA SEMPUT di pawagam tau!

 

XOXO


Read More»

Rabu, 30 Januari 2013

REVIEW – Wawa Semput

 

Assalamualaikum…

 

Wuargghhh berzaman dah rasanya tak join majlis pratonton filem bersama MiG Online gituuu.. Semuanya gara-gara aku yang melanjutkan pelajaran di tempat yang jauh isk isk isk. Jadi cuti ini aku manfaatkan sepenuhnya untuk menggembirakan hati dan menikmati rezeki yang Allah bagi.. ALHAMDULILLAH..

 

wawasemput

Kali ni aku nak review movie WAWA SEMPUT lakonan Yana Samsudin, Along Cham, Angah Rajalawak dan Adibah Yunus… Melihat pada tajuknye mesti korang meneka-neka adakah filem ini kesinambungan dari filem-filem Adnan Sempit? Jawapannya TIDAK sama sekali..

 

WAWA SEMPUT merupakan sebuah filem yang membawakan kisah dari sisi kehidupan Wawa (setiausaha Nadia dalam filem Adnan Sempit). Jika dalam filem Adnan Sempit 1 dan 2 kita melihat kisah cinta Adnan si mat rempit dan Nadia anak orang berada, diselangi gelagat Wawa dan Bobby sebagai rakan mereka, tak lupa penampilan Ismat hanya diberi fokus pada babak-babak tertentu. Kini sudut penceritaan dalam WAWA SEMPUT lebih bertumpu kepada kehidupan Wawa bersama Bobby pula.. dan juga peranan Ismat lebih diketengahkan.

 

IMG_0516

SINOPSIS (menurut pemerhatian aku sepanjang filem ini) :

Wawa dan Bobby menjalani kehidupan dengan menjual burger seperti biasa. Namun sikap Bobby yang terlalu suka berangan-angan namun malas berusaha membuatkan Wawa bertindak meninggalkan Bobby. Impiannya adalah untuk mempunyai bakal suami yang rajin bekerja. Dalam pada itu, kemesraan Ismat terhadap Wawa turut dicemburui Bobby.

 

Ketika konflik melanda hubungan Wawa dan Bobby, Ismat hadir di antara mereka dan menawarkan kasih (kenapa ayat aku macam novel hah??). Wawa yang geram terhadap Bobby melayan Ismat untuk membuatkan Bobby lebih cemburu. Namun melihatkan kesungguhan Ismat meluahkan perasaan membuatkan Wawa berbelah bahagi untuk memilih.

 

Keadaan menjadi lebih sukar buat Wawa apabila rakan baiknya Ayuni rupa-rupanya meminati Ismat. Dan Ayuni berpakat dengan Bobby untuk membuatkan Wawa cemburu. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Bobby dan Ismat untuk menawan hati Wawa dan ayahnya, Pak Din. Adakah cara salah seorang daripada mereka berhasil memikat Wawa? Siapakah yang Wawa pilih akhirnya ?

 

IMG_2148

PENDAPAT DAN PANDANGAN PERIBADI AKU :

KELAKAR!! Satu panggung bergelak ketawa sepanjang filem ini ditayangkan. Pada yang rindu akan watak WAWA dan BOBBY dalam filem Adnan Sempit tu bolehlah menonton filem Wawa Semput pula. Sebab filem ni memaparkan sudut lain, BUKAN kesinambungan Adnan Sempit, tapi lebih kepada perjalanan cinta Wawa dan Bobby pula.

 

Watak Ismat yang lebih diberi fokus dan menjadi saingan Bobby juga pada aku agak menjadi. Kerana gelagat kedua-duanya yang ingin memenangi hati Wawa sangat mencuit hati. Penampilan Kaza melakonkan watak ayah kepada Wawa juga membuatkan ia kena dengan jalan cerita.

 

Wawa Semput tidak “meniru” atau “mengambil” elemen filem Adnan Sempit 100% kerana aku yakin mesti yang akan kaitkan jugak filem ni dengan Adnan Sempit. Filem ini mempunyai gaya penyampaian dan unsur-unsur humor yang tersendiri. Namun aksi perlumbaan motor masih dikekalkan kerana imej Bobby sebagai mat rempit.

 

cats

Antara perkara yang menarik perhatian aku sepanjang filem ini ditayangkan ialah :

  • Yana Samsudin menyanyikan lagu Awie bersama Angah Rajalawak
  • Along Cham menyanyikan lagu Siti Nurhaliza sambil memetik gitar
  • Peranan ayah Wawa, lakonan Kaza yang tidak kurang menceriakan jalan cerita
  • Penggunaan lagu-lagu latar yang sesuai dengan babak-babak tertentu
  • Babak membajak di sawah yang sangat kelakar!

 

Baiklah.. itu aje aku nak kongsikan dengan korang. Kang korang kata aku melebih-lebih pulak ye dak. Takde maknanya nak melebih-lebih sebab apa yang aku review di atas semua atas pengamatan aku. Memanglah aku bukan penggiat seni, tapi aku ni penonton dan pengguna. Jadi aku sekadar berkongsi pendapat aku.

 

 

Jangan lupa ajak seisi keluarga dan sahabat handai menonton filem WAWA SEMPUT, di pawagam berdekatan anda bermula 31 JANUARI 2013 tauuu!!!

 

“Pandai-pandailah lu hidup sendiri!!”

 

XOXO


Read More»

Isnin, 26 November 2012

Sambutan kejayaan Yana Samsudin dan ulangtahun YSF yang kedua

 

Assalamualaikum..

 

Ambuiii dah lama betol aku peram entry ni. Kalau entry ni umpama buah, dah jadi jeruk dah haa aku duk simpan lama-lama. Hohooo.. al-maklumlah busy busy busy dan banyak entry lain yang aku dahulukan, so entry mengenai events ni aku tangguhkan kejap.

 

Well, seperti pembaca setia semua tahu, sejak aku sambung belajar nun jauh di pulau ni, aku tidak lagi berpeluang join events. Walaupun ada pihak-pihak yang sangat baik tetap menghantar emel jemputan pada aku, tapi dek kerana jarak yang memisahkan, maka tak dapatlah aku join. Ewahhh !

 

4 (1)

Jadi pada cuti pertengahan semester seminggu yang lepas aku berpeluang menyertai acara yang sangat sangat sangat best iaitu sambutan ulang tahun kedua kelab peminat Yana Samsudin iaitu YANA SUPER FRIENDS (YSF). Majlis tu jugak diadakan sempena kejayaan Yana Samsudin merangkul anugerah Heroin Terhebat masa Anugerah Blockbuster yang diadakan baru-baru ni…

 

P1019336

Majlis makan-makan ni diadakan di restoran Nando’s Taipan USJ. Memandangkan ruang adalah terhad, jadi tak semua ahli YSF dapat join. Jadi diharap agar ahli-ahli YSF yang lain tidak berkecil hati ya.. inshaAllah akan ada peluang lain untuk join events dengan YSF dan Yana Samsudin :)

 

 

cats

Thank you so much Nando’s Taipan USJ sebab YSF serta jemputan khas semua dijamu dengan resipi terbaru iaitu Democracy Platter! Nyum Nyum Nyum~ Sedapppp sangat! Ayamnye banyak. Yana siap datang hidang ayam kat meja kami tau! Lupa nak snap gambar. Hahahaa…

 

 

IMG_0912

Sorry gambar kurang berkualiti.. al-maklumlah ambil cuma guna iPod aku aje… Huhuu.. persembahan oleh Ahmad Syazli…

 

P1019351

YSF semua ternganga tengok sedutan aktiviti-aktiviti YSF sebelum ni. Turut ditayangkan sedutan atau trailer drama dan filem lakonan Yana Samsudin. Herherherr…

 

 

P1019400

Haaa yang baju kuning tudung kuning tu aku lerrr… Hahh aku nak buat ape lak tuh? Menyibuk betul aku. Herrr~

 

P1019468

Hahhh ape lagi aku buat tuhh? Aku menyanyi ke? Rapping ke? Bersajak kemerdekaan ke?? Haa kalau nak tahu sila tengok video nye DI SINI yeee :p

 

P1019403

Kek sambutan ulangtahun YSF dan sambutan kejayaan Kak Yong kesayangan :D

 

P1019447

Kak yong Yana Samsudin bergambar dengan Mejar K David Teo dan isterinya Madam Jane. Di belakangnya pengarah filem dan pelakon-pelakon di bawah MiG.

 

IMG_0924

Ohh ye ini sepupu aku, Pali. First time evahhhh aku bawak sedara aku join aktiviti ! Hahaha patutnye aku nak pergi event ni dengan sorang kawan. Kawan tu tak jadi la pulak. So aku hangkut sepupu aku. Hahaha…

 

IMG_0925

With Azhar of MiG.

 

IMG_0922

With Ned ku sayang muahhxxx !

 

IMG_0938

With Razali Razak, presiden YSF yang kacak sekali. HAHAHA…

 

IMG_0935

Siapa yang mengikuti siri Bini-Bini Perkasa mesti kenal Man Unta ni. Hahahahaa… With Fadzil Zahari.. Jangan lupa follow instagram abang hensem ni @fadzilzahari hehe~

 

P1019435

With MELAKA BOY ! Follow instagram beliau @melakaboy !

 

P1019476

Tuuuu diaaa Epy Kodiang !! Hahahaa jangan lupa saksikan lakonan beliau dalam filem Budak Pailang dan juga filem Ajiboy okayh??? Follow jugak instagram beliau @epykodiang hehee~

 

P1019339

Tak lupa gambar with Kak Long Arymas yang datang long way from Kota Singa, SINGAPURA ! Rindunyeee kak longgg. Heee..Thanks kat YSF sebab menemukan kami dalam event ni..

 

cats2

Okay basically ni gaya tudung aku hari tu… Aku saje buat bulat kat depan muka sebab aku dapat inspirasi dari hijabster indonesia. So aku nak try sama ada gaya tudung bawal bulat sesuai ke tak dengan muka aku. Err aku rasa okay aje. HAHAA… oh ye mekap pun sendirian berhad. Hohoo..

 

IMG_0916

TAK LUPAAA… GAMBAR DENGANNN Yana Samsudin  !!! Muahhxxx !! Tahniah kak yong ! We YSF will alwaysss love youuu !!! And we will definitely support you !! And kepada sesiapa yang baca ni, jangan lupa beli surat khabar Berita Harian banyak-banyak and undi Yana Samsudin untuk ABPBH tauuuu !!!

 

 

MACAM MANA NAK JOIN YANA SUPER FRIENDS ???

Haaa aku banyak kali dapat soalan ni… Kalau nak join YSF korang perlu buat ni :

FOLLOW TWITTER YANA SUPER FRIENDS : @YanaSuperFriend

Lepas tu letak hashtag #YanaSuperFriend & #DuniaYana kat bio korang okay? Lepas tu just keep update dengan twitter YSF untuk sebarang update dengan segala aktiviti mengenai YSF ye? Lepas tu jangan lupa sokong Yana dengan Like fanpage Yana Samsudin : KLIK SINI dan Follow twitter Yana Samsudin KLIK SINI YE :)

 

OH YEEE ! Jangan lupa saksikan filem Yana yang seterusnya iaitu STRABERI CINTA. Lakonan bersama Pierre Andre dan Diana Amir.

 

 

 

 

~xoxo NK~


Read More»

Khamis, 21 Jun 2012

FILEM – Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S.)

 

Assalamualaikum..

 

Baiklah macam biasa, aku akan bawakan korang sinopsis (mengikut pemahaman aku setelah menonton filem ni) dan juga pandangan ikhlas aku terhadap filem ini. Kali ni filem yang aku baru aje menonton semasa majlis pratonton bersama MiG ialah filem HANYA AKU CINTA KAU SEORANG atau nama singkatannya H.A.C.K.S.

 

550872_428209050534038_713876997_n

Filem arahan Rusdi (Ollyn) Khadri ini dilakonkan oleh Aeril Zafril yang memegang watak Mukhlis, Nuremy Ramli yang melakonkan watak Murni, Fezrul Khan sebagai Iqwal, Shima Anuar melakonkan watak adik Iqwal iaitu Zizi. Mon Ryanti pula tampil sebagai kawan baik Mukhlis dan Murni dengan memegang watak sebagai Stacy.

 

 

ERY_7453

SINOPSIS :

Murni dan Mukhlis telah lama berkawan baik dan perhubungan mereka teramat mesra. Mereka menganggap hubungan mereka sebagai “Cinta Platonik”. Murni mempunyai perasaan terhadap Mukhlis namun perasaannya dipendam kerana dia menyangka Mukhlis mempunyai hubungan homoseksual denga Ayim (lakonan Helmy Moin).

 

Murni mula mencari Mr Right untuk dirinya, dan beliau disokong lagi oleh rakan baiknya Mukhlis dan Stacy yang memasukkan profile beliau ke laman web temujanji dan menemukan Murni dengan Iqwal. Walaupun pada hakikatnya Mukhlis juga mencintai Murni, tapi Mukhlis membiarkan Murni menjadi dirinya sendiri dan mencari cinta sejati.

 

ERY_1408

Adik Iqwal, Zizi juga berusaha menjodohkan Iqwal dengan Murni. Iqwal yang sudah mula menyukai berusaha membuat Murni jatuh cinta padanya. Di saat perasaan Murni pada Iqwal berputik, Ayim tampil memberitahu kebenaran mengenai hubungan sebenar dia dan Mukhlis dan Ayim turut memberitahu Murni perasaan cinta Mukhlis yang sebenarnya..

 

ERY_9675

Mukhlis kemalangan dan rahsia Iqwal pula terbongkar. Adakah Murni dan Mukhlis akan bersatu? Atau Murni akan memilih Iqwal? Apakah rahsia Iqwal yang terbongkar? Dan apa hubungan sebenar Mukhlis dan Ayim?

 

Dalam filem ni juga ada diselitkan mengenai kisah rumah tangga Stacy (lakonan Mon Ryanti) dan Felix (lakonan Kamal Faridz). Rumah tangga mereka goyah kerana perangai Felix yang gemar berfoya-foya. Jadi apa kesudahannya pula kisah Stacy??

 

 

ERY_8872

Haaa takkan aku nak story mory semua benda pulak. Kalau korang nak tahu, korang kenalah tonton filem ni kat pawagam sebab mulai hari ni (21 Jun 2012) filem H.A.C.K.S. ni akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia! Filem romantik komedi ini sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur. So bawaklah kawan-kawan, sedara mara, jiran tetangga semua tonton filem ni okay?

 

ERY_7712

Bagi aku filem ni cukup santai dan ada elemen romantik serta komedi. Jalan cerita pula ada some part yang agak slow (dari pemerhatian aku) dan ada part yang berjalan tak laju tak perlahan, just nice. Penampilan Siti Chubby dalam filem ni sebagai pembantu spa di tempat Murni bekerja juga menambah seri filem ni dengan keletah lucunya tu.

 

 

ERY_9448

Lakonan Fezrul Khan masa dia nangis teringatkan cinta beliau yang sebelum ni pun menyentuh hati aku sebab beliau betul-betul menangis. Satu pembawakan watak yang agak beremosi, menunjukkan bahawa beliau betul-betul mencintai kekasihnya sebelum ni.

 

 

ERY_9398

Babak yang paling aku suka ialah bila rahsia Iqwal ni terbongkar, dan Zizi adik Iqwal ni menangis bagai nak rak, macam betul-betul pulak. Ehhh berlakon filem haruslah macam betul-betul kan baru lah menghayati habis! Aku pon rasa sebak je tengok. Iskk.. iskk..

 

Namun begitu aku tak nampak kemesraan antara Murni dan Mukhlis sebagai sahabat baik, tapi kemesraan tu lebih kepada pasangan kekasih pulak. Tapi takpe, still okay jalan cerita dia. Aku nak bagi 3.5 bintang ni! Korang pergi tengok tau. Lagu tema dia pon best, syahdu je aku dengar! Hehehe… Kalau nak tahu cinta platonik tu ape, moh le tengok filem H.A.C.K.S. !!

 

 

“Bolehkah persahabatan tanpa percintaan? Dan bolehkah percintaan tanpa persahabatan?” – Ollyn Khadri (18 Jun 2012)

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay